0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
31 tayangan165 halaman

Pkeh G3 JKRPTN (B) 052023 (P) 01

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1/ 165

No Siri: 044/JKR/PTN/(B)-05/2023(P)

JABATAN KERJA RAYA


PONTIAN

DOKUMEN SEBUTHARGA
No SEBUTHARGA: JKR/PTN/(B)-05/2023(P)
PEMBINAAN DEWAN SERBAGUNA KG SAWAH PEKAN NANAS
PONTIAN JOHOR

[PEMBINAAN DAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK HAKIM/JM0772880-W]

JABATAN KERJA RAYA,


PONTIAN.
No Siri:044/JKR/PTN/(B)-05/2023(P)
BORANG SEBUT HARGA KERJA

Sebutharga No: JKR/PTN/(B)-05/2023(P)

Jurutera Daerah
PEJABAT JURUTERA DAERAH
JABATAN KERJA RAYA
JKR 1689 JALAN ALSAGOFF 82000 Johor.

Tuan,
Sebut harga untuk PEMBINAAN DEWAN SERBAGUNA KG SAWAH PEKAN NANAS PONTIAN JOHOR

Di bawah dan tertakluk kepada Arahan Kepada Penyebutharga, Syarat-syarat Sebutharga Untuk
Kerja, Spesifikasi Kerja dan Lukisan, saya yang bertandatangan di bawah ini adalah dengan ini
menawarkan untuk melaksanakan dan menyiapkan Kerja tersebut bagi jumlah harga pukal sebanyak
Ringgit Malaysia:
...........................................................................…………………………………………………………………………..........
.........................................……………………………..................................................................................
(RM………………….…………………….)

2. Saya bersetuju menyiapkan Kerja ini dalam masa ____ minggu dari tarikh mula kerja seperti
yang diarahkan oleh Pegawai Inden.
(Tempoh penyiapan inginan: 52 minggu).

Bertarikh pada ………… haribulan …………….. 20.....

.......................................................... ….......................................................
Tandatangan Kontraktor Tandatangan Saksi

Nama Penuh: ......................................... Nama Penuh:...................................


No. K/P: ............................................. No.K/P:.............................................
Alamat: ............................................... Alamat:.............................................
........................................................... ..........................................................
........................................................... ..........................................................

Atas sifat: ...........................................

..........................................................
Meteri atau Cap Kontraktor

PEMBINAAN DAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK HAKIM/JM0772880-W


No Siri:044/JKR/PTN/(B)-05/2023(P)
ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA

1. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA/MENOLAK SEBUT HARGA

Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebutharga yang terendah atau mana-mana
sebutharga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebutharga. Keputusan
Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.

2. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUTHARGA

2.1 Penyediaan Sebutharga

Kontraktor adalah dikehendaki mengisi dengan dakwat segala maklumat berikut


dengan sepenuhnya:

2.1.1 Harga dan tandatangan Kontraktor di Ringkasan Sebut Harga,


2.1.2 Harga, tempoh dan tandatangan dalam Borang Sebut Harga,
2.1.3 Senarai Kerja Dalam Tangan,
2.1.4 Senarai Pengalaman Kerja,
2.1.5 Jadual Kadar Harga (jika ada),
2.1.6 Butir-butir Spesifikasi (jika ada).
2.1.7 Surat Akuan Pembida,

2.1.8 Maklumat kemampuan kewangan dalam bentuk Penyata Akaun Bank


yang disahkan oleh Pengurus Cawangan Bank berkenaan untuk 3
bulan yang terakhir, Deposit Tetap, baki nilai Kemudahan Kredit dan
nilai Kemudahan Kredit yang layak/akan diperolehi oleh Penyebut Harga
daripada Institusi Kewangan.1

2.1.9 Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas


Penyebut Harga hendaklah menandatangani ringkas semua
pembetulan.

2.1.10 Kegagalan mengisi/menandatangani Borang Sebut Harga akan


mengakibatkan Sebut Harga ditolak.

2.1.11 Sekiranya terdapat percanggahan di antara maklumat yang dinyatakan


dalam Ringkasan Sebut Harga dan Borang Sebut Harga, maklumat di
dalam Borang Sebut Harga diberi keutamaan.

1
Bagi kerja melebihi RM200,000 sahaja

PEMBINAAN DAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK HAKIM/JM0772880-W


No Siri:044/JKR/PTN/(B)-05/2023(P)

2.1.12 Sekiranya Dokumen Sebut Harga disediakan dalam bentuk softcopy


(berbentuk CD), Penyebut Harga hendaklah mengemukakan Dokumen
Sebut Harga dalam bentuk softcopy dan hardcopy. Sekiranya terdapat
percanggahan maklumat antara softcopy dan hardcopy, Dokumen
dalam hardcopy hendaklah digunapakai.

2.1.13 Sekiranya Penyebut Harga didapati memberikan maklumat palsu atau


sengaja menyorok atau tidak memberikan mana-mana maklumat
yang memberikan kesan negatif terhadap keupayaannya, Sebut
Harganya akan ditolak dan tindakan tatatertib akan diperakukan
terhadapnya.

2.2 ‘Integrity Pact’

2.1.1 Penyebut Harga wajib mengemukakan Surat Akuan Pembida seperti di


Lampiran A di mana ia berwaad untuk tidak menawar atau memberi
rasuah kepada mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih
dalam tawaran ini. Wakil Syarikat yang menandatangani Surat Akuan
Pembida ini hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa
menandatangani bagi pihak Syarikat.

2.1.2 Surat Akuan Pembida tersebut adalah menjadi salah satu dokumen
wajib dalam penilaian Sebut Harga. Sekiranya Penyebut Harga gagal
mengemukakan Surat Akuan tersebut, Penyebut Harga akan dinilai
sebagai gagal dalam penilaian Sebut Harga.

2.1.3 Penyebut Harga yang berjaya wajib mengemukakan Surat Akuan


Pembida Berjaya seperti di Lampiran B beserta dengan Borang
Perjanjian Inden Kerja yang telah ditandatangani di mana ia berwaad
tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan
kontrak. Wakil Syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida ini
hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani
bagi pihak Syarikat. Surat Akuan ini akan menjadi sebahagian daripada
Dokumen Kontrak

2.3 Penyerahan Dokumen Sebut Harga

2.3.1 Dokumen Sebut Harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah
dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan dengan
bilangan sebutharga JKR/PTN/(B)-05/2023(P) serta tajuk sebutharga.
Dokumen tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebut harga pada
masa dan tempat yang ditetapkan dalam Notis Sebut Harga.

