background-color: #000000; text-transform: capitalize; } -->




Mungkin Nanti

Saatnya ku berkata
mungkin yang terakhir kalinya
Sudahlah lepaskan semua
kuyakin inilah waktunya
Mungkin saja
kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja
rasa itu telah pergi

Dan mungkin bila nanti
kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba
tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin
saat semua disini

Dan bila hatimu termenung
bangun dari mimpi2mu
Membuka hatimu yang dulu
cerita saat bersamaku
Mungkin saja
kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja
rasa itu telah pergi

Dan mungkin bila nanti
kita kan bertemu lagi
Satu pintaku
jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin
saat semua disini

Tak usah kau tanyakan lagi
simpan untukmu sendiri
Semua sesal yang kau cari
semua rasa yang kau beri

-Peter Pan-















Photobucket - Video and Image Hosting





Monday, January 31, 2005

Music...Anyone?

Entry khas kepada Abgcyber8, kuzer dah uploadkan 6 lagu dulu untuk permulaan.Sile tengok kat bahagian kiri blog Kuzer ni. Lepas ni kalau ader lagu lain yang ingin nak dengar sila la nyatakan di tagboard.Begitu juga kepada para reader yang lain.Kalau ader nak dengar lagu lagu tertentu sila nyatakan di tagboard...

Rock the musicccc



Husband to somebody quoted pictursque at 1:59 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Sunday, January 30, 2005

Can't take that Away from me

I found this on my tagboard

yelah kalau dah suka dengan penyanyi tu, dia buat salah apa pun dia betui...suara sumbang pun sedap...suara common pun merdu.malas nak cakap banyak2.peminat kalau dah fanatik pantang dicakap limit2 kena pukul dengan kayu.kena dengan batang hidung sendiri baru tercengang.artis lain menang dah bising.kalau nak artis tu je menang,sepuluh tahun kat industri tu sepuluh tahun angkat piala juara memang orang melayu kat mana-mana industri especially industri seni ni takkan majulah.bukankah lebih baik bersederhana dalam semua,tak kecoh-kecoh.tak de satu pun manusia kat dunia ni yang hebat melainkan nabi dan rasul kita.kalau nak ambik contoh pakaian artis ataupun sopan-santun pikiaklah dulu samada artis tu benar2 boleh jadi contoh.kalau setakat pakaian je...hmmm..waheeda,wardina tu lagi sopan.nape tak cari contoh macam isteri nabi,bukankah lebih membuka mata orang.haizz..peliklah...cubalah guna otak tu utk fikir..buka minda tu jgn terlalu straight forward percaya setiap inci kata-kata dan report orang dan sebarang media.READ & THINKK...BACA & FIKIR...semoga melayu tidak mudah lupa & kuat pegangan agama ISLAM....

Aku baca berkali kali komen reader ni. And aku rase maybe he/she felt offensive dengan apa yang aku coretkan mengenai pendapat aku pasal AJL yang ke-19 lalu.Ok let us go one by one.And aku nak jadi professional kali ni.Kalau die dah suruh aku berfikir secara ideal,ok kali ni aku akan tulis lebih ideal.

Human is not typical.There are variety of them.Various tendencies, interest,character and etc.Pada pendapat aku minat ni kita tak boleh nak sekat sekat.Bayangkan kalau semua orang sama minat,it will be bored isn't it.

Ok bercakap pasal minat kepada seseorang artiste ni.Some found it is ok.But some found it is ridiculous becoz the tendencies of peminat yang 'over' and annoying bila artiste yang disukai tu tak dapat anugerah bagi kategori yang dipertandingkan.

Sifat fanatik ni bukan just pada artiste saja but jangan lupa pada mereka yang minat bola (Manchaster? Arsenal? Liverpool? Real Madrid?) minat kepada kereta ( Lexus? Hyundai? Lamborghini? Benz? Rolls Royce) and etc but the thing is our passion to all this shouldn't pass over the limit.So tidak adil to blame pada mereka yang fan pada seseorang.We need to understand their interest and tendencies.

Bercakap pasal AJL 19, well maybe honestly aku punye komen tu memihak or bias pada seseorang artiste.But secara professionalnya di sini ingin aku jelaskan bahawa juri yang mengadili lebih ariff mengenai tugas mereka.And AJL sebenarnya mengiktiraf karya terbaik seseorang komposer.

I am not a small child anymore.Dah nak masuk 22 tahun this year.So aku tahu the rationality and the ideality of the judge's choice.Cume emotional comment aku pasal AJL ti yang membuat seolah olah aku fanatik,hehe...For those yang kenal aku mungkin tahu kenapa aku komen macam tu.But for those yang belum kenal tu aku faham kenapa korang pikir yang aku ni agak fanatik.It is ok anyway.

Aku juga inginkan perkembangan yang sihat dalam arena muzik tanahair.

