Antoine Griezmann (Sebutan bahasa Perancis: [ɑ̃twan ɡʁjɛzman];[2] lahir 21 Mac 1991) ialah seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang bermain untuk kelab Sepanyol, Atlético Madrid sebagai penyerang.

Antoine Griezmann
Griezmann pada 2018
Maklumat peribadi
Nama penuh Antoine Griezmann
Tarikh lahir (1991-03-21) 21 Mac 1991 (umur 33)
Tempat lahir Mâcon, Perancis
Ketinggian 1.75 m (5 ka 9 in)[1]
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Atlético Madrid
Nombor 7
Kerjaya remaja
1997–1999 Mâcon
1999–2005 Mâconnais
2005–2009 Real Sociedad
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2009–2014 Real Sociedad 179 (46)
2014–2019 Atlético Madrid 180 (94)
2019–2022 Barcelona 74 (22)
2021–2022Atlético Madrid (pinjam) 34 (5)
2022– Atlético Madrid 38 (15)
Pasukan kebangsaan
2010 Perancis B19 7 (3)
2011 Perancis B20 8 (1)
2010–2012 Perancis B21 10 (3)
2014– Perancis 121 (43)
Pengalaman
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23:01, 4 Jun 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 19 Jun 2023

Dia memulakan karier bola sepak di Real Sociedad dimana dia bermain selama lima musim sebelum berpindah ke Atlético dengan harga €30 juta dan telah menjaringkan 80 gol La Liga dalam kariernya.

Griezmann merupakan pemain belia antarabangsa Perancis, telah mewakili negaranya di peringkat bawah-19, bawah-20 dan bawah-21.[3] Pada tahun 2010, dia merupakan sebahagian daripada pasukan yang memenangi Kejohanan Remaja B-19 UEFA 2010. Dia membuat penampilan pertamanya untuk pasukan senior pada tahun 2014 dan bermain dalam Piala Dunia tahun itu.

Karier kelab

sunting

Awal karier

sunting

Griezmann dilahirkan di komun Mâcon, Saône-et-Loire. Dia berketurunan Alsatian.[4] Dia memulakan karier dengan bermain untuk kelab tempatan, UF Mâcon.[5] Semasa di sana, dia mengambil bahagian dalam beberapa percubaan bersama kelab profesional untuk mendapat tempat dalam salah satu akademi belia mereka tetapi ditolak kerana kelab-kelab tersebut menyoal saiz badannya.[5]

Pada tahun 2005, semasa menjalani ujian percubaan bersama Montpellier, Griezmann bermain perlawanan persahabatan menentang akademi belia Paris Saint-Germain di Paris dan menarik minat beberapa kelab terutamanya Real Sociedad. Susulan perlawanan itu, pegawai rasmi kelab menawarkan Griezmann ujian percubaan satu minggu di San Sebastián yang diterima olehnya. Dia kemudiannya ditawarkan minggu kedua di kelab ini. Kelab ini kemudiannya menghubungi ibu-bapanya dan menawarkan dia kontrak belia. Taruhan Bola | Judi Bola | Vipbet88 | Mansigné

Real Sociedad

sunting

Selepas empat tahun dalam sistem belia kelab ini, dia membuat penampilan sulungnya dalam kempen pra-musim 2009–10. Semasa pra-musim, dia menjaringkan lima gol dalam empat penampilan dan akibat kecederaan pemain sayap utama, Lasarte memilihnya untuk memulakan musim.[5]

Pada 2 September 2009, Griezmann membuat penampilan kompetitif pertama dalam perlawanan Copa del Rey menentang Rayo Vallecano, muncul sebagai pemain gantian pada minit ke-77 dimana mereka tewas 2–0.[6] Empat hari kemudian, dia membuat penampilan liga pertamanya sebagai pemain gantian dimana mereka seri 0–0 dengan Real Murcia. Pada 27 September, dia berada dalam kesebelasan utama buat pertama kali dan juga menjaringkan gol profesional pertamanya ketika mereka menang ke atas SD Huesca 2–0.[7] Dua minggu kemudian, Griezmann menjaringkan gol keduanya ketika mereka menang 2–0 ke atas UD Salamanca.[8] Pada bulan November 2009, dia menjaringkan gol ketika menentang Hércules CF dan Recreativo Huelva.[9] Griezmann bermain secara konsisten dalam pasukan ini untuk baki musim dan menjaringkan dua lagi gol ketika mereka menang ke atas Cádiz dan Numancia. Real Sociedad mendapat promosi ke La Liga untuk musim 2010–11 sebagai juara liga.[10][11][12]

Pada 8 April 2010, Griezmann menandatangani kontrak profesional pertamanya, bersetuju dengan perjanjian lima tahun bersama kelab ini sehingga tahun 2015 dengan klausa perpindahan sebanyak €30 juta.[13] Sebelum menandatangani kontrak itu, dia mendapat minat dari kelab-kelab Ligue 1, Lyon, Saint-Étienne dan Auxerre.[14] Griezmann juga mendapat minat dari kelab-kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United dan Arsenal.[3]

 
Griezmann beraksi menentang Levante pada tahun 2012

Griezmann membuat penampilan pertamanya dalam divisyen utama Sepanyol pada 29 Ogos 2010. Dalam perlawanan pertama pasukan itu selepas rehat antarabangsa bulan September, Griezmann membuat bantuan gol kepada Raúl Tamudo ketika menentang Real Madrid. Madrid menang perlawanan itu dengan keputusan 2–1 susulan gol daripada Cristiano Ronaldo.[15] Pada 25 Oktober, Griezmann menjaringkan gol pertamanya dalam liga ketika kemenangan 3–0 ke atas Deportivo La Coruña.[16] Seminggu kemudian, Griezmann menjaringkan gol pembukaan ketika kemenangan 2–1 ke atas Málaga CF.[17] Pada bulan November 2010, Griezmann menjaringkan gol ketika pasukannya tewas 2–1 kepada Hércules.[18] Dia menjaringkan gol kedua ketika pasukannya menang 4–0 ke atas Getafe.[19] Selepas gagal menjaringkan gol dalam sembilan perlawanan seterusnya, Griezmann kembali menjaringkan gol ketika pasukannnya kalah 2–1 kepada Racing Santander.[20] Pada 17 April, dia menjaringkan dua gol ketika kemenangan 2–1 ke atas Sporting Gijón.[21]

Dalam perlawanan kompetitif pertamanya pada musim 2011–12, Griezmann menjaringkan gol penyamaan ketika menentang FC Barcelona dimana mereka seri 2–2.[22]

Dalam perlawanan terakhir liga pada musim 2012–13, dia menjaringkan gol ketika menentang Deportivo La Coruña membolehkan pasukannya untuk layak ke Liga Juara-Juara UEFA buat pertama kali sejak musim 2003–04.[23]

Pada permulaan musim berikutnya, Griezmann menjaringkan gol ketika menentang Lyon untuk membantu Real Sociedad layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara (4–0 secara agregat).

Atlético Madrid

sunting
 
Griezmann bermain untuk Atlético Madrid pada tahun 2015

Pada 28 Julai 2014, Atlético Madrid mencapai persetujuan bersama Real Sociedad untuk perpindahan Griezmann dengan yuran dipercayai sekitar £24 juta (€30 juta).[24][25][26] Dia lulus ujian perubatan pada hari yang sama dan menandatangani kontrak enam tahun pada 29 Julai 2014.[25][27]

Griezmann membuat penampilan kompetitif pertama dalam perlawanan pertama Supercopa de España 2014 pada 19 Ogos dimana mereka seri 1–1 dengan Real Madrid.[28] Pada 17 September, dia menjaringkan gol pertamanya untuk kelab ini dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEFA menentang Olympiacos dimana pasukannya tewas 3–2.[29] Griezmann menjaringkan dua gol ketika kemenangan 4–2 ke atas Córdoba CF pada 1 November, perlawanan liga pertamanya untuk kelab ini.[30] Pada 21 Disember 2014, dia menjaringkan gol hatrik La Liga pertamanya ketika Atlético menang 4–1 ke atas Athletic Bilbao.[31] Dia merupakan Pemain Bulanan La Liga untuk bulan Januari 2015.[32]

Pada 25 April 2015, Griezmann menjaringkan dua gol ketika menentang Elche CF dimana mereka menang 3–0. Dua gol ini membawa Griezmann kepada 22 gol dalam liga, yang merupakan jumlah tertinggi direkodkan oleh pemain Perancis.[33]

Pada 22 Ogos 2015, Griezmann menjaringkan satu-satunya gol ketika Atlético menang ke atas UD Las Palmas.[34] Dia menjaringkan dua gol pada 15 September dimana mereka menang ke atas Galatasaray dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.[35] Seminggu kemudian, dia menjaringkan gol untuk mengalahkan Getafe CF dan meletakkan Atlético di tangga teratas liga.[36] Pada 18 Oktober, Griezmann menjaringkan gol ke atas bekas kelabnya untuk menang 2–0.[37]

