Goodbye 2017, welcome 2018


Lama betul tak update blog ni. Rasanya last update pon pasal hal kawin kawin lepastu diam balik. Sebab worklife dengan personal life get the best of me. Banyak sangat keja and need to juggle personal life and worklife yang sangat sangat la busy. Tapi rasanya masih boleh cope with everything.

The highlights of my 2017.

  • I get married with my bestfriend and everything just went so fast. And he's being a dear to me. Rajin la menolong buat kerja rumah. I am blessed he willing to share all the house chores with me. I cooked and he does the cleaning part. I messed up the house, he cleans it. So I have no problem in adapting to married life. My life just become a bit easier with his help. I have no complain. 
  • Keja baru and colleague baru. Bulan 6 dapat keja baru and at the same time kena keja tempat lama until the previous place tutup. Dalam 3 bulan jugak keja 7 hari seminggu. Merajuk jugak la because I have no time for him. Not only him, I also don't have for me. Penat jangan cakap la. Memang penat gila tapi good pay, I just go with the flow. Money motivates you. 
  • New house, not our own, just rent for now. Spacious for both of us. I have my own wardrobe room, my own office, he got his own office to do his work. I am content with the arrangement. 
  • Boleh kenal sapa kawan dan lawan. I'm grateful not to be friend with that kind of person. 
  • Travel with my families. Travel with him almost every month to different places in Malaysia and Indonesia. 
  • Gardening is not my forte. Haha
  • Grew a lot of interest in make up but still learning.
  • Grew interest in fishing. Ni sebab kena paksa teman memancing. 
2018 resolutions
  • Kuruskan badan. Ni dari 7 tahun lepas nak kurus tapi tak kurus kurus. Makin naik ada lah. Tahun ni nak turun la sampai la bun cakap stop. Then I stop. Selalu dia suruh stop makan. Hahaha
  • Jaga kecantikan. Sebab sedar diri tak cantik. So, this year allocate banyak sikit untuk cantikkan diri. Telan la jamu banyak2. 
  • Open my own business. Nak financial freedom. 
  • Setelkan pinjaman pendidikan and PTPTN
  • Travel to many more places. Target tahun ni nak pegi Jepun and Turkey. Kumpul duit banyak2.
  • Rajinkan diri buat deco rumah. DIY jelah. 
  • Teringin nak pegi umrah. Harap tahun ni ada rezeki.

Ok itu saja. Di sini saya tak kepilkan sebarang gambar sebab laptop ni takda gambar. Thanks. Jumpa lagi kalau rajin menulis lagi. Ingat nak update la pasal travel dulu tapi tak da masa langsung nak mengadap. Facebook memang dibiar kesepian ja. IG pon kadang2 ja update. Memang nak menghilang terus dari social media. Tahun ni harap banyak sikit la update. Haha.

Daa.

Continue >>>

I'm married


Dear blog,

I am now a wife to my best friend.


So awkward nak tulis ni. Okay. Aku selamat kawen 20 January 2017. Majlis sebelah Penang pulak 21 January dan majlis sebelah laki pulak 4 March 2017. Dah berbulan2 baru lah ada rasa nak menulis kat sini just untuk simpan sebagai kenang kenangan. Gambar? Hazabbb. Gemuk gila aku. Tu la sapa suruh malas nak diet dah gemok gedempol. Tengok gambaq kawen pon rasa nak mengamok.

Ok done cakap pasal gambaq kawen. Hidup selepas berkahwin? Sangat la susah nak serasi at first but now rasa okay dah. Takdak sapa gtau aku yang hidup sekali ni payah gila. Tambah2 aku perangai camni, dia perangai camtu. So, nak serasi agak susah. Tapi sekarang masing2 dah start paham so agak okay kehidupan selepas kawen.

