Kumpulan Makanan Untuk Pesakit Buah Pinggang

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Pada bulan November 2008, Jurnal Persatuan Perubatan Amerika melaporkan bahawa 13 peratus rakyat dewasa Amerika yang berjumlah kira-kira 26 juta orang mempunyai penyakit buah pinggang kronik. Buah pinggang atau penyakit buah pinggang berlaku apabila kemerosotan fungsi buah pinggang seseorang. Bahan buangan di dalam badan mengambil masa yang lama untuk dikeluarkan. Mengekalkan diet khas boleh membantu melambatkan proses penyakit buah pinggang dengan cara membantu mengurangkan beban dalam menjalankan fungsinya.

Protin

 

Protin adalah nutrien yang diperlukan. Ia membantu tubuh kita melawan jangkitan, menyembuhkan badan daripada kecederaan dan pendarahan. Apabila anda mempunyai penyakit buah pinggang, anda masih memerlukan protein tetapi jumlah yang lebih terkawal. Kebanyakan pesakit buah pinggang perlu menghadkan pengambilan protin kerana buah pinggang mereka tidak dapat menapis terlalu banyak sisa protein. Tetapi ia juga bergantung kepada saiz badan dan tahap penyakit buah pinggang anda. Terlalu sedikit mengambil sumber protin boleh menyebabkan kekurangan zat makanan. Oleh itu adalah penting untuk anda berbincang dengan pakar buah pinggang dan pakar pemakanan sebelum mengehadkan pengambilan protin.

Sodium

Penyakit buah pinggang menyebabkan kesukaran untuk menghapuskan garam dan cecair yang berlebihan dari badan. Ia juga mungkin disebabkan oleh kencing manis atau tekanan darah tinggi. Untuk mengawal tekanan darah dan kencing manis, adalah penting untuk mengambil garam yang cukup untuk mencegah dehidrasi tetapi tidak terlalu banyak hingga ia menyebabkan tekanan darah anda meningkat. Untuk pesakit buah pinggang, mengurangkan jumlah sodium dalam diet akan membantu mengawal tekanan darah dan mencegah bahan buangan dan cecair berkumpul di dalam badan. Kurangkan pengambilan makanan yang diproses kerana ianya mengandungi jumlah sodium yang tinggi. Ini menyebabkan anda mengambil sodium dalam jumlah yang banyak. Dan di sinilah di mana pakar diet anda boleh membantu.

Potassium

Potassium merupakan bahan mineral yang mengawal otot dan fungsi saraf di dalam badan. Satu otot besar dan penting berfungsi dengan baik kerana potassium, iaitu jantung. Buah pinggang yang sihat akan memastikan kadar potassium sentiasa normal dan akan mengeluarkan jumlah yang berlebihan. Buah pinggang yang mempunyai masalah tidak dapat mengekalkan kadar potassium yang seimbang. Jika kadar potassium anda adalah terlalu rendah atau terlalu tinggi, ia boleh membahayakan. Oleh itu, berundinglah dengan pakar pemakanan buah pinggang anda tentang diet dengan jumlah potassium yang betul untuk anda.

Fosforus

Fosforus adalah sejenis mineral. Hampir 85 peratus daripada jumlah fosforus di dalam badan berada dalam tulang anda. Fosforus secara semula jadi boleh didapati dalam banyak makanan, jadi anda tidak mempunyai apa-apa masalah mendapatkan fosforus dalam diet yang sihat. Buah pinggang yang tidak sihat tidak lagi mampu untuk membuang fosforus dari darah dan menyingkirkan lebihan dalam air kencing. Ini boleh menimbulkan masalah terutamanya mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang peringkat empat atau lima. Untuk memastikan tahap fosforus anda dalam lingkungan yang sihat, pesakit buah pinggang digalakkan untuk mengurangkan pengambilan fosforus mereka. Fakta pemakanan pada label makanan selalunya tidak memberikan maklumat yang tepat tentang kandungan fosforus. Dapatkan nasihat pakar diet buah pinggang anda tentang jenis makanan yang perlu digantikan atau dielakkan. Dapatkan ebook percuma tentang panduan pengambilan fosforus di sini.

Sentiasa merujuk kepada doktor anda

Jumlah protin, garam, potassium dan lain-lain bergantung kepada peringkat fungsi buah pinggang anda. Pastikan untuk berunding dengan doktor dan pakar pemakanan anda yang pakar dalam penjagaan buah pinggang sebelum menukar diet atau mengambil sebarang makanan tambahan.

========================
Sumber : Food groups for kidney patients
========================

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

Share

Diabetis & Penyakit Buah Pinggang

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Diabetis mellitus, biasanya dikenali sebagai kencing manis, merupakan satu penyakit di mana badan anda tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup atau tidak boleh menggunakan jumlah normal insulin dengan betul. Insulin adalah sejenis hormon yang mengawal jumlah gula di dalam darah anda. Paras gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan pelbagai masalah di bahagian badan anda.

Adakah terdapat perbezaan jenis penyakit diabetis?

Kebiasaannya terdapat diabetis jenis 1 dan 2. Diabetes jenis 1 biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak. Ia juga dikenali sebagai kencing manis permulaan juvana atau kencing manis yang bergantung kepada insulin. Diabetis jenis ini akan menyebabkan pankreas anda tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup dan anda perlu mengambil suntikan insulin untuk sepanjang hayat anda.