Karier antarabangsa

sunting

Pada 23 Februari 2010, dia dinamakan dalam pasukan bawah-19 Perancis untuk dua perlawanan persahabatan menentang Ukraine. Pada 2 Mac, Griezmann membuat penampilan belia antarabangsa pertamanya ketika seri 0–0 dengan Ukraine.[38] Dua hari kemudian, dia menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-88 dimana Perancis menang 2–1.[39]

 
Griezmann bersama Perancis B21 pada tahun 2011

Pada 7 Jun 2010, Griezmann dinamakan dalam skuad 18 pemain untuk mengambil bahagian dalam Kejohanan Remaja B-19 UEFA 2010.[40] Di dalam pertandingan ini, dia menjaringkan dua gol dan membuat satu bantuan gol dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan menentang Austria dimana pasukannnya menang 5–0.[41][42][43]

Dia dipanggil ke pasukan bawah-21 untuk perlawanan persahabatan menentang Rusia.[44] Griezmann membuat penampilan pertamanya untuk pasukan bawah-21 dimana mereka tewas 1–0.[45]

Selepas bermain dalam dua perlawanan untuk pasukan bawah-21, Griezmann kembali ke pasukan bawah-20 dan membuat penampilan pertamanya untuk pasukan ini pada 9 Februari 2011 ketika mereka menang 2–1 ke atas England.[46] Pada 10 Jun 2011, dia dinamakan dalam skuad 21 pemain untuk mengambil bahagian dalam Piala Dunia B-20. Dia membuat penampilan pertamanya dalam pertandingan ini pada 30 Julai 2011 dimana pasukannya tewas 4–1 kepada Colombia.[47] Pada 10 Ogos, dalam perlawanan pusingan 16 terakhir menentang Ecuador, Griezmann menjaringkan gol kemenangan untuk membantu pasukannya menang 1–0.[48]

Senior

sunting

Pada 27 Februari 2014, Griezmann menerima panggilan ke skuad senior Perancis untuk perlawanan persahabatan menentang Belanda di Stade de France.[49] Beliau membuat penampilan pertamanya pada 5 Mac dimana mereka menang 2–0.[50]

Pada 13 Mei, dia dinamakan ke dalam skuad untuk Piala Dunia FIFA 2014.[51] Pada 1 Jun, dia menjaringkan gol antarabangsa pertamanya ketika menentang Paraguay dimana mereka seri 1–1. Dia menjaringkan dua gol ketika menentang Jamaica pada 8 Jun dimana mereka menang 8–0.[52]

Pada 15 Jun, dia dipilih ke dalam kesebelasan utama untuk perlawanan pertama Piala Dunia 2014 menentang Honduras dimana mereka menang 3-0.[53] Perancis layak ke suku akhir sebelum disingkirkan oleh Jerman.

Statistik kerjaya

sunting
Sehingga 15 Ogos 2021[54]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain-lain Jumlah
Bahagian Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Real Sociedad 2009–10 La Liga 39 6 1 0 40 6
2010–11 37 7 2 0 39 7
2011–12 35 7 3 1 38 8
2012–13 34 10 1 1 35 11
2013–14 34 16 7 3 8[a] 1 49 20
Jumlah 179 46 14 5 8 1 201 52
Atlético Madrid 2014–15 La Liga 37 22 5 1 9[a] 2 2[b] 0 54 25
2015–16 La Liga 20 12 1 2 6[a] 4 0 0 27 18
2016–17 La Liga 36 16 5 4 12[a] 6 53 26
2017–18 La Liga 32 19 3 2 14[c] 8 49 29
2018–19 La Liga 37 15 2 2 8[a] 4 1[d] 0 48 21
Total 180 94 18 12 56 27 3 0 257 133
Barcelona 2019–20 La Liga 35 9 3 3 9[a] 2 1[e] 1 48 15
2020–21 La Liga 36 13 6 3 7[a] 2 2[e] 2 51 20
2021–22 La Liga 1 0 0 0 0 0 0 0 1 0
Jumlah 72 22 9 6 16 4 3 3 100 35
Jumlah kerjaya 432 162 40 23 80 32 6 3 558 220
  1. ^ a b c d e f g Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA
  2. ^ Penampilan dalam Supercopa de España
  3. ^ Enam penampilan dan dua gol di Liga Juara-Juara UEFA, lapan penampilan dan enam gol di Liga Europa UEFA
  4. ^ Penampilan di Piala Super UEFA
  5. ^ a b Penampilan di Piala Super Sepanyol

Antarabangsa

sunting
Sehingga 11 Oktober 2015.[55]
Pasukan Musim Kmncln Gol
Perancis 2014 14 5
2015 8 1
Jumlah 22 6