And isu kedua,pasal pakaian? Memang lah pakaian artiste artiste tu tak boleh menjadi contoh.And sebagai Muslim kita tentu tahu cara pakai yang tutup aurat kan.Cume pendapat aku tu berkaitan sentuhan 'Art and fashion'. Not more that that. Sebab aku memang respect kat sentuhanBill Keith, Michael Ong, Radzuwan Radzwill, Dzul De Classique dalam pakaian. They are so talented. If you have interest in this art you can accompany me.Let us gossiping..hehe...

Hmm tu jer la aku nak cakap.Dah banyak membebel ni...so ok...bye


Pulangkan-Misha Omar AJL 19


btw:I like ur comment helekk.Other readers also are free to comment so that we can discuss somethin'


Husband to somebody quoted pictursque at 8:16 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Saturday, January 29, 2005

Winter Flower


지금 올해의 첫 눈꽃을 바라보며
함께 있는 이 순간을 내 모든걸 당신께 주고 싶어
이런 가슴을 그댈 안아요
울지말아요 나를 바라봐요
그저 그대의 곁에서
함께이고 싶은 맘 뿐이라고 다신 그댈 놓지 않을까요
끝없이 내리며 우릴 감싸요
거리 가득한 눈꽃 속에서
그대와 내 가슴에 조금씩 작은 추억을 그리네요
영원히 내 곁에 그대 있어요...
눈꽃


Husband to somebody quoted pictursque at 8:49 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Thursday, January 27, 2005

Stairways to Heaven

A whole day spend time tengok cerita Stairways to Heaven (천국의 계단).Sampai tak perasan ader orang mesej kat yahoo or MSN.Sorry la ek.Aku diwarwarkan cerita ni lembap tapi bile tengok ok la pulak.So dah tengok sampai siri ke-6 dalam masa satu hari.Weng kepala aku..

Aku tengok gambar gambar lama.And ternampak gambar gambar menarik tahun lepas masa hari Muhibbah.Hari Muhibbah ni kire macam Malaysian student open day la kat Korea ni.Ader persembahan setiap batch.And pertunjukan kesenian gitu.

Dengan tema biru, cukup membirukan kami untuk satu hari.Dari pentas sampai la ke baju baju yang dipakai.

Tetiba berharap kalau ader gath Geju tahun ni biar ler temanyer biru.Sebab baju biru dah ader.Buat ler tema biru putih ek.Boleh la boleh la....


Pentas biru yang havoc



Kitorang yang biru (dari kiri Enor,Juned,Ann,Me,Nity,Jt)




Husband to somebody quoted pictursque at 9:33 pm

|

Image hosted by Photobucket.com



Ya Ampunn perutku sakit

Kenapa semenjak dua ni perut aku tak leh terima makanan pedas ek.Kalau makan bende pedas sure isi perut aku menendang nendang untuk keluar.Dari semalam lagi macam tu.So semalam tu tengah tengah skate on ice pon boleh rase sakit perut.Nekad jer kalau terasa macam nak memerut memang lari masuk toilet kat dalam subway station dengan kasut ice skating tu sekali.Haha...

Oh perut tolong la jangan sakit.Aku tak tahu nak wat cam mana.Air teh pahit dah minum.Ubat pon dah sapu kat perut.Hmm cuma satu jer aku tak buat minum air garam.Ader ape ape petua lagi?Lemah longlai la aku cam ni..

Hmm teringat aiskrim 16cm yang dijual masa summer kat myeong dong.Adakah ais krim itu boleh membantu?Harap harap nyer...

Btw-Aku tujukan lagu Winter flower ni pada korang semua.Lagu favorite aku gile gile buat waktu ni



Bolehkah anda habiskan aiskrim ini dalam masa 5 minit?



Husband to somebody quoted pictursque at 12:23 am

|

Image hosted by Photobucket.com

Tuesday, January 25, 2005

Let us share some pictursque

Aku dah lama nak meletakkan gambar aku kat blog ni.Bukan ape saje jer nak kasi pembaca budiman sekelian melihat pemandangan di Korea.Honey Chunli pon pernah suruh aku post gambar gambar menarik kat Korea ni.So hari ni aku tergerak hati nak try post gambar.Setelah mentry and error akhirnya percubaaan aku berjaya gak.Di sini aku paparkan beberapa keping gambar and pemandangan Korea...harap korang enjoy...

The Trio graceful swan glowing in the dark skating in the night
From left Aie,Alan and Me...

Hulla hoopee.....


In front of ice skating field.Full of fluorescent Lights..peace everyone



Me featuring Am di depan istana lampu kelip kelip at new year's eve



Me featuring Nana masa raya haji.(Ader talent bapak mithali tak?)

