BSH2020 FAQ Permohonan Baru DanKemasKini
BSH2020 FAQ Permohonan Baru DanKemasKini
BSH2020 FAQ Permohonan Baru DanKemasKini
13. S: Saya telah menghantar permohonan BSH 2020 secara dalam talian.
Walau bagaimanapun terdapat mesej peringatan yang
memaklumkan supaya menghantar dokumen sokongan ke LHDNM.
Bagaimanakah cara untuk kemukakan dokumen sokongan
berkenaan?
J: Anda boleh kemukakan dokumen sokongan yang diperlukan ke LHDNM
yang berhampiran dengan mengisi Borang Serahan Dokumen
Sokongan BSH 2020 (BK-18) yang boleh diperolehi di Cawangan
LHDNM atau muat turun di Portal BSH. Pastikan anda mendapat keratan
Akuan Penerimaan Penyerahan dokumen berkenaan sebagai rekod
penyerahan. Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.
J: Tidak. Kemas Kini secara dalam talian tidak dibenarkan sekiranya anda
telah menghantar Permohonan Baharu / Kemas Kini ke Cawangan /
PKH / UTC LHDNM yang berhampiran dan telah diproses oleh LHDNM.
Oleh itu, sebarang Kemas Kini permohonan BSH selanjutnya, anda
perlu kemukakan semula Borang Permohonan BSH 2020 (BK-01) ke
Cawangan / PKH / UTC LHDNM.
18. S: Pada Borang BSH 2020 terdapat 2 maklumat bank yang perlu diisi
iaitu pada bahagian pemohon dan pasangan. Jika saya lulus BSH
2020, bayaran akan dibuat kepada saya atau pasangan saya?
J: Ruangan maklumat akaun bank diwujudkan bagi Pemohon dan
Pasangan. Walau bagaimanapun, jika permohonan BSH 2020
diluluskan, mekanisme pembayaran adalah seperti berikut:
i. Bayaran kepada Pasangan (akaun bank isteri) sekiranya:
Permohonan BSH 2020 dibuat atas nama suami (berumur 59
tahun dan ke bawah); dan
Pemohon berstatus kahwin [Pemohon dan pasangan (isteri)
Warganegara Malaysia (MyKad)]
ii. Bayaran kepada Pemohon (akaun bank pemohon) sekiranya:
Pemohon berstatus Kahwin [pasangan (isteri) Bukan Warga
Negara Malaysia]; atau
Permohonan BSH 2020 dibuat atas nama isteri; atau
Pemohon berstatus Bujang atau Ibu Bapa Tunggal / Balu /
Janda / Duda; atau
Pemohon berstatus Warga Emas (berumur 60 tahun dan ke
atas)
20. S: Sekiranya saya mengisi salah satu nombor akaun bank semasa
Permohonan BSH 2020, adakah pembayaran akan dibuat ke akaun
yang telah saya laporkan?
J: Pembayaran akan dibuat ke akaun yang didaftarkan sekiranya akaun
berkenaan menepati kriteria pembayaran seperti Jawapan bagi soalan
18. Jika tidak menepati kriteria, BSN mempunyai kuasa untuk
membuka akaun anda / isteri (pasangan) seperti klausa yang
terkandung dalam Borang Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH)
2020 (BK-01) “Jika tiada maklumat akaun bank, akaun tidak sah atau
pindahan tidak berjaya dilaksanakan, saya dengan ini memberi
kebenaran dan kuasa kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk
membuka akaun saya / isteri saya di BSN bagi tujuan di atas
tertakluk kepada terma dan syarat pembukaan akaun BSN”.
24. S: Saya berstatus Ibu tunggal yang berumur 40 tahun dan mempunyai
seorang anak (OKU) berumur 20 tahun. Adakah saya boleh
memohon BSH 2020 dengan meletakkan anak saya di permohonan
BSH 2020 saya?
J: Tidak. Anda boleh memohon BSH 2020 di bawah kategori Bujang [Rujuk
Jawapan bagi soalan 6 (Syarat kelayakan Kategori Bujang)].
Anak berkenaan tidak layak didaftarkan sebagai anak di bawah
permohonan BSH 2020 anda kerana anak berkenaan boleh memohon
BSH 2020 bagi kategori Bujang sekiranya berstatus OKU dan berdaftar
dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Rujuk Jawapan bagi
Soalan 6 (Syarat kelayakan kategori Bujang).
25. S: Saya berstatus Ibu tunggal yang berumur 50 tahun dan mempunyai
seorang anak berumur 21 tahun yang tidak bekerja. Adakah saya
boleh memohon BSH 2020 dengan meletakkan anak saya di
permohonan BSH 2020 saya?
J: Anak berkenaan boleh didaftarkan di Permohonan BSH 2020 anda
sekiranya menepati syarat kelayakan Anak [Rujuk Jawapan bagi soalan
6 (Syarat kelayakan Anak)].
Sekiranya anak berkenaan tidak menepati syarat kelayakan, anda boleh
memohon BSH 2020 di bawah kategori Bujang sebagai Ibu Bapa
Tunggal tiada anak [Rujuk Jawapan bagi soalan 6 (Syarat kelayakan
Kategori Bujang)].
26. S: Saya berstatus Ibu tunggal yang berumur 39 tahun dan mempunyai
seorang anak berumur 19 tahun yang tidak bekerja. Adakah saya
boleh memohon BSH 2020 bagi kategori Isi Rumah dengan
meletakkan anak saya di permohonan BSH 2020 saya?
