2015
Tahun
2015 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Khamis dalam kalendar Gregory.
Milenium: | milenium ke-3 |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
Peristiwa
suntingJanuari
sunting- 1 Januari
- Lithuania menjadi ahli ke-19 di Eurozone.
- Banjir di beberapa buah tempat di Asia masih belum reda.
- 4 Januari − Ahli kaji purba mengumumkan penemuan makam permaisuri Mesir purba, Khentakawess III yang sebelum ini tidak diketahui.
- 7 Januari − Serangan oleh Boko Haram terhadap warga Nigeria di Baga meninggalkan beratus-ratus orang mati dan lebih daripada 35,000 pelarian.
- 10 Januari - Penangguhan Tahun Festival Malaysia 2015 (gambar logo) dari di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
- 13 Januari - Hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Azilah dan Sirul Azhar selepas membenarkan rayuan pendakwaan.
- 19 Januari - Rayani Air menubuhkan syarikat penerbangan Syariah pertama di Malaysia.
- 23 Januari - Raja, Abdullah bin Abdul Aziz mangkat umur 90 tahun, tiga minggu selepas dimasukkan ke hospital kerana pneumonia.
- 24 Januari - Tunku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja mangkat di sebuah pusat perubatan di Hospital Pantai, Kuala Lumpur pukul 3:30 petang disebabkan oleh pneumonia ketika berumur 86 tahun.
- 25 Januari - Pasukan hoki kebangsaan Malaysia menjuarai Liga Hoki Dunia Pusingan Kedua mejulang pertama kali berturut-turut.
- 31 Januari - Pembukaan rasmi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 dari Jabur ke Kuala Terengganu.
Februari
sunting- 4 Februari − Sekurang–kurangnya 32 orang terbunuh apabila Penerbangan 235 TransAsia Airways (gambar pesawat) terhempas sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Songshan Taipei, Taiwan.
- 8 Februari - Dalam bola sepak, Ivory Coast muncul juara Piala Negara-Negara Afrika.
- 10 Februari − Ketua pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim dihukum penjara selama lima tahun, selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan beliau didapati bersalah dalam tuduhan meliwat.
- 12 Februari - Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada usia 84 tahun di Kubang Kerian.
- 16 Februari - Hari Perkabungan Negara selama 7 hari ekoran pembunuhan 21 rakyat Mesir.
- 17 Februari − Ketua pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim tetapkan 5 Jun untuk membuat keputusan berhubung kes saman fitnah RM100 juta , selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan beliau didapati bersalah dalam terhadap Menteri Luar, Anifah Aman.
- 27 Februari − Ketua pembangkang Rusia,Boris Nemtsov ditembak mati di tengah Moscow.
Mac
sunting- 5 Mac-8 Mac – Kerajaan Iraq melaporkan bahawa bandar-bandar pra-Islam iaitu Hatra dan Nimrud telah dimusnahkan oleh ISIS, yang mendakwa mereka adalah kufur.[1][2][3]
- 6 Mac – Kapal angkasa Dawn oleh NASA telah memasuki orbit disekitar planet kerdil Ceres.[4][5]
- 8 Mac
- Harun Salim Bachik, bekas pelawak, pelakon, pengarah & pengacara meninggal dunia kira-kira jam 4:30 petang selepas rebah di tandas stesen minyak Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol di Bukit Merah.
- Ulang tahun peringati setahun Penerbangan 370 Penerbangan Malaysia , dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan dinaiki 239 orang, hilang di Teluk Thailand.
- 20 Mac - Malcolm Fraser, bekas Perdana Menteri Australia meninggal dunia selepas jatuh sakit pada usia 84 tahun.
- 22 Mac - Pas berjaya mempertahankan DUN Chempaka dalam pilihan raya kecil.
- 23 Mac - Sultan Johor, Sultan Ibrahim ditabalkan sebagai Sultan Johor ke-25 serta Sultan Johor era moden ke-5 dari Wangsa Temenggong.
April
sunting- 4 April Enam orang termasuk juruterbang serta ahli parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis, maut selepas helikopter yang dinaiki mereka terhempas dekat Semenyih.
- 13 Apr Günter Grass (gambar), pemenang anugerah Nobel serta pengarang bagi The Tin Drum dan Dog Years, meninggal dunia pada usia 87 tahun.
