1. Untuk syarat-syarat permohonan, sila rujuk Syarat Pengurangan Pinjaman Pelajaran (Conversion)
2. Pastikan maklumat diisi dengan lengkap dan sempurna sebelum hantar. Sila rujuk Panduan Pengguna
3. Hanya 1 permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap Pemohon. Pastikan maklumat dan dokumen diisi dengan lengkap.
4. Pastikan tiada tunggakan di akaun pinjaman pelajaran MARA.
5. Permohonan Pengurangan Pinjaman akan terbatal sekiranya maklumat yang diberikan adalah palsu.
6. Di bawah Seksyen 5, Akta Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989), seseorang Pemohon yang memberi maklumat palsu atau mengelirukan dalam borang permohonan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara 2 Tahun atau didenda RM2000.00 atau kedua-duanya sekali.
7. Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA boleh dibuat melalui pengeluaran caruman KWSP – sila layari web rasmi KWSP.
8. Berikut adalah Soalan Lazim yang berkaitan dengan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA.
9. Sekiranya terdapat ralat pada dokumen yang dimuat naik,penggun perlu untuk delete dahulu fail berkenaan.
Cara untuk kecilkan saiz fail :-
a. Buka Microsoft Word.
b. Salin dokumen yg berbentuk pdf menggunakan snipping tool dan paste ke Microsoft Word.
c. Klik File dan klik Save As Type pilih pdf (saiz akan lebih kecil).
d. Muat naik fail pdf yang baru ke eConversion dan cuba klik link dokumen berkenaan.
10. Pengguna disarankan menggunakan pelayaran Internet Explorer dan Microsoft Edge untuk mendapatkan paparan yang terbaik.
Sebarang pertanyaan sila emel kepada infobkk@mara.gov.my