June 19, 2013

muhammad solihin amzar

bismillah..

'solihin doa utk cikyah.' tiba-tiba dia bagitahu aku.
terdiam aku seketika.tak terkata.
'ye ke..bila solihin doa?'

memang kakda (umi nya) mintak dia doakan aku pada malam sebelum start hari pertama exam teori. 
jawab dia 'nanti solihin doa la lepas magrib kat surau. kalau cikyah berjaya pun,itu atas usaha cikyah la'
tergelak aku mendengar cerita ni. pandai sungguh dia. bila aku call hari-hari seterusnya dia cakap dia tak doa pun utk aku. sedih.. :(

'masa kat sekolah.hari jumaat tu.'
Allah. pagi jumaat tu aku long case.
'solihin doa macam mana?cikgu suruh ke?'
'tak la. pagi tu lepas perhimpunan,solihin main-main dengan kawan. lepas tu masuk kelas. lepas tu solihin duduk kat kerusi,solihin doa la. tak de sape suruh pun.' detail.
'solihin doa macam mana?cube ingat balik?' masa ni kami berdua kat dalam bilik. touching sungguh dengan budak ni. dia tunduk.tangan kat muka. dahi berkerut. mata tutup rapat. 
'solihin lupe..'
'ok xpe..nanti solihin dah ingat bagitahu cikyah taw.' aku xnak paksa dia.

dalam hati hanya Allah yang tahu..

****
aku menangis dalam masjid tok guru,pulau melaka. disebabkan anak buah kesayangan aku ni la. perit sungguh. dia tumbuk tepat mengenai telinga kiri aku yang sedang sakit. dah dua tiga hari telinga ni sakit,aku tahan dengan sedaya upaya. xsentuh pun sakit 24hour. nak ambil wudhu pun sakit apatah lagi kena tumbuk. otitis externa maybe.kalau boleh xnak ambil PCM pun. biarlah sakit ni menghapus dosa-dosa aku.

aku senyap xbercakap langsung dengan dia. mungkin dia pun faham aku sedang marah kat dia. balik rumah terus masuk bilik,baring. cuba utk tidur,tapi xboleh,sakit. tiba-tiba solihin masuk. dia baring disebelah aku. aku pura-pura tidur. dan tahan nak gelak sebab dia tengah tenung muka aku. dia tarik tangan kanan aku,suruh peluk dia rupanya. lepas tu dia usap-usap muka aku. huh. kalau bab-bab memujuk,bodek orang,dia lah juaranya.aku faham yang dia ingin meminta maaf..

terharu sungguh dengan sorang ni..

dah tujuh tahun pun nak beriba lagi..
aku terlalu memanjakan dia ke?

bantal bucuk!







dari kecik sampai besar,dia memang rapat dengan aku..
nak buat macam mana..
nak marah lama-lama pun, aku sayang dia.

'bila cikyah nak datang rumah solihin lagi..?'
sedihnya nak tinggal KL..sebab dah xselalu boleh jumpa solihin lagi dah.
i don't have answer for that,my dear.

2 mei 2013

bismillah..

2 Mei 2013, Auditorium Fakulti Perubatan,Pusat Perubatan UKM.

'azhana,tolonglah kuat. untuk orang lain.'

untuk aku sebenarnya. bila tengok muka dia,aku jadi lemah. x kuat. x berani nak dengar pengumuman keputusan peperiksaan ikhtisas. ya..memang dari awal lagi dia xnak datang, tiba-tiba datang duduk tepi aku. gembira sebenarnya. tapi muka dia xboleh tahan. xpernah tengok muka dia macam tu. di kanan aku kak mah. hanya aku dan kak mah saja yang tekad nak datang dari awal dulu. yang lain sume nak tunggu kat bilik.  tak bermakna kami ni kuat sebenarnya..

'A122162..'terus aku pegang tangan kakmah. tanda itu no matrik aku.
Alhamdulillah. syukur!
rasa nak sujud tang tu jugak.

setahun aku tunggu untuk gambar button bacth ni masuk blog ni. ada dua lagi yang aku beli utk Dr Azhana dan Dr Afniar.


'abah,orang lulus!'
'hah?lulus sume dah ke?sume-sume?'
'ya bah. orang dah pass sume.'
abah gelak gembira.suara pun dah berubah.terharu.menangis.mungkin. macam aku.