J: Anak berkenaan boleh didaftarkan di Permohonan BSH 2020 anda
sekiranya menepati syarat kelayakan Anak [Rujuk Jawapan bagi soalan
6 (Syarat kelayakan Anak)].
Sekiranya anak berkenaan tidak menepati syarat kelayakan dan anda
tidak mempunyai anak lain yang layak, permohonan BSH 2020 anda
tidak menepati syarat kelayakan BSH 2020 sebagai kategori Bujang
[Rujuk Jawapan bagi soalan 6 (Syarat kelayakan Kategori Bujang)].
29. S: Saya adalah penerima bayaran Fasa pertama BSH 2020 dan tiada
sebarang perubahan maklumat. Adakah saya perlu membuat
kemas kini permohonan BSH 2020?
J: Sekiranya anda adalah penerima bayaran Fasa Pertama BSH 2020
dan tiada perubahan maklumat, anda tidak perlu membuat kemas kini
maklumat BSH 2020. Permohonan anda akan diproses berdasarkan
maklumat sedia ada BSH 2019. Walau bagaimanapun, sekiranya
terdapat perubahan maklumat (status perkahwinan / maklumat anak),
kemas kini permohonan BSH 2020 perlu dibuat.
30. S: Sekiranya saya tidak hadir untuk kemas kini permohonan BSH 2020
selepas menerima pembayaran Fasa pertama, adakah saya layak
menerima bayaran fasa seterusnya?
J: Sekiranya anda tidak hadir untuk kemas kini, permohonan BSH 2020
anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada BSH 2019.
Kelayakan pembayaran Fasa seterusnya adalah berdasarkan semakan
verifikasi kelayakan.
31. S: Saya telah diluluskan BSH 2019 dengan status Ibu Bapa Tunggal
dan mempunyai seorang anak. Adakah saya perlu hadir semula
untuk kemas kini maklumat anak berkenaan dan kemukakan
dokumen sokongan?
J: Sekiranya semasa BSH 2020, tiada perubahan maklumat anak yang
didaftarkan semasa BSH 2019, anda tidak perlu kemaskini permohonan.
Ini kerana pemprosesan bagi penentuan kelayakan anak akan dibuat
melalui sistem.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai tambahan anak
yang lain, kemaskini dan kemukakan dokumen sokongan anak yang
baharu perlu dibuat.
32. S: Semasa permohonan BSH 2019 sebelum ini, saya telah kemukakan
semua dokumen sokongan yang diperlukan. Adakah saya perlu
kemukakan semula semasa permohonan BSH 2020?
J: Sekiranya anda penerima Fasa pertama BSH 2020 dan tiada sebarang
perubahan maklumat, dokumen sokongan tidak perlu dikemukakan
semasa BSH 2020.
33. S: Suami saya telah menerima pembayaran Fasa Pertama BSH 2020.
Bolehkah saya menukar permohonan suami saya kepada
permohonan saya?
J: Pertukaran permohonan adalah tidak dibenarkan kerana permohonan
suami telah mendapat bayaran Fasa Pertama dan telah wujud dalam
BSH 2020. Tindakan kemas kini permohonan BSH 2020 boleh dibuat
atas permohonan suami.
Sekiranya permohonan suami lulus, pembayaran seterusnya akan
dikreditkan terus ke akaun isteri bagi pasangan Warganegara Malaysia
(MyKad).
35. S: Suami saya telah menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2020 dan
meninggal dunia pada bulan Januari 2020. Adakah saya boleh
membuat Permohonan Baharu BSH 2020?
J: Ya. Anda boleh membuat Permohonan Baharu BSH 2020 dengan status
perkahwinan yang terkini kerana permohonan suami tidak layak
menerima baki pembayaran BSH 2020.
36. S: Suami saya telah menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2020 dan
meninggal dunia pada 1 Februari 2020. Adakah saya boleh
membuat permohonan baharu BSH 2020?
J: Bagi penerima fasa pertama yang meninggal dunia mulai 1 Februari
2020, pasangan tidak perlu membuat Permohonan Baharu BSH 2020
tetapi boleh membuat kemas kini permohonan suami. Ini kerana, anda
sebagai waris layak menerima SKK BSH 2020 jika permohonan suami
lulus pembayaran Fasa Kedua BSH 2020.
Jika pembayaran Fasa Kedua BSH 2020 tidak lulus, anda boleh
membuat Permohonan Baharu sekiranya permohonan rayuan dibuka
kepada umum (tertakluk kepada arahan Kerajaan).
37. S: Ibu saya berstatus Ibu Bapa Tunggal telah menerima bayaran Fasa
Pertama BSH 2020 dan meninggal dunia pada 1 Februari 2020.
Adakah saya perlu mengemaskini permohonan BSH 2020 ibu
saya?
J: Bagi penerima berstatus Ibu Bapa Tunggal yang menerima bayaran
Fasa Pertama dan meninggal dunia mulai 1 Februari 2020, kemas kini
maklumat pemohon tidak perlu dilakukan kecuali maklumat waris. Ini
kerana, jika permohonan pemohon lulus pembayaran Fasa Kedua BSH
2020, waris yang didaftarkan layak menerima SKK BSH 2020
C. LAIN-LAIN
41. S: Maklumat saya telah digunakan oleh individu lain bagi tujuan
permohonan BSH 2020. Apakah yang perlu saya lakukan?
J: Anda perlu membuat laporan polis dan kemukakan bersama salinan
pengenalan (Pasangan / Anak), sijil perkahwinan / Sijil Kematian / Sijil
Perceraian (jika berkaitan) ke Cawangan LHDNM untuk tindakan
selanjutnya.