APABILA membincangkan tentang isu kesihatan dan kesejahteraan, kesihatan saluran penghadaman biasanya kurang diutamakan berbanding topik yang membabitkan jantung dan tekanan darah. Tetapi usaha menjaga kesihatan sistem penghadaman anda tidak kurang penting berbanding usaha menjaga kesihatan semua bahagian lain badan. Masalah kesihatan saluran penghadaman bukan sahaja mengganggu perut dan usus, tetapi juga boleh menjejaskan kehidupan anda. l Empat Masalah Utama Penyakit yang berkaitan dengan saluran gastrousus (GU) dinamakan penyakit penghadaman. Di Malaysia, masalah penghadaman umum yang dialami oleh dewasa Malaysia, berasaskan tahap penularannya ialah: 1. Penyakit Refluks Gastroesofagus (Reflux Oesophagitis) Penyakit ini berlaku apabila sfinkter esofagus bawah (injap antara esofagus dan perut) tidak ditutup dengan cukup rapat, membolehkan asid perut untuk mengalir kembali ke dalam esofagus. Tanda ataupun simptom paling umum ialah pedih hulu hati. Gejala lain termasuk batuk, suara serak, sendawa dan rasa masam di mulut. Di Malaysia, seperti kebanyakan negara di Asia, penyakit refluks semakin menular kerana faktor gaya hidup, seperti gaya hidup tidak aktif yang tidak mementingkan kegiatan fizikal dan juga pilihan makanan, misalnya makanan berminyak dan berlemak. Namun begitu, penyakit ini boleh dirawat menerusi ubat preskripsi atau dengan membuat perubahan gaya hidup, iaitu jangan makan secara berlebihan, mengurangkan berat badan berlebihan dan menambahkan kekerapan senaman. 2. Sindrom Usus Terganggu (Irritable Bowel Syndrome) SUT ialah sejenis gangguan usus yang dialami kira-kira 430,000 rakyat Malaysia. Gangguan ini menyebabkan sakit perut, kekejangan, kembung, cirit-birit atau sembelit. Gejala utamanya ialah sakit perut dengan sembelit atau cirit-birit. Terdapat pelbagai teori yang mengenal pasti punca SUT. Ia mungkin berlaku akibat kaitan antara faktor alam sekitar dan genetik. Gejalanya juga dianggap berkaitan dengan komunikasi kurang baik antara otak dan saluran gastrousus. Pergerakan yang normal mungkin tidak berlaku di dalam kolon seseorang yang menghidap SUT. Walaupun SUT ialah sejenis gangguan tidak berbahaya (benign), ia boleh menjejaskan kualiti kehidupan dan mengganggu anda selama bertahun-tahun. Penyakit ini biasanya dialami oleh mereka yang berusia lewat 20-an, wanita dan individu yang mempunyai sejarah SUT dalam keluarga. Rawatannya termasuk perubahan diet dan gaya hidup, seperti mengelakkan makanan yang mencetus gejala, kerap bersenam dan menguruskan stres. 3. Ulser peptic (peptic ulcer) Ulser peptik ialah liang kecil yang menembusi lapisan perut atau duodenum. Ulser mungkin atau mungkin tidak memperlihatkan sebarang gejala, tetapi apabila gejala didapati, ia termasuk sakit membara atau menusuk di bahagian tengah atau atas perut, kehilangan selera dan penurunan berat badan serta najis berwarna gelap atau hitam (akibat pendarahan). Gejalanya berbeza-beza antara individu. Punca utama ulser peptik ialah penggunaan ubat antiradang bukan steroid (NSAID) seperti aspirin, ibuprofen dan ubat lain. Punca umum kedua ialah jangkitan oleh sejenis bakteria yang dinamakan Helicobacter pylori (H. pylori) Sebab lain termasuk merokok atau pengambilan alkohol berlebihan. Stres juga boleh memburukkan lagi gejala. 4. Kanser kolon (colon cancer) Kanser kolon biasanya bermula sebagai polip, iaitu ketumbuhan kecil pada permukaan kolon. Kebanyakan polip adalah tidak berbahaya (benign), tetapi sekurang-kurangnya satu jenis polip boleh bertukar menjadi malignan (merebak) dan merupakan pelopor bagi kanser kolon. Laporan kedua Pendaftaran Kanser Kebangsaan menarafkan kanser kolon sebagai kanser ketiga paling umum dialami oleh rakyat Malaysia. Penularan kanser kolon juga semakin ketara, terutamanya di kalangan golongan muda. Orang yang berusia lebih 50 tahun menghadapi risiko kanser kolon yang lebih tinggi. Faktor risiko lain termasuk sejarah kanser kolon dalam keluarga, kegemukan, diet yang tinggi kandungan lemak dan rendah kandungan serat, merokok dan kehidupan tidak aktif. l Mengawal Kesihatan Anda Lazimnya, anda boleh mengawal kesihatan anda hanya dengan mengambil beberapa langkah pencegahan seperti mengubah gaya hidup dan tabiat pemakanan anda. Jangan tunggu sehingga anda mengalami masalah penghadaman. Mulakan serta-merta untuk memastikan sistem penghadaman anda akan kekal sihat pada hari ini dan sepanjang hayat. Utusan ARKIB : 31/05/2009
