Mekanisme Pernafasan Manusia (NOTA)

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 8

Mekanisme Pernafasan Manusia

a) Sistem pernafasan manusia.

Sistem pernafasan manusia.

Bahagian Struktur Fungsi

1. Rongga nasal  Rongga yang terdiri  Melembapkan udara


dari tisu lembap dan rerambut yang melaluinya serta
halus. memerangkap habuk pada
udara.
2. Trakea  Dinding luaran terdiri  Gelang tulang rawan
dari gegelang tulang rawan, menghalang trakea daripada
manakala dinding dalamannya binasa. Silia dan mukus
terdiri dari dari sel-sel membantu untuk
epithelium dengan silia dan memerangkap habuk dan
sel-sel yang merembeskan mikro organisma yang ada
mucus. dalam udara.
3. Bronkus  Dua cabang dari  Udara terus ke paru-
trakea yang menuju ke paru- paru kiri dan kanan.
paru.
4. Paru-paru  Lembut, seperti span,  Tempat berlakunya
serta kaya dengan saluran pertukaran gas.
darah dan alveoli.
5. Tulang rusuk  Tulang-tulang yang  Melindungi paru-paru.
berbentuk sangkar di dalam
rongga toraks.
6. Diafragma  Otot berbentuk kubah  Memisahkan rongga
ketika dalam keadaan rehat. torak daripada rongga
abdomen.
7. Otot intercostal  Tisu otot di antara dua  Menggerakan tulang
tulang rusuk. Ia juga dikenali rusuk.
sebagai otot rangka.

b) Struktur paru-paru manusia.

Paru-paru manusia.

Paru-paru (lung) adalah organ utama pernafasan (main respiratory organ) manusia.

Manusia mempunyai sepasang paru-paru, iaitu paru-paru kiri dan kanan.

Paru-paru adalah lembut dan seperti span, dan terletak di dalam rongga toraks (thoracic cavity) yang dilindungi oleh
tulang rusuk (ribs).

Permukaan paru-paru dilitupi dengan cecair untuk mengurangkan geseran (friction) semasa proses pengembangan
dan pengecutan.

Terdapat cabang-cabang halus dalam paru-paru yang dikenali sebagai bronkiol. Bronkiol dicabang keluar dari
bronkus.

Terdapat banyak kantung udara di hujung bronkiol yang dikenali sebagai alveoli. Pertukaran gas berlaku di sini.

Peranan sistem pernafasan manusia untuk menghasilkan tenaga melalui tiga mekanisme:
1. bernafas untuk mendapatkan oksigen.
2. mengangkut oksigen daripada darah ke sel-sel badan.
3. respirasi sel untuk mengoksidakan makanan menggunakan oksigen dalam sel-sel badan.

1. Bernafas

Bernafas (breathing) adalah proses dimana udara diambil masuk dan keluar dari tubuh manusia untuk membolehkan
pertukaran gas berlaku di dalam paru-paru.
Bernafas melibatkan proses berganti menarik nafas (inhalation) dan menghembus nafas (exhalation) melalui
tindakan diafragma dan otot intercostal.

Penyedutan membolehkan udara dari atmosfera akan disedut masuk ke dalam paru-paru, manakala penhembusan
nafas membolehkan udara diusir keluar dari paru-paru ke atmosfera.

Proses menarik nafas dan menghembus nafas adalah disebabkan oleh tindakan diafragma dan otot intercostal.
 Diafragma adalah lapisan otot di bawah paru-paru. Apabila dalam keadan rehat, ia berbentuk seperti kubah,
yang melengkung ke atas.
 Diafragma berfungsi untuk perubahan tekanan udara di dalam rongga toraks.
 Otot intercostal adalah otot yang berada diantara tulang-tulang rusuk. Ianya terbahagi kepada dua lapisan,
iaitu otot intercostal luar dan otot intercostal dalam.
 Otot intercostal berfungsi untuk menggerakkan tulang rusuk.

Otot-otot intercostal.
Mekanisme pernafasan
Menarik nafas (inhalation)

Fungsi menarik nafas adalah untuk menarik oksigen dari udara ke dalam sel-sel badan.

Semasa menarik nafas,


 diafragma mengecut dan mendatar.
 otot intercostal luar mengecut dan menaikkan tulang rusuk ke atas dan ke hadapan.
Pergerakan diafragma dan tulang rusuk itu seterusnya akan meningkatkan isipadu rongga toraks.

