User Manual Applicant v.1.1

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 18

MANUAL PENGGUNA PKLIK

VERSI 1.1

BORANG PERMOHONAN ANGGOTA PERTUBUHAN


PELADANG KAWASAN (PPK) ATAS TALIAN

PELADANG KLIK
http://www.pklik.lpp.gov.my

[Pemohon]
PELADANG KLIK 2019

REKOD PINDAAN

VERSI REKOD PINDAAN TARIKH


PINDAAN

1.1 KEMASKINI PENGGUNAAN TATABAHASA 17/03/2020

2
PELADANG KLIK 2019

ISI KANDUNGAN

# TAJUK M/S

ISI KANDUNGAN 3

1. PENGENALAN 4

2. PRA-KEPERLUAN 4

3. LANGKAH 1 – CAPAI LAMAN PERMOHONAN 5

4. LANGKAH 2 – SEMAKAN PEMOHON 5

5. LANGKAH 3 – PERSETUJUAN SYARAT MENJADI AHLI 7

6. LANGKAH 4 – BORANG (MAKLUMAT PEMOHON) 7

7. LANGKAH 5 – BORANG (PERTUBUHAN LAIN YANG DIANGGOTAI) 9

8. LANGKAH 6 – BORANG (AKTIVITI/PROJEK PERTANIAN) 10

9. LANGKAH 7 – BORANG (PENAMA) 11

10. LANGKAH 8 – BORANG (LAMPIRAN) 12

11. LANGKAH 9 – BORANG (PERAKUAN) 13

12. PERMOHONAN SELESAI – PAPARAN BORANG PERMOHONAN 14

13. PENJELASAN STATUS PERMOHONAN 16

14. PERMOHONAN RAYUAN 18

3
PELADANG KLIK 2019

1. PENGENALAN

Tujuan sistem ini dibangunkan untuk memudahkan pengguna bagi membuat


Permohonan Menjadi Anggota Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang
dinamakan sebagai Peladang Klik atau singkatannya “PKLIK”. Aplikasi ini juga
menyediakan fungsi penyesuaian PPK yang berhampiran dengan Alamat Premis /
Projek pengguna bagi memudahkan borang permohonan dihantar kepada PPK
yang berkenaan.

Sistem ini boleh dicapai melalui enjin carian Google (https://www.google.com)


dengan kata kunci “Peladang Klik” atau “PKLIK”.

Sistem ini boleh dicapai terus menggunakan alamat URL sistem ini dengan
melayari http://www.pklik.lpp.gov.my.

2. PRA-KEPERLUAN

a. Komputer, Telefon Mudah Alih atau Tablet.


b. Capaian Internet.
c. Pelayar Web (Web Browser)
i. Google Chrome
ii. Apple Safari
iii. Mozilla Firefox
iv. Internet Explorer
d. Salinan dokumen (Softcopy) - Kad Pengenalan (Depan & Belakang) *** Wajib
e. Salinan dokumen (Softcopy) - Geran Tanah (Jika ada)
f. Salinan dokumen (Softcopy) - Lesen Perniagaan (Jika ada)

4
PELADANG KLIK 2019

3. LANGKAH 1 – CAPAI LAMAN PERMOHONAN

a. Klik pada menu Permohonan.

b. Anda juga boleh membuat semakan dilaman Utama yang mempunyai fungsi yang
sama.

4. LANGKAH 2 – SEMAKAN PEMOHON

a. Masukan No. Kad Pengenalan dan klik butang Semak untuk membuat semakan

5
PELADANG KLIK 2019

b. Jika anda belum pernah menggunakan sistem ini, butang Mohon akan dipaparkan.

c. Jika anda telah menggunakan sistem ini, ruangan Pengesahan Kedua akan
dipaparkan untuk pengesahan. Anda perlu mengisi Pengesahan Kedua dan klik
butang Seterusnya. Anda boleh menukar Pengesahan Kedua dengan klik ikon
“Refresh”.

d. Jika anda telah menjadi Anggota PPK, Pemberitahuan akan dipaparkan dan anda
tidak boleh membuat permohonan.

6
PELADANG KLIK 2019

5. LANGKAH 3 – SYARAT-SYARAT MENJADI ANGGOTA PPK

a. Syarat-syarat Menjadi anggota akan dipaparkan, selepas anda membaca dan


bersetuju dengan syarat-syarat menjadi anggota. Sila klik pada kotak Saya
bersetuju... dan klik butang Seterusnya

7
PELADANG KLIK 2019

6. LANGKAH 4 – BORANG (MAKLUMAT PEMOHON)

a. Anda perlu mengisi kesemua ruangan pengisian maklumat, yang mempunyai


tanda * adalah wajib dipenuhi dan klik butang Seterusnya untuk mengisi bahagian
lain.

8
PELADANG KLIK 2019

b. Menu Bahagian – adalah Bahagian yang perlu diisi untuk melengkapkan borang
permohonan. Jika diisi lengkap satu bahagian, tanda “Pangkah” berwarna merah
akan bertukar menjadi tanda “Betul” berwarna hijau.
c. Progress – adalah untuk memberitahu berapa peratusan lengkap pengisian
borang permohonan.
d. Alamat Kediaman adalah alamat tempat tinggal sekarang dan Alamat
Premis/Projek adalah alamat di mana premis/projek anda jalankan, jika alamat
Premis/Projek adalah sama, klik pada Alamat Premis/Projek adalah sama seperti
alamat kediaman.
e. Sila pastikan maklumat lengkap bagi No. Telefon, Emel, Tempat Lahir, dan Poskod
(Kediaman) kerana maklumat ini akan menjadi Pengesahan Kedua.

