Sinopsis Novel Sejambak Bakti t1
Sinopsis Novel Sejambak Bakti t1
Sinopsis Novel Sejambak Bakti t1
I
Sinopsis
Bab 1 Kisah di Kedai Koperasi
Kedai Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan telah
ditubuhkan kira-kira lima tahun yang lalu. Pada pagi itu, terdapat seorang
pembantu kedai dan tiga orang ahli lembaga pengarah sedang sibuk
melayani pembeli-pembeli dengan sabar dan baik. Sebagai ahli lembaga
pengarah yang bertugas sebagai jurujual telah menegur seorang pelajar
lelaki yang cuba mencuri sebatang pen. Cikgu Zulkifli masuk ke kedai itu
dan memberitahu ahli lembaga pengarah bahawa pada petang,
mesyuarat lembaga pengarah kali pertama tahun itu akan diadakan.
Norlela sebagai pembantu kedai juga dijemput hadir dalam mesyuarat itu.
Bab 2 Mesyuarat Melaksanakan Harapan
Di bilik mesyuarat Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan,
mesyuarat Lembaga Pengarah telah diadakan. Sebanyak 11 orang murid
dan empat orang guru yang dilantik sebagai ahli Lembaga pengarah
dengan empat orang guru manakala pengetua sekolah, Cikgu Syamsudin
telah menjadi Pengerusi Koperasi sekolah itu. Encik Sulaiman selaku
Pegawai Pembangunan Koperasi turut hadir dalam mesyuarat itu.
Pengetua mengucap tahniah kepada Razali kerana dipilih sebagai
penolong setiausaha. Menurut pengetua, penubuhan koperasi sekolah
bertujuan untuk menggalakkan sikap berjimat cermat dan menolong diri
sendiri dan antara ahli. Beliau menyeru supaya semua ahli lembaga
pengarah dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah.
Seterusnya Cikgu Zulkifli membentangkan usul mesyuarat yang lalu, iaitu
pertama, koperasi hendak berusaha menternak ayam telur. Kedua,
koperasi akan menjual barang-barang makanan dan keperluan lain selain
alat tulis, pakaian sukan dan buku-buku. Ketiga, koperasi hendak
menubuhkan sebuah bilik bacaan. Ketiga-tiga usul itu diterima oleh ahli
lembaga pengarah dengan sebulat suara.
Bab 3 Perjanjian Membalas Dendam
Munir berasa kesal kerana tidak dipilih sebagai penolong setiausaha
lembaga pengarah koperasi sekolah. Dia merungut kepada kawannya
Leong dan Silvam. Sebagai ahli lembaga pengarah, mereka berasa tidak
puas hati atas kemenangan Razali dipilih sebagai penolong setiausaha.
Apabila ternampak Ramlah sedang membantu Razali untuk menyiapkan
minit mesyuarat, Munir cemburu dan menyindir Razali sengaja mendekati
Ramlah.
Bab 4 Persiapan Kedai Operasi
Pada pagi itu, Norlela dan beberapa orang ahli lembaga pengarah sibuk
melayani pelajar di kedai koperasi. Razali mendapati bahawa Munir,
Silvam dan Leong tidak datang untuk bertugas di kedai koperasi itu. Swee
Lan, Ramlah, Harun, Saridevi dan Razali terpaksa menggantikan tugas
mereka. Cikgu Zulkifli berasa kesal atas sikap Munir dan kawannya. Razali
menyenaraikan barangan yang hendak dijual di kedai koperasi. Mereka
juga hendak menyediakan bilik bacaan dan akhbar dan majalah. Ayah
Swee Lan, Encik Aik Hong telah memberikan potongan harga untuk kedai
koperasi atas barangan yang akan dijual di koperasi itu. Mereka juga
mendapat bantuan daripada Encik Aziz selaku tauke kedai buku dengan
potongan harga buku sebagai 20% kepada koperasi sekolah itu.