Diabetes jenis 2 pula biasanya berlaku pada mereka yang berumur lebih dari 40 tahun dan dikenali sebagai kencing manis permulaan dewasa. Ia juga dikenali sebagai kencing manis yang bergantung kepada bukan insulin. Untuk diabetis jenis 2, pankreas masih mampu untuk menghasilkan insulin, tetapi badan anda tidak menggunakannya dengan betul. Paras gula di dalam darah akan tinggi dan selalunya boleh dikawal dengan mengikuti diet dan/ atau mengambil ubat-ubatan, walaupun sesetengah pesakit perlu mengambil insulin.

Apakah akibat terhadap buah pinggang yang disebabkan oleh diabetis?

Kencing manis akan menyebabkan saluran darah kecil di dalam badan mengalami kecederaan. Apabila saluran darah di dalam buah pinggang tercedera, buah pinggang tidak dapat membersihkan darah dengan betul. Badan akan menyimpan lebih banyak air dan garam daripada yang sepatutnya, yang boleh menyebabkan pertambahan berat badan dan bengkak pada buku lali. Kemungkinan juga di dalam air kencing anda akan wujudnya kandungan protin. Selain itu, bahan-bahan buangan akan berkumpul di dalam darah anda.

Diabetes juga boleh menyebabkan kerosakan saraf di dalam badan. Ini boleh menyebabkan kesukaran untuk mengosongkan pundi kencing anda. Akibat tekanan yang terhasil dari pundi kencing yang penuh akan menyebabkan air kencing naik semula dan mencederakan buah pinggang. Selain itu juga, jika air kencing berada dalam pundi kencing untuk jangka masa yang lama, ianya akan menyebabkan berlakunya jangkitan bakteria dalam air kencing yang mempunyai paras gula yang tinggi.

Berapa ramai pesakit diabetis akan mengalami penyakit buah pinggang?

Kira-kira 30 peratus daripada pesakit diabetis jenis 1 (permulaan juvana) dan 10 hingga 40 peratus daripada mereka yang mempunyai penyakit diabetis jenis 2 (permulaan dewasa) akhirnya akan mengalami kegagalan buah pinggang.

Apakah tanda-tanda awal penyakit buah pinggang pada pesakit diabetes?

Tanda awal penyakit buah pinggang disebabkan diabetes ialah meningkatnya sisa buangan dari albumin dalam air kencing. Sisa buangan ini boleh wujud lebih dahulu sebelum ujian biasa bagi mengesan penyakit buah pinggang dijalankan ke atas anda. Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda menjalani ujian ini setiap tahun. Penambahan berat badan dan bengkak pada buku lali juga boleh berlaku. Selain itu anda juga akan lebih kerap untuk membuang air kecil terutamanya pada waktu malam. Tekanan darah akan menjadi terlalu tinggi. Sebagai penghidap diabetes, anda perlu melakukan ujian tekanan darah, air kencing dan pemeriksaan darah sekurang-kurangnya sekali setahun. Ini akan membolehkan kawalan penyakit dan rawatan awal tekanan darah tinggi serta penyakit buah pinggang anda dilakukan dengan lebih baik. Mengekalkan kawalan terhadap penyakit diabetes boleh mengurangkan risiko anda mendapat penyakit buah pinggang yang teruk.

Apakah tanda-tanda akhir penyakit buah pinggang bagi pesakit diabetis?

Apabila buah pinggang anda gagal, tahap blood urea nitrogen (Bun) atau nitrogen urea darah akan naik bersama dengan tahap kreatinin di dalam darah anda. Anda juga mungkin mengalami rasa loya, muntah-muntah, hilang selera makan, lemah, keletihan meningkat, gatal-gatal, kekejangan otot (terutama pada kaki anda) dan anemia. Anda mungkin mendapati yang anda kurang memerlukan insulin. Ini adalah kerana penyakit buah pinggang menyebabkan kurang penghasilan insulin. Jika anda mengalami sebarang tanda-tanda ini, sila hubungi doktor anda.

JADUAL 1

Tanda-tanda penyakit buah pinggang bagi pesakit diabetis

  • Albumin / protein dalam air kencing
  • Tekanan darah tinggi
  • Bengkak buku lali dan kaki, kejang kaki
  • Pergi ke bilik mandi lebih kerap terutamanya pada waktu malam
  • Tahap Bun dan kreatinin yang tinggi dalam darah
  • Kurang keperluan untuk insulin atau ubat-ubatan antidiabetic
  • Demam di waktu pagi, loya dan muntah
  • Lemah, pucat dan anemia
  • gatal-gatal

Apa yang akan berlaku jika buah pinggang saya telah rosak?

