Teknik Penulisan Karangan PT3
Teknik Penulisan Karangan PT3
Teknik Penulisan Karangan PT3
2. Bentuk Perenggan
3 Aspek soalan
Contoh :
i. memudahkan komunikasi antara manusia
ii mengurangkan membeli peralatan kamera
iii. meluaskan pengetahuan - internet
iv. menghiburkan hati
pendahuluan
Umpama sebuah pintu, pendahuluan sangat penting bagi
menarik minat pembaca untuk mengetahui isi-isi yang akan
dikemukakan oleh penulis dalam karangan.
JENIS-JENIS PENDAHULUAN KARANGAN
I) Pendahuluan jenis definisi
II) Pendahuluan jenis pendapat
III) Pendahuluan jenis suasana
IV) Pendahuluan jenis persoalan
V) Pendahuluan jenis peribahasa
VI) Pendahuluan puisi
VII) Pendahuluan gabungan
i) PENDAHULUAN JENIS DEFINISI
- memberikan takrif-makna-definisi (dengan merujuk
kamus)
Contoh:
Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar
undang-undang atau peraturan. Jenayah bukan sahaja
membabitkan orang dewasa melahan golongan remaja juga.
Menurut kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah
daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes pada
tahun 1998. Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga
semakin serius dari semasa ke semasa. Usaha-usaha pelbagai
pihak amat diperlukan untuk membendung jenayah.
ii) PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT
- Menyatakan pendapat seseorang tokoh
Contoh:
Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A Bhg Dr.
Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar berpunca
daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun
pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Apa yang
perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi pada
masa yang sama meneruskan pembangunan. Langkah-langkah
yang drastic harus diambil untuk memastikan kegiatan
pembangunan dapat diteruskan di negara kita dan dalam masa
yang sama pencemaran dapat dielakkan.
iii) PENDAHULUAN JENIS SUASANA
- Menggambarkan sesuatu melalui suasana/situasi yang
sesuai.
Contoh:
Bas yang berhawa dinginterus berlalu menyusur jalan
yang bengkang-bengkok dengan perlahan sekali. Rasa mual
dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-
abang yang memandu kami. Sepanjang perjalanan ke puncak
Bukit Fraser, sepasang anak mataku sempat mengintai hutan
rimba yang akan kami lalui nanti.
iv) PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN
- Mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan
dengan tajuk.
Contoh:
Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk
menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang akan
dikatakan kecemerlangan? Apakah dengan kecemerlangan
boleh membuatkan seseorang itu berjaya? Apakah dengan
berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh
mencapai kecemerlangan? Soalnya, apakah faktor-faktor yang
mempengaruhi kecemerlangan?
v) PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA
- Memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang
sesuai.
Contoh:
Peribahasa Melayu “ringan sama dijinjing, berat sama
dipikul” dan “seperti aur dengan tebing” amat sesuai kea rah
mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-
anggotanya mengamalkan siat-sifat yang menggambarkan
wujudnya hubungan kasih saying dalam sesebuah komuniti.
Namun semangat berkerjasama dalam masyarakat semakin
hari semakin terhakis terutama di kawasan bandar. Punca-
punca permasalahan ini perlu dibincangkan oleh pihak-pihak
yang bertanggungjawab.
vi) PENDAHULUAN SEDUTAN PUISI/LAGU
- Mengemukakan sedutan lagu/pantun/sajak yang berkaitan
dengan tema karangan.
Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan
Bercucuran air mata bila mengenangkan
Betapakah besar budi, ibunda berikan
siang malam..menderita hingga entah bila
sungguh besar pengorbanan ibunda berikan