Tengah berehat after skate.belakang tu Hilton Hotel

Hmm setakat ni dulu la.Nanti ader masa aku upload lagi.Buhbyeee



Husband to somebody quoted pictursque at 10:37 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Monday, January 24, 2005

We are swan on ice

Buat kali ke empat kitorang main ice skating.Malam ni cuaca tak sejuk sangat.So stay main 2 jam gitu.Kalau sebelum ni ader 3 orang Angsa comel jer yang berskate tapi kali ni ader 3 orang Angsa lagi yang menambah dan mencukupkan kuorom skaters.3 orang Angsa ni ialah junior 65 yang 'relaku pujuk' menyertai aktiviti musim sejuk ni.So malam ni ader 6 orang Angsa putih skate on ice..They dance and slip so graceful.

Masa skate adalah masa yang paling bahagia.Aku tak pernah merasa kelajuan yang sama ketika ber roller blade.Main skate less friction.So that boleh mencecah kelajuan 70km/hours.Ceh pepandai jer aku.Tapi serius aku siap tanam hajat nak beli kasut die.And kalau leh nak stay kat Korea tiap kali winter.Main hari hari pon takpe.Tak ker duduk jer Korea.Kerja kat sini.Ader berani?

Esok kitorang nak datang lagi.Main lagi.Practice makes perfect.Ader sape sape lagi nak join.Kasi nama kat aku.Kire murah la main.Bayar seribu won jer for shoes rental.Kalau main kat Lotte World sekali main 10,000 won.Bersamaan jumlah 10 kali main kat City Hall( tempat kitorang main ni).

So okies semua.Aku nak wat kerja translation ni.Cikgu bokonsil suruh aku buat sebab die tahu aku takde kerja..haha....rajin nyer aku.


Husband to somebody quoted pictursque at 9:51 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Sunday, January 23, 2005

Mula mahu demam

Balik dari bercuti cuti tajaan L'oreal semalam badan dah jadi seram sejuk.Maybe sudah sampai masanyer Allah menguji aku pulak.

Malam semalam aku tido awal giller.Pukul 9 dah tido.And bangun hari ni pon awal sebab kalau lama lama tido boleh jadi weng kepala aku.Tadi pon dah weng weng sikit sebab tido lambat.

Yang kelakarnye hari ni siap sampai layan satu cite Hindustan lagi.Kengkononnyer takde wat ape ape la.But setengah jalan jer.Bosan la pulak tengok fantasi fantasi yang mengarut itu...haha..

So ok ler...aku nak berehat ler.


Husband to somebody quoted pictursque at 10:26 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Saturday, January 22, 2005

Cutian tajaan L'oreal...

Petang jumaat we all follow our college councillor pergi weekend holiday kat Bu Seo San.About 2 hours naik kereta.

Pemandangan tepi laut yang ada di sana memang menyingkap kembali memori pantai pantai peranginan yang cantik di Malaysia.Seperti Port Dickson,Teluk Chempedak,And also Rantau Abang.Sejenak aku merasa rindu kat Malaysia...mellow mellow mellow.

Concillor kitorang and her hubby memang baik and pemurah.Berus gigi pon ditaja oleh hubby nyer.And makanan makanan pon dipenuhkan dalam peti ais and kabinet tv die.Nak makan bukak jer.But kitorang yang pergi ni bukan buruk lantak.Reti reti la kan nak behave kat rumah orang.

Malam tu makan malam kitorang ditaja sepenuhnya.Makan sushi,and also Hae Mul tang.Hmm memang lazat.Minggu ni memang full of food.Control control...

And then pagi ni kitorang gi jalan jalan sekitar Bu Seo San tu.And melawat muzium kapal laut.Korang bayangkan kapal tu diubah suai jadi muzium.Kalau kat Melaka kan ader kapal Alfonso de Albuqurque tu jadi muzium.Ni macam tulah lebih kurang.Cume yang bezanyer die buat muzium dari kapal perang.Dua biji la tu.Sebelah menyebelah.Sapa yang nak berjinak jinak amik naval engineering ker,naval architecture ke,aku cadangkan pi lah melawat.Aku yang takde minat ni masuk tanpa ape ape perasaan.

So ok aaa.Aku ngantuk ni.Nak tido


Husband to somebody quoted pictursque at 7:28 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Thursday, January 20, 2005

A Gala for nyum nyum nyumm

Malam Rabu yang sepi pi pi pak mat jual roti ti ti..

Malam Rabu semalam Trio terhebat siapa lagi kalau bukan aku,Aie and Alan gi rumah sorang staff di kedutaan Malaysia di korea.And aku akhirnya dapat jumpa buah hati aku,iaitu Nana.Si comel yang petah berkata kata.Ahaks

And malam tu we all tolong masak masak for Eid Adha.Lilit ketupat palas.Tak semudah yang disangka.And asingkan isi ikan and tulang ikan for laksa.And akhirnya cuba menonton Eiffel I'm in love .But sekerat jalan jer.Aku ngan Alan sepakat memberhentikan perjalanan cite tu.Cannot go...hahaha...

And here it goes.Pagi ni agak terlewat bangun.And sampai sampai masjid jer orang dah penuh.Terpaksa bersolat Eid dalam bilik tempat belajar tu.Hari ni paling sejuk sekali.Suhu menunjukkan -11.And this is my first time solat kat mesjid.And takbir dia tidak mendayu dayu.So takde la teringat sangat takbir mendayu masjid di Malaya.

