Papers by kamariah mohd noor
BARU-BARU ini anak-anak didik di sekolah saya memperoleh keputusan PMR yang agak baik dengan 103 ... more BARU-BARU ini anak-anak didik di sekolah saya memperoleh keputusan PMR yang agak baik dengan 103 orang memeperoleh perfect score (semua A) dan sebahagiannya bercadang menyambung persekolahan menengah di sekolah berasrama penuh (SBP) berdasarkan borang permohonan yang saya perlu sahkan. Bagi saya tidak menjadi halangan kepada anak-anak ini untuk memilih ke SBP kerana ini adalah satu peluang yang boleh mereka rebut selain daripada berpeluang meneruskan pelajaran ke MRSM, sekolah teknik dan sekolah menengah agama. Seperti mana yang selalu saya sebut kepada pelajar-pelajar saya PMR adalah penilaian yang akan menentukan 1. Pelajar layak atau tidak layak ke tingkatan 4.; 2. Layak atau tidak layak pelajar meneruskan pelajaran ke pelbagai aliran di peringkat menengah atas – sains tulen, sains teknikal, sains agama, agama atau sains kemanusiaan dan ; 3. Berpeluang atau tidak meneruskan persekolahan di pelbagai institusi pendidikan – SBP, MRSM, SM Agama, SM Teknik atau Sekolah Harian. Seorang pelajar menghubungi saya sama ada perlu pergi atau tidak setelah menerima tawaran ke SBP baru-baru ini. Tambahan pula terdapat saudara terdekatnya yang pulang semula ke sekolah harian biasa kerana tidak sesuai dengan persekitaran dan suasana di asrama penuh. Mungkin dia menjadi keliru dan serba salah antara keinginan dan cabaran yang akan ditempuhi. Saya menasihatinya tentang kebaikan pergi ke SBP dan akhirnya terpulang kepadanya untuk memutuskan sama ada hendak pergi atau tidak. Bagi sama di mana-mana juga kita bersekolah waima di sekolah harian sekali pun ia tidak menjadi kekangan untuk kita terus memperoleh kecemerlangan. Malah saban tahun calon yang memperoleh perfect score dalam PMR dan SPM sebahagian besarnya adalah dating dari sekolah harian di seluruh Negara. Kita semua pasti teruja kenyataan Tan Sri Dato KPPM 15 Januari 2010 yang lalu bahawa 46,318 pelajar memohon masuk ke Tingkatan 4 SBP sedangkan tempat yang tersedia hanya untuk 4,500 orang sahaja. Bilangan itu meliputi 28,188 pelajar calon PMR2009 yang meraih semua A dalam mata pelajaran yang diambil.
Uploads
Papers by kamariah mohd noor