U've known him for many years but life after marriage is totally different from the life before. So, take it easy and learn how to get along with each other. I need to change my mindset as I always feel like I will never get married to anyone. therefore, i had this feeling that i love to be alone and dont have to bother anyone. I am so independent and I have to make less of it.

Just a brief story of my life right now. I cherish life more when you have someone you can share with.



Continue >>>

Why parents opt for homeschool in Malaysia?


Ramai jugak parents opt for homeschool. Bila tanya kenapa pilih homeschool? Ni jawapan parents.

1.Sebab anak teruk kena buli sampai takmau bercakap langsung dengan strangers even dengan cikgu sendiri. So, parent ni ambik keputusan homeschool anak2 dia.

2. Masuk darjah satu pon kena ada exam nak masuk kelas mana, macam mana kalau yang tak bagus dalam exam tu? masuk kelas hujung2 dan start dari darjah satu dah dilabel. Suka ka dilabel anak tak berapa nak pandai?

3. Exam oriented. Budak2 punya la banyak dia punya kelebihan dan ada jugak kekurangan. Kalau kekurangan tu yang dilihat dan di spotlightkan, kelebihan tu mungkin dipandang sebelah mata. So, mak2 dan bapak2 kesian la potential anak2 depa macam tak dilihat.

4. No continuation between preschool and school. Masa preschool, punya la gigih cikgu2 pendidikan awal ni buat aktiviti yang menyeronokkan, fokus semua field. Tapi masuk ja darjah satu, takdak kesinambungan langsung preschool dan sekolah. kalau ada pon, yang part membaca dan mengira. Yang lain tu macam tak bersambung. More on memorization.

Post ni bukan nak condemn cikgu2 pon . Aku sendiri pun cikgu jugak (tapi bukan cikgu kerajaan la). Sistem tu yang caca marba. Budak2 tensen. Nak ubah itu ini, tapi tak buat research dulu. Nak jadi yang latest in the world guna sistem itu ini, tapi anak2 kita dah ready ka?
Continue >>>

Persiapan Menuju 2017


Assalamualaikum!

Macam tak percaya tahun 2016 akan berakhir dan aku akan melangkah ke tahun baru dengan gelaran baru InsyaAllah di hujung January. Rasa terabai sangat blog ni sebab taktau nak update apa dan rasa macam tak matang pulak nak update benda merepek zaman dolu dolu.

Persiapan kawen masih lagi banyak yang tak siap. Make up belum book, pelamin pon belum book. Pelamin ni memang takdak langsung dalam list sebenarnya tapi lepas saja mak aku p kenduri jiran aku merangkap kawan sekolah aku, mak aku terus teringin pulak nak berpelamin. Mak teringin lettew nak duduk atas pelamin jugak dengan abah. Eleh mak. Haha.

Baju nasib baik lah dah tempah. Mula mula nak design loose saja. Tapi p dekat tailor, boleh pulak la dia cakap design orang mengandung. Terus pilih design lain. Yang tunang pon cakap "alaaa, bagi la ada pinggang sikit." Hampeh. Tau la gemokkk.T_T

So design yang menjadi pilihan di hati design kat bawah ni.
Credit: from this BLOG
Design baju ni untuk nikah. Dan tak pilih putih sebab nak pakai balik nanti. Kalau putih macam awkward nak pakai balik.
Credit: From this BLOG
Design baju ni pulak untuk sanding sebelah perempuan. Harap menjadi lah baju ni. Dan nampak kurus la hendaknya.


Itu saja la kot nak update. Pasal apa benda nak letak dalam dulang pon belum lagi finalized. Banyak sangat lah nak pikir dan cuti pulak tak sama. Macam mana lah pasangan yang PJJ handle depa punya perkara kawen ni. Renyah gila. Rasa nak setelkan semua, esok kawen terus setel. Fuuuiihhh.

