Teknik bermain rekoder memerlukan postur yang tegak dan pegangan yang betul untuk memudahkan pergerakan jari. Jari-jari tangan kiri dan kanan akan menutup lubang-lubang tertentu pada rekoder untuk menghasilkan nota-nota tertentu mengikut susunan dan carta penjarian yang telah ditetapkan. Latihan penjarian dengan pelbagai tempo dan dinamik perlu dilakukan untuk menguasai teknik bermain rekoder.
0 penilaian0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
810 tayangan4 halaman

Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online dari Scribd
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1/ 4
Teknik Bermain Rekoder
Untuk bermain rekoder dengan baik, teknik permainan rekoder yang
betul perlu diamalkan.
Teknik Asas Sebelum Meniup Rekoder: Postur.
Duduk atau berdiri tegak dalam keadaan selesa semasa memegang
rekoder.
Pegang rekoder dengan kecondongan 45 darjah dari badan. (Elakkan
daripada menundukkan kepala berlebihan atau membongkokkan badan.)
Cara Memegang Rekoder
Cara memegang rekoder yang betul akan memberi keselesaan dan
memudahkan pergerakan jari semasa bermain rekoder. a. Pegang rekoder dengan meletakkan jari tangan kiri pada bahagian pangkal. b. Tangan kanan memegang bahagian hujung badan rekoder. c. Imbangan rekoder terletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan.
Penjarian (a) Tangan Kiri
Ibu jari bernombor 0 menutup lubang di bahagian belakang rekoder.
Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama.
Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua.
Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.
(b) Tangan Kanan
Jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat.
Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima.
Jari manis bernombor 6 menutup lubang rekoder keenam.
Jari kelingking bernombor 7 menutup lubang rekoder ketujuh.
Pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7, terdapat dua lubang kecil.
Lubang-lubang kecil tersebut adalah untuk menghasilkan bunyi syap
dan flet. Susunan Jari Pada Lubang Rekoder
Carta Penjarian Rekoder
Penjarian Not B, A, G, C, D
Latihan Penjarian - Latihan dengan tempo lambat, cepat dan sederhana. - Latihan dengan dinamik lembut(p) dan kuat(f).