Kesihatan
Wednesday, September 30, 2009
Kesihatan
Olehl DR. ABD. HAMID MAT SAIN (Pakar Bedah Columbia Asia Medical Centre Seremban, Negeri Sembilan) Ilmu pengetahuan yang akan kekal dengan seseorang buat selama-lamanya adalah ilmu pengetahuan yang praktikal – iaitu boleh digunakan di dalam kehidupan seharian. Ilmu pengetahuan mengenai kesihatan umum dan sesetengah isu perubatan adalah contoh ilmu pengetahuan yang berbentuk utilitarian/berfaedah. Malangnya, jika dilihat pada aliran persekolahan masa kini di Malaysia, pedagogi pendidikan pada umumnya hanya tertumpu kepada menyiapkan seseorang penuntut itu menghadapi peperiksaan besar. Ilmu yang diajar adalah untuk digunakan di dalam menjawab soalan peperiksaan semata-mata. Jauh sekali untuk bekalan sebagai alat kehidupan masa hadapan. Dari senario pendidikan awal di atas, maka tidak hairanlah ramai rakyat Malaysia pada umumnya mempunyai pengetahuan yang boleh dikatakan cetek tentang isu-isu kesihatan dan perubatan. Walaupun ilmu-ilmu yang praktikal ini boleh didapati di luar sistem persekolahan dengan bacaan sendiri, hasil dari sistem persekolahan yang terlalu mementingkan peperiksaan dari penghayatan ilmu itu sendiri, maka rakyat Malaysia bukanlah satu masyarakat yang paling gemar membaca. Ramai rakyat Malaysia berhenti membaca sebaik sahaja tamat zaman persekolahan tidak kiralah sama ada selepas SPM ataupun universiti. Apakah kaitannya kurang ilmu pengetahuan, tabiat kurang membaca dengan kesihatan umum rakyat Malaysia? Jika dilihat pada statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, antara punca utama kematian pesakit di hospital-hospital awam di Malaysia adalah keracunan darah (Septisemia). Tetapi, jika dibandingkan statistik sama di negara-negara maju seperti Eropah Barat, Amerika Syarikat dan Jepun, maka punca utama kematian adalah penyakit kardiovaskular. Kematian akibat keracunan darah tidak tersenarai langsung di dalam top 10 sebab-sebab kematian di hospital di negara-negara maju tersebut. Mengapakah ada perbezaan sedemikian? Sebenarnya jika dihalusi penyebab kepada keracunan darah yang membawa maut itu, ia boleh berpunca daripada penyakit-penyakit yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Banyak jangkitan kuman ini adalah berpunca dari penyakit awal yang lambat dirawat. Contohnya, radang apendiks yang sudah pecah, ulser perut atau duodenum yang pecah dan usus yang pecah. Kesemua penyakit di atas tidak sepatutnya menjadi punca kematian jika pesakit mempunyai sedikit pengetahuan tentang penyakit dan mendapat rawatan awal. Masyarakat di negara maju amat mengambil berat dan segera mendapatkan rawatan sekiranya mengetahui mereka menghidapi penyakit-penyakit yang disebutkan tadi. Kerana itulah di negara-negara maju, penyakit yang disebut di atas jarang menjadi punca kematian. Malangnya di Malaysia, akibat daripada kurang peka, lambat mendapat rawatan atau tidak mahu dirawat secara teknik moden, penyakit yang sepatutnya tidak membawa maut telah menyebabkan sesebuah keluarga kehilangan ayah, ibu, anak, suami, isteri mahupun orang tersayang. Kita ambil contoh radang apendiks. Ia merupakan salah satu penyakit yang amat kerap berlaku terutamanya di kalangan orang muda. Sayangnya, masih ramai pesakit atau penjaga yang memandang ringan dan sambil lewa jika berlaku gejala sakit perut, sehinggalah peringkat yang parah yang menyebabkan apendiks tersebut pecah sebelum sempat dikeluarkan oleh pakar bedah. Apendik yang pecah mengakibatkan najis terkeluar daripada