Pasal dulang hantaran ni nak buat sendiri ja. Tapi idea sangat lah terhad dan tatau la nak hias dulang macam mana. Homestay lagi satu belum cari. Apa lagi lah yang tertinggal. Jemputan kawen selalu orang jemput sebulan awal ke weyy? Please advise.

Ok lah. Nanti update lagi. Tinggal lagi 25 hari sebelum majlis. Apa pon tak setel lagi. Argghhhhhh.

Okbai!
Continue >>>

New Beginning


Assalamualaikum,

Dah lama sangat tak merepek kat blog ni. Masuk pon jenguk jenguk ja tanpa ada rasa nak update ke apa. InsyaAllah, in a few months akan bertukar status kepada isteri orang. Siapa sangka jodoh dengan kawan baik sendiri yang setia di sisi selama tujuh tahun. Nak tayang gambar bertunang macam tak maneh ja. Mana ada orang baca blog bersawang ni dah.

Punya la confident yang akan menjadi crazy cat lady dan akan kekal single selama lamanya. Tup tup ada depan mata ja. Buat penat ja gila sorang sorang. Kakak ada cakap, okay la jodoh dengan kawan baik sendiri. Dia pon dah tau perangai sebenar. Takdak pura pura dah. Nak pura pura apa semua benda loklaq yang ada kat aku dia dah tau. Takdak coverina langsung. Dia pon sama jugak. Tapi Alhamdulillah boleh terima perangai loklaq. Dan dia jugak boleh terima perangai loklaq aku.

Sebenarnya macam tak bercinta pon. Tetiba ja ada satu kejadian yang mana bukak mata kedua dua pihak yang kedua dua pihak simpan perasaan. Lepas dari kejadian tu, terus ke fasa bertunang. Jadi, masa bertunang baru rasa macam bercinta. Tu pon tak boleh nak ubah ayat panggilan. Sampai sekarang dok " aku hang"' dengan dia lagi. Arghhh yang tu payah sikit nak ubah. Ye lah, dah bertahun dok aku hang, tetiba nak ayang ayang, sumpah la aku geli geleman. Hahah.

Okay, nanti lah aku sambung persiapan kawen ke, persiapan apa apa ke. Sembang pasal dia ke kat blog ni. Ok daaaa.


Bye Assalamuaikum. Saya sudahi post ni dengan music video kesukaan saya pada waktu sekarang.

Continue >>>

Misi January bermula


Assalamualaikum,

Dah setel kerja yang memenatkan dan mendebarkan minggu yang lepas. Alhamdulillah. Maka, bermulalah misi January. Harap semuanya went smoothly. InsyaAllah akan dihidupkan semula blog ini setelah berkurun lama bersawang.

Update:
Anak kucing dah bertambah menjadi 4 ekor. Akan dianakangkatkan tak lama lagi atas sebab munasabah yang tidak dapat dinyatakan disini.

Misi kurus sedang bermula. Nanti dah turun sikit akan lah aku update sekilo demi sekilo. Gitoohh.

Menu kurus hari ni:
-Salmon grill seasoned with rosemary and basil
- Asparagus with caramelized onion and garlic.

Okay done. Bye
Continue >>>

laksa dan straw


Dedulu petang kena pegi sekolah agama kain maroon dan untuk mengisi perut petang petang, ada la jiran sekolah agama ni dia jual laksa. dan dia tak provide sudu untuk makan laksa tersebut. dan laksa tersebut dia letak dalam plastik. untuk makan laksa tersebut dia bagi straw (straw biasa, bukan straw gemuk tu). kalau nak makan sedut la kuah laksa tu sampai tersedak, dan lepas tu makan la laksanya.

aku yakin, ada orang yang tersedak kuar laksa ikut hidung dia. selama 3 tahun jugak aku gigih makan laksa pakai straw. true story bro. Sis serius di sini.

Continue >>>

hidup


Kan.. hidup ini jarang memberi apa yang ktia mahu dan impikan.
Sama seperti hidup aku, aku selalu merasakan aku selalu tidak dapat apa yang aku impikan
Seperti orang yang tidak bersyukur saja gayanya.