PEMBINAAN DAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK HAKIM/JM0772880-W


No Siri:044/JKR/PTN/(B)-05/2023(P)

2.3.2 Jika dokumen Sebut Harga tidak diserahkan dengan tangan, Penyebut Harga
hendaklah menghantar Dokumen tersebut dengan pos supaya tiba pada
atau sebelum masa dan di tempat yang ditetapkan seperti berikut:

Peti Sebut Harga


Bahagian Kontrak & Ukur Bahan, JKR Pontian
PEJABAT JURUTERA DAERAH
JABATAN KERJA RAYA
JKR 1689 JALAN ALSAGOFF
82000 Johor.

2.3.3 Sebutharga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan, atas sebarang
sebab, tidak akan dipertimbangkan.

2.4 Penjelasan Lanjut

Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebut Harga yang tidak jelas atau
bercanggah, Penyebut Harga boleh menghubungi pejabat yang menjual Dokumen
Sebut Harga untuk penjelasan lanjut.

3. TEMPOH SIAP KERJA

Kerja ini hendaklah disiapkan dalam tempoh tidak melebihi 52 minggu. Mana-mana
penyebut harga yang menawarkan tempoh siap kerja melebihi tempoh siap kerja maksimum
yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

4. BAYARAN DOKUMEN SEBUTHARGA

Dokumen Sebutharga ini dijual dengan harga RM50.00 (Ringgit Malaysia: LIMA PULUH
SAHAJA). Semua pembayaran hendaklah dibuat secara atas talian melalui kaedah JomPay
menggunakan Biller Code 407841 kepada JKR NEGERI JOHOR.

5. PERBELANJAAN PENYEDIAAN SEBUTHARGA

Semua perbelanjaan bagi penyediaan sebut harga ini hendaklah ditanggung oleh Penyebut
Harga sendiri.

6. TEMPOH SAH LAKU SEBUT HARGA

Sebut Harga ini sah selama 90 hari dari tarikh tutup Sebut Harga. Penyebut Harga tidak
boleh menarik balik Sebut Harganya sebelum tamat tempoh sah laku Sebut Harga. Laporan
mengenai penarikan balik Sebut Harga oleh Penyebut Harga akan dikemukakan kepada
CIDB/PKK untuk tindakan.

PEMBINAAN DAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK HAKIM/JM0772880-W


No Siri:044/JKR/PTN/(B)-05/2023(P)
7.0 PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH

Semua Penyebut Harga adalah diingatkan supaya tidak terlibat dalam aktiviti jenayah rasuah
berkaitan dengan perolehan ini. Sehubungan dengan itu, para Penyebut Harga diberi
peringatan berikut:

7.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi,
meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-
mana orang berkaitan perolehan ini merupakan satu kesalahan jenayah di bawah
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

7.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada
mana-mana anggota perkhidmatan awam, maka pihak yang ditawar atau diberi
suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian
adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009 (Akta 694).

7.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota
perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan Kontraktor boleh diambil sekiranya
pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

7.4 Mana-mana Kontraktor yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini
walaupun tiada kerja dibuat mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan mana-mana
anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah
melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
2009 (Akta 694).

PEMBINAAN DAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK HAKIM/JM0772880-W


No Siri:044/JKR/PTN/(B)-05/2023(P)
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA UNTUK KERJA

1.0 PEMERIKSAAN TAPAK BINA

Kontraktor disifatkan telah memeriksa dan meneliti tapak bina dan sekitarnya, bentuk dan jenis
tapak bina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan Kerja, cara-cara
perhubungan dan laluan masuk ke tapak bina dan hendaklah mendapatkan sendiri segala
maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal-keadaan yang mempengaruhi
dan menjejas Sebut Harganya. Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan
Kontraktor mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.

2.0 RINGKASAN SEBUT HARGA

2.1 Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut Harga
ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebut Harga.

2.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah mengambil kira semua kos
termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, levi, bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan
berkaitan bagi penyiapan Kerja dengan sempurnanya.

2.3 Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada
perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai Kerajaan, sama ada
dalam tempoh sah Sebut Harga atau dalam tempoh Kerja.

2.4 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga yang dikemukakan oleh Kontraktor
hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada Pegawai Inden
tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-apa pelarasan
kemudiannya kepada harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga (jika perlu)
hendaklah dibuat sebelum Inden Kerja dikeluarkan.

2.5 Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebut Harga menurut perenggan 2.4
tersebut di atas dan apa-apa kesilapan perkiraan dalam Ringkasan Sebut Harga
hendaklah dilaras dan diperbetulkan sebelum Inden Kerja dikeluarkan. Jumlah
amaun yang dilaraskan hendaklah sama dengan amaun jumlah harga pukal dalam
Borang Sebut Harga. Amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebut Harga
hendaklah tetap tidak berubah.

3.0 BON PELAKSANAAN1, PERKESO DAN POLISI INSURANS

3.1 Kontraktor hendaklah mengemukakan Bon Pelaksanaan2 sebanyak 5% daripada nilai


Sebut Harga3 dalam bentuk Jaminan Bank, Jaminan Syarikat Kewangan, Jaminan
Insurans atau Jaminan Takaful. Sekiranya Kontraktor tidak mengemukakan Bon
Pelaksanaan dalam bentuk Jaminan Bank atau Insurans, kaedah Wang Jaminan

1
Bagi kerja melebihi RM200,000.00 sahaja.
2
Bagi kerja melebihi RM200,000.00 sahaja.
3
Nilai bon pelaksanaan adalah 5% daripada nilai Sebut Harga.

PEMBINAAN DAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK HAKIM/JM0772880-W


No Siri:044/JKR/PTN/(B)-05/2023(P)
Pelaksanaan (WJP) hendaklah diguna pakai seperti mana ditetapkan dalam peraturan
mengenai tatacara pengurusan tender yang berkuat kuasa.

3.2 Kontraktor hendaklah atas nama bersama Kerajaan dan Kontraktor mengambil
Insurans Liabiliti Awam dengan nilai minimum RM…………………………………4 bagi setiap
kemalangan bagi tempoh pelaksanaan Kerja termasuk tempoh kecacatan dan
ditambah tiga (3) bulan dan empat belas (14) hari dan Insurans Kerja (sekiranya
dinyatakan di dalam Butir-butir Ringkasan Sebut Harga) bagi tempoh pelaksanaan
Kerja ini. Kontraktor hendaklah juga mengemukakan Nombor Kod Pendaftaran
dengan PERKESO.

