Anak sawit liar (Inggeris: volunteer oil palm seedling, VOPS) ialah anak pokok sawit yang tumbuh liar di kawasan ladang kelapa sawit. Ia tumbuh dari butiran buah lerai masak yang jatuh tidak dikutip semasa proses penuaian di ladang dan dibiarkan di situ sahaja. Walaupun tumbuh besar, ia tak boleh dijadikan sebagai bahan tanaman untuk penanaman pokok kelapa sawit seterusnya kerana kemungkinan besar anak sawit tersebut adalah baka hibrid TxT, iaitu baka yang tak subur.

Anak sawit liar tak mati walaupun rumpai kelilingnya telah mati akibat semburan racun rumpai.

Apabila anak sawit liar tumbuh besar di ladang, ia secara tak langsung telah menjadi rumpai kerana mengganggu kawasan ladang kelapa sawit tersebut seperti proses penuaian dan ia menyerap sumber nutrient yang diberikan kepada tanaman sawit. Setakat ini penggunaan racun rumpai yang mengandungi perawis aktif glyphosate isopropylamine[1] digunakan bagi mengawal anak sawit liar.

Kawalan

sunting

Dengan perkembangan teknologi terbaru, terdapat perubahan dalam penggunaan racun rumpai terhadap anak sawit liar. Jikalau dahulu paraquat, glyphosate atau racun rumpai lain digunakan. Namun kesannya hanya bersifat sementara kerana kematian hanya diperingkat permukaan dan tidak menyelurh sehingga ke umbisi anak pokok. Dapat dilihat anak pokok kembali tumbuh semula setelah beberapa minggu semburan racun rumpai dilakukan. Kini perawis aktif glyphosate monoammonium[2][3] digunakan bagi mengawal anak sawit liar.[4][5]

Rujukan

sunting
  • Tertanam baka hibrid TxT Mendatangkan Kerugian. Majalah Info Pertanian. Isu 13. Capaian 24 Mac 2012.
  1. ^ Herbicides Diarkibkan 2012-03-18 di Wayback Machine for killing volunteer oil palm seedlings. Ancom Crom. Capaian 21 Mac 2012.
  2. ^ Glyphosate monoammonium.
  3. ^ Glyphosate monoammonium.
  4. ^ Maizatul, S.M and A.S. Idris. (2008). Glyphosate monoammonium for controlling volunteer oil palm seedlings. MPOB Information Series 431.
  5. ^ Beng, L.L, M.S. Azba dan Romzi Ishak. (2006). Alternatif kepada paraquat bagi pengawalan anak sawit liar. Kemajuan Penyelidikan 46:18.

Pautan luar

sunting