Sudah 3 bulan bumi UTP aku tinggalkan
Dan sudah hampir 4 tahun alam persekolahan berlalu
Terasa begitu pantas masa berjalan
Masih terasa lagi sat mula-mula aku menjejakkan kakiku di SSP
Aku tak kenal sekolah tu sewaktu menerima tawaran ke sana
Letaknya di KL, sungguh jauh dari asalku
Tapi aku gembira, kerana inilah kehendakku
Aku mahu berdiri sendiri.
Pagi itu mak ayah aku menghantarku kesana
Orang lain semua lengkap beruniform sekolah tapi aku berbaju kurung biasa saja
Tapi biarlah...
Selesai sesi pendaftaran, mak ayah aku pun bertolak balik
Aku memang sudah teramat penat, katil ku panjat maka lenalah aku
Kadang-kadang aku terjaga kerana 'bedmate' aku menangis
Kakak-kakak senior sedang pujuknya
Sebab penat sangat malas aku nak ambil tahu..hehe..
Itu 1st day di SSPKL..
Aku sudah mula suka sekolah ini
Dekat dgn The Mall so aku boleh shopping, juga dekat dengan hentian Putra memudahkan aku kalu mahu balik rumah..
Kawan-kawan pun ramai, dialek ganu terpaksa aku ketepikan sebab mereka x paham..
SSPCBJ Admin Building tersergam indah
Pada tahun 2003, sekolah aku dipindahkan ke tapak baru isitu di Cyberjaya..
Seminggu sebelum itu, kami telah diarahkan untuk meng'packing' brg2 masing2..
Kami kesana dengan menaiki bas sekolah..beberapa bas telah disewa untuk memudahkan
penghantaran semua 400++ students..
Sampai kat sana masing-masing teruja melihat sekolah itu,"Wah besarnya sekolah ni"..
Waktu itu kami tak di'guide', so terpinga-pinga la kami mencari mana letaknya hostel
Finally, kami berkeputusan untuk ambil jalan mudah tapi sgt jauh..
Hostel baru kami berkali-kali jauh lebih selesa drpd hostel kat SSPKL..seronok~
Tapi hati tetap terkilan krn terpaksa meninggalkan sekolah kami di KL itu..
terpisah dgn Putrajaya oleh Tasik..sungguh indahHidup disini sedikit terasa macam penjara, bukan apa, kat CBJ amende la sangat yang ada.
Kalau 'fly' pun x kemana nye korang. Masa awal-awal dulu kalau outing dgn Bas Sekolah di
IOI Mall kat Puchong. Ingat lagi betapa licinnya lantai kat situ, beberapa kali aku hampir
jatuh.. Nasib la tidak kalu x jatuh la saham aku hahaha... Then, tak berapa lama lepas tu,
Alamanda Putrajaya pun dirasmikan. So, disitu la kami selalu habiskan masa time weekend
kalau tak balik overnight.. Al maklumlah rumah aku jauh mana la nak balik rumah kan
huhuhu...
my classrooms..and gazebos where i used to lepak2 with friends after class
Hurm..tempoh masa di Cyberjaya mungkin lama sedikit berbanding di SSPKL namun tiada
bezanya..
Both left something special in my memory i'll never forget
teringin untuk kembali ke sana sebagai pelajar.. tapi masa berdetik ke hadapan bukan sebaliknya..
so kenangan bersama teman-teman dan cikgu-cikgu akan terus segar dan akanku sematkan dalam perjuangan akan datang yang semakin mencabar..InsyaAllah..
-sekali SSPIANS memencak kejayaan pasti di PUNCAK-