Pertama, doktor perlu memastikan apakah penyakit diabetes anda telah menyebabkan kecederaan. Penyakit-penyakit lain boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. Buah pinggang anda akan bekerja lebih baik dan tahan lebih lama jika anda:

  • Mengawal kencing manis anda
  • Mengawal tekanan darah tinggi
  • Dapatkan rawatan untuk jangkitan saluran kencing
  • Membetulkan apa-apa masalah di dalam sistem kencing anda
  • Mengelakkan pengambilan ubat-ubatan yang boleh merosakkan buah pinggang (terutamanya ubat penahan sakit)

Jika tiada masalah-masalah lain yang dijumpai, doktor akan cuba menjaga buah pinggang anda untuk terus berfungsi seberapa lama yang boleh. Penggunaan ubat tekanan darah tinggi yang dipanggil angiotensin converting enzyme (ACE) inhibitors telah terbukti dapat membantu melambatkan kehilangan fungsi buah pinggang.

Bagaimana memastikan buah pinggang terus berfungsi seberapa lama yang boleh?

Doktor buah pinggang, yang dipanggil nefrologi, akan merangka satu pelan bersama dengan anda, keluarga anda dan pakar diet anda. Dua perkara yang perlu diingat untuk menjaga buah pinggang anda agar sentiasa sihat ialah mengawal tekanan darah tinggi bersama-sama dengan ACE dan pemakanan yang disyorkan untuk buah pinggang anda. Menghadkan pengambilan protein dalam diet anda juga mungkin dapat membantu. Anda dan pakar diet anda boleh merancang diet anda bersama-sama.

Apakah kegagalan peringkat akhir buah pinggang pada pesakit diabetes?

Peringkat akhir kegagalan buah pinggang berlaku apabila buah pinggang anda tidak lagi mampu menyokong anda untuk hidup dalam keadaan yang sihat, dan dialisis atau pemindahan buah pinggang diperlukan. Ini berlaku apabila buah pinggang anda berfungsi pada hanya 10 hingga 15 peratus. Biasanya jangka masa di antara bermulanya kecederaan buah pinggang disebabkan diabetes dan kegagalan buah pinggang kira-kira 5-7 tahun.

Bagaimana kegagalan buah pinggang dirawat di kalangan pesakit kencing manis?

Tiga jenis rawatan boleh digunakan apabila buah pinggang anda gagal iaitu:

  • pemindahan buah pinggang
  • hemodialisis
  • dialisis peritoneal

Bolehkah pesakit diabetes melakukan pemindahan buah pinggang?

Ya. Setelah anda mendapatkan buah pinggang baru, anda mungkin memerlukan dos insulin yang lebih tinggi. Selera makan anda akan bertambah baik dan buah pinggang anda akan mengurangkan dos insulin lebih baik daripada buah pinggang yang telah rosak. Anda juga pelu mengambil steroid untuk menjaga tubuh dari menolak buah pinggang baru. Jika buah pinggang anda gagal, rawatan dialisis boleh dimulakan sementara anda menunggu buah pinggang yang lain.

Bagaimana pula dengan pemindahan pankreas?

Kadang-kadang ianya tidak mustahil untuk melakukan pemindahan pankreas bersama-sama dengan pemindahan buah pinggang. Doktor akan memberikan nasihat mengenai kemungkinan ini.

Bagaimana pula dengan diet yang rendah protein?

Kajian menunjukkan bahawa diet rendah protein boleh melambatkan proses berlakunya kerosakan buah pinggang.

Apakah harapan masa depan bagi pesakit diabetis?

Hari ini telah banyak kajian demi kajian telah dilakukan untuk mengkaji penyakit diabetis. Harapan kita agar di masa depan kajian tersebut akan dapat mengubati dan mencegah penyakit diabetis. Pada masa yang sama, anda boleh mengawal penyakit diabetis dengan cara:

  • Melakukan pamantauan di rumah terhadap paras glukos dalam darah anda
  • Mengekalkan kesedaran untuk mengawal tekana darah anda, mungkin juga dengan melakukan pemantauan di rumah
  • Sentiasa mengikuti diet khusus anda

==========================
Sumber : Diabetes & Kidney Disease
==========================

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

Share

Punca Tahap Potassium Darah Tinggi

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Kadar potassium darah tinggi, juga dikenali sebagai hyperkalemia, adalah perkara biasa di Amerika Syarikat. Kadar potassium darah yang sedikit tinggi biasanya tidaklah membahayakan, namun ia masih perlu dirawat supaya tidak menjadi teruk. Tahap potassium darah tinggi boleh menyebabkan keletihan otot, loya, lemah, denyutan jantung yang tidak normal dan lumpuh. Tahap potassium darah yang teruk boleh menyebabkan serangan jantung dan kematian. Potassium merupakan bahan mineral yang diperlukan untuk jantung, otot dan saraf untuk berfungsi dengan sempurna. Tahap potassium dalam darah yang tinggi boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti ubat-ubatan tertentu, penyakit kelenjar adrenal dan buah pinggang tidak berfungsi.

Buah Pinggang Tidak Berfungsi

Buah pinggang tidak berfungsi boleh menyebabkan tahap potassium darah menjadi tinggi. Oleh kerana potassium ditapis oleh buah pinggang, kadar potassium akan berkumpul apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan betul, menyebabkan kadar potassium darah tinggi. Jenis buah pinggang tidak berfungsi termasuklah kegagalan buah pinggang kronik dan akut, penolakan pada buah pinggang baru, lupus nefritis dan glomerulonefritis. Penyakit obstruktif yang memberi kesan kepada saluran kencing, seperti urolithiasis, juga boleh menyebabkan tahap potassium darah menjadi tinggi.