'kakda,orang lulus!'
'alhamdulillah,tahniah.jangan lupe sujud syukur.'
kakda tengah mengajar masa tu. tiba-tiba dia tunduk..
'cikgu,kenapa cikgu menangis?ada masalah ke?'
kantoi!

'kakmi,orang lulus!'
'waahh..terror mu cah.tahniah tahniah. doh bakpo jeritnyo (menangis)?'
'xtaw..xpercaya..'
..pah kt ku sero nok jerit... (dengan aku sekali pun rasa nak menangis)

ini kejayaan yang paling bermakna buat diri ini. UPSR,PMR,SPM,matrix,sume xde perasaan pun.dan ini kali pertama aku menangis utk sebuah kejayaan.
kejayaan ini utk special utk ma dan abah tersayang. abewe,kakda,kakmi,abe,adik,azra,shafiq. anak-anak buah tersayang.ipar duai.keluarga besar ku. dan seluruh orang kampung bator. dan jugak semua orang yang pernah hadir dalam hidup aku. kalian semua adalah cikgu dalam hidupku.

***
'eh betul ke tadi nama saya, akak?'masih tak percaya. sebab aku terus xdengar apa-apa selepas no matrik diumumkan.
'betul,akk dengar nama hanaffi. kamu sorang je kan nama ayah hanaffi?'

'betul ecah,orang dengar nama ecah clearly. orang ada duk kat pintu'. hampeh nia..kata xnak datang.

sms farah. ko ada dengar nama aku x?-ada tadi nama ko..

teruknya aku,sampai aku xdengar nama orang lain,dan nama farah yang diumumkan sebagai pelajar cemerlang. the only one Malay student. bangga dengan ko!

dengan itu,aku meletak jawatan sebagai pelajar perubatan dengan rasminya.

secara tak rasminya,aku masih pelajar perubatan. once masuk medical school, kita dah daftar no matrik as a
life long learner. never stop learning!
our last dating at masjid besi
















-the end-

erti tawakkal

Bismillah..

Cuba sedaya upaya utk bertenang, utk yakin ini taqdir yang ditentukan. Allah tahu apa yang aku mampu. Dia akan uji hamba Nya mengikut apa yang dia mampu. Baru saat ini aku merasai nikmat itu. Walau dari kecik lagi aku diajar mengenali perkataan itu, namun saat ini aku benar-benar merasainya.  ‘jangan lupa baca bismillahi tawakkaltu a’la Allah.’ Hanya ini pesan ma setiap kali nak exam.

Manisnya terasa. Bahagia. Tenang. Terasa begitu hampir denganNya. Redha. Berserah apa pun padaNya. Tiada kata yang mampu mengungkapkannya. Hanya mereka yang pernah merasai nikmat itu faham apa yang aku rasa. Dr Zai selalu cakap perkataan ni waktu teaching dengan dia. Dan ramai orang sebut perkataan ni. Dah usaha,tawakkal. Usaha+doa+tawakkal=Berjaya.  Semua orang tahu,tapi x semua yang betul-betul faham.

Aku tahu banyak lagi yang aku xtaw. Awalnya, perasaan takut itu ada. Tapi ia bertukar, menyerah segalaNya. Allah. Nikmatnya.

Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
(Surah At Talaq:3)

Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.
(Surah Al-imran : ayat 159)

"Hasbunallah wa ni’mal Wakil (cukuplah Allah yang mencukupi kami dan cukuplah Allah sebagai tempat kami bertawakal.” 

Dari Umar bin Khattab ra berkata, bahwa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sekiranya kalian benar-benar bertawakal kepada Allah SWT dengan tawakal yang sebenar-benarnya, sungguh kalian akan diberi rezeki (oleh Allah SWT), sebagaimana seekor burung diberi rezeki; dimana ia pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang.
(HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu Majah).

‘An 8th years old Malay girl, came for exam purposes. 3weeks ago she was admitted to the ward for one day duration for dengue fever.’

Not so ‘paeds’ la.Alhamdulillah.
Dengue fever. Alhamdulillah.
Dr saharuddin, Prof Tan (paeds HDW?,tersangatlah baik.senyum memanjang). Alhamdulillah.

Allah tolong. Sangat-sangat.

‘kalau boleh aku xnak examiner yang aku kenal’
‘aku xnak paeds.’
Kata orang tua-tua,kalau xsuka jangan duk sebut-sebut. Kan dah dapat...

Patient tu sangat simple. Xde masalah langsung. Just dengue fever. Not dengue hemorrhagic or shock syndrome pun. Yang peliknya for Q&A, examiners create situation yang stable dan normal, dan aku yang pening..kenapa xtanya situation yang xstable,nak kena bagi fluid therapy ke..

‘let’s say if you see this patient for the first day she came, appear alert,hydration status ok. BP 110/80,PR 90, RR ok,o2 ok.’ panjang sungguh ayat dia...but everything is ok.. aku yang confuse. Takut aku yang salah...

‘could you please counsel this patient regarding dengue fever?’ bonus question pun  xdapat score. T__T

Aiyoooo! Soalan JKM 3rd year. Merapu la jawabnya. General sungguh soalannya. Tapi Dr sahar tolong. J

Sebelum loceng berbunyi, aku dah selesai. Boleh keluar dari bilik exam.

Kata cikgu sekolah dulu, kalau siap awal atau xcukup masa tu,ada something wrong.

Rehat dalam lebih kurang dua jam sebelum exam shortcase. Lepak di surau tingkat dua. Another half to go. 
Cuba bertahan dengan sakit kepala yang menggila. Wrong time wrong place. Dah la xbawa minyak angin ke apa ke..

‘kalau patient sakit kepala,jumpa dr aishah senang je ubatnya. Minyak kapak!’
‘dr kapak!’

Ni la gelaran dari kakak2ku yang sengal!

Cuba utk tidur,xboleh. Mesej dari kakak2ku yang sengal sangat membantu. Aku tahu,aku sedang tension walaupun aku menidakkannya.
pengalaman on-call O&G 24hours over weekend. tiap kali on-call,mesti relax je..
no new case.boring pulak.
Short case ada empat station. Bermakna ada empat patient yang aku perlu examine dalam masa 7-10min, 3min rest in between.

-ENT-
lower motor neuron lesion of facial nerve secondary to parotid gland tumor. Siap awal.alhamdulillah.

-CVS-
‘pulse rate is 60bpm,regular rhythm..’  ‘are you sure?’ aku salah la tu maksudnya. ‘yes! Its regular.’ Confidentnya. Buat-buat je. Tempah maut sungguh.  Mesti ada murmur, xkan patient ok kan. So murmur aku hentam PSM. Q&A hentam jugak.

-Knee examination-
‘what about your theory paper?’ alamak!teruk aku camni.tolong la luluskan saya Dr.

-Gynae exam-
Very huge fibroid. But wrong technique. So sad. ‘what are you doing?’  ‘percussion,looking for the margin.’ Although I already comment on its margin earlier! Prof, I  also don’t know what am I doing. Apsal cara aku percuss cam pelik je @_@

Sungguh.aku takut. ¼ je dapat buat.sedangkan short case carry a huge mark in pro-exam. Not enough practice,I admit.

 
~miss all my gen~
*a whole day stress followed by driving-putrajaya-flyers-18+18+14floors*

-To be continue-

June 17, 2013

exam week


bismillah..

Senarai nama yang panjang berjela-jela dah ditampal di board depan ofis akademik. Habis je exam teori paper, berpusu-pusu la kami menjejak nama masing-masing.

sedar tak sedar, aku dah berjaya melalui minggu pertama pro-exam. susah jangan cakap. balik je kitorang housemate bertiga akan bincang balik dan congak-congak cikit berapa yang betul. meremang jugak aku. masa bincang x fikir panjang. kalau ada yang salah, 'relax la..baru satu.yang lain kan banyak lagi'. itu namanya  DENIAL. petang mulalah aku xboleh study. teringat-ingat apa yang dibincang tengah hari tu. cari penyakit  tu namanya. paper medical-based contohnya. susah tahap petala kelapan!scenario punye la panjang berjela-jela. dan soalannya pulak mengguris hati sungguh.

what is the MOST NEXT APPROPRIATE management?
what is the MOST APPROPRIATE investigation?
what is the NEXT APPROPRIATE management?

