Papers by Chew Yee Herng, Carlson
Pendahuluan Kisah Lai Teck menjadi antara kes paling menarik dalam konteks sejarah perisikan di A... more Pendahuluan Kisah Lai Teck menjadi antara kes paling menarik dalam konteks sejarah perisikan di Asia Tenggara. 1 Lai Teck dikatakan mempunyai pelbagai nama samaran dan terdapat sumber mengatakan beliau menggunakan lebih kurang 50 nama. Antaranya, Lai Te, Lighter, , dan lain-lain. 2 Kisah hidup Lai Teck penuh dengan misteri sejak kelahirannya. Salah satu akaun menerangkan nama diberi ialah Hoang A Nhac dan dilahirkan di provinsi Nghe Tinh, Vietnam. Dia berketurunan Cina atau Cina-Annam dan kemungkinan mencapai usia awal empat puluhan pada tahun 1945. 3 Sumber dari Vietnam menunjukkan nama sebenarnya ialah Pham Van Dac yang berasal dari Ba Ria, Selatan Vietnam. Beliau berminat terhadap Marxism-Leninism dan mendapat pendidikan menengah di Lycée Petrus Trương Vĩnh Ký. 4 Minat tersebut memberi peluang kepada Lai Teck satu perjalanan amat luar biasa sehingga digelar sebagai super spy. Leon Comber turut berpendapat bahawa Lai Teck adalah salah satu perisik terkenal di Asia dan ejen terpenting yang bertugas dengan Cawangan Khas Singapura. Isi-Isi Penting Dengan mempunyai gelaran yang unggul iaitu super spy, setentunya terdapat aspekaspek yang membuktikan kebolehan Lai Teck itu. Antaranya: 1. Sebagai Double-Agent di Vietnam Kareer Lai Teck sebagai spy bermula apabila beliau bertugas sebagai Double-Agent di Vietnam dan di situlah beliau memperoleh kemahiran serta pengalaman dalam penyuluhan.
Cereka atau Bahasa Inggeris Fiction adalah sebuah genre sastera yang menggarap cerita dan dikisah... more Cereka atau Bahasa Inggeris Fiction adalah sebuah genre sastera yang menggarap cerita dan dikisahkan dalam bentuk naratif menerusi imaginasi dan kreativiti pengarang. 1 Perkataan cereka itu sendiri berasal dari perkataan 'cerita yang direka'. Cereka sejarah pula ialah penulisan berideakan sejarah tetapi mengandungi banyak unsur yang direka. Karyakarya berbentuk cereka sejarah biasanya menggunakan fakta, sejarah, latar tempat, tokoh sejarah dan peristiwa sejarah dicampuri dengan aspek-aspek rekaan atau imaginasi pengarang.
Menurut Mahatma Gandhi dalam akhbar minggu Harjian, objektif akhbar adalah untuk memahami perasaa... more Menurut Mahatma Gandhi dalam akhbar minggu Harjian, objektif akhbar adalah untuk memahami perasaan yang popular dan memberi ekspresi kepadanya; kedua, membangkitkan sentimen yang diingini dalam kalangan rakyat and ketiga adalah membongkar 'kecacatan popular' (popular defects). 1 Benedict Anderson pula berpendapat kapitalisme pencetakan (print-capitalism) termasuk akhbar dan majalah membolehkan orang ramai untuk berfikir tentang diri mereka sendiri, dan mengaitkan diri mereka dengan orang lain. 2 Mulai abad ke-20, akhbar dan majalah turut memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu. Walaupun media percetakan berasal dari Barat, namun masyarakat tempatan di Malaya, seperti negara-negara Timur yang lain, telah mengeksploitasi potensi untuk kepentingan budaya, politik, dan ekonomi melalui penerbitan akhbar vernakular. 3
Indonesia sejak lama lagi sudah mengutamakan perpaduan negara. Kepelbagaian budaya dilihat sebaga... more Indonesia sejak lama lagi sudah mengutamakan perpaduan negara. Kepelbagaian budaya dilihat sebagai penghalang untuk mencapai matlamat. Oleh itu, kepelbagaian tersebut perlu dikurangkan sebanyak mungkin melalui promosi bahasa kebangsaan dan satu siri simbol negara. Jawa, dengan 61% daripada jumlah penduduk negara ini, mendominasikan proses asimilasi ini. 1 Faktor-faktor yang mencetuskan konflik wilayah, agama dan etnik boleh dibahagikan kepada dua iaitu faktor semasa dan faktor permisif. Faktor semasa merujuk kepada peristiwa tertentu yang menyebabkan satu kumpulan berselisih dengan satu kumpulan yang lain. Faktor permisif pula adalah aspek politik, ekonomi dan sosial yang lama ditanam dalam kalangan masyarakat sehingga menimbulkan konflik sama ada dalam skala besar atau kecil. 2 Maka, dalam kertas kerja ini, faktor permisif akan dibincangkan dahulu. Kemudian, peristiwa berkonflik yang berlaku di Indonesia pada pertengahan abad ke-20 hingga awal abad ke-21 serta faktor semasa yang mencetuskan konflik tersebut akan diterangkan.