3.3 Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Inden semua Polisi Insurans
dan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas sebelum
memulakan Kerja. Bagaimana pun untuk tujuan memulakan Kerja sahaja Nota-
nota Perlindungan dan resit-resit bayaran premium adalah mencukupi Kerja sahaja
Nota-nota Perlindungan dan resit-resit bayaran premium adalah mencukupi.

4.0 BAYARAN PENDAHULUAN

4.1 Kontraktor boleh memohon Bayaran Pendahuluan sebanyak 25% atau RM100,000
yang mana lebih rendah jika memenuhi kesemua syarat berikut:

4.1.1 Kerja yang dilaksanakan bernilai melebihi RM200,000 sehingga RM500,000.

4.1.2 Tempoh siap kerja tidak kurang dari 3 bulan.

4.1.3 Permohonan daripada Kontraktor diterima dalam tempoh satu (1)


bulan dari tarikh Inden Kerja dikeluarkan.

4.1.4 Polisi Insurans telah dikemukakan oleh Kontraktor.

4.1.5 Satu jaminan terhadap Bayaran Pendahuluan dikemukakan oleh


kontraktor sama ada dalam bentuk Jaminan Bank atau Jaminan Syarikat
Kewangan atau Jaminan Insurans atau Jaminan Takaful. Nilai jaminan
hendaklah sama dengan nilai bayaran pendahuluan yang dimohon.

4.1.6 Bayaran balik pendahuluan akan dibuat melalui potongan ke atas bayaran
kemajuan mengikut peringkat kerja yang telah disempurnakan dan
diselesaikan selewat-Iewatnya semasa projek siap pada tahap 75%.

4.1.7 Liabiliti di bawah Jaminan Bayaran Pendahuluan akan tamat apabila


Kerajaan mengutip semula jumlah penuh pendahuluan yang telah
dibayar. Walau bagaimanapun, jika jumlah penuh pendahuluan yang

4
Pengiraan kadar liputan adalah berasaskan nilai Sebut Harga.

PEMBINAAN DAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK HAKIM/JM0772880-W


No Siri:044/JKR/PTN/(B)-05/2023(P)
telah dibayar tidak boleh dicapai sebelum tarikh siap kontrak atau apa-
apa pelanjutan yang diberi atau sebelum tarikh penamatan dalam kes
kontrak yang ditamatkan, maka baki pendahuluan yang perlu dibayar
balik kepada Kerajaan hendaklah dituntut daripada Jaminan Bayaran
Pendahuluan.

5.0 PERATURAN PELAKSANAAN KERJA

5.1 Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi Spesifikasi, Pelan-pelan, butir-


butir kerja dalam Ringkasan Sebut Harga dan Syarat-syarat yang dinyatakan dalam
Dokumen Sebut Harga ini serta arahan Pegawai Inden atau Wakilnya.

5.2 Kerja-kerja mekanikal dan elektrik yang dilaksanakan di samping mematuhi


kehendak di perenggan 5.1 di atas, hendaklah juga mematuhi semua peraturan dan
pekeliling, undang-undang dan undang-undang kecil yang diluluskan oleh
Suruhanjaya/Jabatan/Pihak Berkuasa antara lainnya seperti berikut:

5.2.1 Suruhanjaya Tenaga


5.2.2 Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP)
5.2.3 Pemegang Lesen dan Pihak Berkuasa Bekalan Elektrik
5.2.4 Jabatan Bomba dan Penyelamat
5.2.5 Pihak Berkuasa Tempatan
5.2.6 Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN)

6.0 KEGAGALAN KONTRAKTOR MEMULAKAN KERJA

Sekiranya Kontraktor gagal memulakan kerja selepas tujuh (7) hari dari tarikh akhir
tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Inden Kerja, tanpa sebab-sebab yang
munasabah, Inden Kerja boleh dibatalkan oleh Pegawai Inden dan tindakan
tatatertib akan diambil terhadap Kontraktor.

7.0 SUB-SEWA DAN MENYERAHHAK KERJA

Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan Kerja kepada Kontraktor- kontraktor


lain. Kontraktor tidak boleh menyerahhak apa-apa faedah di bawah Inden Kerja ini
tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada Pegawai Inden.

PEMBINAAN DAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK HAKIM/JM0772880-W


No Siri:044/JKR/PTN/(B)-05/2023(P)

8.0 PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN MUTU HASIL KERJA OLEH PEGAWAI INDEN

8.1 Pegawai Inden atau Wakilnya berhak menolak bahan, barang dan mutu hasil kerja
dari jenis piawaian yang tidak menepati seperti diperihalkan dalam Spesifikasi.
Bahan, barang dan kerja-kerja yang ditolak hendaklah diganti dan sebarang kos
tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh Kontraktor sendiri.

8.2 Kontraktor hendaklah dengan sepenuhnya atas perbelanjaan sendiri menyediakan


sampel bahan dan barang-barang untuk ujian.

8.3 Tiada penggantian untuk peralatan, bahan dan cara kerja yang telah ditentukan di
dalam Spesifikasi atau ditawarkan dan telah diterima, dibenarkan kecuali mendapat
persetujuan daripada Pegawai Inden secara bertulis.

9.0 PERCANGGAHAN DAN KECUKUPAN DOKUMEN SEBUT HARGA

9.1 Borang Perjanjian Inden Kerja, Surat Akuan Pembida Berjaya yang ditandatangani
oleh Kontraktor dan Dokumen Sebut Harga hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca
serta ditafsirkan sebagai sebahagian daripada Kontrak ini.

9.2 Dokumen Sebut Harga adalah dikira sebagai saling jelas-menjelas antara satu sama
lain. Kontraktor hendaklah mengadakan segala yang perlu untuk melaksanakan kerja
dengan sewajarnya sehinggalah siap mengikut tujuan dan maksud sebenar Dokumen
Sebut Harga pada keseluruhannya sama ada atau tidak tujuan dan maksud itu ada
ditunjuk atau diperihalkan secara khusus, dengan syarat bahawa tujuan dan maksud
itu boleh difahamkan dengan munasabahnya dari dokumen Sebut Harga itu.

9.3 Jika Kontraktor mendapati apa-apa percanggahan dalam Dokumen Sebut Harga,
Kontraktor hendaklah merujuk kepada Pegawai Inden untuk mendapatkan
keputusan.