Bab 5 Cita-cita dan Harapan
Sebelum pulang, Munir, Leong dan Silvam sedang menunggu Ramlah,
Swee Lan dan Saridevi untuk mengajak mereka menonton tayangan
gambar. Bagaimanapun Ramlah dan kawan-kawannya menolak ajakan itu.
Munir berasa marah dan menganggap bahawa Razalilah yang
menyebabkan Ramlah tidak suka akannya. Dia ingin mengajar Razali.
Keesokan hari, Munir cuba mendekati Ramlah yang sdang menyusun rak
buku di kedai koperasi, lalu memberi Ramlah sepucuk surat kepadanya.
Ramlah menolak dan meminta bantuan daripada Razali. Razali menegur
Munir. Munir, Leong dan Silvam meninggalkan kedai koperasi itu. Ramlah
juga memberitahukan hal itu kepada Cikgu Zulkifli.
Bab 6 Persiapan
Razali, Cikgu Zulkifli, Cikgu Hassan, Swee Lan, Saridevi dan beberapa
orang ahli lembaga pengarah sibuk membersihkan reban-reban ayam .
Sebaliknya Ramlah, Cikgu Robeah, Rozita, Harun, Sivam dan Leong sibuk
mengemaskan bilik bacaan kerana minggu depan Penolong Pengarah
Pembangunan Koperasi Bahagain Sekolah akan melawat ke koperasi
mereka. Koperasi sekolah telah memperuntukkan RMm 30 untuk membeli
akhbar dan majalah dalam bilik baca itu. Ketika mereka sibuk
menjalankan tugas pembersihan, Munir bermain bola di padang. Cikgu
Zulkifli pergi ke padang dan mendapati Munir telah dihalau keluar dari
padang kerana bermain bola dengan kasar. Cikgu Zulkifli menasihati Munir
agar melaksanakan tugasnya sebagai ahli lembaga pengarah koperasi
sekolah. Munir berjanji bahawa dia tidak ponteng tugas lagi. Cikgu Zulkifli
juga memberikan amaran kepada Munir supaya tidak tulis surat kepada
Ramlah lagi. Munir berjanji bahawa dia tidak melakukan hal itu lagi.
Bab 7 Semangat
Encik Mansur selaku Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi ,
Bahagian Fungsi Sekolah-sekolah telah melawat ke Kedai Koperasi Sekolah
Menengah Teknik Pertanian Seri, reban ayam telur dan bilik baca. Beliau
memberikan pujian atas usaha dan kerjasama semua ahli lembaga
pengarah koperasi sekolah itu. Dalam ucapan, beliau berharap agar
koperasi sekolah dapat menyemaikan minat berniaga, semangat
bekerjasama, bersatu padu dalam kalangan generasi muda.
Bab 8. Mempelajari Ilmu Perdagangan
Di Tingkatan 5C1, Cikgu Saiful, guru mata pelajaran Perdagangan telah
membincangkan kepentingan prinsip akaun kepada ahli perniagaan, tetapi
Munir asyik mengganggu pelajar lain. Akhirnya Cikgu Saiful menahan
Munir di dalam kelas untuk menyalin semua catat sebelum pulang.
Ramlah, Swee Lan, Saridevi, dan Rozita hendak pergi ke rumah Razali
untuk mengulang kaji tentang prinsip akaun. Ketika Munir turut dari
tangga, dia ternampak Ramlah dan kawan-kawannya bersama dengan
Razali dengan muka yang masam.
Bab 9 Kerja Rumah
Rumah Razali di pinggir sawah. Kedatangan Ramlah dan kawan-kawannya
disambut oleh ibu Razali , Mak Sopiah dengan mesra. Mak Sopiah
menjemput mereka masuk ke dalam rumah. Bagaimanapun Razali
mengajak mereka mengulang kaji di pondok yang terletak di tengah
sawah. Ternyata di situ sungguh nyaman dan sunyi. Mak Sopiah turut
menghidangkan minuman dan pisang goreng untuk mereka di pondok itu.