And then after perform eid solat gi rumah Kak M.Makan laksa,rendang,sambal ikan bilis,lontong,kuah kacang (memang superb kuah kacang nyer) ketupat palas and kuih tart (which is my favorite).

And then kat rumah Uncle W dia and family dah menyiapkan a good menu for us to melantak.Nasi kerabu with lauk lauk yang memang menggiurkan.Keropok keropok,and then ader soto,begedil,and tak lupe moisturizing chocolate cake yang aku habiskan 2 slices.Arghhh aku nak tapau semua kek coklat tu.

After that gi rumah councillor latihan.Kat sini menu yang ditawarkan ialah nasi himpit,rendang ayam and daging,nasi beriani and agar agar.And councillor college aku pon datang sekali and discuss many things with our student councillor.

And the last part gi rumah Uncle D.Kali ni tak makan banyak dah.Aku amik spagethi jer.....

After that balik terus ngan councillor college dytc.And got some task to do.Nak translate benda.Waduh banyak nyer...

Esok nak gi jenjalan keluar Seoul.Hari Sabtu baru balik...Selamat tinggal sebentar


Husband to somebody quoted pictursque at 9:46 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Wednesday, January 19, 2005

Adakah aku Trauma?

Baru jer tengok cerita trauma.Takde kerja memalam tengok.Lambat kan aku tengok.Cite tu dah dekat setahun dah.Ingat lagi cite tu ditayangkan kat Msia masa aku balik Msia winter lepas.

Komen aku for this story.Ok.Cume aku rase lagi best kalau yang masa die recall balik kejadian masa last tu kalau leh biar panjang sikit.Spesifikasikan ape yang si Nasha tu buat sampai dapat kerja ngan Amy Mastura.Rating aku for this movie 4.75/10.

Hmm hari ni tak banyak sangat yang aku buat.Cume menguploadkan nominees AJL punyer lagu dalam komputer aku.Bile dengar banyak kali ok lah kot lagu lagu yang dipertandingkan.Boleh terima jugak at last.Kalau ader orang yang ajar aku macam mana nak convert this file to mp3 leh la aku uploadkan kat mana mana website.

Tapi still nak kasi kredit kat Ella ngan Anuar Zain.Lagu lagu diorang jer yang aku layan banyak kali.Sedap giller lagu Segalanya Untukmu...

Kat sini kan raye haji hari Khamis.So esok aku ngan room mate bercadang wat rendang,kuah kacang,and kuah masak lodeh.Aduishhh syahdunya...

Wish la kitorang kat sini.Selamat hari raya haji semua.And semoga mendapat haji yang mabrur


Husband to somebody quoted pictursque at 12:16 am

|

Image hosted by Photobucket.com

Monday, January 17, 2005

Apabila "Relaku pujuk" tak berjaya pujuk aku....

Keputusan Juara Lagu memang mengejutkan aku.Inilah komen aku yang kerdil ini.

After shooting semalam aku balik pukul 5 pagi.And housemate aku dah pon merakamkan Juara Lagu ke dalam MP3 aku.So sementara Subuh aku mendengar lagu lagu yang didendangkan oleh finalis Juara Lagu yang take part dalam AJL19.

Out of 12 lagu tu, 6 lagu aku memang tak pernah dengar.Apetah lagi lagu 'Relaku Pujuk'.Memang mood nak mendengar tu takde.Lagu kurang menyerlah seperti lagu Syura and Seripa Zarina(sapa la minah spastik ni) memang aku drag and otak aku macam tak leh nak menerima lagu ni untuk kali pertama.Lagu Vince pon first time aku dengar.Comment aku lagu tu kurang menyerlah.Tapi tak tahu nape orang kate lagu tu sedap.Vokal die pon kurang menyerlah.

Tapi aku paling suke bile dengar Ella nyanyi lagu Simbiosis.Sangat santai and vokal juga ok.Cuma aku terkilan tak dapat dengar Kak Misha menyanyi.Aku punyer recorder dah tak muat nak rakam.Takpe la.But roommate aku mention penyampaiannya meremangkan bulu roma.Even tak tengok,dengar pon boleh meremang.And mak aku kasi tahu mase die buat persembahan tu kak Misha hentak hentak kaki.Ganasz tu...Cume aku rase baju die tak sesuai dengan pontianak.I'm expecting baju hitam or putih.But she comes with radiant blue and mukanya dimake up gelap.Wutever.

Dayang dengan lagunya Erti hidup memang aku terkejut dengar memula.Hmm aku rase Dayang just born to Ballad.Still prefer lagu Noraniza Idris dengan Hatinya Tak tahan 'ketibak ketibung'.

