Papers by Madelena Maleng
BAB 2: KEBANGKITAN NASIONALISME 2.1 Maksud Nasionalisme Maksud Nasionalisme-Perasaan cinta yg men... more BAB 2: KEBANGKITAN NASIONALISME 2.1 Maksud Nasionalisme Maksud Nasionalisme-Perasaan cinta yg mendalam terhadap bangsa dan negara-Semangat kebangsaan yg menjelaskan sikap dan pendekatan berkaitan dgn perjuangan menentang penjajah serta pembelaan terhadap bangsa dan negara-Gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial drp penguasaan org asing-Idea nasionalisme tidak sama antara negara dengan zaman kerana idea tersebut berkait rapat dengan pengalaman sejarah dan pengaruh sekeliling spt keturunan, agama, bahasa dan adat resam Pendapat tokoh-Merupakan satu gerakan yg meletakkan kesetiaan seseorg hanya kpd negara atau bangsanya-Kebangkitan nasionalisme Melayu lebih kpd kesedaran dan ketegasan diri pada dekad terakhir sblm PD 2-Hal ini disebabkan oleh ancaman terhadap kepentingan org Melayu serta faktor ekonomi-Kebimbangan masyarakat terhadap sekularisme dan imperialisme Barat yg melanda Tanah Melayu.-Kita hendak menzahirkan suatu bangsa yg lebih tegap dan kuat, boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri dan mengambil tempat kita yg sebenar di sisi bangsa² lain yg tegap dan bersatu-Perjuangan menentang penjajah hendaklah ada persatuan dan perpaduan yg kuat (National Fronts).-Segala tenaga yg menentang penjajahan hendaklah digunakan utk mencapai kemerdekaan dengan tetap berpegang kpd tatatertib dan adab sopan bangsa Melayu dan agama Islam utk menebus, merebut dan merampas kembali hak mutlak bangsa kita yg telah ditenggelamkan itu.-Fenomena sejagat yg mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia ini utk menubuhkan negaranya sendiri dan memindahkan kedaulatan kepada rakyat-Menuntut kesetian ulung individu disalurkan kepada negara bangsa itu.-Nasionalisme Melayu bukan gejala baharu hasil penggabungan Tnh Melayu oleh British, tapi nasionalisme Melayu telah wujud sejak zmn KMM.-Kesetian kpd raja merupakan ciri nasionalisme Melayu ketika itu dan org Melayu berpegang pd fahaman kebangsaan yg bersifat ke "Tanah Melayuan'-Dlm konteks Melayu sblm merdeka, nasionalisme merujuk perjuangan org Melayu bg mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri Tafsiran Nasionalisme-Berdasarkan sejarah, corak perjuangan dan karisma pemimpin yg mendukung perjuangan-Berkait rapat dgn perasaan cinta akan negara yg mencetuskan keinginan membina negara bangsa dan melahirkan identiti sendiri-Gerakan utk melahirkan perasaan kekitaan dgn menggunakan persamaan kebudayaan dan pengalaman sejarah utk membebaskan bangsa dan negara dr penjajahan.-Menuju matlamat sama iaitu membina bangsa yg bersatu dan negara berdaulat. 2.2 Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat Nasionalisme di Barat-Hasil drp penentangan terhadap pemerintahan beraja yg menjadi simbol penindasan yg menggugat hak dan kebebasan rakyat spt. Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Perancis-Idea nasionalisme juga dikaitkan dgn perjuangan utk memperoleh kemerdekaan drp penjajahan kuasa asing spt Revolusi Amerika. Pemikiran John Locke (ahli falsafah Inggeris)-Selepas penggubalan Bill of Rights, beliau menghasilkan karya Two Treatises of Goverment yg mempopularkan prinsip raja berpelembagaan.-Beliau menolak sistem raja berkuasa mutlak-Menegaskan bhw kerajaan patut diasaskan pada persetujuan antara pemerintah dan rakyat.-Undang² perlu digubal bagi memenuhi hak asasi manusia Perkembangan idea nasionalisme Revolusi Keagungan (Glorious Revolution) [1688] di England-Disebabkan keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat-Pemerintahan Raja James II membelakangkan parlimen semasa menggubal undang².-Ahli parlimen menentang raja berkuasa mutlak dengan sokongan Mary II dan suami Raja William of Orange dari Belanda.-Menyedari sokongan semakin kurang Raja James II lari ke Perancis.-Dikenali sbg Revolusi Keagungan kerana peralihan kuasa secara aman tanpa pertumpahan darah.-Semasa pemerintahan Mary II dan William of Orange konsep kedaulatan parlimen dan sistem raja berpelembagaan dimantapkan-Bill of Rights digubal untuk memberikan keutamaan kepada parlimen menggubal undang² dan hak mengutip cukai Bill of Rights-Ditandatangani oleh William of Orange dan Mary II (pemerintah England) selepas Raja James II digulingkan.-Dijadikan udg² 1689-Menghadkan kuasa monarki, meningkatkan status parlimen dan menggariskan hak individu tertentu-Kebebasn dan konsep utama ▪ Kebebasan memilih anggota parlimen tanpa campur tangan raja/ ratu ▪ Kebebasan bersuara di parlimen ▪ Kebebasan daripada campurtangan raja dgn udg² (raja dilarang menubuhkan mahkamah sendiri / bertindak sebagai hakim sendiri) ▪ Kebebasan utk menghantar petisyen kpd raja ▪ Kebebasan menggunakan senjata utk mempertahankan diri spt yg dibenarkan udg² ▪ Kebebasan drp hukuman yg kejam dan luar biasa serta ikat jamin yg berlebihan ▪ Kebebasan drp cukai khas diraja tanpa persetujuan parlimen ▪ Kebebasan denda dan penyitaan tanpa perbicaraan ▪ Kebebasan drp penjagaan tentera ketika aman dan tanpa persetujuan parlimen
Nota ringkas Sejarah Tingkatan 4 sebagai rujukan murid-murid dan guru-guru.