Kejayaan

sunting
Real Sociedad
Atlético Madrid

Antarabangsa

sunting
Perancis

Individu

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-24. Dicapai pada 2016-01-22.
  2. ^ "Griezmann met l'accent là où il faut" (dalam bahasa French). 16 June 2014. Dicapai pada 15 September 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ a b "Antoine Griezmann Segunda Liga's emerging talent". News of The World. 15 April 2010. Dicapai pada 27 June 2010.
  4. ^ Wallace, Sam (3 July 2014). "France v Germany World Cup 2014: Antoine Griezmann's rapid rise can outpace German rival". The Independent.
  5. ^ a b c "Griezmann: "Un rêve de porter le maillot bleu" (Griezmann: "It's a dream to wear the blue jersey")" (dalam bahasa French). French Football Federation. 25 June 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 June 2010. Dicapai pada 27 June 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "La Real, apeada de la Copa (0–2) (Real, ousted from the Cup (0–2)" (dalam bahasa Spanish). Real Sociedad. 2 September 2009. Dicapai pada 27 June 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "La Real vence y convence (2–0) (Real wins and plays well (2–0)" (dalam bahasa Spanish). Real Sociedad. 27 September 2009. Dicapai pada 27 June 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "Real Sociedad 2–0 U.D. Salamanca". ESPN. 11 October 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-24. Dicapai pada 22 March 2011.
  9. ^ "Hercules 5–1 Real Sociedad". ESPN. 1 November 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-07. Dicapai pada 22 March 2011.
  10. ^ "Real Sociedad 4–1 Cádiz". ESPN. 9 January 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-24. Dicapai pada 22 March 2011.
  11. ^ "Real Sociedad 2–1 Numancia". ESPN. 7 March 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-08. Dicapai pada 22 March 2011.
  12. ^ "Real Sociedad win promotion". Yahoo!. 13 June 2010. Dicapai pada 22 March 2011.
  13. ^ "Comunicado Oficial: Griezmann renueva su contrato con la Real (Official announcement: Griezmann renews contract with Real)" (dalam bahasa Spanish). Real Sociedad. 8 April 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 June 2010. Dicapai pada 27 June 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ "How Real Sociedad managed to land Griezmann ahead of Lyon, Auxerre". Tribal Football. 10 April 2010. Dicapai pada 27 June 2010.
  15. ^ "Ronaldo saves Real". ESPN. 19 September 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-07. Dicapai pada 22 March 2011.
  16. ^ "Griezmann conduit la Sociedad (Griezmann leads Sociedad)" (dalam bahasa French). L'Equipe. 25 October 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 October 2010. Dicapai pada 8 November 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  17. ^ "Sociedad prosper at Malaga". ESPN. 31 October 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-24. Dicapai pada 22 March 2011.
  18. ^ "Duo on song for Hercules". ESPN. 14 November 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-08. Dicapai pada 22 March 2011.
  19. ^ "Four-star Sociedad batter Getafe". ESPN. 15 January 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-24. Dicapai pada 22 March 2011.
  20. ^ "Giovani strike sinks Sociedad". ESPN. 20 March 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-24. Dicapai pada 22 March 2011.
  21. ^ "Griezmann brace sinks Gijon". ESPN. 17 April 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-24. Dicapai pada 25 April 2011.
  22. ^ "Sociedad peg Barca back". ESPN. 10 September 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-02. Dicapai pada 14 September 2011.
  23. ^ "Sociedad send Deportivo down". ESPNFC. 1 June 2013. Dicapai pada 1 June 2013.
  24. ^ "Agreement with Real Sociedad for the transfer of Griezmann". Atlético Madrid. 28 July 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-01. Dicapai pada 28 July 2014.
  25. ^ a b Kent, David (29 July 2014). "Antoine Griezmann signs six-year deal at Atletico Madrid as he completes £24million move to the Spanish champions". Mail Online. Dicapai pada 31 July 2014.
  26. ^ "Atlético Madrid deal for Antoine Griezmann announced". as.com. 28 July 2014. Dicapai pada 28 July 2014.
  27. ^ "Welcome, Griezmann!". Atlético Madrid. 29 July 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-31. Dicapai pada 31 July 2014.
  28. ^ "Spanish Super Copa: Real Madrid and Atletico draw 1-1 in first leg". Sky Sports News. 19 August 2014. Dicapai pada 20 August 2014.