Ubat-Ubatan

Ubat-ubatan tertentu boleh menyebabkan tahap kalium darah tinggi. Apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan betul, ubat-ubatan ini boleh menyebabkan tahap potassium dalam darah meningkat dengan lebih banyak lagi. Beberapa ubat-ubatan yang boleh menyebabkan tahap potassium darah tinggi termasuk ubat diuretik pengganti potassium, penyekat ACE, penghalang reseptor angiotensin II dan ubat-ubatan anti-radang yang bukan steroid.

Luka Atau kecederaan Terbakar Yang Teruk

Kebakaran atau kecederaan yang teruk boleh menyebabkan tahap potassium dalam darah menjadi tinggi. Apabila seseorang mengalami jenis trauma, sel darah merah dimusnahkan. Pemusnahan sel-sel ini boleh menyebabkan tahap potassium darah menjadi tinggi.

Penyalahgunaan Alkohol atau Dadah

Penyalahgunaan alkohol dan dadah boleh menyebabkan tahap potassium darah menjadi tinggi. Apabila seseorang menyalahgunakan alkohol atau dadah, serat otot mereka akan rosak. Apabila telah rosak, potassium dilepaskan ke dalam aliran darah menyebabkan tahap potassium darah tinggi.

Penyakit Kelenjar Adrenal

Penyakit kelenjar adrenal boleh menyebabkan tahap potassium darah tinggi. Penyakit kelenjar adrenal yang boleh menyebabkan tahap potassium darah tinggi termasuk sindrom Cushing dan penyakit Addison. Sindrom Cushing menghasilkan kortisol yang terlalu banyak dan penyakit Addison tidak menghasilkan kortisol yang cukup. Dengan pengeluaran kortisol yang tidak seimbang ini, tahap potassium darah menjadi tinggi boleh berlaku.

=======================================
Sumber artikel : Causes of High Blood Potassium Levels
=======================================

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

Share

Bagaimana Menurunkan Tahap Potassium

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Potassium adalah nutrien penting yang boleh ditemui dalam pelbagai makanan. Dan badan kita memerlukan potassium. Tetapi kandungan potassium yang tinggi di dalam badan akan mendatangkan bahaya. Ianya akan menyebabkan kelemahan otot, menghalang fungsi buah pinggang dan akan meingkatkan risiko anda mendapat penyakit jantung. Walaubagaimanapun terdapat cara yang cepat dan mudah bagaimana anda boleh menurunkan tahap potassium. Teruskan membaca artikel ini.

1) Anda boleh meningkatkan pengambilan kalsium. Kalsium berkesan untuk menurunkan tahap potassium. Anda boleh menambahkan pengambilan yogurt, susu dan produk tenusu ke dalam diet harian anda. Jika perlu, anda boleh mengambil pemakanan tambahan untuk mendapatkan jumlah kalsium harian yang disyorkan.

2) Ambil makanan tambahan dari sumber bawang putih. Lain-lain ubat semulajadi yang boleh menurunkan tahap potassium termasuklah memakan beberapa ulas bawang putih atau mengambil makanan tambahan bawang putih setiap hari.

3) Minum banyak air. Air adalah satu antioksida, dan air boleh membuang toksin yang merbahaya dari badan. Jika anda cuba untuk menormalkan tahap potassium dalam badan, tingkatkan pengambilan air. minum antara lapan hingga sepuluh gelas sehari. Hadkan pengambilan minuman berkafein (soda, kopi dan teh) dan alkohol.

4) Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran. Untuk menurunkan tahap potassium anda, anda perlu mengubahsuai pemakananan anda dan menghadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan potassiumnya. Ini termasuk kentang, piasang dan kacang. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang membantu menurunkan tahap potassium termasuk beri, buah pic, bunga kubis, lemon, limau, salad dan timun.

5) Lakukan senaman. Bersenam dengan kerap boleh meningkatkan tahap kesihatan anda secara keseluruhan dan menurunkan tahap potassium. Buat jadul senaman dan bersenam selama 30 minit sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu.

———————-
Petua & Amaran
———————-
Tip : Mengambil diuretik boleh membantu buah pinggang mencuci potassium berlebihan dari darah. Makanan yang diproses umumnya mengandungi lebih rendah kandungan potassiumnya. Manakala buah-buahan dan sayur-sayuran segar lebih cenderung mempunyai tinggi kandungan potassiumnya.

Amaran: Mempunyai tahap potassium yang rendah adalah sama merbahaya seperti mempunyai tahap potassium yang tinggi. Kedua-duanya boleh menyebabkan kegagalan jantung dan juga komplikasi lain. Oleh itu, anda tidak perlu mengeluarkan sepenuhnya makanan yang tinggi kandungan potassium dari diet anda.

Sumber: How to lower potassium level

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

Share

Kreatinin-urin

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Kreatinin adalah bahan yang terhasil dari kreatin, iaitu satu bahagian yang penting di dalam otot. Kreatinin akan dikeluarkan sepenuhnya dari badan oleh buah pinggang. Artikel ini akan membincangkan ujian yang dilakukan untuk mengukur jumlah kreatinin dalam air kencing anda. Selain itu, ujian darah juga boleh dilakukan untuk menentukan tahap kreatinin anda.

