Kelebihan Sahabat Karib

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 1

Kelebihan Memiliki Seorang Sahabat Karib

Tanpa seseorang di sisi, hidup ini ibarat “Pohon yang tidak berbuah.” Kita
memerlukan seorang sahabat untuk melengkapkan perjalanan hidup dalam
kehidupan berkomuniti. Kehadiran sahabat yang akrab pastinya akan
melengkapkan kembara kita secara total.

Seandainya kita memiliki sahabat yang prihatin, kita akan terasa seolah-olah
seperti sentiasa ditemani dan dilindungi. Teman yang rapat dapat kita jadikan rakan
untuk berbincang, belajar, bermain, beriadah atau berhibur.

Teman akrab yang berkarisma dan beretika pula dapat kita jadikan ikon
dalam meniti kehidupan seharian. Selain dapat dijadikan model yang perlu
diteladani, keterampilannya dalam pelbagai aspek juga boleh kita jadikan
sebagai sumber inspirasi untuk menyaingi kejayaannya.

Sahabat yang intim juga mampu menjadi penawar duka atau kaunselor
yang baik. Insan dapat kita jadikan tempat untuk mengadu atau mencurahkan
perasaan. Mereka akan menjadi penasihat yang dapat meringankan tension lantas
pada masa yang sama, mampu pula mengembalikan semangat yang hilang.

Rakan yang sejati juga biasanya sering mengambil berat tentang kebajikan
kita dan kadangkala akan bersedia untuk menghulurkan bantuan pada ketika kita
memerlukannya.

Sesungguhnya, teman yang akrab amat penting dalam kehidupan kita


seharian. Tanpa sahabat karib, “Siapalah kita!”

Anda mungkin juga menyukai