Kenapa AJL 19 mengenepikan anak anak Pak Zain.Semasa separuh akhir Kak Ziana dengan lagu Lembah Asmara dan Bukan ditepis dari masuk finale.And Anuar Zain pon tidak dinobatkan sebagai vokal terbaik.Even ramai yang predict die belong to this award.Boleh tak TV3 buat Juara Lagu for Artiste and bukan for komposer?

Tahun ini mengingatkan kita kemenangan Ajai dan Nurul dengan Lagu Keliru dalam AJL 17.Sekaligun menepis Ziana Zain with Menadah Gerimis and Siti Nurhaliza with Nirmala.Adakah ini gimmick from barisan hakim?wutever no comment.

Ape ape pon aku rase no heart feeling for this AJL.Even kalau Syura or Seripah Zarina tu menang aku terima mentah jer..

Lain la kalau akak Ziana aku masuk bertanding.Sure aku vote for her..Anyway tahniah la ek pada yang menang.


Husband to somebody quoted pictursque at 7:02 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Sunday, January 16, 2005

Milik siapakah AJL 19?

Ader lagi beberapa jam sebelum bermulanya AJL 19.Jangan sangka aku tak up to date dengan perkembangan muzik tanahair..

Kat sini maybe boleh dengar secara live via THR.fm but malam ni aku ader shooting la plak ha.Start shooting kol 12 malam.Kol 9 dah kena ready untuk rehearsal.So melepas la aku nak dengar AJL 19.

But awal awal aku dah mintak tolong roommate aku tolong rakamkan kat aku punye MP3 player coz MP3 player aku ader voice recorder.

Pada pendapat aku Misha Omar akan menang with Pulangkan.Kalau tak pon Anuar zain with Semuanya Untukmu...But ingat anugerah ini bukan pertandingan populariti sesuatu lagu atau penyanyi tetapi pertandingan antara komposer.Penyanyi just interframe suara jer...

So aku punya list is...
Kategori balada: Misha Omar-Pulangkan
Kategori Etnik Kreatif: Noraniza Idris-Hatinya tak tahan
Kategori Pop Rock:Simbiosis-Ella
Persembahan terbaik:Misha Omar-Pulangkan
Vokal terbaik: Anuar Zain
Juara Lagu:Misha Omar featuring Kuzer Khairazi... :)

Yang pastinya keputusan kat atas ni sure ader yang tak kena sasaran.Sebab Juara Lagu ni kengkadang unpredictable...

So oklah..aku nak bersiap nak gi MBC ni.



Husband to somebody quoted pictursque at 6:38 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Saturday, January 15, 2005

Charari....

차라리......

곁에 있어도 내게 사랑을 말해도
그때 마음을 네게 잊지않아죠
하루하루가 이별을 향해 없는
슬픈 시간들이었죠
그때도 날 위해
눈물이 많은 날 위해
어떤 말을 해야하는지 힘들었겠죠
이별을 위해서

차라리 위로 하지마요
미안한 그 눈빛에는 숨이 막혀
영원히 그때를 보내지 않아요
누군가를 또 다시 사랑할 수 없어

그때도 날 위해
눈물이 많은 날 위해
어떤 말을 해야하는지 힘들어겠죠
이별을 위해서

차라리 위로 하지마요
미안한 그 눈빛에 난
숨이 막혀
영원히 그대를 보내지않아요
누군가를 또 다시 사랑할 수 없을테니까

차라리 아무 말도 마요
행복하란 그 말이도 슬프해요
영원히 그 대를 기다려 볼게요
그때 있는 세상에
내가 살아 있는한

아무 말 마요
기다릴게요....


Husband to somebody quoted pictursque at 9:05 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Friday, January 14, 2005

Penangan kepedasan 'Rabokgi'

Bangun saja dari tido perut aku rasa sakit sangat.Bila recall balik baru la teringat yang after skating kitorang dinner kat Kim Nae restaurant.Penangan rabokgi yang pedas itu ternyata mencabar keupayaan perut aku.

After perform solat jumaat pergi Kyobo sat.Nak cari info serba sedikit pasal something ni la...Aku beli satu buku non fiction entitled 'Reading Lolita in Tehran'.Aku sekarang ni more to non fiction books.Dah malas nak berfantasi dengan novel yang tidak menjanjikan input selain this sick thing which is jiwang and fantasi---oucHH...

And aku more to read kisah pasal orang Asia sekarang ni.Malas nak baca cita omputih sebab tu la aku beli buku pasal Tehran ni.Aku read preview die.Ader menyentuh pasal Islam sikit.Quite menarik and no wonder la best seller...

Sebelum ni aku baca buku cerita "A single square picture". A nice book yang ditulish oleh seorang journalist Korea yang menetap di Salt Lake,America.Non fiction yang mengisahkan cerita hidupnya sebagai seorang anak angkat yang dibawa menetap tinggal dengan sorang family omputih.Cerita pasal dia cuba mencari semula family dia,she did find his father,but not her mother.But die tak putus asa and akan terus mencari mak dia.Kind of touching jugak.But really sweet.

