Permainan Tradisional
Permainan Tradisional
Permainan Tradisional
Latar belakang
Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung
kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang
dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic
menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh
semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.
Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia
melalui pedagang-pedagang Arab.
Asas permainan
Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak
mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.
Papan congkak berbentuk bangau menyudu.
Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah
congkak. Papan congkak boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan
terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di
kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'.
Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm.
[1][2]
Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan
kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang
bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".
Peraturan permainan
Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa:[2][3]
1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak,
dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di
kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam
lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah
dan kampung lawan.
2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan
dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain
hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri.
Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan
kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung
tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.
3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya
mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh
meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di
mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung
kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak
lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.
4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun
giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan
berpindah kepada pihak lawan.
5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung
dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia
dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada
pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan
mengaku kalah.
Perbezaan peraturan
Buah congkak yang paling biasa digunakan ialah guli, namun apa-apa biji atau
batu kecil yang agak bulat boleh digunakan.[3]
Konda-kondi
Konda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam
dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis
kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan
ini memerlukan kawasan lapang.
Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil
berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat
dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang
panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu
panjang.
Permainan Pertama
Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang
diletakkan melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. Sebaliknya,
jika kayu yang dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu
panjang itu, pemain tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak
kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu panjang dikira satu mata.
Permainan Kedua
Sekali bagi pemain lawan cuba menyambut jika tidak berjaya. Pemain tadi boleh
mendapat mata, dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampur
dengan mata daripada langkah pertama tadi.
Permainan Ketiga
Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang dipanggil patuk ular.
Pemain menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung
kayu pendek itu dengan kayu panjang. Jika pukulan dibuat dengan baik, kayu
pendek akan melentik ke udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul
kayu pendek itu sebelum jatuh ke tanah, dengan menggunakan kayu panjang.
Tempat kayu pendek itu jatuh dikira mata, iaitu mengiranya dengan
menggunakan kayu panjang, kiraan mata tetap sama seperti sebelumnya.
Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini.
guli
Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat
bermain guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang
diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.
Gelanggang
Cara Bermain
Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di
dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia
dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada,
begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas
guli pemain lainnya.
Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah
mata terendah. Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam
lubang induk dan semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua
adalah dengan setiap pemain menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah
itu jauh dari kawasan bulatan.
Papan Congkak
Kampong (lubang kecil) Rumah (lubang besar)
Memasukkan buah kelubang kampung
Bermain Congkak
Jala itik
Cara Bermain
Dua orang dipilih menjadi ketua, kebiasaanya bertubuh besar dan menggunakan
nama samaran yang hanya diketahui oleh mereka berdua sahaja. Kedua-dua
ketua ini akan berhadapan antara satu sama lain dengan memegang tangan
masing-masing yang diangkat keatas, bagi memudahkan para ahlinya melintasi
dibawahnya. Semasa ini sebuah nyanyian dialunkan 'Jan-jan jala Jala itik jala
ayam. Berapa lubang kancil? Seratus lima puluh. Singgah Cik Dayang singgah.
Makan sirih mulut merah." Sebaik sahaja lagu itu selesai dinyanyikan, ketua-
ketua itu akan menangkap pemain terakhir yang sedang melintas.
Menentukan Pemain
Setelah itu, pemain yang ditangkap tadi dibawa ke tempat lain oleh ketua-ketua
itu untuk disoal. Kemudian mereka menyebut nama samaran yang telah
ditetapkan sebelum permainan. Pemain yang ditangkap itu dikehendaki memilih
salah satu nama tersebut. Pemain-pemain tadi dikehendaki berdiri di belakang
ketua yang mana namanya dipilih oleh ahli tadi dengan merahsiakan nama
pilihannya kepada ahli yang lain. Kemudian permainan dimulakan semula seperti
awal tadi, sehinggalah semua pemain selesai memilih ketua masing-masing.
Pertukaran Pemain
Jika ada kumpulan mempunyai jumlah ahli yang lebih ramai daripada kumpulan
yang satu lagi, rayuan boleh dibuat untuk pertukaran ahli bagi mengimbangkan
jumlah ahli setiap pasukan. Bagaimanapun, pertukaran hanya boleh dibuat
setelah persetujuan di antara kedua-dua belah pihak dicapai. Jika tidak mahu
membuat pertukaran, permainan akan tamat di situ dan ketua itu dikira menang,
kerana mempunyai ahli yang paling ramai.
Menentukan Pemenang
Sebaliknya jika ini terjadi, satu perlumbaan dilakukan. Untuk itu, satu garisan
dibuat bagi membolehkan kedua-dua pasukan beradu kekuatan. Kedua-dua
ketua pasukan berdiri sama jauh dari garisan dan tangan mereka berpaut antara
satu sama lain. Pemain-pemain lain beratur di belakang ketua masing-masing
sambil memegang pinggang. Kedua-dua ketua pasukan berusaha menarik
antara satu sama lain supaya melangkah garisan itu, dengan ahli lain membantu,
seperti tarik tali. Jika pasukan yang kurang ahlinya itu berjaya menarik pasukan
lawan melintasi garisan itu, pasukannya dianggap menang. Maka dia boleh
meminta sejumlah pemain yang dikehendakinya untuk mengimbangi
pasukannya dengan pasukan yang satu lagi itu. Sebaliknya, jika pasukannya
gagal berbuat demikian, maka dia dianggap kalah.