Games Ukhwah
Games Ukhwah
Games Ukhwah
Hari ni saya nak share sedikit tentang games dalam riadah yang boleh kita aplikasikan
bersama, saya rasa amat menarik untuk diambil manfaat dari permainan indoor ini bersama
untuk tujuan ukhuwah dan beberapa pengajaran.
Kawasan permainan : Kawasan yang luas seperti dewan dan lapang seperti padang.
Setiap kumpulan dikehendaki untuk membuat satu tanda (trademark) berbentuk sentuhan
untuk mengenali sesama ahli . ( berkata - kata adalah diharamkan sama sekali! )
Pemain akan dibawa oleh pengadil ke mana - mana di sekitar kawasan permainan untuk di
pisahkan dari ahli kumpulan masing-masing .
Dalam masa yang ditetapkan mengikut kepada bilangan peserta, peserta diminta
menyambung setiap tali dalam kumpulan tadi sama dengan bentuk asal mereka berbaris
dalam bentuk bulatan tadi dan orang yang bersebelahan juga adalah sama!, dan pastikan tali
tadi disambung membentuk bulatan ukhuwah yang sempurna! selesai
Pengajaran : Setiap dari kita sebenarnya mempunyai tujuan yang sama iaitu islam, maka
islamlah sahaja yang boleh menyatukan kita, tiada persaudaraan lain yang setanding
persaudaraan islam, dengan tujuan yang sama tadi isitu islam akhirnya menyatukan kita
dengan tali Allah dan akhirnya islam menjadi kuat dengan kekuatan bersama tadi, maka
itulah salah satu ke izzahan islam dapat dicapai melalui ukhuwah yang mantap! selamat
mencuba!
Hai orang - orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar
taqwa dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim. Dan berpeganglah
kamu semua dengan tali Allah dan jangan berpecah belah. Dan ingatlah nikmat Allah
terhadapmu ketika kamu saling bermusuhan maka Dia satukan hati kamu lalu kamu
menjadi saudara dengan nikmat-Nya, dan ingatlah ketika kamu berada di bibir jurang
neraka lalu Dia selamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menjelaskan
kepada kamu ayat-ayat-Nya agar kamu mendapat petunjuk. (Ali 'Imran 102 - 103)