Kadang - kadang aku merasakan semua ini tidak adil
tapi kadang - kadang aku rasakan... aku memang deserve to be treated like that

Aku dalam dillema

Aku masih lagi tak nampak diri aku di masa depan sebagai seorang doktor
I am not a safe doctor
am still learning...
still thinking of quitting

Tahu betapa parah sakit dalaman aku?
Sangat parah dan kronik...

Aku terlalu banyak fikir..sampai sekarang hanya aku yang belum mempunyai kereta
Aku terlalu takut
Setiap kali oncall, aku berdoa semua patient2 aku selamat selama aku incharge
Aku ikut mau nangis bila tengok depa dalam kesakitan

Tak kurang jugak
aku takdapat nak lindungi reaksi marah aku bila ada patient yang tidak compliant dengan ubat atau defaulted follow up dan akhirnya datang ke hospital dengan carbuncle sebesar 10x10cm lepas tu buat saucerization masuk ICU. Memang aku sangat marah, sangat - sangat... sebab your negligence affect your health sebab aku ada jugak ayah yang tak compliant, yang aku jugak marah dan cakap "Kalau taknak dengar cakap dr, dont ask your daughter to be a dr... I want to resign now,". Yes... am serious about it... that's why aku sangat marah... cuma aku tahan sikit ja depan patient.

Akhir cerita...
Aku taknak jadi doktor
Continue >>>

Perihal Pelajar - Kantoi


bila ditangkap meniru, menangis bagai nak rak. keluar segala ayaq hidung, mulut, dan mata. pakej set combo semua ada. dan solusi terhadap penangkapan itu, pelajar tersebut nak quit belajar sebab malu. beginilah generasi masa kini yang hanya tahu melarikan diri (ayat budak sekolah).

ok lah. saya nak bersiap sedia dengan kata kata pujukan. Pelajar masa kini makin manja. Harus bersedia untuk menjadi padilah kamsah.


LETIH. assalamualaikum.
Continue >>>

Perihal Pelajar


bila disuruh tick checklist yes OR no, di tick kedua duanya.

habaq kat aku, aku ni gagal sebagai seorang pensyarah ka? sakit jantung jugak aku ni dapat pelajar pelajar sebegini rupa. jika ditakdirkan saya sakit jantung dan dimasukkan ke hospital, harap bila dibuat post-mortem, ini lah puncanya.

punca.


PELAJAR TAK PAHAM SOALAN.

ok dahla. nak p mengurut jantung tanda bertenang. assalamualaikum
Continue >>>

Backpacker to Macau, Part IV


Hi Assalamualaikum!

ok masuk hari ke 8 melalui Zhuhai kitorang masuk ke Macau. wow! just WOW! tempat ni cantikkkkkkkkkkkk gila. macam bukan dah berada di China dah. memang bukan China dah pon. tapi sini best gila. rasa macam dok kat Las Vegas. dan banyak la bangunan bangunan dia macam kat melaka. ye la dijajah portugis dalam masa yang lama kan. so bangunan bangunan dan jalan jalan semua la macam kat portugis sana. sumpah nyesal tak mai awai awai dan dok sini lama lama sikit. banyak baziaq kat China. pfffttt..

ok meh la nak tunjuk gambaq ja. memang lawaaaaaaaaaaaaaaa ok. dia macam pulau pinang la. hang kena merentas jambatan nak ke tanah seberang. dan pulau sana penuh dengan kasino kasino. memang lawa dengan limpahan cahaya. jalan kaki je nak p mana mana. tapi sini mahai sikit la nak dibanding dengan hongkong dan jugak china.

aku tayang gambaq ja la k? jangan risau kat sini ramai yang pandai cakap bi. so takyah risau k.






maafkan lemak lemak yang berkumandang di situ ye.


ok total lost untuk perjalanan sepuluh hari Malaysia - Hong Kong- Guangzhou - Shenzhen - Macau - Malaysia ni adalah..

tiket pegi balik- RM 461
shopping, makan, tambang bas dan teksi kat sana, tiket masuk semua - RM 1300
hotel semua - RM 500

total lost RM2261

untuk perjalanan 10 hari.
Continue >>>

Backpacker to China Part III


Hi Assalamualaikum!

