Pandora Papers (Dokumen-Dokumen Pandora) menghimpunkan 11.9 juta dokumen yang bocor (berjumlah 2.9 terabait data) yang diterbitkan oleh Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (International Consortium of Investigative Journalists, ICIJ) bermula pada 3 Oktober 2021.[1][2] Kebocoran itu mengungkap rahsia akaun luar pesisir 35 pemimpin dunia, termasuk presiden semasa dan mantan, perdana menteri, dan ketua negara serta lebih dari 100 jutawan, selebriti, dan pemimpin perniagaan. Kebocoran ini disebutkan konsortium sebagai pendedahan kerahsiaan kewangan mereka yang paling luas mengandungi butiran dokumen penting (termasuk maklumat pasport, catatan urusan bank serta syarikat, pengisytiharan cukai dan kontrak hartanah),[3] gambar, e-mel dan hamparan kerja keluaran 14 syarikat perkhidmatan kewangan di negara-negara termasuk Panama, Switzerland dan Emiriah Arab Bersatu,[4][5] jauh melebihi maklumat yang ada di Panama Papers sebelum ini pada 2016 yang mempunyai 11.5 juta dokumen sulit.[6][7][8][9] Pada saat pengeluaran dokumen-dokumen itu, ICIJ mengatakan pihaknya tidak mengenal pasti sumbernya untuk dokumen tersebut.[10]

Anggaran oleh ICIJ, wang yang disimpan di luar pesisir (di luar negara tempat wang itu dibuat) berkisar antara AS$5.6 trilion hingga AS$32 trilion.[11][12][13]

Agensi terlibat

sunting

Pendedahan ini dilakukan konsortium ICIJ hasil kerjasama dengan wartawan di 91 pihak media meliputi 117 negara termasuk organisasi berita seperti The Washington Post, Le Monde, El País, Süddeutsche Zeitung, Frontline PBS, Australian Broadcasting Corporation, The Guardian, dan Panorama BBC.[10][14] Agensi kewartawanan yang terlibat adalah seperti di bawah:[14]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Miller, Greg; Cenziper, Debbie; Whoriskey, Peter (3 October 2021). "Pandora Papers - A Global Investigation - Billions Hidden Beyond Reach - Trove of secret files details opaque financial universe where global elite shield riches from taxes, probes and accountability". The Washington Post. Dicapai pada 3 October 2021.
  2. ^ "Pandora Papers: A simple guide to the Pandora Papers leak". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 3 October 2021. Dicapai pada 3 October 2021.
  3. ^ Hafezdzullah Mohd Hassan (7 Oktober 2021). "Apa itu Pandora Papers?". Sinar Harian. Dicapai pada 20 Oktober 2021.
  4. ^ "Offshore havens and hidden riches of world leaders and billionaires exposed in unprecedented leak". ICIJ (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 October 2021.
  5. ^ "Pandora Papers: Secret wealth and dealings of world leaders exposed". BBC News. Dicapai pada 3 October 2021.
  6. ^ "Bigger than Panama: Several Pakistani names on upcoming Pandora Papers". Samaa TV (dalam bahasa Inggeris). 2 October 2021.
  7. ^ "Pandora Papers: Exposé featuring financial secrets of high-profile individuals to be released Sunday". www.geo.tv (dalam bahasa Inggeris). 2 October 2021.
  8. ^ "ICIJ set to release Pandora Papers same like Panama Papers". Dunya News. 2 October 2021.
  9. ^ Ghumman, Faisal Ali (2 October 2021). "ICIJ 'to release' Pandora Papers (Panama-2) also involving Pakistanis tomorrow". GNN - Pakistan's Largest News Portal (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 October 2021.
  10. ^ a b The Guardian investigations team (3 October 2021). "Pandora papers: biggest ever leak of offshore data exposes financial secrets of rich and powerful". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 October 2021.
  11. ^ Pandora Papers reporting team (4 October 2021). "Pandora Papers: A simple guide to the Pandora Papers leak". BBC News. Dicapai pada 4 October 2021.
  12. ^ Walt, Vivienne (4 October 2021). "Pandora Papers show tax crackdowns are no match for the superrich". Fortune. Dicapai pada 4 October 2021.
  13. ^ Miller, Greg; Cenziper, Debbie; Whoriskey, Peter (3 October 2021). "VIDEO (at 7:12 of 7:43 total) – Pandora Papers – A Global Investigation – Billions Hidden Beyond Reach – Trove of secret files details opaque financial universe where global elite shield riches from taxes, probes and accountability". The Washington Post. Dicapai pada 3 October 2021.
  14. ^ a b Shiel, Fergus (4 Oktober 2021). "About the Pandora Papers" (dalam bahasa Inggeris). ICIJ. Dicapai pada 4 Oktober 2021.

 

Pautan luar

sunting