Bagaimana Ujian Ini Dilakukan?

Pengambilan sampel air kencing secara rawak atau pengumpulan urin 24 jam akan digunakan.

Bagaimana Persediaan Ujian tersebut?

Doktor anda mungkin akan memberhentikan pengambilan sesetengah ubat yang boleh mempengaruhi keputusan ujian yang dijalankan. Ubat-ubatan tersebut termasuklah:

  • Cephalosporins (cefoxitin)
  • Cimetidine
  • Cisplatin
  • Gentamicin
  • Trimethoprim

Bagaimana Rasa Ketika Menjalankan Ujian Tersebut?

Ujian ini biasanya hanyalah melibatkan pembuangan air kencing, dan tidak ada rasa ketidakselesaan.

Kenapa Ujian Ini Dijalankan?

Ujian ini akan digunakan sebagai ujian saringan untuk menilai fungsi buah pinggang. Ia juga boleh digunakan sebagai sebahagian daripada ujian pelepasan kreatinin. Ia juga sering digunakan sebagai ujian untuk mendapatkan maklumat tentang bahan kimia lain yang terdapat di dalam air kencing seperti albumin atau protin.

Keputusan Yang Normal

Jumlah kreatinin dalam air kencing (sampel 24 jam) boleh antara 500-2000 mg/hari. keputusan tersebut boleh juga bergantung kepada faktor umur dan jumlah jisim badan tanpa lemak. Satu lagi cara untuk menjelaskan julat normal bagi keputusan ujian ini adalah seperti berikut:

  • 14 hingga 26 mg per kg jisim badan setiap hari untuk lelaki
  • 11 hingga 20 mg per kg jisim badan setiap hari untuk wanita

Contoh-contoh di atas adalah ukuran biasa bagi keputusan ujian ini. Julat nilai normal kemungkinan agak berbeza diantara makmal-makmal yang berlainan. Beberapa makmal-makmal yang lain menggunakan ukuran atau sampel yang berbeza. Oleh itu berbincanglah dengan doktor anda tentang apakah maksud keputusan ujian yang dijalankan ke atas anda.

Apa Maksud Keputusan Yang Abnormal?

Maksud keputusan ujian yang abnormal adalah tidak khusus, tetapi mungkin disebabkan oleh faktor-faktor di bawah:

  • Glomerulonefritis
  • Pengambilan diet daging yang tinggi
  • Jangkitan buah pinggang
  • Kegagalan buah pinggang
  • Distrofi otot (peringkat akhir)
  • Myasthenia gravis
  • Prerenal azotemia
  • Aliran darah buah pinggang kurang (seperti dalam kejutan atau kegagalan jantung kongestif)
  • Rhabdomyolysis
  • Halangan pada saluran kencing

==============================
Sumber: Creatinine-urine
==============================

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

Share

Apakah GFR?

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Glomerular filtration rate (GFR) atau kadar penapisan glomerular adalah ujian untuk menguji sejauh mana buah pinggang anda berfungsi dengan berkesan. Secara khususnya ia akan menganggarkan berapa banyak darah yang melalui penapisan ini setiap minit.

 

Bagaimana Ujian GFR Dijalankan?

Sampel darah akan diambil dan dihantar ke makmal, di mana tahap kreatinin akan diuji. Pakar makmal akan menggabungkan keputusan ujian kreatinin dengan beberapa faktor lain untuk membuat anggaran terhadap GFR. Formula yang digunakan terhadap orang dewasa dan kanak-kanak adalah berbeza. Kebiasaannya, formula yang digunakan termasuk salah satu atau kesemua senarai di bawah:

  • Umur
  • Pengukuran kreatinin
  • Jantina
  • Ketinggian
  • Bangsa
  • Berat

Bagaimana Persediaan Menjalani Ujian?

Sesetengah ubatan tertentu boleh mempengaruhi keputusan ujian. Jadi pastikan anda memberitahu kepada doktor senarai ubat yang sedang anda ambil.

Bagaimana Rasa Menjalani Ujian?

Apabila jarum disuntik untuk menarik darah, sesetengah individu akan merasa kesakitan yang sederhana, manakala sesetengahnya akan merasa sedikit sensasi pedih. Selepas itu kemungkinan tempat yang disuntik jarum akan rasa seperti berdenyut.

Mengapa ujian ini dilakukan?

Ujian GFR dilakukan bertujuan untuk mengukur sejauh mana buah pinggang berfungsi menapis bahan buangan yang dipanggil kreatinin. Apabila buah pinggang tidak berfungsi seperti yang sepatutnya, kreatinin akan berkumpul di dalam darah.

Doktor boleh melakukan ujian ini kepada anda sekiranya ada tanda-tanda yang menunjukkan buah pinggang anda tidak berfungsi dengan baik. Ia juga dilakukan untuk melihat seteruk mana penyakit buah pinggang anda.