huwaaaaaaa! SAKIT HATI tak dengan soalan dia? satu lagi...waktu tengah baca scenario die yang panjang tu,hati dan minda memang kena fokus betul-betul.kena digest terus.dan formulate utk dapatkan diagnosis. dan yes!aku dapat diagnosis dah. sekali....statement last dia 'she was diagnosed with blablabla.what is the next step to do?' haruuuuuu. bukan main susah aku buat diagnosis dengan harapan soalan 'what is the diagnosis?'. hampeh. bila dah frust gini,next soalan tu dah malas fokus. malas fikir diagnosis dah. sekali...'what is the diagnosis?' heh. ulang la baca scenario dia sekali lagi. wasting. medical ni betul buat aku xsenang duduk. takut. sungguh. 50-50 ja mengikut apa yang aku congak. belum tolak yang xsure jawapan lagi tu. takut andai aku diumumkan sebagai pemegang rekod pelajar extend sebab teori paper! 

ops!patah balik. lets bygone be bygone.  Mata pantas mencari nama ‘hanaffi’. Yup. Ini cara aku mencari nama. Sebab mana-mana pun aku pergi bersepah nama aishah.  Femes betul. 

Alhamdulillah! Bukan isnin. Alhamdulillah sekali lagi. Jumaat. Round kedua.sesungguhnya aku benar-benar x bersedia physically,emotionally, dan clinically (ilmu) andai giliran aku hari isnin. Dia Maha Mengetahui. walaupun  nama aku satu-satunya pelajar melayu perempuan dalam kumpulan 24orang tuh. Dan sorang lelaki melayu yang aku xberapa nak kenal. Moga dengan barakah penghulu segala hari,ni yang terbaik untuk aku. Kadang terlintas jugak, x bestnya macam ni.kenapa aku sorang tercampak kt situ kn. Tapi aku cepat-cepat yakin ada hikmahnya. Mungkin bila examiner tengok,eh awak sorang je? Haa xpe, jangan risau. Lembut sikit hati mereka. Heh. Perasan. Eh. Bukan. Positive thinking.

Sorang semi sorang geng teman rapat aku dah habis clinical exam diorang.

Maka tinggallah aku keseorangan. Rabu-dah start x tentu arah. Nak study rasa xbetul. Nak tidur,lagi la salah! Nak mandi,dah berapa kali. Mesej farahin...tolong aku..maka berkaranglah mesej dia aku baca. Alhamdulillah.lega. telefon rumah. Cakap dengan sume yang ada..tenang. gembira. Boleh sambung study. Bila perut kecut balik, telefon raihan yang suka gelak menceriakn hari yang suram.huhu

Setiap petang tunggu berita mereka yang dah habis, dapat kes apa. Dan tiap kali tu, hydrochloric acid bertambah-tambah. Macam mana mereka boleh jawab. Aku macam xtaw satu benda pun kes-kes nih.

‘ya Allah.berilah apa yang terbaik utk ku dan sahabat-sahabat ku. Lembutkan hati examiner, pesakit. Dan berikan kes yang kami dapat score dengan cemerlang.’
doa yang aku xtinggal tiap hari.


F=paediatrics.
Aku xboleh amik kad F. Aku lemah paeds.
O&G pun x nak. Takut. 
Surgery..boleh la sikit. Sebab itu last posting aku.
Medical..kalau chestpain,asthma ok. COPD xnak! Stroke xnak!

As if I can choose everything!

Bila dah nama tu no 24,maka dibelakang sekali la aku beratur. Dan nasib badan,aku orang terakhir ambil kad dalam sampul tu. no choice.rasa nak nangis.

Allahuakbar! 
aku bertawakkal ya Allah.
Aku serahkan segalanya pada Mu ya Allah. Sungguh-sungguh.
kuat Aishah!

Bronchial asthma..pneumonia..itu je yang aku sempat rewind dalam kepala.
Yakin. Ini yang terbaik.

Langkah kanan. Selawat. Senyum. Al-fatihah. Ayat kursi.


Allah!

Prof Wu!
i do love kids,not paediatric!











-to be continue-

STUDY WEEK

bismillah..
*ini hanyalah untuk tatapan aku di hari tua. agar aku tak lupa saat itu.*

PRO-EXAM a.k.a professional exam or peperiksaan ikhtisas. Di mana segala apa yang dipelajari selama lima tahun di fakulti perubatan ini akan diuji. Dan exam ini la yang paling panjang study week nya-3 minggu ja pun-.  Berbanding dengan study week yang lain-1 minggu- yang macam xboleh nak bernafas tu..yang ni macam relax cikit. Heh. Sebab masa banyak jadi kelajuan ram ni pun slow cikit lah. Masih ada masa bergelak sakan, outing sana sini, plan ‘minggu melancong sedunia’ –yang xjadi tu-, dan macam-macam lagi. 