7. LANGKAH 5 – BORANG (PERTUBUHAN LAIN)

a. Anda perlu mengisi kesemua ruangan yang disediakan. Yang mempunyai tanda *
adalah wajib dipenuhi dan klik Tambah untuk menambah maklumat ke dalam
senarai di atas.
b. Sila klik ikon ‘Kemaskini’ untuk kemaskini maklumat dan klik ikon ‘Hapus’ untuk
menghapuskan maklumat dalam senarai di atas.

c. Jika anda tiada Pertubuhan Lain Yang Dianggotai, anda tidak perlu mengisi
Bahagian ini dan klik butang Seterusnya.

9
PELADANG KLIK 2019

8. LANGKAH 6 – BORANG (AKTIVITI/PROJEK PERTANIAN)

a. Anda perlu mengisi kesemua ruangan yang disediakan. Tanda * adalah wajib diisi
maklumat dan klik Tambah untuk menambah maklumat ke dalam senarai di atas.
b. Klik ikon ‘Kemaskini’ untuk kemaskini maklumat dan klik ikon ‘Hapus’ untuk
menghapuskan maklumat dalam senarai di atas.

10
PELADANG KLIK 2019

9. LANGKAH 7 – BORANG (PENAMA)

a. Anda perlu mengisi kesemua ruangan yang disediakan. Yang mempunyai tanda *
adalah wajib dipenuhi dan klik Tambah untuk menambah maklumat ke dalam
senarai di atas.
b. Klik ikon ‘Kemaskini’ untuk kemaskini maklumat dan klik ikon ‘Hapus’ untuk
menghapuskan maklumat dalam senarai di atas.

11
PELADANG KLIK 2019

10. LANGKAH 8 – BORANG (LAMPIRAN)

a. Anda perlu mengisi kesemua ruangan yang disediakan. Pilih Tajuk dan lampirkan
dokumen yang berkaitan. Klik Muat Naik untuk menambah maklumat ke dalam
senarai di atas.
b. Klik ikon ‘Papar’ untuk papar lampiran yang dimuat naik dan klik ikon ‘Hapus’
untuk menghapuskan maklumat dalam senarai di atas.

c. Hanya dokumen berformat PDF, JPG, JPEG, dan PNG sahaja dibenarkan.

12
PELADANG KLIK 2019

11. LANGKAH 9 – BORANG (PERAKUAN)

a. Anda akan diberi cadangan PPK yang berhampiran dengan Alamat Premis/Projek
anda. Klik pada ruangan Pilihan PPK yang berkenaan dan klik Perakuan seterusnya
klik butang Hantar.

b. Pilihan PPK akan disesuaikan berdasarkan Alamat Premis/Projek dalam Laman


Borang Permohonan – Maklumat Pemohon.

13
PELADANG KLIK 2019

12. SELESAI – PAPARAN BORANG PERMOHONAN

a. Paparan borang secara digital dipaparkan di halaman ini. Semua maklumat yang
diisi oleh pengguna akan dipaparkan di paparan Borang Permohonan ini.
b. Pengguna boleh memaparkan Lampiran yang telah dimuat naik di Bahagian (E)
Lampiran dan klik pada ikon ‘Papar’.
c. Klik pada butang Muat Turun Borang untuk muat turun Borang Permohonan
berbentuk PDF (Format sebenar).

14
PELADANG KLIK 2019

15
PELADANG KLIK 2019

13. PENJELASAN STATUS PERMOHONAN

a. DRAF – Pemohon belum menghantar borang permohonan dan masih lagi boleh
dikemaskini. Klik butang Kemaskini untuk kemaskini borang.

b. DALAM PROSES – Borang permohonan telah dihantar dan diterima oleh Urusetia
PPK / LPP Negeri yang berkenaan untuk menentukan kelulusan permohonan. Klik
butang Papar untuk paparan Borang Permohonan.

c. DILULUSKAN – permohonan anda telah diluluskan oleh PPK / LPP Negeri yang
berkenaan. Anda dikehendaki ke PPK yang berkenaan untuk menjelaskan bayaran
/ urusan selanjutnya. Klik butang Papar untuk paparan Borang Permohonan.
i. Klik pada nama PPK yang berkenaan untuk maklumat lanjut tentang
direktori PPK.
ii. Jelaskan Bayaran Masuk dan Saham Anggota sebelum tarikh dipaparkan.

16
PELADANG KLIK 2019

d. DITOLAK – Permohonan anda telah ditolak oleh PPK. Klik butang Rayuan untuk
membuat rayuan terhadap permohonan yang sama. Klik butang Batal
Permohonan untuk membatalkan permohonan ini.

e. AHLI – Pemohon telah secara rasmi menjadi anggota PPK yang berkenaan. Klik
butang Papar untuk paparan Borang Permohonan.

17
PELADANG KLIK 2019

14. PERMOHONAN RAYUAN

a. Jika permohonan anda Ditolak, butang Rayuan akan dipaparkan dalam Laman
Status Permohonan / Ringkasan Permohonan seterusnya klik butang Rayuan.

b. Paparan Borang Permohonan akan dipaparkan, klik butang Rayuan untuk


membuat Permohonan Rayuan.

18

Anda mungkin juga menyukai