Bab 10 Pengakuan
Munir dipanggil ke bilik kerjaya. Cikgu Zulkifli dan Cikgu Muniam selaku
guru kaunseling dan guru kerjaya sekolah telah meminta Munir
memberikan penjelasan tentang sikapnya yang suka mengganggu pelajar
lain di dalam kelas dan selalu ponteng ketika menjalankan tugas di kedai
koperasi. Munir tidak mengakui tuduhan itu. Setelah diberi nasihat, Munir
mengaku tidak akan berbuat demikian lagi. Cikgu Zulkifli berharap agar
Munir akan sedar akan kesalahannya.
11. Melepaskan Dendam
Pada petang itu, Munir, Leong dan Silvam menunggang motosikal lalu
singgah di tepi jalan yang menuju ke arah rumah Razali. Mereka
menunggu kedatangan Razali. Ketika ternampak Razali, mereka terus
memukul Razali sehingga Razali tersungkur dan mukanya berdarah.
Setelah mereka meninggalkan tempat itu, Ramlah, Swee Lan dan Saridevi
menunggang basikal ke situ. Setelah mengetahui perlakuan Munir,
mereka ingin melaporkan perkara itu kepada Cikgu Zulkifli, tetapi Razali
enggan berbuat demikian kerana takut kalau berita itu sampai pada ayah
tirinya.
12. Kasih Seorang Ibu
Ketika Razali sampai di rumah, Mak Sopiah amat terkejut melihat keadaan
anaknya. Razali pun menyatakan perlakuan Munir terhadapnya. Kebetulan
ayah tiri Razali, Pak Zakaria telah pulang. Apabila ternampak keadaan
Razali, Pak Zakaria terus menyalahkan Razali sebagai anak yang sombong
dan angkuh sehingga bergaduh dengan orang lain. Mak Sopiah terus
mempertahankan anaknya. Pada petang itu, setelah makan, Razali
membaca di pondok yang terletak di sawah itu. Dia kecewa atas layanan
ayah tirinya. Razali terus bertanya kepada ibunya siapa ayahnya yang
sebenarnya. Bagaimanapun, Mak Sopiah enggan memberitahu Razali
tentang ayahnya kerana tidak mahu mengingat kembali kenangan pahit
itu.
13. Dendam Membawa Padah
Keesokan hari, Munir, Leong dan Silvam disuruh ke bilik pengetua kerana
terdapat aduan bahawa mereka dituduh memikul Razali. Setelah disoal
siasat, Cikgu Syamsudin mengambil keputusan untuk merotan Munir,
Leong dan Silvam di dalam bilik pengetua.
14. Berita Gembira
Cikgu Zulkifli mengumumkan bahawa Razali telah dipilih untuk menyertai
kursus koperasi di Petaling Jaya. Ahli lembaga pengarah koperasi sekolah
yang lain telah memberikan ucapan tahniah kepada Razali. Pada suatu
petang, Cikgu Zulkifli, Mak Sopiah, Harun, Swee Lan dan Ramlah telah tiba
di stesen bas untuk menghantar Razali yang akan menaiki bas ke Petaling
Jaya.
15 . Budi Baik Dikenang juga.
Razali bersama-sama dengan peserta kursus seluruh koperasi sekolah
Malaysia telah menghadiri kursus di Maktab Kerjasama, Petaling Jaya
selama satu minggu. Penceramah itu telah menyatakan bahawa generasi
muda harus menyedari peranan koperasi dan dapat menjadi pemimpin
koperasi yang berjaya di negara kiga. Selepas kursus, para peserta
dibawa melawat ke Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia di Kuala
Lumpur dan tempat-tempat di sekitar Kuala Lumpur. Razali berasa amat
terhutang budi kepada Jabatan pembangunan Koperasi Malaysia kerana
memilih mereka untuk menghadiri kursus tersebut.