- 21 April Nokia bersetuju untuk membeli syarikat pembuat peranti telekomunikasi Alcatel-Lucent dengan harga €15.6 bilion (RM60.73 bilion).
- 21 April Kereta api maglev Siri L0 berjaya memecahkan rekod kelajuan dunia dan menjadi kereta api pertama yang mampu bergerak dalam kelajuan melebihi 600 km/h (375 mph).
- 25 April Lebih daripada 4,000 orang terbunuh selepas gempa bumi bermagnitud 7.8 melanda Nepal.
Jun
sunting- 5 Jun Gempa bumi melanda Ranau, Sabah berukuran 6.0 skala ritcher.
Julai
sunting- 1 Julai Teenebelle mengeluarkan mini album perdananya yang bertajuk "Happy Friends".
- 4 Julai Ahli sains mengumumkan penemuan Kepler-452b, planet luar suria berpotensi yang pertama berada dalam zon boleh didiami bintang seperti Matahari.
- 4 Julai Dalam perlawanan bola sepak, Chile berjaya menumpaskan Argentina dalam pusingan akhir Copa América.
- 28 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, jawatan digantikan oleh Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ogos
sunting- 3 Ogos SPRM memaklumkan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak adalah dana sumbangan penderma dan bukannya disalurkan oleh 1MDB.
- 3 Ogos Taufan Soudelor membadai Taiwan dan merosakkan banyak harta dan mengakibatkan kematian dan kecederaan.
- 17 Ogos Tragedi Pengeboman Ratchaprasong 2015 di Bangkok mengakibatkan seramai 23 terbunuh dan 123 orang lagi tercedera.
- 22 Ogos Tragedi Persembahan Udara Shoreham 2015 mengorbankan sekurang-kurangnya 7 orang dan 16 yang lain tercedera. Manakala juruterbang kritikal.
- 24 Ogos Harga rumah mampu milik semasa di Malaysia yang terlalu tinggi menyebabkan sehingga ia kurang mampu dimiliki oleh rakyat.
- 25 Ogos Untuk pertama kalinya dalam sejarah negeri Washington, pihak berwajib meminta penduduk secara sukarela membantu memadamkan kebakaran hutan yang memusnahkan kira-kira 1.6 juta ekar hutan.
- 25 Ogos Kuil Baalshamin telah dimusnahkan oleh angkatan ISIL selepas penaklukan Palmyra dekat Syria.
- 29 Ogos Perhimpunan Bersih 2015 diadakan serentak di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching dan seluruh dunia, menarik ratusan ribu orang mengadakan protes aman.
- 31 Ogos Hari Kemerdekaan Malaysia.
September
sunting- 11 September Insiden kren jatuh di Makkah yang berlaku di kompleks Masjid al-Haram, Makkah meragut seramai 118 nyawa dan mencederakan 394 orang yang lain.
- 15 September Malcolm Turnbull (gambar) dilantik menjadi Perdana Menteri Australia baharu, menggantikan Tony Abbott sebagai ketua Parti Liberal.
Oktober
suntingNovember
sunting- 8 November Liga Demokrasi Kebangsaan yang diterajui oleh Aung San Suu Kyi telah mendapat kemenangan majoriti dalam pilihan raya umum Myanmar.
- 8 November Beto Kusyairy dan Lisa Surihani masing-masing telah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita terbaik dalam Anugerah Skrin 2015.
- 13 November Sekurang-kurangnya 153 orang terbunuh manakala 433 lagi cedera dalam kejadian tembak-menembak dan letupan di Paris, Perancis.
- 17 November Khidmat Keselamatan Persekutuan Rusia memberi kenyataan bahawa Penerbangan 9268 Metrojet (gambar) dimusnahkan oleh bom.
- 24 November Pesawat Sukhoi Su-24 Rusia ditembak jatuh oleh pesawat F-16 milik Tentera Udara Turki dekat sempadan antara Turki dan Syria.
Peristiwa ramalan dan peristiwa berjadual
suntingFebruari
sunting- Dawn, kapal angkasa lepas NASA dijangka akan tiba di planet kerdil Ceres.
Mac
sunting- 20 Mac – Gerhana suria total (dapat dilihat dari Atlantik Utara).
Mei
sunting- 21 Mei – Solar Probe Plus milikan NASA akan mengorbit Matahari.
Jun
sunting- Sukan Asia Tenggara 2015 akan berlangsung di Singapura
Julai
sunting- 1 Julai – Bumi, Zuhrah, dan Musytari akan sebaris.