Sistem pemilikan tanah adat Melayu sudah pun wujud sebelum penjajahan Kuasa-Kuasa Barat. Sistem p... more Sistem pemilikan tanah adat Melayu sudah pun wujud sebelum penjajahan Kuasa-Kuasa Barat. Sistem pemilikan tanah tradisional tetap diamalkan walaupun berada di bawah pentadbiran Portugis dan Belanda selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka. Terdapat beberapa ciri penting yang ada pada sistem pemilikan tanah tradisional. Antaranya, Namun, menjelang abad ke-20, aspek tanah di Tanah Melayu mengalami perubahan yang dramatik. Perubahan sistem pemilikan tanah berlaku apabila Inggeris secara rasmi mengambil alih pentadbiran dari Sultan-Sultan dan menubuhkan sistem Residen di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang mulai tahun 1874.
Pengenalan Sejarah teh atau Camellia Sinosis boleh dijejaki kepada satu legenda di China sekitar ... more Pengenalan Sejarah teh atau Camellia Sinosis boleh dijejaki kepada satu legenda di China sekitar tahun 2737 S.M. Teh pertama telah diminum oleh Maharaja Shen Nung apabila daun-daun kering telah memasuki cawan maharaja ketika baginda minum air panas. Pada awal tahun 780, Lu Yu ditugaskan untuk menulis buku pertama mengenai teh berjudul Cha Jing atau The Classic of Tea. 1 Pengetahuan mengenai teh mula tersebar secara berperingkat dari timur ke barat pada abad ke-15. Pada tahun 1652, teh telah diperkenalkan kepada British oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Di India, dipercayai bahawa masyarakat dari puak Bodo telah membawa teh ke Assam. Namun, mereka menghasilkan teh untuk mereka sendiri dan tidak menjual atau membawa hasil mereka ke luar Assam. Penanaman teh ditemui oleh seorang pedagang dan askar yang bernama Robert Bruce. Semasa beliau melawat Rongpur, beliau telah dipenjarakan dan seorang ketua Singpho memberi tumbuhan teh kepada Bruce. 2 Pada tahun 1824 Robert Bruce menyerahkan tumbuhan tersebut kepada adiknya C.A. Bruce yang kemudiannya menyerah kepada David Scott. Scott seterusnya memberi spesimen teh kepada taman botani di Calcutta. Namun, Persatuan Pertanian Calcutta mempunyai pendapat yang berbeza bahawa teh telah ditemui sejak awal 1700-an. Kolonel Robert Kyd, seorang penduduk Calcutta dan seorang ahli botani yang terkenal, menanam teh di taman beliau pada tahun 1780. Maklumat ini telah disampaikan kepada Sir Joseph Bank dan pada tahun 1782 kebunnya telah diserahkan kepada Taman Botani Calcutta. Pada tahun 1788, Sir Joseph Bank mendedahkan adanya teh asli di Coochbehar dan daerah Rangpur, Bengal dan mencadangkan penanaman tumbuhan ini diteruskan di kawasan tersebut. 3 Teh yang ditumbuhi liar di Coochbehar mengesahkan penemuan pertama teh asli di India.
