Aiskrim (Jawi: أيسکريم serapan Inggeris ice cream "air batu putar"[1]) adalah sejenis makanan beku dibuat dari hasil tenusu seperti krim (atau bahan sejenisnya) dicampurkan dengan perasa dan pemanis. Campuran ini didinginkan dengan mengacau sambil dikurangkan suhunya untuk mencegah pembentukan kristal ais besar. Secara tradisi, suhu dikurangkan dengan meletakkan campuran aiskrim ke sebuah bekas yang dimasukkan ke dalam campuran ketulan ais dan garam. Garam membuat air dapat berada di bawah titik beku air tulen.

Aiskrim
Semangkuk aiskrim
JenisPencuci mulut beku, dessert with spoon, soft cow dairy product Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianSnek, pencuci mulut
Tempat asalMesopotamia
Suhu penghidanganSejuk
Bahan utamaSusu, krim, gula, Perisa Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Aiskrim di sebuah kedai di bandar Rome

Walaupun istilah aiskrim sering digunakan untuk menunjuk kepada pencuci mulut beku dan makanan ringan, tapi sebenarnya khas digunakan untuk menunjuk kepeda pencuci mulut beku dan makanan ringan yang terdiri dari lemak susu. Banyak negara, termasuk Amerika Syarikat, mengehadkan penggunaan istilah tersebut berdasarkan kuantiti kandungan asas makanan tersebut.

Aiskrim moden komersil dibuat daripada campuran bahan di bawah ini:

Bahan-bahan ini membentuk bahagian pepejal aiskrim yang kecil pada produk akhir, yang selebihnya merupakan udara yang dimasukkan sewaktu proses pemutaran bahan-bahan ini. Aiskrim yang mempunyai harga yang murah diperolehi daripada bahan-bahan yang murah serta kemasukan udara yang lebih banyak sehingga 50% isipadu produk akhir.

Aiskrim datang dalam pelbagai jenis perisa, seringklainya dengan bahan tambahan seperti kepingan coklat, kekacang, buah-buahan dan gula-gula kecil. Antara perisa aiskrim yang kerap dijual di pasar-pasar adalah perisa vanila, coklat, strawberi, and Neapolitan (gabungan ketiga-tiga perisa tersebut).

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Kwik Khing Djoen (1923). "ice cream (E)". Kitab Vortaro: Segala Perkatahan-Perkatahan Asing Jang Soeda Oemoem Di Goena Ken Di Dalem Soerat-Soerat Kabar Melayoe. Batavia: Sin Po. m/s. 146. ...ys jang soeda di poeter, tertjampoer soesoe dan goela.
Sumber utama
  • David, Elizabeth (1994). "Harvest of the Cold Months: the Social History of Ice and Ices". London: Penguin. ISBN 0-14-017641-1 .

Pautan luar

sunting