- 14 Julai – Kapal angkasa lepas New Horizons milikan NASA dijangka akan melewati Pluto dan Kharon pada 50,000 kilometer sejam dan menjelajahi kawasan itu selama lima bulan sehingga jaraknya terlalu besar. New Horizons kemudian akan memasuki jalur Kuiper dan akhirnya meninggalkan Sistem Suria.
September
sunting- 10 September – Ratu Elizabeth II akan mengatasi Ratu Victoria sebagai raja pemerintah yang paling lama dalam sejarah British jika beliau masih memerintah.
- 13 September – Gerhana suria separa.
Oktober
sunting- 25 Oktober – Komet 22P/Kopff dijangka akan pulang.
Tarikh tepat tidak diketahui
sunting- Negara-negara ASEAN dijangka melupuskan televisyen analog dan mengamalkan televisyen digital sepenuhnya pada tahun ini.[1]
- Operasi plasma pertama reaktor pelakuran nuklear dijangka akan bermula.
- Tarikh sasaran untuk negara-negara OECD meningkatkan aras bantuan sehingga 0.7% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), seperti ditetapkan oleh Perjanjian Paris.
- Tentera Laut Amerika Syarikat akan mentauliahkan USS Gerald R. Ford, kapal pertama dalam kelas baharu kapal induk super.
- Pemenang untuk negara pengacara Olimpik Musim Sejuk 2022 akan diumumkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).
- Penjelajahan angkasa lepas Voyager 1 akan sampai ke heliopaus.
- Tahun ini merupakan tahun terawal Agensi Angkasa Lepas Eropah akan melancarkan Misi Darwin untuk mencari-cari eksoplanet yang mungkin mempunyai hidupan.
- Komuniti Afrika Timur mungkin akan bersekutu demi menjadi sebuah negara tunggal.
- Bandaraya Masdar dijadualkan akan siap. Matlamatnya adalah untuk menjadi bandar raya pertama yang boleh kekal, berkarbon sifar, dan bersisa sifar sepenuhnya.
Kematian
suntingJanuari
sunting- 23 Januari − Raja Abdullah bin Abdul Aziz.(Lahir 1924).
- 24 Januari − Tunku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja.(Lahir 1928).
Februari
sunting- 12 Februari
- Hasbullah Awang, pengulas sukan Astro Arena & RTM (Lahir 1952).
- Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS) (Lahir 1931)
- 27 Februari − Boris Nemtsov ,Bekas ketua pembangkang Rusia (Lahir 1959).
Mac
sunting- 8 Mac − Harun Salim Bachik, Pelakon Komedi (Lahir 50-an)
- 20 Mac − Malcolm Fraser, Bekas Perdana Menteri Australia (Lahir 1956)
- 23 Mac − Lee Kuan Yew, Bekas Perdana Menteri Singapura (Lahir 1923)
April
sunting- 4 April - Abdul Jalil Salleh, Penulis lirik lagu, wartawan (lahir 1953)
Oktober
sunting- 15 Oktober - Rizzini Alexis Gomez
November
sunting- 30 November - Yus Jambu, Pelawak, Pelakon, Pengacara (Lahir 1976)
Disember
sunting- 1 Disember - Mariam Ismail, seniwati Melayu terkenal yang juga kakak kepada biduanita Puan Sri Saloma (Lahir 1933)
- 5 Disember - Tunku Abdul Jalil, Tunku Laksamana Johor dan anakanda ke-4 Sultan Johor. (Lahir 1990)
Rujukan
sunting- ^ "ISIL fighters bulldoze ancient Assyrian palace in Iraq". Al Jazeera. 5 March 2015. Dicapai pada 6 March 2015.
- ^ "Reports: ISIS bulldozed ancient Hatra city in Mosul - RiyadhVision". RiyadhVision. 7 March 2015. Dicapai pada 8 March 2015.
- ^ "Ancient site Khorsabad attacked by Islamic State: reports". Toronto Star. 8 March 2015. Dicapai pada 8 March 2015.
- ^ "NASA Spacecraft Becomes First to Orbit a Dwarf Planet". NASA. 6 March 2015. Dicapai pada 6 March 2015.
- ^ "Nasa's Dawn probe achieves orbit around Ceres". BBC. 6 March 2015. Dicapai pada 6 March 2015.