16. Kesan Kunjungan
Setelah seminggu kemudian, Razali balik ke sekolah semula. Dalam
mesyuarat koperasi sekolah, Razali telah memberikan laporan ringkas
tentang pengetahuan yang diperoleh daripada kursus itu. Cikgu
Syamsudin juga mengemukakan usul, iaitu sama ada mereka akan
menyertai pertandingan untuk memilih koperasi yang maju, berjaya dan
baik pentadbirannya yang dianjurkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan
Malaysia (ANGKASA).
Swee Lan memberikan cadangan supaya mereka masuk pertandingan itu.
Akhirnya semua ahli lembaga pengarah bersetuju atas cadangan itu.
Cikgu Hassan mengharapkan semua ahli lembaga pengarah berusaha dan
menunjukkan semangat untuk memajukan koperasi mereka pada tahun
itu.
17. Semakin Jauh Terbang Burung
Untuk membuat persediaan tentang pertandingan itu, semua ahli
lembaga pengarah bergilir-gilir mengurus projek mereka. Bangsal
ternakan ayam dan bilik bacaan mereka sentiasa dijaga rapi. Baik guru
penasihat mahupun pelajar sebagai ahli lembaga pengarah telah sibuk
mengemaskan kedai koperasi mereka. Sebaliknya Munir, Leong dan
Silvam ada di padang untuk bermain bola tanpa menjalankan tugas
mereka. Atas arahan pengetua, Munir, Leong dan Silvam balik ke kedai
koperasi. Ketika Munir berada di meja setiausaha, dia terlihat anak kunci
terletak di situ lalu diambil dan ditelitinya anak kunci itu. Setelah itu,
mereka bertiga tidak berpuas hati terhadap Razali kerana Razali menjadi
tumpuan pelajar perempuan, terutama Ramlah. Munir ingin membuat
sesuatu terhadap Razali lagi.
18. Malang Tidak Diduga
Pada malam itu , ada lembaga hitam membuka pintu dan menceroboh
kedai koperasi itu. Keesokan hari, apabila Razali membuka pintu kedai
koperasi itu dengan kuncinya, dia dan kawan-kawannya terkejut kerana
semua barangan jualan mereka bertaburan di lantai dan wang sebanyak
RM200 juga dicuri orang. Mereka segera melaporkan hal itu kepada Cikgu
Zulkifli . Cikgu Zulkifli mengambil keputusan untuk melaporkan kejadian
itu kepada pengetua dan pihak polis.
19. Misteri Kedai Koperasi
Dua orang anggota polis telah datang ke kedai koperasi sekolah untuk
membuat siasatan. Mereka mendapati pintu kedai itu tidak ada kesan
dikopak orang. Mereka mendapati bahawa hanya Razali dan pengetua
memiliki kunci koperasi itu. Oleh itu Razali dan Cikgu Zulkifli telah dibawa
ke balai polis untuk membuat siasatan lanjut. Semua guru dan ahli
lembaga pengarah tidak percaya bahawa Razali terlibat dalam kes itu.
Munir, Leong dan Silvam telah membuat sindiran bahawa Razali yang
terlibat dalam kes itu. Cikgu Zulkifli, Cikgu Robeah, dan Cikgu Hassan
telah berbincang dengan pengetua tentang kes itu. Cikgu Hassan
bercadang supaya mereka cuba merangkap pencuri itu. Mereka bimbang
bahawa kes itu akan mengganggu persiapan mereka untuk masuk
pertandingan.