Selain itu ujian ini juga disyorkan kepada mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik dan yang berisiko mengidapnya disebabkan oleh faktor-faktor di bawah:

Keputusan Normal

Ujian yang menunjukkan keputusan normal ialah ialah daripada 90 – 120 mL/min/1.73 m2. Selalunya golongan tua akan mempunyai keputusan GFR normal yang lebih rendah, kerana GFR menurun berdasarkan peringkat umur.

Contoh-contoh di atas ialah ukuran biasa bagi keputusan ujian ini. Julat nilai normal mungkin berbeza diantara makmal-makmal yang berlainan. Sesetengah makmal membuat ujian menggunakan ukuran yang berbeza atau menggunakan sampel yang berbeza. Oleh itu, pastikan anda berbincang dengan doktor mengenai keputusan GFR yang diperolehi.

Apakah Maksud Keputusan Ujian Yang Abnormal?

Sekiranya keputusan ujian GFR anda di bawah 60 mL/min/1.73 M2 untuk 3 bulan atau lebih, ianya merupakan tanda-tanda penyakit buah pinggang kronik. Manakala keputusan GFR di bawah 15 mL/min/1.73 m2, ianya adalah tanda-tanda kegagalan buah pinggang dan memerlukan perhatian perubatan dengan segera.

Risiko

Urat dan arteri berbeza dari segi saiz diantara satu pesakit dengan yang lain dan dari satu bahagian badan dengan yang lain. Oleh itu untuk mendapatkan sampel darah dari seorang pesakit dengan pesakit yang lain mungkin agak sukar.

Risiko-risiko lain yang dikaitkan dengan GFR adalah sedikit, tetapi boleh termasuk antaranya:

  • pendarahan yang berlebihan
  • pengsan atau rasa ringan kepala
  • hematoma(darah terkumpul di bawah kulit)
  • Jangkitan(risiko yang kecil yang berlaku sekiranya kulit rosak)

Selain dari mengambil sampel darah untuk melakukan ujian GFR, pengumpulan 24 jam urin juga boleh digunakan untuk melihat anggaran fungsi buah pinggang. Walau bagaimanapun, keputusannya kebiasaannya kurang tepat.

==========================
Sumber: Glomerular Filtration Rate
==========================

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

Share

Bagaimana Untuk Menyembuhkan Fungsi Buah Pinggang Lemah

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Lebih 26 juta rakyat Amerika mempunyai penyakit buah pinggang kronik (juga dikenali sebagai kegagalan buah pinggang kronik) menurut yayasan Buah Pinggang Kebangsaan. Secara kasarnya, seorang dalam sembilan rakyat Amerika akan menghidapi penyakit buah pinggang kronik. Malah, berjuta-juta rakyat Amerika berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini di mana ianya merupakan punca utama kepada lemahnya fungsi buah pinggang. Hingga sekarang tiada penawar untuk penyakit buah pinggang kronik. Walau bagaimanapun, pengesanan dan rawatan awal adalah cara terbaik untuk mengurangkan gejala dan masalah buah pinggang daripada bertambah teruk.

 

  • Tentukan kadar GFR anda. Menurut Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan, pengesanan dan rawatan awal dapat mengekalkan fungsi buah pinggang yang lemah dari menjadi lebih buruk dan akhirnya akan membawa kepada kegagalan buah pinggang yang boleh membawa maut. Cara terbaik untuk mengukur tahap fungsi buah pinggang anda ialah dengan menentukan tahap GFR. Doktor boleh mengukurnya dengan melakukan ujian darah yang mudah. Selepas menentukan tahap GFR anda, doktor akan berbincang tentang cara rawatan yang sesuai. Walau bagaimanapun ada beberapa cara asas yang boleh anda lakukan untuk memperbaiki fungsi buah pinggang tanpa mengira berapa tahap GFR anda.
  • Tentukan punca yang menyebabkan fungsi buah pinggang menjadi lemah. Fungsi buah pinggang menjadi lemah selalunya disebabkan oleh penyakit buah pinggang kronik. Contoh yang paling biasa berlaku ialah kencing manis, tekanan darah tinggi, sekatan aliran urin, stenosis arteri buah pinggang, penyakit buah pinggang dan pendedahan kepada toksin tertentu. Menentukan penyebab adalah penting kerana keutamaan utama untuk merawat fungsi buah pinggang lemah ialah dengan mengawal keadaan dasarnya.
  • Ubah diet harian anda. Mengambil diet yang betul adalah penting dalam merawat fungsi buah pinggang yang lemah. Mengawal pengmabilan jumlah protin boleh melambatkan perkembangan penyakit. Ia juga dapat membantu menghilangkan gejala-gejala seperti muntah dan juga rasa loya. Selain itu, menagawal pengambilan potassium dan fosforus juga dapat membantu memperbaiki gejala-gejala.
  • Cuba dapatkan ubat-ubatan farmasi dan juga herba. Selain menggunakan ubat-ubatan untuk merawat punca-punca asas, anda juga mungkin memerlukan ubat-ubatan untuk merawat komplikasi yang biasa dikaitkan dengan masalah buah pinggang lemah. Contohnya fungsi buah pinggang yang lemah boleh menyebabkan berlakunya anemia yang memerlukan ubat untuk merangsang lebih banyak penghasilan dan pengeluaran sel darah merah. Vitamin seperti vitamin D, boleh membantu untuk mengelakkan berlakunya tulang lemah (komplikasi lain yang dikaitkan dengan fungsi buah pinggang lemah). Ramai percaya bahawa sesetengah herba, contohnya seperti bearberri, boleh meningkatkan fungsi buah pinggang. Bearberri boleh didapati dalam kebanyakan teh.
  • Cari maklumat berkaitan pilihan dialisis dan pemindahan buah pinggang. Jika anda berada di peringkat akhir penyakit buah pinggang, merawat punca-punca asas, menukar diet anda, dan mengambil ubat-ubatan tidak akan mencukupi. Jika buah pinggang anda hanya berfungsi pada 10-15 peratus, anda memerlukan rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang untuk menyelamatkan nyawa anda.

