Posts

Bonus

 Al salam alaykum


Mereka dapat bonus. Alhamdulillah. 


Ada yg kata, rugi ko berenti awal. 


Bonus tu bukan rezeki aku kan?

Jadi kenapa nak rugi. 

Hadiah Perpisahan

 Al salam alaykum


Aku cuba utk ikhlas dan neutral bertamu ke rumahnya. 

Menjamu selera seadanya.

Dia bagi hadiah. 

Masih ada resit dan tanda harga. 

Katanya dah lama beli sebelum Ramadan  

Tapi nak bagi belum kesampaian  

Tapi mungkin masih lupa untuk buang tanda harga.


Semoga yg memberinya ikhlas dan aku juga menerimanya dgn ikhlas  






Hijrah

 Al salam alaykum


Aku masih gagal utk berhijrah. 

Mungkin sbb biasa, aku teruskan jugak. 

Tidak setiap hari, tapi random aku akan hantar email. 


Semalam, aku nampak kubur kristian. Ada yg di atas bukit. Ada yg di bawah bukit. Biasanya nampak kubur kristian ni kawasan datar je. Kubur tinggi-tinggi ni biasanya kubur buddha atau cina adat. Tapi mana la tahu kot cina kristian pun masih berpegang adat maka dia nak kubur dia tinggi atas bukit  

Maka tak semena-mena aku hantar email aku tanya, kristian pun kuburnya ada kasta tinggi rendah ke? Tanpa pengharapan, sebab aku selalu yakin dia kotakan janji utk block aku semuanya di pelosok seluruh alam buana kan  


Tapi macam tipu kan? Ye aku berharap dia balas walaupun sikit, tapi tetap aku tanamkan keyakinan dia takkan balas maka harapan aku lenyap.

Eh hari ni buka email dia balas. Kristian takde kasta, sapa mati dulu dia la tanam dulu atas bukit bawah bukit pun. 

Random jugak jawapan.


Rindu, tiada penghujung.



Komitmen

 Al salam alaykum


Aku buat hutang baru. Untuk 9 tahun. Warnanya putih. Liar kebiasaan aku. Pertama ebony black, kedua sparkling brown, ketiga dia takde nama istimewa, white sahaja. 


Hari pertama aku dah mengeluh. Aku tak boleh tengok kotor. Tapi aku malas. Maka, aku kena pejamkan mata ke macamana?

Tapi, aku sah takde duit lebihan utk berbelanja selepas ini. Kalau aku tak dapat sambung kontrak, mintak tolong Nisa la bayarkan. Suka hati je kan?


Aku beli bracelet baru. Mak aku tegur, “mu pakai semula gelang budak cina tu?”  Ehhhh. Mana ada. Rupanya bracelet baru aku sama tapi tak serupa dgn dia hadiahkan dulu. Halus. Aku masih simpan. Belum jual. Belum gadai. Tapi aku tak pakai. Belum sembuh. 

Sebulan

 Al salam alaykum


Hari ni genap sebulan di KL. Eh ataupun esok genap sebulan? Takpe la. Sekejap je kan. 


Dan hari ni aku nampak Lim. Tapi aku tak tegur pun. 

Selamat Hari Raya!

 Al salam alaykum


Selamat hari raya utk semua!

Maafkan diri sendiri ye!

29 readers!

 Al salam alaykum


Oit takut oitt. Sapa yg datang membaca pos haru tu?