Pendahuluan Dinasti Qajar diasaskan pada tahun 1795. Tempoh antara kematian Nader Shah (Dinasti S... more Pendahuluan Dinasti Qajar diasaskan pada tahun 1795. Tempoh antara kematian Nader Shah (Dinasti Safavid) dan pertabalan Agha Mohammad Khan iaitu Dinasti Qajar adalah selama 50 tahun. 12 tahun pertamanya berada dalam peperangan antara pihak-pihak yang menuntut takhta yang dikosongkan. Karim Khan, ketua suku Zand telah memenangi perang itu dan seterusnya menaik takhta. Selama 21 tahun beliau memerintah sebahagian besar Iran tanpa bantuan algojo. Selepas kematiannya, Agha Mohammad Qajar, melarikan diri dari Shiraz dan selepas 17 tahun peperangan menobatkan dirinya sebagai Shah Iran pada tahun 1795 di Tehran. 1 Pada permulaan abad kesembilan belas, Iran begitu terpencil dan jelas apa yang berlaku di dunia luar tidak dipedulikan sehingga maklumat sedikit yang disampaikan di Iran juga sama sekali diabaikan. Urusan dalaman Iran pada masa itu adalah pantulan daripada apa yang berlaku di urusan luar Iran. Iran telah kehilangan inisiatif dalam hubungannya dengan British dan Rusia serta ketinggalan dalam pembaharuan dalaman dan penyusunan semula negara. Pengasas dinasti, Agha Mohammad Khan telah dikembiri oleh musuh Qajar semasa baginda berusia lima tahun menyebabkan baginda dibesarkan menjadi seorang pembenci, pendendam, kejam dan kedekut. 2 Baginda telah dibunuh oleh pegawai sendiri pada tahun 1796. Anak saudara dan penggantinya, Fath Ali Shah mempunyai semua sifat-sifat buruk bapa saudaranya yang menjadikan negara ini lebih mundur. Perjanjian Turkmenchay pada tahun 1828 memberikan semua Caucasus kepada Rusia dan sempadan Rusia ditetapkan berikutan dengan Sungai Aras, dan kemudiannya ke selatan untuk menduduki Lankaran dan timur menduduki Astara di Caspian. Perjanjian Turkmenchay menandakan era Iran yang baru kerana hampir 1 Yahya Armajani, Iran. New Jersey: Prentice-Hall Inc, 1972, hlm. 102. 2 Ibid., hlm. 104. Carlson Chew Yee Herng AEE140006 seratus tahun Iran menjadi negara penampan bagi Rusia dan British. Ini adalah nasib sebuah negara penampan di mana Rusia dan British mempunyai dan menggunakan kuasa ekonomi dan politik tanpa apa-apa tanggungjawab untuk kebajikan rakyat. 3 dari tahun 1834 hingga tahun 1848. Baginda sedaya upaya melakukan percubaan untuk memperbaiki keadaan dalaman negara dengan menghapuskan amalan penyeksaan dan melarang pengimportan hamba ke Iran. Muhammad Shah dengan sokongan Russia, membuat percubaan untuk menawan semula Herat dan British memang membantah penawanan itu. Seorang pegawai British telah dihantar ke sana dan berjaya menumpaskan percubaan itu. 4 Muhammad Shah juga dibantu oleh Abol Qasem al-Qaim Maqam (1779-1835) yang berkebolehan dan sedar bahawa pembaharuan perlu dilakukan. 5
antara Kaum di Tanah Melayu sehingga Tahun 1963. Pendahuluan Pembentuk sebuah negara Tanah Melayu... more antara Kaum di Tanah Melayu sehingga Tahun 1963. Pendahuluan Pembentuk sebuah negara Tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai kaum dan gabungan nasionalisme amat diperlukan. Ahli-ahli politik sedar bahawa ketegangan kaum yang berlaku sejak pendudukan Jepun di Tanah Melayu bertambah serius pada permulaan zaman darurat. Konflik tersebut diburukkan dengan hakikat bahawa kuasa-kuasa tempatan yang dipilih oleh kerajaan kolonial kebanyakannya Melayu manakala masyarakat gerila komunis diwujudkan dan diselenggarakan oleh masyarakat Cina. Sementara itu kebanyakan orang Cina bersifat neutral terhadap usaha kerajaan untuk mengalahkan komunis. 1 Demi menyenangkan hati rasa tidak puas hati bukan Melayu dan melembutkan sikap nasionalis Melayu UMNO, kerajaan British telah menggalakkan pembentukan kewarganegaraan Persekutuan Malaya dan idea-idea yang berkaitan dengannya. 2 Pegawai-pegawai British mengulangi bahawa peruntukanperuntukan kewarganegaraan pada dasarnya merupakan ikatan perpaduan antara kaum dan kerjasama dalam kalangan pelbagai kaum di Tanah Melayu. Perpaduan seperti ini mestilah dicapai sebelum Tanah Melayu boleh berkerajaan sendiri dan diberikan kemerdekaan. 3 Pesuruhjaya Agung British di Asia Tenggara, Malcolm MacDonald, mengadakan satu perjumpaan dengan Presiden UMNO, Dato Onn Jaafar pada Ogos 1948 dan menggesa beliau tentang keperluan untuk menyederhanakan pendirian nasionalisme Melayu. Beliau percaya bahawa jika beberapa kompromi dapat dicapai antara parti-parti perkauman, perjanjian atau formula boleh diusahakan untuk masa 1
Uploads
Papers by Chew Yee Herng, Carlson