Tekanan udara di dalam paru-paru berkurangan dan lebih rendah daripada tekanan atmosfera luar.

Jadi, udara dari atmosfera akan dipaksa masuk ke dalam paru-paru sebagai udara yang disedut semasa menarik
nafas.

Menghembus nafas (exhalation)

Fungsi menghembus nafas adalah untuk membuang karbon dioksida daripada sel-sel badan.

Semasa menghembus nafas,


 diafragma dalam keadaan rehat dan melengkung ke atas berbentuk seperti kubah.
 otot intercostal dalam mengecut, akan merendah dan mengembalikan kedudukan tulang rusuk
ke kedudukan asal.
Pergerakan diafragma dan tulang rusuk itu seterusnya akan mengurangkan isipadu rongga toraks.
Tekanan udara dalam rongga toraks bertambah dan melebihi tekanan atmosfera luar.

Jadi, udara di dalam paru-paru dipaksa keluar sebagai udara yang dihembus semasa menghembus nafas.

Pengangkutan Oksigen Dalam Badan


Semasa bernafas, kepekatan oksigen di dalam udara yang disedut adalah lebih tinggi berbanding dengan
kandungan oksigen didalam kapilari darah.

Darah beroksigen masuk ke dalam paru-paru melalui rongga hidung, trakea, bronkus, bronkiol, dan akhirnya alveoli.

Alveoli adalah kantung-kantung kecil di mana pertukaran gas berlaku.

Struktur alveoli.

Semasa pertukaran gas berlaku, oksigen akan diangkut dari alveolus ke sel-sel badan, manakala karbon dioksida
akan diangkut dari sel-sel badan untuk dikeluarkan melalui paru-paru.

Penyebaran oksigen daripada alveolus kepada kapilari darah:


 Alveoli mempunyai permukaan yang lembap, dinding nipis dan dikelilingi oleh banyak kapilari darah.
 Oksigen yang terkumpul akan dilarutkan dahulu pada permukaan lembap alveoli. Ini
menyebabkan kepekatan oksigen di dalam alveoli meningkat.
 Apabila kepekatan oksigen di dalam alveoli adalah lebih tinggi berbanding dengan kapilari darah, oksigen
akan diangkut dari alveolus ke kapilari darah dengan cara resapan mudah (simple diffusion).
 Membran nipis alveoli meningkatkan kecekapan penyebaran darah. Oleh itu, lebih banyak oksigen dapat
diserap ke dalam kapilari darah.
 Penyebaran oksigen ini berlaku berterusan sehingga molekul oksigen dapat menembusi dinding kapilari
darah dan akhirnya masuk ke dalam aliran darah.
Penyebaran oksigen daripada alveoli ke kapilari darah.

Pengangkutan oksigen oleh darah:


 Darah adalah sejenis bendalir tisu yang mengalir dalam kapilari darah.
 Darah bertindak sebagai medium pengangkutan oksigen yang cekap disebabkan bantuan dari
hemoglobin (haemoglobin).
 Hemoglobin adalah pigmen merah yang terdapat di dalam sel-sel darah merah (eritrosit).
 Hemoglobin merupakan pembawa oksigen yang penting kerana ianya lebih mudah mengikat
oksigen berbanding dengan air dan plasma darah.
 Oksigen mengikat dengan hemoglobin dalam bentuk oksihemoglobin yang mana lebih stabil. Dengan kata
lain; Hemoglobin + Oksigen → Oksihemoglobin.
 Oksihemoglobin ini akan dibawa dengan darah ke bahagian-bahagian badan yang kekurangan oksigen.

Penyebaran oksigen daripada kapilari darah ke sel-sel badan:

Penyebaran oksigen daripada kapilari darah ke sel-sel badan.


 Apabila sampai ke sel-sel badan yang kekurangan oksigen, oksihemoglobin akan terurai untuk melepaskan
oksigen dan hemoglobin. Dengan kata lain; Oksihemoglobin + Oksigen → Hemoglobin.
 Oksigen yang dilepaskan akan diserap oleh sel-sel badan, manakala hemoglobin akan kembali ke paru-
paru untuk mengikat oksigen baru.
Pada masa yang sama, karbon dioksida daripada sel-sel juga akan meresap ke dalam kapilari darah untuk dibawa
oleh hemoglobin ke alveoli.