10.0 KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN KERJA DAN PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA


KONTRAKTOR

10.1 Pegawai Inden berhak membatalkan Inden sekiranya Kontraktor berada dalam
keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Pegawai Inden:

10.1.1 Kontraktor masih gagal menyiapkan Kerja dalam tempoh masa yang
telah ditetapkan;

10.1.2 Kemajuan Kerja terlalu lembab di mana Kontraktor didapati gagal


menjalankan kerja dengan tekun dan teratur tanpa apa-apa sebab yang
munasabah;
10.1.3 Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian Kerja, tanpa
apa-apa sebab yang munasabah;

PEMBINAAN DAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK HAKIM/JM0772880-W


No Siri:044/JKR/PTN/(B)-05/2023(P)

10.1.4 Tidak mematuhi arahan Pegawai Inden tanpa apa-apa alasan yang
munasabah

10.2 Pegawai Inden berhak membatalkan Inden sekiranya Kontraktor diisytiharkan


bankrap oleh pihak yang sah.

10.3 Walau apa pun di atas, sekiranya Kontrak ini ditamatkan di bawah perenggan
10.1 dan 10.2, Bon Pelaksanaan/WJP akan dirampas sepenuhnya.

11.0 BAYARAN KEMAJUAN

Pegawai Inden dibenarkan membuat bayaran interim sehingga kerja-kerja siap dilaksanakan.

12.0 KERJA PERUBAHAN

12.1 Pegawai Inden boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-arahan yang
berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis. Tiada apa-apa
perubahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Inden atau yang disahkan kemudian oleh
Pegawai Inden boleh membatalkan Sebut Harga ini.

12.2 Sebarang kerja perubahan yang diluluskan oleh Pegawai Inden akan diukur atau
dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti/Ringkasan
Sebut Harga. Jika tidak terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian, kadar harga
yang dipersetujui oleh Pegawai Inden dan Kontraktor hendaklah digunakan.

13.0 KELAMBATAN DAN LANJUTAN MASA5

13.1 Penyiapan kerja telah ditetapkan semasa permulaan projek dan adalah menjadi
tanggungjawab Kontraktor memastikan projek dapat disiapkan menurut tempoh
yang dibenarkan dalam Kontrak. Jika berlaku kelewatan, Kontraktor hendaklah
mengemukakan permohonan bertulis dan menyatakan sebab-sebab yang
membolehkan Kontraktor mendapat lanjutan masa.

13.2 Sekiranya Kontraktor didapati layak untuk mendapat lanjutan masa, maka Pegawai
Inden perlulah meluluskan lanjutan masa itu sebelum berakhirnya tarikh penyiapan
yang dibenarkan dalam Kontrak melalui satu Jawatankuasa Sebutharga.

13.3 DENGAN SYARAT semua kelewatan tersebut bukan disebabkan oleh sebarang
perbuatan, kecuaian, keingkaran atau pelanggaran kontrak oleh Kontraktor.

13.4 DENGAN SYARAT Kontraktor telah mengambil semua langkah yang munasabah
untuk mengelakkan atau mengurangkan kelewatan tersebut.

5
Bagi kerja melebihi RM200,000.00 sahaja.

PEMBINAAN DAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK HAKIM/JM0772880-W


No Siri:044/JKR/PTN/(B)-05/2023(P)
14.0 PENGUKURAN KUANTITI SEMENTARA

Setelah kerja-kerja yang melibatkan Kuantiti Sementara disiapkan di tapak, pengukuran


semula kuantiti hendaklah dibuat secara bersama.

15.0 PERAKUAN SIAP KERJA

Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Kerja sebaik sahaja kerja disiapkan
sejajar dengan syarat-syarat dalam Dokumen Sebut Harga. Tempoh Tanggungan Kecacatan
bermula daripada tarikh siap kerja.

16.0 TEMPOH TANGGUNGAN KECACATAN

16.1 Tempoh Tanggungan Kecacatan bagi Sebut Harga hendaklah sekurang- kurangnya
enam (6) bulan dari tarikh kerja diperakukan siap. Bagi kerja-kerja mekanikal dan
elektrik dimana tempoh waranti ke atas peralatan dan sistem adalah dua belas (12)
bulan dan dalam kes-kes tertentu oleh kerana jenis dan kerumitan kerja, tempoh
tanggungan kecacatan yang lebih lama daripada enam (6) bulan boleh dikenakan.

16.2 Kontraktor dipertanggungjawabkan untuk membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan,


kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain yang mungkin kelihatan dan yang
disebabkan oleh bahan atau barang atau mutu hasil kerja yang tidak menepati Sebut
Harga ini apabila diarahkan oleh Pegawai Inden dan dalam masa yang berpatutan.
Kontraktor hendaklah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau
apa-apa jua kerosakan lain atas kos Kontraktor sendiri.

16.3 Sekiranya Kontraktor gagal membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan


atau apa-apa jua kerosakan lain seperti yang diarahkan, Pegawai Inden berhak
memotong kos membaiki dari baki wang yang akan dibayar kepada kontraktor dan
termasuk kenaan GST (sekiranya pembaikan dilaksanakan oleh pihak ketiga yang
dilantik oleh Kerajaan) atau, jika baki itu tidak mencukupi, mengeluarkan surat
pengesyoran kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) untuk
menggantungkan pendaftaran Kontraktor, dan menghantar salinan-salinan surat
tersebut kepada Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Pengarah KerjaRaya Negeri/ Ketua
Jabatan. Bagi kerja-kerja elektrik/mekanikal, salinan surat hendaklah dihantar
kepada Pengarah Kanan Cawangan Kerja Elektrik/ Pengarah Kanan Cawangan Kerja
Mekanikal.

PEMBINAAN DAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK HAKIM/JM0772880-W


No Siri:044/JKR/PTN/(B)-05/2023(P)

17.0 PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP

Bayaran sepenuhnya hanya boleh dibuat setelah kontraktor menyiapkan kerja dengan
sempurnanya dan Perakuan Siap Kerja dikeluarkan. Walau bagaimanapun, Pegawai Inden
hendaklah membuat potongan atau menahan sejumlah amaun dari wang yang akan dibayar
kepada Kontraktor sebagai kos untuk membaiki apa-apa kecacatan yang tidak dapat dibaiki
oleh Kontraktor di dalam tempoh tanggungan kecacatan.