Yang kelakarnyer 5 minit jer kat Reading section.And for the next half and hour aku menebeng kat tempat jual cd.Tengok tengok 'kakak' aku dah release album baru la.Nanti aku download jer la lagu die kat soribada.But pelik la lagu die cam dah tak sedap jer...Awat cam tu 'Kakak' ku....We want some fresh song...

And kat dalam Kyobo tu jugak ader display jam Swatch.Aku dah jatuh cinta kat sebiji chrony Swatch ni.Warna biru.Tapi harga mahal ler.160 ribu won.Ader sapa sapa murah hati nak kasi this chrony swatch for my this coming birthday?

After that kind of window shop aku ngan Alan makan kat McD.After abis jer makan burger ikan tu,sekali lagi perut aku sakit.Ni sah sebab penangan rabokgi pedas tu masih berbaki.Hari ni aku rase hilang tenaga aku.Kena minum air banyak banyak...Aku rase winter ni tak leh makan pedas pedas.Perut tak leh nak tahan..kesian perut aku...sorry yer perutku...



Husband to somebody quoted pictursque at 6:35 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Thursday, January 13, 2005

Ice skating---@@@ really CoOLLLLL

Yo baru balik dari main ice skating.Kali ni memang best giller.Cuaca pon tak sejuk sangat.Main main sampai peluh tu.

Kali ni aku rase lagi best dari main first time.Sebabnya dah dapat rentak sikit cara cara nak main nyer.And semua yang datang makin hustler...hehe..

Hari ni yang memeriahkan sessi bermain ice skating is aku,Aie,Alan and sorang pemain baru, Faezah...Cayalah korang..nanti kite main lagi.And sampai situ ader pulak terjumpa junior 70.A girl and a boy...couple ke diorang ni...ahaksss.

Kali ni main lebih sejam sebab nak try wat skill.Skill ke belakang,pusing pusing,twist twist la pendek kate skill kitorang ader sikit improvment.And we are looking forward to go for the third time..Tunggukan kami featuring sorang pakcik yang terror giller main skate...as graceful as swan..

Just for now...bye bye




Husband to somebody quoted pictursque at 10:29 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Wednesday, January 12, 2005

My Stay in Sendai

Bile aku ingat ingat balik baru aku ingat.Ader satu album from my favorite artiste (Lee Su Yeong) tajuk die 'My stay in Sendai'.So bile abgcyber8 mention Sendai baru la dapat recall balik.Memula ingat nama ni kat China ker or kat Hong Kong.Rupenyer kat Japan...Since my favorite singer pon dah kasi tajuk My stay in Sendai,rasenyer Sendai ni a good place kot.Kalau tak maybe die dah bubuh tajuk 'My stay in Kanazawa' or 'My stay in Oita'...hehe...

Oh hari ni just duduk duduk lagi kat rumah.Kalau semalam layan terminal hari ni tak layan ape ape.Bolayan....

Just masak kari ayam and pancake Korea guna tepung khas die...tapi sedih nyer bile aku balikkan tu die terpecah sikit.Ish aku ni ader ader jer kalau masak.Tension tension....harap aku lebih berhati hati di waktu akan datang....

hmm bye bye......anyway aku pon nak wat diary aku bertajuk "My stay in Sendai".....


Husband to somebody quoted pictursque at 7:33 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Tuesday, January 11, 2005

The Terminal is really cool

Baru abis tengok cerita The Terminal.Based on true events,memang best.And lain dari yang lain.

Kisah seorang Russia yang ditahan di Lapangan Terbang New York kerana Negara yang didukinya tidak diiktiraf oleh U.S. kerana negara nya dalam peperangan.

Banyak scence seene yang lawak dan menggelikan hati.90 peratus scene die semua dalam airport.But aku kesian tengok mase die nak beli makanan memula.Kena masukkan troli kat tempat die baru dapat duit dari machine tu..ish kesian.

And terlampau banyak birokrasi untuk dia dapat visa.Kengkadang U.S ni takut dengan bayang bayang sendiri.The human is not mean harmful.

One for mankind...


Husband to somebody quoted pictursque at 7:55 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Monday, January 10, 2005

Semalam.hari ini..esok...dan selamanya

Semalam hari shooting yang paling hectic sekali.Oh lupe nak kasi tahu,aku ader buat part time jadi Extra jer la tapi.Berlakon dalam cite "Yong Ung Shidae".Dari kol 1 pagi sampai la kol 12 malam baru balik umah.Naik teksi lagi ko.

Cerita ni mengisahkan bagaimana syarikat gergasi Korea melabuhkan sayap di negara asing untuk construction.And negara yang dimaksudkan ialah negara Thai.Aku, Aie and Blue memegang watak sebagai staff kat Syarikat Korea di Thai..Sawadikap...Rob nam po maika...hait hait...