Kemudian, karbon dioksida akan diusir keluar daripada paru-paru semasa proses menghembus nafas.
Kepentingan Menjaga Sistem Pernafasan
Sistem pernafasan akan terjejas jika ianya terdedah kepada bahan pencemar (pollutants) tertentu dan berlebihan.

Bahan pencemar terbahagi kepada dua jenis, iaitu bahan pencemar gas (gaseous pollutants) dan zarah-zarah halus.

Bahan pencemar gas terdiri daripada karbon monoksida, nitrogen oksida, hidrokarbon, sulfur dioksida, dan plumbum,
manakala zarah-zarah halus terdiri daripada habuk atau bendasing yang terdapat pada atmosfera.

Kebanyakan bahan pencemar adalah toksik toxic) dan karsinogenik (carcinogenic). Ketoksikan adalah kualiti bahan-
bahan yang boleh merosakkan sel-sel hidup, manakala karsinogenik adalah kualiti yang boleh membawa kepada
pengeluaran sel-sel kanser.

Bahan-bahan toksik dikenali sebagai toksin (toxin), manakala bahan-bahan karsinogenik dikenali sebagai karsinogen
(carcinogens).

Kita mesti mengelak daripada merokok kerana ianya boleh merosakkan sistem pernafasan.

Suatu eksperimen untuk menunjukkan kesan-kesan asap rokok ke atas kapas putih boleh dijalankan seperti berikut:
kapas ini adalah satu analogi paru-paru manusia.

1) Radas disediakan seperti rajah di atas.

2) Puntung rokok yang sedang menyala ditetapkan pada sebelah tiub U.

3) Pada akhir eksperimen, didapati bahawa:


 Termometer menunjukkan bahawa bacaan suhu menjadi lebih tinggi daripada suhu bilik. Ini menunjukkan
bahawa asap rokok boleh meningkatkan suhu paru-paru.
 Kapas putih bertukar menjadi keperangan (brownish) dengan tompok-tompok hitam. Ini
menunjukkan bahawa asap rokok mengandungi tar.
 Air dalam balang bertukar menjadi kekuningan (yellowish) kerana bahan pencemar dalam asap rokok larut
di dalamnya.
 Air menjadi berasid selepas 2-3 rokok dibakar. Ini menunjukkan bahawa asap rokok mengandungi
gas berasid yang boleh makan di sel-sel epitelium pada alveoli.

Menghargai Sistem Pernafasan Yang Sihat
Sistem pernafasan adalah salah satu daripada nikmat tuhan. Kita harus bersyukur kerana dikurniakan organ
pernafasan yang membolehkan kita bernafas untuk terus hidup.

Oleh itu, kita mestilah menjaga dan memelihara kesihatan paru-paru kita agar ia dapat melaksanakan fungsinya
dengan lebih cekap.

Bagi memastikan kecekapan fungsi dan kesejahteraan sistem pernafasan, kita mestilah:
 Menjauhkan diri daripada merokok.
 Tidak menghidu bahan seperti gam dan petrol yang boleh merosakkan sel-sel pernafasan serta membawa
kepada ketagihan.
 Tidak menyembur racun serangga dalam keadaan pintu dan tingkap ditutup.
 Buka semua tingkap untuk meningkatkan dan memperbaiki pengudaraan di dalam bilik.
 Elakkan bernafas dalam debu dan kekotoran yang boleh mencemarkan paru-paru.
 Memakai peralatan perlindungan apabila mengendalikan bahan kimia yang melepaskan gas toksik.
 Melakukan senaman di ruang yang terbuka dengan udara segar. Selalu melakukan senaman
membolehkan kita memperbaiki jantung dan otot-otot, dan juga membantu mengelakkan sesak nafas.
 Selalu membersihkan rumah supaya udara yang kita sedut semasa bernafas bebas daripada habuk
dan kotoran.
 Tidak melakukan pembakaran sampah secara terbuka di kawasan dalam dan sekitar rumah.

Manusia harus mengekalkan (pada keadaan baik) dan memelihara kualiti udara dengan cara:
 Mengharamkan pembakaran sampah secara terbuka.
 Menggunakan petrol tanpa plumbum pada kenderaan bermotor.
 Menjalankan kempen untuk memelihara dan memperbaiki indeks kualiti udara.

Anda mungkin juga menyukai