18.0 PERAKUAN SIAP MEMPERBAIKI KECACATAN

Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan sebaik sahaja
Kontraktor telah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua
kerosakan lain.

19.0 PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH KONTRAKTOR

Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-undang Kecil dan Undang-undang


Berkanun dalam Malaysia semasa pelaksanaan Kerja. Kontraktor tidak berhak menuntut
sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan Syarat-syarat ini.

20.0 PENAMATAN BERSABIT RASUAH, AKTIVITI MENYALAHI UNDANG-UNDANG ATAU AKTIVITI


HARAM

20.1 Tanpa menjejaskan apa-apa hak Kerajaan yang lain, jika kontraktor, personel,
kakitangan atau pekerjanya disabitkan bersalah oleh mahkamah kerana rasuah atau
aktiviti menyalahi undang-undang atau aktiviti haram yang berkait dengan
Perjanjian/ Kontrak ini atau mana-mana perjanjian lain yang Kontraktor mungkin ada
dengan Kerajaan, Kerajaan berhak untuk menamatkan Perjanjian / Kontrak ini pada
bila-bila masa, dengan memberi notis bertulis dengan segera yang membawa
maksud sedemikian kepada Kontraktor.

20.2 Setelah penamatan tersebut, Kerajaan berhak terhadap semua kerugian, kos, ganti
rugi dan perbelanjaan (termasuk apa-apa kos dan perbelanjaan sampingan) yang
ditanggung oleh Kerajaan yang timbul daripada penamatan tersebut.

20.3 Bagi mengelakkan keraguan, kedua-dua pihak Kerajaan dan Kontraktor bersetuju
bahawa Kontraktor tidak layak terhadap sebarang bentuk kerugian termasuk
kehilangan keuntungan, ganti rugi, tuntutan atau apa sekalipun setelah penamatan
Kontrak ini

PEMBINAAN DAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK HAKIM/JM0772880-W


No Siri:044/JKR/PTN/(B)-05/2023(P)
LAMPIRAN A
SURAT AKUAN PEMBIDA
BAGI
PEMBINAAN DEWAN SERBAGUNA KG SAWAH PEKAN NANAS PONTIAN JOHOR

Saya, ....................................................................................................................... nombor K.P


.................................... yang mewakili PEMBINAAN DAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK HAKIM
nombor pendaftaran JM0772880-W dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-
mana orang yang mewakili syarikat ini:
i. tidak akan menawarkan, menjanjikan atau memberikan apa-apa suapan kepada
mana-mana orang dalam Jabatan Kerja Raya Pontian atau mana-mana orang lain,
sebagai suapan untuk dipilih dalam mana-mana perolehan; dan
ii. tidak akan melakukan atau terlibat dengan tipuan bida dalam mana-mana
perolehan.

Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat
di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati terlibat
dalam pakatan tipuan bida dengan syarikat lain berkenaan perolehan di atas atau
menawarkan, menjanjikan atau memberikan apa-apa suapan kepada mana-mana orang
dalam Jabatan Kerja Raya Pontian atau mana-mana orang lain sebagai dorongan untuk
dipilih dalam perolehan seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-
tindakan berikut boleh diambil:
2.1 Hilang kelayakan untuk dinilai dan dilantik bagi perolehan di atas; dan
2.2 Lain-lain tindakan undang-undang/tatatertib mengikut undang-
undang/peraturan perolehan Kerajaan yang berkuat-kuasa.

3. Saya sesungguhnya faham bahawa tindakan berikut akan diambil:


3.1 Didakwa bagi kesalahan** di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009 [Akta 694] dan Kanun Keseksaan [Akta 574] serta boleh
dihukum di bawah undang-undang masingmasing untuk kegagalan saya atau
mana-mana orang yang mewakili sarikat ini untuk mematuhi perkara (i); atau

3.2 tindakan boleh dikenakan ke atas syarikat di bawah Akta Persaingan 2010
[Akta 712] atas kegagalan saya atau mana-mana orang yang mewakili
syarikat ini untuk mematuhi perkara (ii) dalam Surat Akuan ini. Sekiranya
syarikat didapati melanggar peruntukan seksyen 4(2)(d) Akta 712, syarikat
boleh didenda tidak melebihi sepuluh peratus (10%) daripada pusing ganti
(turn over) seluruh dunia sepanjang tempoh suatu pelanggaran itu berlaku.\

PEMBINAAN DAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK HAKIM/JM0772880-W


No Siri:044/JKR/PTN/(B)-05/2023(P)

4. Sekiranya terdapat mana-mana orang cuba memperolehi atau meminta apa-apa


suapan daripada saya atau mana-mana orang yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai
dorongan untuk dipilih dalam perolehan seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan
segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Saya sedar bahawa kegagalan saya
berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah seksyen 25 (1) Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] dan boleh dihukum di bawah
seksyen 25 (2) akta yang sama, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000
atau penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

5. Saya sesungguhnya faham bahawa syarikat melakukan kesalahan jika seseorang yang
bersekutu dengan syarikat*** memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan untuk
memperoleh atau mengekalkan perniagaan atau faedah dalam menjalankan perniagaan di
bawah Seksyen 17A, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694],
apabila disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda jumlah
atau nilai suapan, atau RM1 juta, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua
puluh tahun atau kedua-duanya.

Yang benar,

Tandatangan : _____________________________
Nama : _____________________________
No.KP : _____________________________
Tarikh : _____________________________
Cop Syarikat : _____________________________

Catatan:
(i) **termasuk kesalahan ditetapkan dalam Jadual (Perenggan 3 (a), takrif "kesalahan ditetapkan") Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah Kanun
Keseksaan.
(ii) ***seseorang yang bersekutu dengan syarikat merujuk kepada seksyen 17A (6) Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], iaitu seseorang itu bersekutu dengan organisasi
komersial jika dia seorang pengarah, pekongsi atau pekerja organisasi komersial itu atau dia ialah
orang yang melaksanakan perkhidmatan untuk atau bagi pihak organisasi komersial itu.
(iii) Surat Akuan ini hendaklah dikemukakan bersama surat perwakilan kuasa.
(iv) Takrifan perusahaan di bawah Akta 712 merangkumi syarikat yang terlibat dengan perolehan
Kerajaan.

Pihak Syarikat : Penama pada sijil pendaftaran untuk menandatangani Surat ini.
Pihak Kerajaan : Pegawai yang diberi kuasa oleh Menteri di bawah seksyen 2 Akta Kontrak Kerajaan 1949 untuk
menandatangani kontrak.