III dan IV 4. B Menunjukkan kedaulatan raja 5. (a) Apakah kandungan kedua-dua undang-undang di at... more III dan IV 4. B Menunjukkan kedaulatan raja 5. (a) Apakah kandungan kedua-dua undang-undang di atas? Kandungan Hukum Kanun Melaka berkaitan dengan undang-undang kekeluargaan, bidang kuasa raja dan pembesar, pantang larang, hal berkaitan dengan ekonomi dan kesalahan sivil. Undang-undang Laut Melaka pula berkaitan dengan pelayaran, peranan nakhoda, jenayah di atas kapal dan percukaian. (b) Mengapakah undang-undang tersebut diperkenalkan? Kedua-dua undang-undang ini diperkenalkan bagi melaksanakan pentadbiran untuk menjamin kemakmuran dan kesejahteraan Kesultanan Melayu Melaka (c) Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku sekiranya rakyat negara kita tidak mematuhi undang-undang? Pada pendapat saya, sekiranya rakyat tidak mematuhi undang-undang, sudah pasti akan berlakunya huru-hara dalam negara. Jenayah yang dilakukan oleh rakyat akan berleluasa seperti kecurian, pembunuhan dan rogol. Ketidakadilan sudah pasti berlaku kerana yang berkuasa pasti akan memeras yang lemah. Masyarakat berani melakukan pelbagai kesalahan kerana tiada sesiapa atau undang-undang yang dapat menghentikan perbuatan mereka. Contohnya, kegagalan mematuhi undang-undang jalan raya sudah pasti akan menyebabkan banyak kemalangan dan ramai yang terkorban dalam kemalangan. Dalam keadaan ini, ekonomi negara akan merudum dan negara akan mengalami kemelesetan ekonomi. Dalam keadaan ini , keamanan dan keharmonian negara kita akan tergugat. Politik juga tidak akan stabil dan tampuk pemerintahan negara akan tergugat. Keadaan ini boleh menyebabkan anasir-anasir luar akan mengambil kesempatan terhadap negara kita untuk menjalankan aktiviti mereka seperti penyeludupan dadah, penyebaran ideologi pengganas dan pemerdagangan orang. 6. (a) Apakah yang anda faham daripada petikan di atas? Petikan di atas ialah perjanjian antara rakyat dengan raja. Dalam perjanjian ini, dinyatakan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh seorang rakyat terhadap raja. Di samping itu, dinyatakan juga perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh seseorang raja terhadap rakyat. Sekiranya mana-mana pihak melanggar perjanjian, akan menerima balasan sebagai akibatnya. (b) Mengapakah rakyat dilarang menderhaka kepada raja? Rakyat dilarang menderhaka kepada raja kerana pada zaman dahulu raja dianggap sebagai bayangan tuhan di muka bumi dan rakyat mempercayai konsep dewa-raja. Derhaka kepada raja bererti menderhaka kepada tuhan. Rakyat juga mempercayai kesaktian raja kerana adanya unsur mitos dan legenda tentang asal usul seseorang raja. Raja juga merupakan simbol perpaduan dan mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam hierarki sosial masyarakat. Rakyat yang menderhaka akan ditimpa tulah. Menderhaka juga dianggap sebagai tindakan biadab oleh masyarakat zaman dahulu.
Uploads
Papers by Madelena Maleng