Dah dekat sebulan kitorang buat part time ni.And part time ni just hari Ahad jer.Pengambaran die kat MBC (Korea Munhwa Broad Casting).And pengambaran semua dalam set.Tahu la sikit aku cam mana diorang berlakon ni.Wuish serious memula aku berdebar sangat.Nak cakap 'Seoul bonsa eso chonmuni derowassemnida' (There is a document that come from Seoul HQ) pon menggeletar.Gemuruh gitu depan kamera.

But lelama makin get used la.And makin lama watak kitorang makin mencabar.Dari duduk duduk jer ader scene berdiri and communicate dengan pelakon pelakon utama yang menjayakan siri ni.And minggu ni siap ader babak bergaduh dalam set lagi.Gementar gitu.

Kat MBC serius ramai giller pelakon and pelawak pelawak yang kitorang jumpe.It is a good experience actually.Terfikir gak aku kalau kat Malaysia best tak kerja ngan TV3?Ops boleh ke aku keroja ngan TV3.

But satu jer komen aku.Bile wat pengambaran dalam set ni tak real.Nampak kaku.Kat atas kepala banyak giller lampu lampu.Tu lah sebabnyer aku rase cam dah muak tengok drama Korea.Dah tahu selok belok and trick trick yang dilakukan.Hehe...

Hmm tu jer la aku nak cite.Kitorang still tak dapat bergambar dengan pelakon pelakon yang memegang watak dalam drama ni.Sebab mase dalam set aku tengok diorang ni cam tension jer hafal skrip.Tak nak la ganggu.Takut nanti terlupa pulak.Kalau diorang terlupa kitorang lambat la balik.Dah ler sejuk malam malam..

Itulah kisah kami sebagai xtra..Takde ke anugerah xtra terbaik?kwang kwang kwang....


Husband to somebody quoted pictursque at 7:53 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Saturday, January 08, 2005

At last it is snowing....

At last tadi dalam kol 4 petang gitu salji turun.Ader la dalam sejam gitu.Tapi tak la putih sangat jalan tu aku tengok.Besa besa jer...

Tengok salji turun macam kapas putih suci bersih...Cantik banget bak.

Hari ni takde kerja layan movie cite ape ek nama die.Susah nak sebut la.Gadget diary kot..Hehe...Ok jer la.Tak best mana pon.

Ape nak buat untuk malam ni...tolong kasi idea...Idea nak wat ape dah kering...


Husband to somebody quoted pictursque at 7:35 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Friday, January 07, 2005

Dinner with councillor

Hari ni macam besa hari Jumaat gi solat jumaat.After jumaat tak wat ape ape just balik rumah terus.

Ingatkan nak masak.But tetiba Dex kate cikgu councillor Dong Yang ajak makan ngan die.Rezeki jangan ditolak,musuh jangan seorang...haha...

So kitorang gi la makan sesama ngan cikgu councillor.Die punyer suami pon ader sekali and he footed the bill.Makanlah kitorang dengan lazat sekali.Watak watak pada malam dinner kali ni is aku,Alan,Dex,Zack and Aie.

Sekali entah macam mana Aie terkeluar kookmin Enheng...Aku tak leh tahan gelak.Sorry Aie bukan gelak kat ko,tapi ketersasulan itu menggamit jiwa dan raga...hehe..

Pedas banget makan Dong Te chigae tu.Tapi sedap gak la....But still tak leh nak lawan sambal ikan aku...wink wink...

So ok..bye bye



Husband to somebody quoted pictursque at 9:16 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Thursday, January 06, 2005

Yuri Hwa

Hye everybody.Baru la aku perasan yang terkelendat for cuti musim sejuk kat sini ialah housemate aku mase kat intec.Haha....Aku,Dex,Pesh,Blue....inilah dikatakan semangat setiakawan...haha...

Hari ni aku tak wat ape ape just tadi mencemar duli masak kat rumah Dex.Kengkononnya nak masak ikan.Last last suku hancur ikan tu aku kerjakan..uwaa lepas ni aku tak nak masak ikan.Nak masak ayam jer.Sambal dah sedap ikan jer buat hal...hahaha...

Tengok cite Yurihwa but terasa cite ni makin lama makin lembap.Malas aa nak layan lagi.Cite Korea ni tak abis abis dua laki rebut sorang perempuan...ish macam la perempuan Korea ni sikit banget.Berlambak lambak lagi...

Hmm itulah yang nak dikatakan hari ni.Nampaknyer Abang Cyber8 pon dah masuk blog aku...selamat datang ke sini...sorry la kalau ader tersebut jugak nama abang kat sini...biasalah...watak watak yang menghidupkan sessi winter kami di sini...Same to Am(Fan of Kak Siti)...welcome here buddy...

So itu jer la aku nak cite...semangat nyer nak update sejak akhir akhir ni.Nape ntah....hahaha....happy kot ader ramai kawan kat hostel.Kalau tak hanya aku ngan Housemate kat Kwang Myeong tu..Jauh dari hiruk pikuk Seoul...:)))

So ok buhbyeee




Husband to somebody quoted pictursque at 10:58 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Wednesday, January 05, 2005

Seharian waktu bersamamu....

Seharian waktu bersamamu..
Tak terasa saat yang berlalu....

Cewah jiwang sekejap.Hari ni aku balas dendam spend time ngan komputer aku.Tulah pasal aku tak gi mana mana.PC aku dah ok.Suke nyer...hehe..

Tengahari tadi layan cerita 'A walk to remember'.Cerita die agak slow sampai aku tak sabar sabar nak tunggu penghabisan die ape.Cerita ini mengisahkan kuasa seorang perempuan yang menukarkan seorang budak loq laq kepada seorang lelaki yang baik budi pekerti.Perempuan tu last last mati sebab leukemia.But the couple got married and sempat spend a summer together...sob sob sobb...Anyway perempuan dalam cite ni cute la...kalau tak cute memang lama dah aku stop tengok..haha...

So itu jer la nak cite.Sat lagi nak tengok cite Yurihwa....best woooo


Husband to somebody quoted pictursque at 7:08 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Tuesday, January 04, 2005

Main Ice Skating

Walaupun malam ni suhu -8 darjah celcius,tetapi nekad Aku,Aie ngan Alan bermain ice skating sepatutnyer dipuji...

After maghrib kitorang gi jugak.Sampai sana tengok suasana lampu lampu and suasana malam yang dingin memang mencucuk jiwa untuk bermain ice skating.

Hanya bayaran sebanyak 1 ribu won(RM3) diperlukan untuk bermain.Memang layan giller.....Cuma sebab kasut aku tu macam oversized,kengkadang aku rase cam nak jatuh.But aku mengekalkan rekod tak jatuh.Kalau jatuh abis baju woo..

Suasana malam die memang cantik.Banyak lampu lampu and meriah sekali bak..So kitorang bercadang nak gi lagi.Reramai baru meriah.....round merry round

Aku happy giller ni.Komputer aku dah ok balik.No more siren polis dari cpu aku...Happy nyer akuuu..katakanlah Ohh la la la .....Sha na na na....


Husband to somebody quoted pictursque at 10:35 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Monday, January 03, 2005

New Era....

Sekarang ni dah start new Era.Bukan Erra Fazira tapi era 2005.Tapi ape yang beza yer.Aku pon kalau tengok cermin lagi nampak makin muda...hahaha....jangan marah kengkawan.

Nak cite la sikit kesah tahun baruku...Gi hari Jumaat ngan geng geng Jepun yang datang kat sini and also ngan Dex.After solat Jumaat makan kat Turkey.Abang tu belanja.Die grad Hanyang dulu...Baik woo.Banyak die belanja...haha.Dah orang nak belanja aku terima jer...

Pastu gi bawak diorang beli silk.And pastu gi Myeong Dong.Makan lagi.And disupport lagi...makin laju jer la makan.Haha...Pastu jenjalan aku beli muffler.Cantik gak la.Warna tema biru and belang belang.

Bile habis round Myeong Dong gi Si Cheong.Tapi bunga api meletus kat Kwang Hwa Mun.Dekat Si Cheong just ader pertunjukan ais jer.Dengan suasana sejuk cukup membuatkan aku menggigil.Takpe tahun depan aku gi sambut kat Kwang Hwa Mun pulak.But ooppss tahun depan aku balik Malaysia dah la...cam mana ni?Memori sambut tahun baru akan datang takde kot.

And semalam gi Lotte World.Aku gi lambat sikit.Geng geng ni gi dulu ngan Dex.Kat Lotte World pulak ader cite sedih.Diorang tersilap beli tiket.Maybe terconfuse sikit dengan syarat syarat kat Lotte World ni.And diorang nak upgrade tiket tu jadi tiket All rounder pon tak leh.Sangat tak mesra pekerja kat situ....Ader sikit adegan tension yang ditunjukkan oleh dua orang geng ni and tetiba hilang...hehe....Takpe la kasi diorang amik angin dulu...And bile dah kol 10 tu,dah tak tahu nak main ape....Balik saja....

Hmm itu la kesah nyer serba sedikit...So okla guys....aku stop dulu...Komputer aku ni ader problem tetiba.Berbunyi siren lagi...uwaaa tension aku.Ni pon update kat computer room mate aku kat Officetel ni...



Husband to somebody quoted pictursque at 8:37 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

~ Schoolmates ~

Fidden
Huda Soid
Honey Chunli
Alang Tengah
Ghafirah Idris
Mueez
Adli


~ Colleagues ~

Jt
Cik Bawang
Bashira
Wear
Blue
Alan
Aie


~ International Friend ~

Faiz
Toriq
Wenkt
Tuty


~ Geju ~

Bahtiar
Tatasumitra
Hanya Sayang
Auntie Sya
Mak Andeh
Tipah

~ Check also my fotopages ~

Kuzer's fotopages




Past Time Story

February 2004
March 2004
April 2004
May 2004
June 2004
July 2004
August 2004
September 2004
October 2004
November 2004
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
March 2009
August 2009