usus dan masuk ke dalam rongga perut yang boleh menyebabkan keracunan darah. Berlakulah jangkitan kuman yang amat dahsyat di dalam rongga perut yang akan mengakibatkan keracunan di dalam darah. Secara umumnya, walaupun tanpa ilmu perubatan yang tinggi, kita boleh memahami betapa bahayanya senario ini kepada pesakit dan bagaimana teknik perubatan alternatif tidak boleh mengatasi masalah ini. Begitu jugalah dengan penyakit ulser peptik yang terjadi akibat kelalaian merawat penyakit yang kerap berlaku di kalangan masyarakat moden iaitu gastritis (radang dinding perut) atau yang kerap disebut sebagai penyakit gastrik oleh masyarakat umum di Malaysia. Penyakit yang memberi kesakitan yang pedih di bahagian perut atau sering disebut hulu hati ini kerapkali dirawat dengan mengurut. Bagaimanakah kesakitan yang disebabkan oleh asid yang terdapat di dalam rongga perut (yang turut menghakis organ perut) di dalam rongga manusia boleh dirawat dengan mengurut? Pesakit yang berilmu akan dapat mengenal pasti sendiri soalan ini. Inilah sebabnya kenapa rakyat Malaysia perlu mula membaca ilmu-ilmu kesihatan yang asas yang boleh menyelamatkan nyawa mereka sendiri atau orang-orang tersayang. Saya telah banyak kali menemui pesakit-pesakit untuk penyakit yang saya sebutkan di atas mendapatkan rawatan mengurut untuk mengubati penyakit mereka. Kerapkali juga pesakit mendapat rawatan urut dari pengamal urut yang tidak mempunyai pengetahuan apa-apa tentang anatomi, fisiologi dan patologi manusia. Tambah mendukacitakan apabila ada penyakit yang kian teruk. Walau bagaimanapun, tidak boleh dinafikan bahawa mengurut mempunyai tempatnya tersendiri di dalam rawatan penyakit. Antara penyakit yang boleh diubati dengan mengurut adalah seperti penyakit-penyakit Muskuloskeletal (otot dan tulang). Itu pun pesakit perlu mengetahui dan membezakan mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang struktur-struktur tersebut ataupun tidak. Pesakit yang mempunyai pengetahuan umum di dalam ilmu perubatan akan dapat membezakan sama ada kesakitan yang dialami itu boleh dipulihkan dengan rawatan teknik moden ataupun alternatif. Ini adalah ciri-ciri masyarakat negara maju yang saya telah sebutkan di atas tadi. Pesakit perlu mempunyai pengetahuan asas agar dapat membezakan jenis rawatan mana yang boleh digunakan untuk jenis penyakit yang mana. Contohnya seperti rawatan mengurut tidak boleh digunakan di dalam rawatan penyakit-penyakit dalaman, terutamanya yang melibatkan organ dalaman yang mudah pecah seperti penyakit Apendisitis Akut dan Gastritis. Pengetahuan tersebut adalah kritikal dalam menyelamatkan nyawa mereka sendiri. Dengan adanya ilmu yang asas tentang penyakit-penyakit yang kerap berlaku di dalam masyarakat dan juga proses umum punca dan kejadian penyakit tersebut, maka seseorang dapat membuat perhitungan sewajarnya untuk mendapatkan rawatan awal daripada para doktor atau pakar yang berkenaan. Ilmu asas tentang kesihatan dan perubatan juga penting untuk masyarakat membuat penilaian tentang kesahihan seseorang pengamal perubatan alternatif yang bercambah di tengah-tengah masyarakat moden masa kini. Keterbukaan kerajaan dan masyarakat terhadap perubatan alternatif haruslah dilihat dalam konteks perubatan yang didasari ilmu pengetahuan. Memandangkan kesukaran oleh semua pihak yang terlibat dalam perubatan menstrukturkan sistem yang boleh memantau dan memastikan kesahihan pengamalan semua bentuk perubatan didasari ilmu pengetahuan, maka pesakit juga perlu berkongsi tanggungjawab dengan menjadi pengguna yang prihatin dan bertanggungjawab ke atas diri sendiri. Paling penting, mereka juga harus mempunyai ilmu pengetahuan yang asas di dalam membuat penilaian kesihatan untuk diri sendiri ataupun orang di bawah tanggungan mereka. Utusan ARKIB : 23/07/2006
MALAYSIA sedang bekerja keras menuju ke arah menjadi sebuah negara maju. Salah satu daripada ciri-ciri negara maju adalah mereka perlu mempunyai budaya ilmu yang tinggi.