  29. ^ "Olympiacos stun Atlético in five-goal thriller". UEFA. 17 September 2014. Dicapai pada 12 November 2014.
  30. ^ "Atlético Madrid vs. Córdoba 4 - 2". soccerway. 1 November 2014. Dicapai pada 11 November 2014.
  31. ^ "Ath Bilbao 1-4 Atl Madrid". BBC Sport. 21 December 2014. Dicapai pada 21 December 2014.
  32. ^ a b "Antoine Griezmann, Liga BBVA player of the month for January". Liga de Fútbol Profesional. 5 February 2015. Dicapai pada 5 February 2015.
  33. ^ "Griezmann makes French history at Atlético". UEFA. 27 April 2015. Dicapai pada 29 April 2015.
  34. ^ "Atl Madrid 1–0 Las Palmas". 22 August 2015. Dicapai pada 23 August 2015.
  35. ^ Yilmaz, Cetin Cem (15 September 2015). "Griezmann leads Atlético to Galatasaray win". UEFA. Dicapai pada 13 October 2015.
  36. ^ Walker, Joseph (22 September 2015). "Antoine Griezmann superb as Atletico Madrid beat Getafe, go top of La Liga". ESPN. Dicapai pada 13 October 2015.
  37. ^ Rogers, Iain (18 October 2015). "Real Sociedad 0-2 Atletico Madrid: Antoine Griezmann and Yannick Ferreira-Carrasco pile misery on David Moyes' nine-man side". Daily Mail. Reuters. Dicapai pada 18 October 2015.
  38. ^ "Match nul face à l'Ukraine (0–0) (Draw against Ukraine (0–0)" (dalam bahasa French). French Football Federation. 2 March 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-05. Dicapai pada 27 June 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  39. ^ "Deuxième manche victorieuse (2–1) (Win in second match (2–1)" (dalam bahasa French). French Football Federation. 4 March 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-07. Dicapai pada 27 June 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  40. ^ "Les joueurs retenus (The squad)" (dalam bahasa French). French Football Federation. 12 July 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-13. Dicapai pada 22 March 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  41. ^ "Flowing France leave Austria reeling". Union of European Football Associations. 21 July 2010. Dicapai pada 5 August 2010.
  42. ^ "Griezmann: a best-kept secret no longer". Union of European Football Associations. 22 July 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 July 2010. Dicapai pada 5 August 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  43. ^ "France fight back to claim U19 crown". Union of European Football Associations. 30 July 2010. Dicapai pada 5 August 2010.
  44. ^ "Mombaerts appelle Griezmann (Mombaerts calls Griezmann)" (dalam bahasa French). Football.fr. 10 November 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-27. Dicapai pada 22 March 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  45. ^ "Espoirs: France – Russie : 0–1 (Hopes: France – Russia: 0–1)" (dalam bahasa French). Ouest-France. 16 November 2010. Dicapai pada 22 March 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  46. ^ Phillips, Matt (9 February 2011). "VIDEO: U20s sunk in Shrewsbury". Shrewsbury: The Football Association. Dicapai pada 12 May 2012.
  47. ^ "Colombia 4–1 France". Fédération Internationale de Football Association. 30 July 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-19. Dicapai pada 2 August 2011.
  48. ^ "France 1–0 Ecuador". Fédération Internationale de Football Association. 10 August 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-18. Dicapai pada 12 May 2012.
  49. ^ http://espnfc.com/news/story/_/id/1729771/france-leave-samir-nasri-gael-clichy-call-antoine-griezmann-netherlands-friendly?cc=5901
  50. ^ "France vs. The Netherlands 2:0". flashscore.com. 5 March 2014. Dicapai pada 12 March 2014.
  51. ^ "World Cup 2014: Samir Nasri and Gael Clichy not in France squad". BBC Sport. 13 May 2014. Dicapai pada 14 May 2014.
  52. ^ "France 3-2 Jamaica". BBC Sport. 8 June 2014. Dicapai pada 9 June 2014.
  53. ^ "France 3-0 Honduras". BBC. 15 June 2014. Dicapai pada 16 June 2014.
  54. ^ "Antoine Griezmann ESPN Profile". ESPN. Dicapai pada 31 December 2015.[pautan mati kekal]
  55. ^ (Inggeris) Profil Antoine Griezmann di National-Football-Teams.com
  56. ^ Antoine Griezmann named April's Liga BBVA player of the month; LFP.es, 6 May 2015
  57. ^ "The 2014/15 Liga BBVA Ideal XI". LFP. 15 June 2015. Dicapai pada 17 June 2015.
  58. ^ Oussadi, Zahir (29 May 2015). "Onze d'Or: Le Public S'Est Mobilisé Pour Griezmann et les Lyonnais". Onze Mondial. Dicapai pada 26 December 2015.

Pautan luar

sunting