Kemudian terus pulak ke Shenzhen. sampai je Shenzhen kitorang terus la ke hostel. disebabkan kawan aku sorang yang booking tempat ni tak mai, terpaksa la cari. Ya rabbi, teruk gila hostel ni nak cari. dan condition dia sangat sangat la teruk. sebab tu la kena buat research dan baca review dulu apa apa ye. hostel ni adalah umah flat yang ditukaq jadik dorm. perghhhh. gila kotoq. dalam gambaq macam lawa. tandas dia lagi la. aku kena tahan napaih kot masuk. kalau tak aku muntah. so, malam tu jugak kitorang pindah ke hotel yang lagi dekat ngan tren. booking hotel malam ni. esok nya terus pegi. dah alang2 bayaq dah untuk hostel tu. naseb la. RM 90 untuk 3 hari leboq la. takpala. dari muntah bertubi tubi kan..

so, Shenzhen ni haih. nyesal pulak datang. sebab sini yang best sapa sapa yang nak beli barang barang elektronik ja. dah la dok 4 hari kat China ni. sumpah la nyesal. HAHAH. tapi ok la jugak sebab boleh la kenal negara orang kan. kat sini nak sejukkan ati sikit kitorang p window of the world, Shenzhen. 













ok tu la dalam windows of the world tu. memang semua wonders dalam tu. tapi dalam saiz mini. dan malam tu ada persembahan tarian dari seluruh negara. memang mesmerizing. sepatutnya sepanjang dalam tu ada la pertunjukan. tapi sebabkan keadaan cuaca yang tak menentu jadik dibatalkan la. jadik pilihlah cuaca yang baik dalam merancang pengembaraan ye?

esoknya kitorang ke muzium pulak. takda apa sangat pun. just nak tunjuk architecture dia.








ok terus ke Zhuhai esoknya sebab nak masuk Macau pulak. sila la sediakan kaki ye sebab nak melepas imegresen dia hazab gila. ok esok sambung ke Macau pulakkkkk... Daaaaa
Continue >>>

Backpacker to China, Part II


Hi Assalamualaikum!

Maaf awai2 ok sebab aku lupa mana aku pegi dulu. Guangzhou ke Shenzhen. tapi aku teruskan jugakla. sebab alang alang sangat kan. kalau ampa tanya aku, mau p lagi dak Guangzhou ngan Shenzhen? jawapannya ialah hang bagi tiket free pon aku tak hingin nak p dah. dan timing yang kami p tu sumpah la tak betoi. masa kehilangan MH370 dan masa tu memang la China tengah boikot Malaysia. Hampeh betoi.

tapi sini adalah syurga pemborong pemborong. dan aku yang bukan pemborong ni memang la cam biasa ja rasa sebab aku tak beli sangat. kat sini (Guangzhou) tempat shopping dia ikut lorong lorong. satu lorong tu penuh dengan tali pinggang, punggung palsu (HAHAHAHAH), satu lorong lagi penuh dengan kasut (ya rabbi ni menyesai tak beli banyak. gila lah, satu kasut tak sampai RM10 pon ada), satu lorong penuh dengan sebenier, satu lorong penuh dengan lampu lampa, marmar, satu lorong lagi penuh dengan barangan rambut rambut. pilih saja. masa tu beli banyak banyak k. macam satu tali pinggang tu aku berkenan gila (nyesal tak beli!) satu 20 yuan (dalam RM10), dan kalau beli banyak banyak dalam 40 ketoi dapat la harga dia 8 yuan (RM 4), ala tali pinggang besi tu. lani banyak wanita moda pakai tu.

