Isnin lalu, ombak tsunami telah berlaku di Pagai Utara, Sumatera Barat. Hampir seluruh kawasan itu dimusnahkan oleh ombak tsunami namun ada 1 tempat sahaja yang langsung tidak terjejas. Masjid di kampung itu dijadikan tempat berlindung kerana tidak langsung mengalami kemusnahan.
SEBUAH masjid berusia kira-kira 30 tahun di Kampung Pasapuat, Pagai Utara, Sumatera Barat masih tetap utuh walaupun beberapa kawasan perumahan sekelilingnya hancur dilanda badai tsunami, Isnin lalu.
Kesan ombak besar dapat dilihat di keliling pagar kayu Masjid Mujahidin itu dan pokok kelapa sekitarnya berdasarkan baju serta kain yang tersangkut pada ketinggian 13 meter.
Lebih pelik, apabila pagar kayu masjid berketinggian satu meter dan 80 peratus siap itu langsung tidak terjejas sekali gus membolehkan tiga keluarga yang melarikan diri di tempat ibadat itu bagi mengelak menjadi mangsa tsunami, terselamat.
Kejadian tsunami itu menyebabkan 11 rumah dan dua jambatan yang mengelilingi masjid musnah, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan.
Di sini kita dapat melihat, makhluk pemusnah alam pun tahu hormat kan tempat ibadah (masjid) inikan pula manusia yang ada akal fikiran yang pada masa kini kian membimbangkan kerana manusia akhir zaman ini sudah semakin buruk akhlaknya hinggakan sanggup buang anak, tumbuk ibu dan macam2 lagi.
1 comment:
subhanaAllah~~maha suci Allah~~
SOLATKAH KITA
Post a Comment