==============================
Sumber : How to cure weak kidney function
==============================

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

Share

Bagaimana Memanjangkan Hayat Kawasan Sambungan Dialisis

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Jika anda sekarang sedang dalam rawatan dialisis atau mengetahui sesiapa yang menggunakan rawatan tersebut, tentunya anda juga mengetahui bahawa penjagaan penyambungan pembuluh darah dengan sempurna adalah sangat penting. Tanpa penjagaan yang sempurna, anda mungkin perlu melakukan pembedahan lain untuk mencari satu lagi penyambungan pembuluh darah samada di paha, kateter, fistula, graft atau pun pusat urat kateter.Artikel ini akan mengajar anda bagaimana untuk menjaga kawasan penyambungan yang anda gunakan ketika sesi rawatan dialisis. Langkah-langkah yang dikongsikan mestilah diikuti supaya kawasan penyambungan tersebut sentiasa terjaga.


  • Tinggikan tangan anda dengan meletakkan di atas bantal hingga kawasan sambungan tersebut tidak lagi bengkak. Jika jahitan masih baru, doktor akan memberitahu kepada anda bagaimana untuk menjaganya.
  • Sentiasa pastikan kawasan sambungan berada dalam keadaan bersih. Jika anda menggunakan kaedah peritonial dialisis, doktor atau jururawat akan mengajar bagaimana untuk membersihkan tapak kateter anda dan bagaimana menjaga agar tidak berlaku jangkitan. Bergantung kepada jenis rawatan yang anda gunakan, doktor akan menerangkan kepada anda bagaimana untuk menjaga kebersihannya.
  • Jangan sesekali memakai pakaian yang ketat pada lengan yang ada graft atau fistula. Ianya akan menyebabkan bekalan darah akan terhalang untuk sampai ke tempat sambungan anda. Anda tidak perlu memakai pakaian yang ketat di sekitar kawasan lengan anda, beg bahu, dompet, beg buku atau barang kemas. Dengan berbuat demikian boleh merosakkan lengan anda.
  • Jangan biarkan sesiapa pun termasuk diri anda untuk memeriksa tekanan darah, mengambil darah atau memberikan ubat intramuskular sekiranya anda mempunyai graft atau fistula dalam pada kawasan sambungan. Hanya satu pengecualian dari perkara di atas sekiranya anda telah dimaklumkan oleh doktor untuk menggunakan sesetengah ubat yang dimasukkan melalui jarum suntikan dialisis anda.
  • Elakkan dari tidur di atas lengan yang mengandungi penyambungan anda atau tidur dengan membengkokkan lengan yang terdapatnya penyambungan. Jangan meletakkan beban kerana ianya akan menyebabkan pembekuan darah yang merupakan perkara yang mesti dielakkan.
  • Jangan mengangkat objek berat termasuk binatang peliharaan dan juga kanak-kanak. Secara umumnya anda tidak perlu mengangkat apa-apa yang beratnya melebihi 25 lbs. Doktor akan memaklumkan kepada berapa jumlah berat objek yang selamat untuk anda angkat.
  • Periksa getaran pada lengan anda untuk memastikan darah mengalir dengan baik. Anda perlu melakukannya setiap hari agar dapat mengesan dari awal sekiranya terdapat sebarang masalah. Sekiranya anda tidak merasakan getaran, sila hubungi doktor anda dengan segera untuk mereka memeriksanya. Dan jangan teragak-agak untuk meminta bantuan dari pegawai bantuan dialisis anda kerana mereka akan sentiasa memberikan bantuan yang diperlukan.

==============================
Rujukan : How To Prolong A Dialysis Access Site
==============================

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

Share

Bagaimana Menjaga Fistula Dialisis?

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Dialisis adalah satu prosuder yang dilakukan apabila buah pinggang pesakit tidak dapat berfungsi dengan sendirinya. Kesimpulannya ialah apabila buah pinggang pesakit sudah lagi tidak berfungsi atau mengalami kegagalan. Apabila pesakit menjalani rawatan dialisis, beberapa kali dalam seminggu mereka akan menjalani rawatan tersebut di mana mereka akan disambungkan kepada mesin dialisis melalui fistula. Tujuan rawatan dialisis ialah untuk membersihkan darah pesakit buah pinggang tadi dari kekotoran bagi memastikan mereka dapat meneruskan hidup walaupun tanpa buah pinggang. Oleh itu penjagaan fistula sangat penting untuk memastikan tidak berlakunya jangkitan dan akan terus berfungsi dengan baik.