Dan study week ni pun lain dari yg lain,di mana aku dah x boleh sistematik macam yang lepas-lepas. Dulu, mesti habiskan revision-note-hafal-create mneumonic bagai-yang semestinya akan dilupakan bila habis exam- mengikut posting/department. Selagi x khatam satu posting aku x akan move on tuk posting seterusnya. Maka,mulalah kepala aku create bermacam-macam folder::OnG,surgery,medical, orthopaedic, ophthalmology, ENT-OHS,Anaes :: sama macam dalam lappy ku. Compartmentation di situ ya.  

Semestinya benda tu xboleh nak di apply masa pro-exam ni. Serius... segala apa yang dibaca aku selit-selit aja di celah-celah sulci and gyri otak aku ni. Asal melekat dan boleh dikorek kembali sudah. Bila baca diabetes, keluar dyslipidemia, cancer of head of pancrease, ray amputation bagai. Dan yang sadisnya, kena korek balik pathophysiology of pancreatic secretion. Anatomy siap. Bila tersedar, alamak! Detail sangat nih. Takut xsempat cover yang lain. Apa yang best waktu study week adalah ‘wah!bestnya..banyak benda kite taw kan.’ Dulu asyik senyuman sumbing sebagai jawapan kepada prof-prof.

Ada orang suka buat study group. Ada orang xboleh. Terpulang. Dan aku..both. dua-dua. Tapi kena tengok la apa dan bagaimana. Kalau benda tu boleh baca sendiri xperlu la kan. Tapi kalau benda2 praktikal,nak kena counselling,buat CPR tu kena geng la. The most important thing is stress kit. Before study week, aku dan housemates dah plan dah. Petang-petang kite gi tasik ya. Dan berjaya ditunaikan la walau sekali ja pun. Pergi ikut team senamrobik kat tasik permaisuri! Waktu kecederaan macam ni, housemate sangat la membantu. Kitorang x akan tutup pintu bilik selagi x tidur. So, in between duk baca sorang xpaham, mereka akan jadi mangsa utk diganggu. Tolong selak-selak otak-otak ni.

stress x? of course! stress yang menggunung. sungguh. dalam 5tahun belajar ini yang paling stress. planning dari semua segi kena start dari awal lagi. sebelum start study week dah list down nak study camana, topik apa kena, nota dah susun siap-siap,kemas bilik, barang keperluan sume kena cukup,duit poket cukup. lebih xpe. walau benda2 ni nampak kecil,namun ia akan menjadi besaaar bila saat-saat cmni. jangan tambah masalah lain waktu kritikal ni. satu lagi, kredit mesti ada. supaya bila-bila masa boleh call sape saja. dan jugak buku-buku non-medic tuk release tensen.



~triffle from my cool &sweet junior~
                             

baring atas katil,tenung dinding ni. bilik kan tempat privacy.so ikut sukalah nak tampal apa pun kan. tapi aku terlupa yang kawan-kawan suka lepak bilik aku.hiii...ini bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk ke apa..tapi sekadar sumber inspirasi utk diri sendiri.
time stress..aku akan tenung benda ni..berfikir..muhabasah..reflection.
negatively thinking..

'ya Allah..cukuplah aku kejar yang kat bawah tu sekali. yang atas tu rasanya x kot. lepas ni cukuplah jadi chronic MO dan surirumah berjaya.bertahan la.sikit je lagi'.pujuk hati sendiri.

sekarang ni pun dah tak tertanggung rasanya. macam nak pecah segala-galanya. betul..exam tu xsusah. senang ja pun soalan-soalannya. management.diagnosis.investigation.diagnosis. itu je. dan sume tu ada di tulis dalam kitab-kitab medic. yang susahnya adalah jawapan. berpuluh-puluh penyakit punye management yang kita baca.yang ditanya cuma satu. yang kita ingat management endometrial cancer.tapi dia tanya management cervical cancer. hentam la jawabnya.

ikutlah course apa pun.exam sume senang.jawapan je yang susah. 


-to be continue-

April 19, 2013

yes!



..she..
..does.. 
..love.. 
..me..



only when she miss me


March 5, 2013

@.@







kenapa malas sangat ni










need someone to push me up up up!

*admire me secretly.