Awesome TV

Stesen televisyen terestrial percuma Malaysia

Awesome TV ialah sebuah saluran televisyen yang menayangkan rancangan-rancangan hiburan selama 24 jam untuk golongan muda dan remaja swasta pertama di Malaysia yang disiar pertama kalinya melalui siaran terestrial digital Malaysia, MYTV dalam definisi tinggi (HD) dan kemudian di Astro pada 18 Januari 2021 sehingga 1 Ogos 2024. Ia memulakan penyiarannya yang berkedudukan dan berpusat di Brickfields, Kuala Lumpur sebuah bandar raya terbesar dan ibu kota negara di Malaysia dan kemudian berpindah ke Persiaran KLCC di Bandaraya tersebut. Stesen ini dilancarkan secara rasmi sepenuhnya bermula komersial secara nasional sebagai stesen televisyen terestrial swasta digital bersiaran percuma nasional muzik dan hiburan sahaja pada 3 Ogos 2020 mula tepat sejak sekitar jam 6:00 pagi Waktu Piawai Malaysia.[2][3] Awesome TV boleh ditonton di seluruh negara melalui terestrial percuma MYTV di saluran 112 dan Astro di saluran 123 (ditamatkan). Pada waktu semalaman, siaran ini disiarkan dengan bacaan ayat-ayat ruqyah dan ayat-ayat suci Al-Qur'an iaitu pada jam 3:00 hingga 5:59 pagi dan kemudiannya diikuti dengan lagu Negaraku.

Awesome TV
NegaraMalaysia
Kawasan siaranSeluruh negara
SloganMemang Ohsem!
Ibu pejabatMOF Inc Tower, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur, Malaysia
Pengaturcaraan
BahasaMelayu
Format gambar16:9 HDTV (1080i)
Pemilikan
PemilikKoperasi Amanah Pelaburan Berhad
(Awesome Broadcasting Sdn. Bhd.)
Orang penting
  • Johan Ishak
    Pengarah Urusan[1]
  • Dato' Adam Ilyas
    Ketua Pegawai Eksekutif
  • Ts. Mazlan Mahdi
    Ketua Pegawai Operasi
  • Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli
    Pengarah Unit Kandungan
Sejarah
Dilancarkan
  • 3 Ogos 2020; 4 tahun yang lalu (2020-08-03)
    (MYTV) (HD)
  • 18 Januari 2021; 3 tahun yang lalu (2021-01-18)
    (Astro/NJOI) (HD)
Ditutup1 Ogos 2024; 3 bulan yang lalu (2024-08-01)
(Astro/NJOI)
Pautan
Laman webawesometv.my
Ketersediaan
Terestrial
MYTVSaluran 112 (HD)

Perihal

sunting

Misi Awesome TV adalah untuk menghasilkan pengisian yang segar dan menarik selari dengan fokus utama untuk dikenali sebagai penggalak minda atau “mood booster” di kalangan masyarakat Malaysia. Ia mengetengahkan lima genre utama iaitu Komedi, Hiburan, Drama, Bicara dan program kanak-kanak (sehingga pertengahan tahun 2023). Saluran ini juga menyiarkan variasi hiburan Thai, Korean, Hollywood, Bollywood dan Indonesia. Tidak hanya tertumpu kepada siaran percuma melalui televisyen, Awesome TV juga mensasarkan untuk bersiaran secara digital sepenuhnya. Pengisian Awesome TV boleh ditonton melalui laman sesawang www.awesometv.my dan aplikasinya yang boleh dimuat turun di Google Play Store.

Pada 1 Februari 2022, Awesome TV melancarkan program berita iaitu Berita 7:57 yang membawakan laporan harian merangkumi berita-berita nasional, tempatan dan luar negara merentasi segmen politik, isu semasa, ekonomi, jenayah, hiburan dan sukan.

Sejak 3 Ogos 2020, Awesome TV menjadi rasmi saluran berbahasa Melayu yang tersendiri sehingga rasmi semua rancangan berbahasa Melayu kepada semua penonton di Malaysia. Awesome TV rasmi semua rancangannya menumpukan kepada semua Bangsa Melayu.