PEMBINAAN DAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK HAKIM/JM0772880-W


No Siri:044/JKR/PTN/(B)-05/2023(P)
LAMPIRAN B
SURAT AKUAN PEMBIDA BERJAYA
BAGI
PEMBINAAN DEWAN SERBAGUNA KG SAWAH PEKAN NANAS PONTIAN JOHOR

Saya, ..................................................................................................................................... nombor K.P


.................................... yang mewakili PEMBINAAN DAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK HAKIM
nombor pendaftaran JM0772880-W dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana
orang yang mewakili syarikat ini:

iii. tidak akan menawarkan, menjanjikan atau memberikan apa-apa suapan kepada mana-mana
orang dalam ……………………………………………………………………………………………………. atau mana-
mana orang lain, sebagai suapan untuk dipilih dalam mana-mana perolehan; dan
iv. tidak akan melakukan atau terlibat dengan tipuan bida dalam mana-mana perolehan.

Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas
untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati terlibat dalam
membuat pakatan harga dengan syarikat lain atau apa-apa pakatan sepanjang proses perolehan
atau menawarkan, menjanjikan atau memberikan apa-apa suapan kepada mana-mana orang dalam
……………………………………………………………….……………………………………………………… atau mana-mana
orang lain sebagai dorongan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya
sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan boleh berikut diambil:

2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi perolehan di atas; atau


2.2 Penamatan kontrak bagi perolehan di atas; dan
2.3 Lain-lain tindakan undang-undang/tatatertib mengikut undang-undang /peraturan
perolehan Kerajaan yang berkuat-kuasa.

3. Saya sesungguhnya faham bahawa tindakan berikut akan diambil:

3.1 Didakwa bagi kesalahan** di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
2009 [Akta 694] dan Kanun Keseksaan [Akta 574] serta boleh dihukum di bawah
undang-undang masingmasing untuk kegagalan saya atau mana-mana orang yang
mewakili syarikat ini untuk mematuhi perkara (i); atau

3.2 tindakan boleh dikenakan ke atas syarikat di bawah Akta Persaingan 2010 [Akta 712]
atas kegagalan saya atau mana-mana orang yang mewakili syarikat ini untuk
mematuhi perkara (ii). Sekiranya syarikat didapati melanggar peruntukan seksyen
4(2)(d) Akta 712, syarikat boleh didenda tidak melebihi sepuluh peratus (10%)
daripada pusing ganti (turn over) seluruh dunia sepanjang tempoh suatu
pelanggaran itu berlaku.

4. Sekiranya terdapat mana-mana orang cuba memperolehi atau meminta apa-apa suapan
daripada saya atau mana-mana orang yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai dorongan untuk
dipilih dalam perolehan seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan
perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai
polis yang berhampiran. Saya sedar bahawa kegagalan saya berbuat demikian adalah merupakan
suatu kesalahan di bawah seksyen 25 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta
694] dan boleh dihukum di bawah seksyen 25 (2) akta yang sama, apabila disabitkan boleh didenda

PEMBINAAN DAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK HAKIM/JM0772880-W


No Siri:044/JKR/PTN/(B)-05/2023(P)
tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-
duanya.

5. Saya sesungguhnya faham bahawa syarikat melakukan kesalahan jika seseorang yang
bersekutu dengan syarikat*** memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan untuk
memperoleh atau mengekalkan perniagaan atau faedah dalam menjalankan perniagaan di bawah
seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], apabila disabitkan
kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau
RM1 juta, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun atau kedua-duanya.

Yang benar,

Tandatangan : _____________________________
Nama : _____________________________
No.KP : _____________________________
Tarikh : _____________________________
Cop Syarikat : _____________________________

Catatan:
(v) **termasuk kesalahan ditetapkan dalam Jadual (Perenggan 3 (a), takrif "kesalahan ditetapkan") Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah Kanun
Keseksaan.
(vi) ***seseorang yang bersekutu dengan syarikat merujuk kepada seksyen 17A (6) Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], iaitu seseorang itu bersekutu dengan organisasi
komersial jika dia seorang pengarah, pekongsi atau pekerja organisasi komersial itu atau dia ialah
orang yang melaksanakan perkhidmatan untuk atau bagi pihak organisasi komersial itu.
(vii) Surat Akuan ini hendaklah dikemukakan bersama surat perwakilan kuasa.
Takrifan perusahaan di bawah Akta 712 merangkumi syarikat yang terlibat dengan perolehan Kerajaan

PEMBINAAN DAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK HAKIM/JM0772880-W


No Siri:044/JKR/PTN/(B)-05/2023(P)
BORANG MAKLUMAT PENYEBUT HARGA

ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA

Semua butir-butir di dalam lampiran ini hendaklah diisi oleh penyebutharga dengan betul dan
lengkap dan dilampirkan dalam dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan
tawaran ditolak.

1. Nama Syarikat: ……………………............………………………………………………….

2. Alamat Syarikat: .................................................................................

.................................................................................

.................................................................................

Telefon: ………......................... Faks ….….……….…….....

Emel: ………................................................................

3. Pendaftaran Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) dengan Jabatan Kastam Diraja
Malaysia (jika berdaftar dan sertakan salinan pendaftaran):

3.1. No. Pendaftaran: .................................

3.2. Tarikh Kuat kuasa: .................................

4. Perniagaan utama lain, jika ada:

a. ............................................ sejak ............................................

b. ............................................ sejak ............................................

PEMBINAAN DAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK HAKIM/JM0772880-W


No Siri:044/JKR/PTN/(B)-05/2023(P)

SENARAI KERJA KONTRAK SEMASA


(SENARAI MULA KERJA DIDALAM TANGAN /SEDANG BERJALAN DAN BELUM SIAP TERMASUK KONTRAK YANG BARU DIAWARD)

Tarikh Siap
Bil. Nama Projek/Kerja Jabatan/Agensi yang Mengawasi Projek Harga (RM) Tarikh Mula
Kontrak

Tempoh Kontrak hendaklah termasuk lanjutan masa yang diluluskan.

Peringatan Penting
Bagi setiap kontrak kerja semasa, sertakan Laporan Penyelia Projek atas format seperti Borang DA, dalam satu sampul berlakri. Sebutharga yang tidak disertakan
dengan Laporan ini bagi setiap kerja semasa yang disenaraikan, boleh menyebabkan tawaran ditolak.

