Teks Ucapan Ketua Murid

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN KETUA MURID

SEMPENA HARI GURU - 2016


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh..
Yang Berusaha Encik Samion bin Mat Din, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Darul Hikmah
Yang Berusaha Encik Nizam, Yang Dipertua PIBG, Sekolah Kebangsaan Darul Hikmah
Encik Saad bin Taib, Guru Penolong Kanan 1,
Encik Yusri bin Mahamud Nawai, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
Barisan Guru Sekolah Kebangsaan Darul hikmah yang dedikasi.
Seterusnya rakan-rakan pencetus kegemilangan negara.
Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul
pada hari ini dengan hasrat yang satu iaitu meraikan sambutan hari guru bertemakan
Guru Pembina Negara Bangsa
"Selamat Hari Guru buat semua guru yang kami sayangi"
Sebelum meneruskan ucapan saya, dengarkan pantun ini

LUAS SUNGGUH SAWAH DI SANA


CANTIK TERLIHAT DIWAKTU SENJA
ENGKAULAH GURU INSAN BIJAKSANA
GIGIH MENDIDIK BERHATI WAJA
Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,
Pantun tersebut menggambarkan kegigihan guru-guru mengajar kami yang serba
kerkurangan di sini tanpa kenal penat dan lelah. Gurulah yang mengenalkan kami huruf
A-Z dan angka 1 hingga 100. Mengajar kami mengenal suku kata hinggalah dapat
membaca dan mengajar kami operasi-operasi matematik hingga kami dapat mengira.
Tanpa guru-guru, kami mungkin gagal dalam pelajaran, seterusnya dalam hidup. Kami
amat terharu akan jasa dan pengorbanan guru-guru. Komitmen guru-guru amat tinggi
dalam memastikan kecemerlangan kami hingga sanggup mengorbankan wang ringgit,

masa dan tenaga dengan mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan pelbagai
program untuk membimbing kami.
Selain dalam bidang pelajaran, guru juga berperanan membentuk peribadi mulia di
kalangan kami. Supaya apabila kami cemerlang dalam bidang pelajaran kami juga
cemerlang dalam akhlak kami.
Rakan-rakan sekalian,
Cuba fikirkan sejenak, adakah selama ini kita berbuat sesuatu untuk guru-guru kita?
Adakah kita sentiasa mendengar nasihat mereka? Oleh itu saya menyeru kepada rakan
sekalian sentiasa menghargai guru dan mengenang jasa mereka yang ibarat ibu bapa
kita di sekolah. Setidak-tidaknya jadilah manusia yang berguna kepada bangsa dan
negara pada masa hadapan sebagai tanda penghargaan kita kepada mereka.
Cikgu,
Kalau tinggi Gunung Everest, tinggi lagi budimu, cikgu.
Kalau dalam lautan Atlantik, dalam lagi jasamu, cikgu.
Kalau harum bau kasturi, harum lagi pengorbananmu, cikgu.
Terima kasih cikgu,
Akhir kata, sekali lagi saya dan rakan-rakan mengucapkan Selamat Hari Guru.
Kami doakan semoga cikgu-cikgu panjang umur, murah rezeki, sihat dan dapat terus
berbakti dengan tulus dan ikhlas demi melahirkan modal insan minda kelas pertama.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai