Contoh Pendahuluan Dan Penutup Karangan Yang Menarik
Contoh Pendahuluan Dan Penutup Karangan Yang Menarik
Contoh Pendahuluan Dan Penutup Karangan Yang Menarik
Cikguosmanzaini_bm_upsr_pt3_spm
Soalan Contoh 2
Bincangkan usaha-usaha bagi membudayakan Program Kitar Semula dalam kalangan rakyat.
Bahagian A)
Perenggan Pendahuluan Contoh 2
Darsawarsa, dalam menempuh arus modenisasi yang menerjah watan tanpa diundang, pencemaran
alam sekitar makin, menjadi parah barah serta duri dalam daging watan. Pelbagai anjakan paradigma
telah digarap dan dicanang bagi membendung kemelut ini temasuklah yang hangat meniti dari bibir
ke bibir masyarakat; Program Kitar Semula . Persoalan yang menjadi tanda tanya ialah apakah
strategi- strategi yang wajar diorak dan digarap bagi membudaya Program Kitar Semula dalam
kalangan masyarakat 1 Malaysia ?
Perenggan Penutup Contoh 2
Intihanya, semua pihak perlu bekerjasama membentuk sinergi bak aur dan tebing serta persis isi dan
kuku dalam usaha membudayakan Program Kitar Semula kerana bulat air kerana pembentung, bulat
masyrakat kerana muafakat . Selanjutnya Malaysia mampu dijulang sebagai negara model bukan
sahaja dari aspek pembangunan fizikal malahan akhlak rakyat pertiwi kerana terbangnya belon bukan
kerana merah, biru dan kuning warnanya tetapi kerana kandungan gasnya selaras dengan hasrat dan
aspirasi negara untuk bersukat sama paras, bertimbang sama berat dengan negara- negara maju
yang lain.
Cikguosmanzaini_bm_upsr_pt3_spm
Contoh Penutup
Sebagai menggulung segala yang telah dibicarakan, sejarah tanah air sememangnya tidak dapat
disangkal membawa seribu satu kemashalatan sekiranya difahami dan dihayati serta
diimplementasikan dalam kehidupan. Seorang sejarawan Barat ada berkata bahawa sejarah pasti
akan berulang sekiranya sejarah luput di ingatan. Lantas, sebelum nasi menjadi bubur semua pihak
perlu menjalinkan sinergi bak aur dan tebing agar sejarah tanah air terus lestari dan difahami. Maka,
hasrat dan aspirasi negara untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara- negara
maju yang lain dapat dijana dan direalisasi sejajar dengan Wawasan 2020 dalam konteks
pembentukan generasi madani yang besahsiah murni.
ISU: GEJALA SOSIAL
Contoh Pendahuluan
Mutakhir ini, secara sedar atu tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan sains dan teknologi, watan
mendepani kepincangan yang lazimnya remaja lebih cenderung iaitu gejala sosial. Dalam milenium
ini, tatkala tanah air kita rancak menari mengikut rentak arus modenisasi dan globalisasi dalam
konteks pembangunan fizikal yang diibaratkan cendawan yang tumbuh selepas hujan, onak dan
kekangan, sebagai tamsilan, lumba haram, kecurian dan seumpamanya lagi makin membarah dan
menjadi polemik yang meniti dari bibir ke bibir masyarakat . Kalau ditanya siapa dalangnya atau dari
manakah akar umbinya masing- masing menunding jari sesama sendiri. Tambahan pula, masalah
yang ruwet ini memberi pelbagai impak. Justeru, satu soalan ingin saya lontarkan ; apakah strategistrategi bernas yang perlu diketengahkan di meja bulat serta dilaksanakan ?
Contoh Penutup
Intihanya, potongan kata Tun Mutahir Mohammad, mantan Perdana Menteri kita yang ke- 4 bahawa
rakyat Malaysia mempunyai kemudahan infrasrtuktur kelas pertama tetapi memiliki minda kelas
ketiga sewajarnya kita hayati. Lantas, semua pihak perlu menjalinkan sinergi bak aur dan tebing,
persis isi dan kuku dalam usaha memerangi gejala sosial yang semakin parah dan barah serta duri
dalam daging watan. Ironinya, jika tiada kata sepakat, tiadanya ukhwah dalam ummah maka
runtuhlah harapan yang tinggi menggunung kerana bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat
kerana muafakat. Oleh itu, sekiranya harapan tersebut menjadi realiti dan bukan sekadar ilusi yang
terngiang-ngiang di kotak pemikiran mat jenin, hasrat dan aspirasi negara untuk berdiri sama tinggi,
duduk sama rendah dengan negara- negara maju yang lain mampu digamit dan direalisasi.