Mohan Thangarasu

ahli politik Malaysia

YB Senator Datuk Mohan Thangarasu @ T.Mohan [1] merupakan Ahli Dewan Negara Malaysia buat penggal kedua sejak 2017 lalu.[2] Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Naib Presiden MIC bersama T. Murugiah dan Datuk M. Asojan.[3]

Senator Datuk
Mohan Thangarasu
DPSM (Melaka), KMN, PJK, PMP
Naib Presiden
Kongres India Malaysia
Menyandang jawatan
27 November 2021
Berkhidmat with
T. Murugiah dan M. Asojan
Dalam jawatan
2018–2021
Ahli Dewan Negara Malaysia
Lantikan Yang di-Pertuan Agong
Dalam jawatan
1 Disember 2020 – 5 November 2022
Dalam jawatan
16 November 2017 – 15 November 2020
Maklumat peribadi
Lahir
Mohan a/l Thangarasu @ T.Mohan

(1973-03-18) 18 Mac 1973 (umur 51)
Parti politikMIC
Gabungan politik
lain
BN
PekerjaanAhli politik


Datuk T. Mohan berasal dari Batu 14 Puchong, Selangor. Beliau memulakan alam persekolahan di SK (L) Bukit Bintang dan meneruskan peringkat menengah di SMK Puchong Batu 14. Beliau melanjutkan pengajian tertinggi di Kolej WIT dan Institut Megatech dalam bidang Elektrik dan Elektronik.

Datuk T.Mohan terah berkahwin dengan Datin S. Logeswari yang merupakan pembaca berita Tamil di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan mempunyai 4 orang anak, Tivyan Mohan (16 tahun),Reyshmon Mohan (14 tahun), Nityan Mohan (13 tahun) dan Mithraasree Mohan (8 tahun).

​Beliau mula melibatkan diri dalam politik semasa berumur 26 tahun sebagai Ketua Pemuda MIC cawangan Puchong Camp Village. Pada tahun 2003, beliau telah menjadi Ketua Pergerakan Pemuda MIC Bahagian Puchong. Seterusnya beliau telah dilantik sebagai Koordinator Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan pada tahun 2008. Pada tahun 2009 saya telah dipilih sebagai Ketua Pemuda MIC Kebangsaan.

Datuk T.Mohan menjalankan perniagaan sendiri dalam bidang kejuruteran di Puchong, Selangor.

JAWATAN YANG DISANDANG SUKAN & NGO

i)Presiden, Malaysian Indian Football Association (MIFA)(dari 2009 -2021) ii)Pengerusi, Malaysian Indian Sports and Cultural Foundation (MISCF)(dari 2012) iii)Presiden, Malaysian Karate Hayashi-Ha Association iv)Naib Presiden, Malaysian Kabaddi Association (2008) vi)Presiden, Selangor Kabbadi Association (2004-2013)

LAIN - LAIN

i)Patron,Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Rita, Kapar, Klang(Rita Home) ii)Pemegang Amanah, Kassim Chin Humanity Foundation iii)Penasihat, Kuil Sri Maha Mariamman,Batu 14, Puchong, Selangor

Keputusan pilihan raya

sunting
Dewan Negeri Selangor: N16 Sungai Tua (Batu Caves)[4]
Tahun Pembangkang Undian Peratus Kerajaan Undian Peratus Bebas Undian Peratus Keseluruhan Majoriti Peratus
2008 Amirudin Shari (PKR) 11,015 57.47% Mohan Thangarasu (MIC) 7,376 38.49% Azmi Hussain (Bebas) 379 1.98% 19,165 3,639 74.51%

Penghargaan

sunting

Darjah kebesaran yang diterima oleh beliau[5]

Rujukan

sunting
  1. ^ https://www.facebook.com/T.MohanFanClub
  2. ^ T. Mohan, Aknan dilantik semula sebagai Senator
  3. ^ https://www.nst.com.my/news/politics/2021/11/749325/mohan-murugiah-retain-mic-veep-position
  4. ^ "Malaysian Election Data". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-19. Dicapai pada 12 May 2013. Percentage figures based on total turnout.
  5. ^ Semakan penerima darjah kebesaran dan pingat