19 Ogos
tarikh
<< | Ogos | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
2024 |
19 Ogos merupakan hari ke-231 (hari ke-232 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 134 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini merupakan:
- Hari Kemerdekaan di Afghanistan (1919);
- Hari Penerbangan Kebangsaan di Amerika Syarikat;
- Perayaan Transfigurasi (Kristian, kalendar Julian).
Peristiwa
sunting- 293 SM – Kuil Rom tertua yang diketahui untuk Venus diasaskan, memulakan institusi Vinalia Rustica.
- 1782 – Perang Revolusi Amerika: Angkatan gabungan renjer British dan Indian Amerika menyerang hendap dan menumpaskan anggota militia Kentucky.
- 1841 - Bendahara Tun Ali yang datang dari Pahang telah merasmikan Tun Daeng Ibrahim sebagai Temenggung Seri Maharaja, Johor, dalam satu istiadat yang diadakan di Teluk Belanga, Singapura.
- 1942 – Perang Dunia Kedua: Tentera Pihak Berikat menyerbu angkatan Jerman di Dieppe, Perancis (gambar), namun gagal.
- 1945 – Perang Vietnam: Viet Minh pimpinan Ho Chi Minh mengambil alih kuasa di Hanoi, Vietnam.
- 1953 - Kerajaan Perdana Menteri Mohammed Mossadegh di Iran digulingkan agensi perisikan A.S dan UK, lalu mengembalikan sistem raja mutlak.
- 1960 – Anjing angkasa lepas Rusia Belka dan Strelka mula mengorbit Bumi di atas Korabl-Sputnik 2.
- 1991 – Mikhail Gorbachev diumumkan sebagai "tidak sihat dan dilepaskan jawatannya sebagai Presiden" dalam satu percubaan rampasan kuasa yang gagal.
- 2008 – Pervez Musharraf meletakkan jawatan sebagai Presiden Pakistan.
Kelahiran
sunting- 1878 – Manuel L. Quezon, Presiden Filipina ke-2
- 1946 – Bill Clinton, Presiden Amerika Syarikat ke-42