Topik 1 Sistem Bekalan (Ulangan, Voltan Dan Bekalan Elektrik)
Topik 1 Sistem Bekalan (Ulangan, Voltan Dan Bekalan Elektrik)
Topik 1 Sistem Bekalan (Ulangan, Voltan Dan Bekalan Elektrik)
ELECTRICAL SERVICES 1
SISTEM BEKALAN
( Ulangan , Voltan & Bekalan Elektrik )
1.0 PENGENALAN
Terdapat tiga peringkat utama dalam sistem bekalan kuasa elektrik iaitu sistem
penjanaan, penghantaran dan pengagihan .
Tenaga elektrik dapat dihasilkan daripada tenaga mekanik yang menggunakan
tenaga air dari empangan , angin, nuklear, minyak dan suria . Kesemua tenaga
mekanik ini diproses bagi mengeluarkan tenaga elektrik untuk dibekalkan kepada
premis-premis pengguna .
Sistem penjanaan ialah satu proses pengeluaran tenaga elektrik dengan jumlah yang
besar dari janaelektrik hasil daripada pergerakkan tenaga air, stim, gas, solar dan
sebagainya .
Terdapat tiga proses pertukaran tenaga yang berlaku untuk menghasilkan tenaga
elektrik seperti gambarajah blok di bawah .
Tenaga Stim
Tenaga Air Tenaga Tenaga
Tenaga Angin
Mekanik Elektrik
Tenaga Solar
Tenaga Gas
1
CB204
ELECTRICAL SERVICES 1
a. Bahan api seperti arang batu dibakar supaya dapat memanaskan air
yang telah disalurkan ke dalam dandang.
b. Hasil daripada pemanasan air ia akan mengeluarkan stim tekanan
tinggi.
c. Stim tekanan tinggi itu akan disalurkan ke penggerak tarbin dan
memutarkan kipas tarbin.
d. Apabila kipas tarbin berputar dengan melalui aci maka rotor pengalir
penjana juga berputar.
e. Dengan terputarnya penjana maka ia akan memotong urat daya magnet
dan seterunya menghasilkan daya gerak elektrik.
f. Tekanan stim yang keluar dari tarbin akan menjadi rendah dan iia akan
disalurkan ke kondenser supaya ditukar menjadi air.
g. Air tersebut kemudianya dimasukkan ke kawasan takungan air.
h. Akhirnya pam akan mengepamkan air semula ke dandang. Dengan ini
proses berulang semula seperti di atas.
a. Air diempangkan pada suatu paras yang tinggi dan luas supaya dapat
menghasilkan suatu tenaga yang kuat bagi menggerakkan kipas tarbin.
b. Air akan disalurkan menerusi saluran masuk ke tarbin mempunyai
suatu tekanan yang kuat dan deras. Injap pintu air akan mengawal
kelajuan air.
c. Tekanan air yang kuat dan deras akan mengerakkan kipas tarbin.
d. Apabila kipas tarbin berputar maka pengalir rotor dalam penjana juga
akan bergerak.
e. Dengan berputarnya pengalir rotor maka urat daya magnet pun akan
dipotong dan dengan ini terhasillah daya gerak elektrik.
f. Air yang keluar dari tarbin akan disalurkan ke sungai.
3
CB204
ELECTRICAL SERVICES 1
a. Udara yang disedut dan dimampat oleh pemampat dari luar disalurkan
ke ruang pembakaran.
b. Bahan api dimasukkan ke dalam ruang pembakaran dan dibakar
bersama aliran udara.
c. Hasil daripada pembakaran ini gas tekanan tinggi dikeluarkan.
d. Gas tekanan yang tinggi di hasilkan akan disalurkan ke tarbin. Di sini
sebahagian daripada gas akan berfungsi untuk menggerakkan kipas
tarbin dan sebahagian yang lain menggerakkan kipas pemampat.
e. Oleh kerana kipas tarbin berputar maka pengalir rotor juga berputar
dan akan menghasilkan daya gerak elektrik.
f. Sebahagian daripada gas yang menggerakkan kipas pemampat akan
menyebabkan bertambahnya kelajuan kipas pemampat dan ini
membolehkan udara berlebihan lalu disedut bagi proses pembakaran.
g. Gas yang keluar dari tarbin akan disalurkan keluar menerusi saluran
gas lawas.
AKTIVITI 4a
Sistem penghantaran ialah suatu proses penyebaran dan penghantaran tenaga elektrik
yang bermula dari janaelektrik hinggalah ke punca pencawang voltan tinggi . Bagi
kepentingan sistem penghantaran tenaga elektrik , voltan janaan akan dinaikkan
dengan menggunakan pengubah peninggi hingga ke nilai 66 kV, 132 kV , 275 kV
dan 400 kV. Tujuan voltan janaan dinaikkan ialah untuk mengurangkan kos
perbelanjaan pada penggunaan saiz pengalir besar serta mendapatkan nilai voltan
bekalan yang stabil pada pengguna, walaupun telah berlaku voltan susut yang banyak
4
CB204
ELECTRICAL SERVICES 1
.Sistem penghantaran biasanya dibuat secara talian atas yang menggunakan menara
pylon .
a. Sistem jejari .
b. Sistem gelang.
c. Sistem bus-ties.
d. Sistem rangkaian.
e. Sistem grid nasional
i. Sistem Jejari
5
CB204
ELECTRICAL SERVICES 1
6
CB204
ELECTRICAL SERVICES 1
Sistem ini dibuat dengan menyambungkan lilitan primer secara jejari dan
lilitan sekunder secara gelang .Kedua-dua lilitan dari pengubah peninggi .
7
CB204
ELECTRICAL SERVICES 1
Sistem pengagihan ialah suatu peringkat pengagihan tenaga elektrik yang bermula
dari pencawang voltan tinggi hingga ke punca pemasangan pengguna. Voltan
pengagihan terdapat dalam beberapa kadar iaitu 11 KV, 415 V, 240 V dan
sebagainya. Terdapat beberapa cara sistem pengagihan punca bekalan kuasa yang
boleh diagihkan ke punca ke pungguna oleh pihak berkuasa pembekal ( TNB ) atau
pembekal persendirian bergantung kepada sistem pembumian yang digunakan. Di
antaranya mengikut peraturan IEE ialah seperti berikut :
a. Sistem TN
b. Sistem TT
c. Sistem IT
8
CB204
ELECTRICAL SERVICES 1
a. Frekuensi
b. Voltan piawai
9
CB204
ELECTRICAL SERVICES 1
10