so, memang gila lah. gambaq sat naa. aku nak tengok ada ka dak.
ni travelmate aku, wan. ada lagi dua orang, jard dan aiman. so nampak tak banyak gila tali pinggang. seteresnya aku tak beli. menyesal!

dan macam nak tercabut jugakla kaki tu nak nyopping kat sini. pastu terus pegi cari tempat lain. shopping lagi. naik je train.cam hagham la sivik orang kat sini. kita baru nak parking montot nak duduk, dia tolak dan terus ambik tempat aku nak duduk. serius la orang sini konghajaq gila. aku meluat gila bab sivik orang sini. meluattttttttttttttttttttttttt. sebab tu la aku tamau p lagi. benci.kawan aku ni dia punya prinsip, hang kuangjaq ngan aku, aku kuangjaq balik. dan dia memang chinese look. so semua orang sana cakap cina ngan dia. hahah.

ok malam tu hujan renyai renyai kami p canton tower. cantik la jugak. tapi hang kena la sesuaikan hidung ampa dengan bau yang tidak menyenangkan sepanjang dok China k. malas nak cakap bau apa. ampa p sendiri la kalau nak tau bau apaaaa.. haha

penginapan kat guangzhou boleh tahan tapi yang tak tahannya ialah orang sini tak boleh cakap inggeris langsung. so make sure print mana2 tempat nak p dengan bahasa cina ok. naseb baik aku ngan travelmate aku dah sedia awai awai print semua dalam chinese. 


sini canton tower. penat nak mampos dah jalan ni. satu satu tempat nak p memang agak jauh la. so seteres la kaki aku. jangan nak mengada pakai heels. pakai flat sudah k. nak naik canton tower memang tak la sebab tukaq duit yuan sikit ja. sebab lepas ni nak terus ke Shenzhen pulak nak beli barang barang elektronik. andddd lagi satu lupa nak habaq, dari hong kong ke Guangzhou kitorang naik bas, sebab tren laju tu dah abes dah and kena bagi kad apa ntah nak beli tu. tidak ketahuan memasing so naik bas, dalam 4 jam sampai la.

Continue >>>

Backpacker to Hong Kong, Part 1


hai! Assalamualaikum!

dah lama sangat tak update. boleh la kiranya aku update barang sekeping dua entry yang dah lama sangat tertinggal. yang ke Bandung pon belum ada part II dah masuk Hong Kong plak. sorry la henpon rosak abis gambaq tenggelam bersama dengannya. 

ok ni cita boleh tahan baru jugak la. backpacker to Hong Kong. kitorang pegi 28hb March aritu and dah sampai tu kitorang tido airport dulu sebab yela dah malam sangat kan sampai. baik tido airport. jangan bazir. jangan risau tidoq kat airport sini. port nak tidoq sangat banyak dan luas dan orang takkan kacau lalu lalang. sebab airport Hong Kong ni memang besaq gilaaaa dan cantik dan bersih. dan tempat tidoq kitorang pilih ni memang selamat sebab polis je pon yang datang tidoq (baca : power nap) sini. Aku tidoq terlentang pon takdak hal la. btw, bawak la botol g masuk toilet sana ya. 

and terus la ke hostel kitorang kat chungkin (kot) lupa la. kat one square. sebabkan lif dia dan bangunan dia agak mengelirukan, so ambik masa yang lama nak check in. Tapi berbaloi la dengan bayaran murah (bagi aku la) 

hostel kami dalam bangunan tu la. keliru la sebab berlainan lif nak naik tu. dan dalam bagunan tu ada banyakkkk kedai pakistan (i guess la) and banyak jugak makanan halal dalam tu. tinggal korang jela lalu ke nak telan ke tak. aku beli la nasik briyani dalam bangunan tu tapi tak lalu la nak telan. haha. mengada. so, sepanjang masa makan filet-o-fish sahaja la. 