20 Tindakan Ayah Tiri
Ketika Pak Zakaria hendak pulang ke rumah, Munir dan dan Leong
menunggung motosikal ke arahnya. Mereka memberitahu Pak Zakaria
bahawa Razali terlibat dalam kes kecurian kedai koperasi sekolah
sehingga disiasat oleh pihak polis. Pak Zakaria amat marah akan peristiwa
. Apabila ternampak kepulangan Razali, Pak Zakaria yang berada di
beranda terus memarahi Razali sebagai pencuri yang memalukannya. Dia
hendak menghalau Razali keluar dari rumahnya. Mak Sopiah segera keluar
dan membela Razali. Dia percaya kata-kata Razali lalu mengatakan
bahawa jika Razali dihalau, dia akan mengikut Razali keluar dari rumah itu
juga. Dengan geram, pak Zakaria mencapai basikalnya lalu
menunggangnya dengan tergesa-gesa.
21. hidup yang Dirundung Malang
Razali berlegar-legar di tengah sawah. Dia cuba mencari ketenangan di
pondok sawah itu. Dia berasa sedih atas nasib yang malang. Dia tidak
tahu di mana ayahnya. Dia asyik termenung tenang fitnah yang
dilemparkan terhadapnya. Mak Sopiah cuba menenangkan jiwa Razali.
Sekali lagi, Razali meminta ibunya supaya memberitahu keadaan
ayahnya. Mak Sopiah menangis dan merayu Razali supaya tidak
meninggalkannya. Mak Sopiah tetap enggan memberitahu Razali siapa
ayahnya kerana tidak mahu membangkit peristiwa pahit pada masa
dahulu. Razali memeluk ibunya dan berjanji bahawa dia tiak akan
menyakiti hati ibunya lagi.
22. Misteri Berakhir
Cikgu Zulkifli bergegas ke kedai koperasi kerana diberitahu oleh SweeLan
danMarzuki bahawa kedai koperasi dicerobohi lagi. Pengetua , Cikgu
Syamsudin sangat marah atas kejadian itu dan mengambil keputusan
untuk memeriksa beg dan pakaian murid satu demi satu. Akhirnya Cikgu
Hassan berjaya mengesan murid yang menceroboh kedai koperasi itu,
iaitu Munir. Dari beg sekolah Munir, Hassan telah mendapat kunci yang
sama dengan nombor kunci kedai koperasi mereka dan sehelai wang
kertas RM10.00 yang terdapat huruf K seperti yang ditulis oleh Cikgu
Hassan. Cikgu Zulkifli sangat kesal atas perlakuan Munir. Ketika ditanya
oleh Cikgu Syamsudin, Munir mengakui bahawa dialah menceroboh kedai
koperasi untuk memfitnah Razali kerana tidak suka Ramlah yang sering
mendekati Razali. Cikgu Syamsudin mengambil keputusan untuk
menghukum Munir. Beliau akan mengadakan mesyuarat dengan guru-
guru disiplin untuk menentukan hukuman yang sepatutnya.
23. Hukuman
Mengikut keputusan mesyuarat guru disiplin sekolah itu, Munir akan
dirotan di hadapan perhimpunan sebanyak 3 kali. Kedua-dua ibu bapa
Munir juga diberitahu dahulu dan mendapat kebenaran dengan harapan
disiplin Munir akan berubah. Cikgu Muniam telah mengumumkan
kesalahan yang dilakukan oleh Munir. Munir akan dirotan oleh Pengetua
sendiri dan digantung persekolahannya selama seminggu. Ketika tampil
ke depan, tiba-tiba Munir menghulurkan tangan dan meminta maaf
kepada Razali. Razali mengangguk-angguk lalu memeluk tubuh Munir.
Mereka berpelukan. Air mata Razali berderaian. Semua warga sekolah
terharu. Cikgu Syamsudin mengingatkan semua pelajar supaya peristiwa
itu sebagai pengajaran.
24. Memasuki Dunia Baharu
Ketika selesai menunaikan solat, Munir tiba di halaman rumah Razali.
Munir datang untuk meminta maaf kepada Pak Zakaria dan Mak Sopiah.