PEMBINAAN DAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK HAKIM/JM0772880-W


No Siri:044/JKR/PTN/(B)-05/2023(P)

REKOD PENGALAMAN KERJA


(SENARAI SEMUA KERJA YANG DISIAPKAN DALAM 5 TAHUN LEPAS)

Tempoh Tarikh Siap


Bil. Nama Projek/Kerja Jabatan/Agensi yang Mengawasi Projek Harga (RM)
Kontrak Sebenar

* Salinan Surat Setuju Terima (SST) dan Perakuan/Pengesahan Siap Kerja bagi setiap kerja yang disenaraikan hendaklah disertakan.
** Tempoh Kontrak hendaklah termasuk lanjutan masa yang diluluskan.

PEMBINAAN DAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK HAKIM/JM0772880-W


No Siri:044/JKR/PTN/(B)-05/2023(P)
BORANG JAMINAN BANK/JAMINAN SYARIKAT KEWANGAN/
JAMINAN INSURANS UNTUK BON PELAKSANAAN (KONTRAK KERJA)

Sebagai balasan kepada Kontrak No. ............................. yang dibuat antara Kerajaan Malaysia,
(kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Kerajaan”) dan (kemudian daripada ini dirujuk
sebagai “Kontraktor”) bagi (namakan projek), (kemudian daripada ini dirujuk sebagai ”Kontrak”)
kami yang bertandatangan di bawah, (kemudian daripada ini dirujuk sebagai ”Penjamin”) atas
permohonan Kontraktor, mengaku janji yang tak boleh batal untuk memberi Jaminan kepada
Kerajaan ke atas pelaksanaan yang sepatutnya Kontrak tersebut mengikut cara sebagaimana yang
terdapat kemudian daripada ini.

MAKA Penjamin dengan ini bersetuju dengan Kerajaan seperti berikut:

1. Apabila Kerajaan membuat tuntutan bertulis, maka Penjamin hendaklah dengan serta
merta membayar kepada Kerajaan nilai yang ditentukan di dalam tuntutan tersebut
tanpa mengira sama ada terdapat apa-apa bantahan atau tentangan daripada
Kontraktor atau Penjamin atau mana-mana pihak ketiga yang lain dan tanpa bukti atau
bersyarat. Dengan syarat sentiasanya bahawa jumlah tuntutan yang dibuat tidak
melebihi sebanyak Ringgit …………………………………….. (nyatakan nilai jaminan dalam
perkataan) (RM ………………) dan bahawa tanggungan Penjamin untuk membayar kepada
Kerajaan di bawah Perjanjian ini tidak melebihi nilai tersebut di atas.

2. Kerajaan berhak untuk membuat apa-apa tuntutan sebahagian jika dikehendakinya dan
jumlah kesemua tuntutan sebahagian itu hendaklah tidak melebihi nilai Ringgit
………………………………. (nyatakan nilai Jaminan dalam perkataan) (RM ) dan liabiliti
Penjamin untuk membayar kepada Kerajaan jumlah yang disebutkan terdahulu
hendaklah dikurangkan dengan perkadaran yang bersamaan dengan apa-apa bayaran
sebahagian yang telah dibuat oleh Penjamin.

3. Penjamin tidak boleh dibebaskan atau dilepaskan dari Jaminan ini oleh sebarang
perkiraan yang dibuat antara Kontraktor dan Kerajaan sama ada dengan atau tanpa
persetujuan Penjamin atau oleh sebarang perubahan tentang kewajipan yang diaku janji
oleh Kontraktor atau oleh sebarang penangguhan sama ada dari segi pelaksanaan, masa,
pembayaran atau sebaliknya.

4. Jaminan ini adalah Jaminan yang berterusan dan tak boleh batal dan hendaklah berkuat
kuasa sehingga ……………….. (kemudian daripada ini disebut “Tarikh Mati Asal”) (Initial
Expiry Date) iaitu dua belas (12) bulan selepas tarikh tamat tempoh kecacatan atau
dalam keadaan dimana kontrak dibatalkan, satu (1) tahun selepas tarikh Kontrak
dibatalkan. Penjamin hendaklah melanjutkan Tarikh Mati Asal (Initial Expiry Date)
Jaminan ini untuk tempoh tambahan selama tidak melebihi satu (1) tahun daripada
Tarikh Mati asal (Initial Expiry Date) (kemudian daripada ini disebut “Tarikh Mati
Lanjutan” (Extended Expiry Date) apabila diminta oleh Kerajaan dan Jaminan ini adalah

PEMBINAAN DAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK HAKIM/JM0772880-W


No Siri:044/JKR/PTN/(B)-05/2023(P)
dengan ini dilanjutkan. Jumlah aggregat maksimum yang Kerajaan berhak di bawah
Perjanjian ini mestilah sentiasa dipastikan tidak melebihi jumlah Ringgit
………………………………………………….……………. (nyatakan nilai Jaminan dalam perkataan)
(RM ………………………………………… ).

5. Apa-apa tanggungjawab dan tanggungan Penjamin di bawah Perjanjian ini hendaklah


luput apabila Perjanjian ini tamat pada Tarikh Mati Asal (Initial Expiry Date) atau Tarikh
Mati Lanjutan (Extended Expiry Date) melainkan jika sebelumnya Kerajaan telah meminta
secara bertulis kepada Penjamin untuk membayar sejumlah wang tertentu yang masih
belum dijelaskan mengikut peruntukan kontrak.

6. SEMUA TUNTUTAN BERKAITAN DENGAN JAMINAN INI, JIKA ADA, MESTILAH DITERIMA
OLEH PIHAK BANK/SYARIKAT KEWANGAN/SYARIKAT INSURANS DALAM TEMPOH SAH
LAKU JAMINAN ATAUPUN DALAM MASA EMPAT (4) MINGGU DARI TAMATNYA TARIKH
JAMINAN INI, MENGIKUT MANA YANG LEBIH KEMUDIAN.

PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS pihak-pihak kepada Perjanjian ini telah menurunkan tandatangan
dan meterai mereka pada hari dan tahun yang mula-mula tertulis di atas.

Ditandatangani untuk Dan ) ………………………………………….


bagi pihak Penjamin Di ) Nama : …………………………….
hadapan ) Jawatan : …………………………….
) Cop Bank/Syarikat Kewangan/ Syarikat
Insurans:

………………………………………
(Saksi)

Nama : …………………………….

Jawatan : …………………………….