so, dah guling guling dalam hostel puas puas, maka p la berjalan kat apa ye lupa nama dia. all star walk (kot) sumpah lupa. haha. sebab lama sangat baru nak update kan. padahal pegi bulan empat ritu. ala dia macam bintang kat atas jalan yang ada tapak tangan artis , sama cam hollywood punya la. dia tepi laut. tak jauh dari hostel kitorang. aku pegi berempat tapi masa ni jard belum sampai lagi. so pegi la jenjalan tanpa dia jap.



sebabkan dekat je pon tempat. ha nama dia arena of stars! eh sambung, sebabkan tempat ni dekat je pon, so kami pon pegi jalan kaki je la ikut underground punya. dalam underground (macam subway or komuter) tu dia ada bagi direction dah. so ikut je direction tu nak keluaq ikut mana. sebabkan macam nak ribut malam tu, so Earth Hour dibatalkan. SEDIH! dan masa kami pegi pon cuaca tidak mengizinkan. kaki aku kecut ja sepanjang dok sana. hish. naseb baikla dari Malaysia memang aku dah bawak baju ujan dengan payung sebab dah tau cuaca basah kat sana.

dan hari esoknya kitorang p DISNEYLAND Hong Kong. Ya Tuhan, bes gila ok. sampai aku berhajat nak bawak anak anak sedara aku p la. tapi guna duit depa la. HAHA. kitorang beli tiket bukan kat kaunter tiket disneyland sana tapi beli tiket kat kedai dalam hostel kitorang dapatla HKD420 daripada harga sebenaq dia HKD 450. murah la HKD 30. ok la tu kan. sama ja. sebabkan kami g sehari je. so tu la harga tiket dia. kalau nak masuk 2 hari dalam HKD 550 kalau tak silap. sebabkan banyak tempat lagi nak pegi, so pegi sehari jela. tak puas tapi sebab hampir kesemua dalam tu main. puas la sikit. tak puas ati sebabkan hujan pertunjukan fireworks dibatalkan jugak. mencik!









best nak mampos. pegi la. takyah risau pasal bahasa sebab diorang buat dwibahasa. sebab kawan aku cakap disneyland tokyo cakap jepun je pon. tadak bahasa inggeris. so sini bes la. memang rasa nak repeat balik. HAHA.

hari ketiga di Hong Kong kitorang pegi ke wax museum naik tram. macam kereta kabel bukit bendera ja. sama ja pon. tapi boleh la. atas sana ada wax museum dan ada jugak la ole ole nak dibeli. lagi murah dari ladies market pon ada. ladies market tu kalau korang pegi tolongla bargain sampai tokey dia setuju. sebab kalau setuju harga dia bagi mula2 memang la rugi gila. kami bargain sampai kurang 80% harga sebelum dia. memang berbaloi la kan. tak beli banyak sangat. beli yang dipesan saja. eh termasuk ladies market pulak. ok wax museum. aku malas nak tulis panjang panjang. ampa tengok gambaq aku menggedik sudahla dalam tu. patung je pon. 















ok tu saja untuk entry Hong Kong arini. lepas tu kitorang ke ladies market. tapi sebabkan hujan dan takdan gambaq nak tayang. aku sudahi la entry ni. lepas Hong Kong kitorang ke China pulak. Shenzhen dan Guangzhou lepas ni k. tunggu mood menulis aku mai balik k.

selamat mengembaraaaaaaaaaaaa..
Continue >>>
 

mereng sebelah kepala ♣ ♣ ♣ Mamanunes Templates ♣ ♣ ♣ Be Purple by : Luth Textile (dot) com
Ilustração: Gatinhos - tubes by Jazzel (Site desativado) 17 March 2010