Continue reading

Share

Tahukah Anda nefrotik Sindrom?

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Nefrotik sindrom boleh berlaku apabila unit penapisan buah pinggang rosak. Kerosakan ini akan menyebabkan protin yang kebiasaannya disimpan di dalam plasma, akan bocor ke dalam urin dalam jumlah yang besar. Ini akan menyebabkan kandungan protin di dalam darah anda menjadi kurang. Fungsi protin di dalam darah ialah untuk meyimpan bendalir yang berlebihan di dalam aliran darah. Apabila jumlah protin berkurangan di dalam darah, bendalir akan masuk ke dalam tisu-tisu badan anda dan akan menyebabkan pembengkakan. Ianya dipanggil edema. Edema akan jelas kelihatan pada kaki terutamanya bila anda berdiri dan juga di dalam tisu di bawah mata terutamanya apabila anda bangun dari tidur. Akhirnya bengkak di kaki anda akan terus di situ. Edema juga boleh berlaku pada anggota badan anda yang lain. Anda juga mungkin akan melihat urin anda mengandungi banyak buih berbanding dari kebiasaannya. Ini disebabkan oleh kebocoran protin ke dalam urin.

Continue reading

Share

Bagaimana Untuk Tahu Jika Anda Mempunyai Penyakit Buah Pinggang?

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti gejala penyakit lain. Jadi bagaimana untuk mengetahui yang anda mempunyai penyakit buah pinggang? Untuk mengetahuinya mari kita lihat tanda-tanda awal penyakit buah pinggang yang saya kongsikan di bawah.

Continue reading

Share

Bagaimana untuk membersihkan pundi kencing dan buah pinggang anda

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Buah pinggang dan pundi kencing anda adalah organ yang sangat penting. Walaupun fungsi utamanya sebahagian daripada sistem perkencingan, kedua organ tersebut juga sebenarnya membantu dalam menjaga kesihatan tubuh badan anda yang lain. Membersihkan kedua-dua buah pinggang dan pundi kencing anda secara kerap adalah amat penting kesihatan anda yang menyeluruh. Untuk membersihkan buah pinggang dan pundi kencing anda sebenarnya adalah mudah, hanya dengan mengikuti program 3 hari di bawah.

Continue reading

Share

Bagaimana Memastikan Buah Pinggang Anda Sihat & Berfungsi Dengan Baik

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Menjaga buah pinggang anda agar sentiasa sihat semasa anda masih muda sangat penting kerana ianya akan mengurangkan peluang untuk mendapat penyakit buah pinggang apabila anda tua. Walaupun sesetengah individu boleh cenderung kepada masalah buah pinggang, masih terdapat perkara-perkara yang semua orang boleh lakukan untuk mengekalkan fungsi buah pinggang.

Continue reading

Share

Bagaimana Merawat Jangkitan Buah Pinggang

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Jangkitan buah pinggang biasanya disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai E.coli. Bakteria ini kerap muncul selepas jangkitan saluran kencing menyebarkan bakteria ke buah pinggang. Jangkitan buah pinggang boleh meyebabkan rasa tidak selesa, sakit, dan sengsara. Merawat jangkitan buah pinggang memerlukan penjagaan diri dan bantuan doktor.

Continue reading

Share

Diet Fosforus & Potassium Untuk Penyakit Buah Pinggang Kronik

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Penyakit buah pinggang kronik merosakkan fungsi normal buah pinggang, menjadikan organ penting ini sukar untuk mengekalkan baki normal mineral dan elektrolit dalam badan. Walaupun badan manusia memerlukan potassium dan fosforus daripada sumber-sumber pemakanan, mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang perlu mengurangkan pengambilan mineral ini. Makan makanan yang kaya dengan fosforus atau potassium boleh mengakibatkan peningkatan bahan-bahan buangan yang berbahaya, sekaligus menjejaskan fungsi buah pinggang.

Continue reading

Share

Simptom Sista Buah Pinggang & Rawatannya

Assamualaikum pembaca sekalian,

Sista buah pinggang kebiasaannya lebih kerap ditemui di kalangan mereka yang berusia lebih lima puluh tahun. Kira-kira sembilan puluh peratus daripada pesakit sista buah pinggang tidak menyedari bahawa mereka menghidapinya. Sista buah pinggang mempunyai tanda-tanda yang sangat sedikit. Gejala sista buah pinggang termasuk sakit di belakang atau tepi, demam atau sakit bahagian atas abdomen dan kadang-kadang tekanan darah tinggi. Terdapat dua jenis sista buah pinggang, iaitu sista buah pinggang ringkas atau sista buah pinggang komplek.

Continue reading

Share

Apakah Punca Jangkitan Buah Pinggang?

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Adakah anda tertanya-tanya apa yang menyebabkan jangkitan buah pinggang dan mengapa sesetengah orang lebih cenderung untuk menghidapinya berbanding dengan yang lain?

Semasa menjawab soalan apa yang menyebabkan jangkitan buah pinggang, penting untuk anda tahu bahawa wanita muda adalah kumpulan yang paling biasa terjejas oleh jangkitan buah pinggang disebabkan oleh struktur anatomi uretra yang pendek dan status seksual yang lebih aktif.

Continue reading

Share