Nilai Pengajaran DN Iktibar 13 Mei
Nilai Pengajaran DN Iktibar 13 Mei
Nilai Pengajaran DN Iktibar 13 Mei
Individu.
Peristiwa hitam 13 Mei telah memberikan kesan mendalam bagi seluruh rakyat
Malaysia terutamanya rakyat Melayu dan Cina. Peristiwa hitam itu juga
membuktikan bahawa kita masih gagal membentuk bangsa Malaysia yang tidak
berpegang pada etnik dan kaum. Kefahaman dan semangat patriotisme generasi
hari ini tidak setanding semangat yang dipegang oleh generasi sebelum merdeka.
Setiap individu perlulah menanam sifat sayangkan negara serta menghormati kaum
lain serta agama mereka. Setiap individu jugak harus la menanam nilai patriotic
dalam diri anak anak sejak kecil agar generasi akan datang akan lebih sayangkan
negara dan akan memelihara nama baik negara hingga ke genarasi seterusnya.
Masyarakat
Bagi mengelakkan peristiwa 13 Mei dari berulang masyarakat perlulah
menghormati rukun negara serta mempelajari ilmu tentang sejarah Malaysia agar
dapat mengambil iktibar dari setiap peristiwa yang berlaku. Masyarakat Malaysia
juga harus lah sentiasa mengenal pasti punca punca yang menyebabkan
pertelingkahan antara kaum dan haruslah mengelak dari melakukan perkara
tersebut dengan cara menghormati agama dan bangsa lain. Setiap rakyat
mempunyai hak dalam mengamalkan cara hidup sendiri di bumi Malaysia.
Kerajaan
Kerajaan haruslah mengambil iktibar sepenuhnya daripada peristiwa hitam 13
Mei yang telah meragut banyak nyawa dan kerugian. Segala rusuhan ataupun
peristiwa hitam yang terjadi adalah disebabkan kerajaan tidak pandai
mengendalikan situasi jester itu menyebabkan rakyat bertindak zalim serta berada
diluar kawalan. Kerajan harus melakukan pelan tindakkan yang adil serta
menguntungkan semua pihak.
Nilai dan pengajaran
Nilai dan PEngajaran 13 Mei
Peristiwa 13 Mei merupakan titik perubahan corak dan falsafah sosio-politik dan
ekonomi negara, yang membuka mata semua pihak mengenai jurang perbezaan
tersebut adalah merupakan masalah asas masyarakat Malaysia yang tidak bersatu
padu dan hormat menghormati. Dengan melalui kebijaksanaan pemimpin dan
semangat setia kawan masyarakat, peristiwa itu telah dapat ditangani serta negara
telah kembali pulih seperti sediakala.
Di samping itu, Majlis Perundingan Negara turut mengadakan satu dialog di
antara semua wakil golongan masyarakat bagi mencari jalan untuk menguatkan
tahap perpaduan di negara ini. Perbincangan itu juga bagi mendapatkan satu
panduan yang positif dalam usaha-usaha mencapai kerjasama antara kaum dan
identiti masyarakat yang tulen seperti contoh perdana mentari yang terkini, Dato
Seri Najib mengamalkan slogan 1 Malaysia bagi memupuk semangat perpaduan
antara kaum. Hasil dari pertemuan, kesemua wakil dari semua golongan, maka
lahirlah konsep RUKUN NEGARA sebagai menifestasi ideologi kebangsaan.
Selepas sahaja peristiwa hitam tersebut berlaku semua pihak mulai sedar
dan saling bekerjasama membentuk perpaduan yang lebih kukuh seperti yang dapat
kita saksikan pada hari ini. Rakyat Malaysia harus terus mendukung aspirasi
nasional tanpa mengira apa pun fahaman politik dan saling membantu antara satu
sama lain ke arah Malaysia yang lebih adil dan harmoni. Apabila tercetusnya
rusuhan kaum atau etnik pada 13 Mei 1969 yang mengejutkan rakyat dan negara,
perpaduan yang disangkakan kukuh hasil muafakat antara tiga kaum terbesar iaitu
orang Melayu, Cina dan India semasa menggubal perlembagaan negara jelas
bersifat sementara. Hal ini kerana ia gagal menanamkan sifat tolak ansur yang
berkekalan untuk jangka masa panjang. Peristiwa ini telah menyedarkan dan
memaksa pemimpin-pemimpin negara meneliti isu perpaduan dengan lebih serius
dan mendalam. Hasil penelitian itu, tindakan jangka pendek dan jangka panjang
telah dijalankan untuk memulihkan keadaan dengan segera keamanan dan
memupuk kembali bibit-bibit perpaduan yang telah goyah serta mengelakkan
peristiwa yang sama dari berulang lagi,
Akhir sekali, semangat bersatu padu ini harus diserap ke dalam jiwa
rakyatnya sejak kecil lagi dan tumpuan sudah tentulah diberikan kepada golongan
pelajar-pelajar sekolah dan institusi-institusi pendidikan yang lain. Oleh itu, kerajaan
telah menggunakan sistem pendidikan sebagai wadah untuk menerapkan semangat
perpaduan dalam kalangan para pelajar seperti mewajibkan pelajar mempelajari
pelajaran Sivik dan Moral, Sejarah dan juga mewajibkan pelajar menghafal rukun
negara di sekolah serta mengamalkannya. Peristiwa ini haruslah menjadi iktibar
seluruh masyarakat bagi mengelakkan ianya berulang serta membuatkan banyak
mengorbankan nyawa orang yang tidak berdosa.