Murtabak oh murtabak!
Friday, September 4, 2009
Murtabak ni adalah resepi kak Nora (kakak aku yg ke 2) yang dia olah sendiri..
Power seh! Tabik springgg..
Dia tu mmg suka mencuba dan mencipta resepi sendiri. Husband dier pernah suggest, bukak restoran, dia propose nak jadik manager..hahaa...chomel tul la diorg!
Anyway, silala sapa2 yg nak try buat...... pasti tidak kecewa!
.............................
Bahan inti
1 labu bawang besar [potong dadu]
Daging/ayam [cincang]
2 biji telur
1 kiub ayam
2 s/b rempah kurma
secubit garam
Cara
Gaul semua bahan diatas.
Bahan kulit
Tepung gandum
Minyak masak
Garam (bancuh dalam air)
Cara
1. Campur semua dan gaul menjadi doh.
2. Bentukkan bulat dan disapukan marjerin. Guna selepas 3 jam atau lebih
Cara menyediakan murtabak:
Minyakkan alas untuk menebar. Tebarkan doh sehingga nipis (jangan sampai pecah), letakkan inti dan bungkus membentuk empat segi.
Masak..
Bahan kuah
Bawang merah (dihiris nipis)
Sedikit cuka dibancuh dengan air minum, letakkan setitik pewarna merah (guna air rose – yg nak buat air sirap tu)
Garam dan gula (nisbah 1:6)
Cara
1. Campur semua
Siap untuk dimakan….nyum nyum
Ramadhan And Lactating Mothers
Thursday, September 3, 2009
Cited from Ummusaif.com
for later reading myself!..heee =p
........................
This is a good article for fasting lactating mothers..
Source: FASTING.WS
Breastfeeding safety for the baby while on fasting has been a common question question for lactating mothers. They want to know if the increased release of toxins will hurt the baby. It is certain that fasting increases toxins in the mother’s milk and whatever is in the blood ends up in the milk in trace amounts. The baby does have an immune system. Will there be damage, possibly. But, the greater question is, why be labeled insane. Friends and family will think you are a crazy heretic who does not care about her child. That is unwise. They will not even want to understand. All your pleading for understanding and logic will fall on deaf ears. Where there is a will there is a way and you and your baby will both be blessed with the joy of health.
Fasting Recommendations
If you need to fast due to health problems, then juice fast with the addiction of 7 to 10 egg whites per day. Include 2 tablespoons of essential fatty acids, (fax and hemp mixture is good) vitamin E and a multi B vitamin.
Breastfeeding Diet Recommendations
Here is a simple method to supply the maximum amount of balanced nutrition for both you and the child and allow you to lose weight gained during pregnancy.
Breastfeeding and Fasting Research
Breastfeeding research tells us that short-term fasting (not eating) will not decrease milk supply, but that severe dehydration can decrease milk supply.
There have been a few studies on short-term fasting and breastfeeding. Prentice et. al. studied women in West Africa who were fasting for Ramadan (no food or fluids between 5:00 am and 7:30 pm) and found that milk volume was not affected but milk composition did change to a certain extent. The researchers noted that the women appeared to super hydrate themselves overnight when fluids were allowed to lessen daytime dehydration.
Research in the United States by Neville et. al., Neville & Oliva-Rasbach and Tigas et. al. also showed no significant decrease in milk supply after a short water fast. The breastfeeding woman’s body makes several metabolic adaptations during short-term fasting to ensure that milk production is not affected.
opt: henley
By Tom Coghill of Fasting.ws
Articles may be copied or reproduced as long as the back links to fasting.ws are intact and the author’s name is included.
Ramadhan and being home
Wednesday, August 26, 2009
For some good few years, i had been away from home and family. During those precious few years, i had been fasting in a foreign land. How i longed this moment in time, being home ! not my parent's but my own home although it's just a rented house, it's ok. I love it and love it so much! SubhanaLlah... Alhamdulillah...!
Ramadhan comes again after disappearing for a year. This Ramadhan unlike before, is beyond my prayers and wishes. Thank you Allah for your nikmah, showering every corner of my life this very moment! What more can i hope for other than to have my most beloved husband by my side, a nice house to live in, a loving and caring family both my own and my family-in-law, nice friends around and lovely neighbourhood to mingle about. Not to forget, the nikmah of being a Muslim!
I used to have aims for every Ramadhan but this year, i just want to do my very best for every thing. Being a good servant of God is one, and being the best wife i could possibly be is another!
Note: Allah izinkan wanita memasuki syurga melalui mana2 pintu jika dia menjaga 3 perkara: Solat, Puasa dan Suami!
Regards,
RA