Dia mengakui kesalahannya dan membuat fitnah sehingga menjejaskan
nama baik keluarga Razali. Pak Zakaria memaafkan Munir yang telah insaf
akan kesalahannya. Selain itu, Munir juga datang untuk meminta Razali
supaya boleh mengajarnya memandangkan peperiksaan SPM semakin
menjelang. Razali tidak keberatan untuk membantu Munir dalam
pelajaran. Munir terharu atas budi Razali dan merasai dirinya menjadi
orang baharu dalam hidupnya. Dia telah mendapat seorang sahabat
baharu.
25. Harapan Berbunga Indah
Pada suatu hari, tiga orang hakim Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah
dari ANGSAKA datang untuk menghakimi Koperasi Sekolah Menengah
Teknik Pertanian Seri Kayangan. Mereka meneliti barang jualan, buku-buku
akaun dan sebagainya di kedai koperasi. Kemudian mereka juga meninjau
projek ternakan ayam telur dan bilik bacaan yang disediakan oleh
koperasi sekolah itu.
Pada pagi itu, mua murid Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri
Kayangan berbaris dalam perhimpunan. Pengarah Jabatan Pembangunan
Koperasi Negeri hadir bersama, termasuk beberapa orang ibu bapa yang
dijemput khas. Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri Perlis dijemput
untuk berucap dan seterusnya menyampaikan hadiah. Beliau
mengumumkan bahawa Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri
Kayangan berjaya menjadi johan dalam Pertandingan Koperasi Sekolah-
sekolah pada tahun itu. Razali dipilih untuk menerima piala daripada
pengarah itu. Semua guru dan pelajar bertepuk tangan dengan gembira.
Razali juga dijulang oleh empat orang ahli lembaga pengarah dan diarak
mengelilingi perhimpunan itu.
Setelah perhimpunan tamat, Mak Sopiah dan Pak Zakaria ternampak
seorang lelaki tua dan dapat mengesan lelaki itu ialah Ramli. Mereka
bersalaman. Cikgu Syamsudin berasa ada sesuatu rahsia dalam
pertemuan itu. Beliau segera menjemput mereka ke bilik pejabatnya,
termasuk pengarah.
26. Terbuka Rahsia
Encik Ramli mula membuka rahsia antara mereka. Menurut Ramli , dia
tinggal di Melaka, anaknya Ramlah tinggal bersama dengan abangnya
seorang polis di kampung. Ramli mengatakan bahawa Mak Sopiah ialah
bekas isterinya. Kira-kira 16 tahun yang lalu, dia telah bercerai dengan
Mak Sopiah dan meninggalkan anak lelaki . Ketika itu, dia sebagai tentera
di Seremban. Selepas itu, Pak Zakaria telah mengambil Mak Sopiah
sebagai isteri. Setelah tamat tempoh perkhidmatan sebagai tentera, Pak
Zakaria telah membawa Mak Sopiah dan Razali tinggal di situ. Sebaliknya
Ramli balik ke Melaka dan berkahwin dengan seorang janda beranak tiga
di Melaka. Selama ini, Pak Ramli tidak tahu tempat Razali dan ibunya
berada. Mak Sopiah mengatakan bahawa dia tidak mahu memberitahu
Razali tempat ayahnya berada kerana takut Razali akan
meninggalkannya.
Razali dan Ramlah dipanggil ke pejabat Pengetua, Razali diberitahu
bahawa ayah yang dicarinya selama ini ialah ayah kepada Ramlah yang
berada di bilik itu. Setelah mendengar penjelasan ayah tirinya, Razali
segera menerpa dan mencium tangan Pak Ramli. Ramlah terkejut kerana
Razali ialah saudaranya. Mereka tersenyum riang melihat pertemuan itu.
Encik Ali, Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri mengatakan
bahawa sungguh besar jasa koperasi sekolah kerana dapat
mempertemukan anak dengan ayahnya. Rupa-rupanya bersempena
dengan kejayaan koperasi, Razali dapat bertemu dengan ayahnya yang
dicari-carinya selama ini. Mereka bersama-sama ketawa dengan riang.