Belmopan
Belmopan (AFA: /ˌbɛlmoʊˈpæn/) ialah ibu negara Belize.
Belmopan Bandar Belmopan | |
---|---|
Negara | Belize |
Daerah | Cayo |
Keluasan | |
• Jumlah | 32.78 km2 (12.66 batu persegi) |
Aras | 76 m (249 ft) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 16,451 |
• Kepadatan | 500/km2 (1,000/batu persegi) |
Zon waktu | UTC-6 (CST) |
Selepas Taufan Hattie pada tahun 1961 yang memusnahkan kira-kira 75% rumah dan tempat perniagaan di kawasan rendah dan pesisiran pantai bandar Belize, kerajaan mencadangkan dan menggalakkan pembinaan ibu negara baru.[1] Susun atur bandar ini bertumpu pada Jalan Lingkaran yang mempunyai lilitan yang hampir mencecah 4km. Belmopan terletak 50 meter dari Laut Caribbean dan 76 meter atas paras laut, serta terletak dekat Lembah Sungai Belize dengan pemandangan kaki bukit Permatang Mountain Pine. Belmopan mengalami iklim monsun tropika (Am) bawah pengelasan iklim Köppen. Bandar Belmopan ada 3 sekolah persediaan, 4 sekolah rendah dan 4 sekolah menengah, serta Pusat Bahasa Kawasan (RLC) di tengah kampus Universiti Belize, dan pelajar dari negara berbahasa Sepanyol berdekatan datang untuk mempelajari Bahasa Inggeris.