Cop Bank/Syarikat Kewangan/Syarikat Insurans:

PEMBINAAN DAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK HAKIM/JM0772880-W


No Siri:044/JKR/PTN/(B)-05/2023(P)
SULIT
BORANG CA - LAPORAN BANK/INSTITUSI KEWANGAN
MENGENAI KEDUDUKAN KEWANGAN PENYEBUTHARGA

(Borang ini hendaklah dilengkapkan oleh pihak Bank dan dikembalikan kepada Bahagian yang
mengurus sebutharga).

Kepada : ………………………………………………………………….
………………………………………………………………….
………………………………………………………………….
………………………………………………………………….
(Pengarah JKR Pontian)

Nama Kontraktor:

Tajuk Sebut Harga: ……………………………………………………………………………………………………………………………


……………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………

(A) Kemudahan Kredit yang boleh digunakan untuk pelaksanaan projek


Kemudahan kredit yang telah diluluskan dan kemudahan kredit tambahan minimum yang layak
diperolehi oleh Kontraktor adalah seperti berikut:-

Bentuk Kemudahan Kredit Baki daripada Jumlah Yang Jumlah


Diluluskan
(i) Overdraft RM RM
(ii) Overdraft Bercagar RM RM
(iii) RM RM
(iv) RM RM
(v) RM RM
Jumlah RM RM

(B) Ulasan-ulasan mengenai kedudukan kewangan dan akaun Kontraktor


………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………….
Tandatangan Untuk Dan Bagi Pihak Bank/ Syarikat Kewangan
Nama Bank: ………………………………………………… Nama Pegawai: ………………………………………………
Cop Bank/Syarikat Kewangan: Jawatan: …………………………………………………………
Tarikh: ……………………………………………………………

PEMBINAAN DAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK HAKIM/JM0772880-W


No Siri:044/JKR/PTN/(B)-05/2023(P)
SULIT
BORANG DA - LAPORAN PENYELIA PROJEK ATAS PRESTASI KERJA
SEMASA PENYEBUTHARGA

(Borang ini hendaklah dilengkapkan oleh Penyelia Projek atau Pembantu Kanannya yang mengawas
projek dan diserahkan kepada Kontraktor dalam satu sampul berlakri untuk disetakan bersama-sama
sebutharga).

Kepada : ………………………………………………………………….
………………………………………………………………….
………………………………………………………………….
………………………………………………………………….
(Pengarah JKR Pontian)

Nama Penyebutharga:

Nama Projek Yang Dilaksanakan: ………………………………………………………………………………………………………


……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

No. Kontrak:

Harga Kontrak (termasuk anggaran nilai kerja perubahan) : RM


Wang Kos Prima dan Peruntukan Sementara : RM
Nilai Kerja Pembina : RM

Tarikh Milik Tapak: …………………………………Tempoh Kontrak: ………………………Minggu


Tarikh Penyiapan Asal: …………………………………………..

Lanjutan Masa Yang Diluluskan: ………………………Hari


Lanjutan Masa Seterusnya:
Yang difikirkan/dijangka layak diperakukan: ……………………………hari

Atas sebab: (i) ……………………………………………………………………………


(ii) ……………………………………………………………………………

Kemajuan Kerja (berdasarkan nilaian kerja yang telah dilaksanakan):


Pencapaian sebenar : …………………………………… Mengikut Jadual : ………………………………

Nilai Bahagian Kerja Yang Telah Siap : RM


Nilai baki Kerja Yang Belum Siap : RM

Ulasan-ulasan mengenai Prestasi Kontraktor:

(Nyatakan apa-apa kepujian dan/atau kelemahan kontraktor dan juga apa-apa tindakan/perakuan
yang diambil/dipertimbang berhubung dengan prestasi kontraktor melaksanakan Kontrak).

Tandatangan Penyelia Projek :


Nama :
Jawatan : Tarikh: …………………………………..

PEMBINAAN DAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK HAKIM/JM0772880-W


No Siri:044/JKR/PTN/(B)-05/2023(P)

SENARAI SEMAKAN
(KERJA)

Sila tandakan / bagi dokumen-dokumen yang disertakan

Bil. Perkara/Dokumen Untuk Untuk Ditanda Oleh


Ditanda Jawatankuasa
Oleh Pembuka Sebutharga
Syarikat

1. Salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dari


CIDB

2. Salinan Sijil Taraf Bumiputera (STB) dari BPKU


(Kerja) (jika berkenaan)

3. Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari


CIDB / Sijil Pusat Kontraktor Sabah (PUKONSA) / Sijil
Unit Pendaftaran Kerja dan Juruperunding (UPKJ)
Sarawak/Kementerian Kewangan

4. Salinan Sijil Johor Centre for Construction


Development (JCCD) (Sijil Kontraktor Johor)*

5. Borang Sebut HargaTelah Diisi Dengan Lengkap


(termasuk nilai tawaran dan tempoh siap) dan
Ditandatangani

6. Borang Maklumat Penyebut Harga

7. Borang Penyerahan Contoh Dan Katalog (jika


berkaitan)

8. Cadangan Penyelenggaraan/Penyenggaraan (jika


perlu)

9. Senarai Kakitangan Teknikal (jika berkaitan)

NOTA:
* Bagi Sebut Harga di bawah peruntukan Negeri Johor (diwajibkan).

PEMBINAAN DAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK HAKIM/JM0772880-W


No Siri:044/JKR/PTN/(B)-05/2023(P)

Bil. Perkara/Dokumen Untuk Untuk Ditanda Oleh


Ditanda Jawatankuasa
Oleh Pembuka Sebutharga
Syarikat

10. Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi


Tiga (3) Bulan Terakhir*

11. Lain-lain Sekiranya Ada

NOTA:
* Bagi Sebut Harga bernilai melebihi RM200,000.00 sahaja (diwajibkan).

PENGESAHAN OLEH SYARIKAT UNTUK KEGUNAAN JABATAN

Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca Jawatankuasa Pembuka Sebutharga
dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang mengesahkan penerimaan dokumen
dinyatakan di dalam dokumen sebutharga. Semua bertanda kecuali bagi perkara bil.
maklumat yang dikemukakan adalah benar. ……………….. (jika ada).

Tandatangan: Tandatangan:

Nama: Nama:

Jawatan: Jawatan:

Tarikh: Tarikh:

Tandatangan:

Nama:

Jawatan:

Tarikh:

PEMBINAAN DAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK HAKIM/JM0772880-W

Anda mungkin juga menyukai