Mengangkat slogan "Rakyat Keutamaan Kami". 'Berita 7:57' bersiaran secara langsung pada setiap hari jam 7:57 - 8:30 malam dan siaran ulangan pada jam 12 tengah hari. Dan sejak 2021, Awesome TV ialah ahli Persatuan Penyiar Kebangsaan Malaysia (PENYIAR), sebuah pertubuhan media penyiaran bukan untung dan bukan kerajaan.[perlu rujukan]

Sejarah

sunting

Awesome TV memulakan ujian transmisi sehingga siaran pecubaan pada hari Selasa, 28 Julai 2020 mula tepat sejak sekitar jam 12:00 tengah hari dengan siaran 12 jam dari 12:00 tengah hari hingga 12:00 tengah malam setiap hari dan menyiarkan rasmi video muzik golongan muda dan remaja Melayu dan Inggeris sebelum 6 hari dari 28 Julai 2020 hingga 2 Ogos 2020.

Awesome TV majlis pelancaran rasmi sepenuhnya bermula komersial swasta secara nasional sebagai stesen televisyen terestrial swasta digital bersiaran percuma nasional muzik dan hiburan selama 24 jam pertama untuk golongan muda dan remaja di Malaysia dan Kuala Lumpur pada Isnin, 3 Ogos 2020 mula tepat sejak sekitar jam 6:00 pagi. Awesome TV meluaskan liputannya melalui penyedia televisyen berbayar Astro di saluran 123 pada 18 Januari 2021 sehingga 1 Ogos 2024. Awesome TV rasmi melancarkan cogan kata baharu ialah "Memang Ohsem!".

Awesome TV tidak mempunyai sebarang slot masa siaran berita utama sama ada buatan saluran ini atau daripada saluran televisyen siaran lain dari 3 Ogos 2020 hingga 31 Januari 2022.

Program

sunting

Kedudukan

sunting

Awesome TV merupakan saluran televisyen percuma pertama di Malaysia dan Kuala Lumpur yang memulakan siarannya secara rasmi tanpa kegunaan pemancar analog yang mana kesemua pengguna dekoder DVB-T2 di Malaysia boleh menonton saluran ini bermula awal kewujudan siaran saluran ini[perlu rujukan].

Awesome TV mula disiarkan di Astro menerusi saluran 123 bermula 18 Januari 2021.[4] Dan ditamatkan penyiaran pada 1 Ogos 2024 pada 12 tengah malam.

Isu dan Kontorversi

sunting

Pengguguran menyertai perarakan sambutan Hari Merdeka

sunting

Awesome TV telah digugurkan daripada senarai syarikat yang akan menyertai acara perarakan sempena Hari Kebangsaan 2023, oleh Kementerian Komunikasi dan Digital, tanpa sebarang alasan.[5] Keputusan mengejut itu dimaklumkan menerusi surat bertarikh 23 Ogos 2023 yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Muhammad Fauzi Md Isa.[5] Menteri Fahmi Fadzil menjelaskan pengguguran itu disebabkan peruntukkan masa yang terhad semasa perarakan. Dua syarikat lain Milo dan Grab antara yang turut digugurkan.[6]

Denda daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia

sunting

Awesome TV telah didenda RM250,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia berikutan beberapa kesalahan termasuk beroperasi tanpa lesen yang sah[7]. Lesen itu difahamkan digunakan Awesome Media Network Sdn. Bhd. (pemilik Awesome TV) walaupun lesen tersebut dikeluarkan kepada Awesome Broadcasting Sdn Bhd. Tindakan memindah milik lesen menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 36 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang melarang pemindahan pemilikan lesen tanpa kelulusan bertulis daripada menteri bertanggungjawab bagi komunikasi dan multimedia.

Isu penggantungan dan menamatkan siaran

sunting

Pada 19 Oktober 2023, penyedia perkhidmatan TV digital, MYTV Broadcasting mengumumkan bahawa ia akan menggantung Awesome TV pada platformnya berkuat kuasa 2 November berikutan isu komersial yang berterusan berkaitan dengan rangkaian itu kemudiannya memetik bayaran yang dikenakan oleh MYTV sebagai "tidak adil" sambil mendakwa ia perlu diteruskan di platform MYTV sehingga Ogos 2025. Astro Malaysia juga mengambil situasi bergitu apabila pada 23 Oktober 2023 jam 12:01 tengah malam perkhidmatan TV Satelit tersebut menamatkan siarannya pada tengah malam. Namun ia ditangguhkan ke satu tarikh baharu iaitu pada 1 April 2024 pukul 12:01 tengah malam tetapi dilanjutkan penyiaran hingga pukul 6:00 pagi. Namun begitu, ditangguhkan sekali lagi buat kali kedua ke satu tarikh baharu kelak sehingga 1 Ogos 2024 apabila saluran tersebut mengumumkan akan menamatkan sepenuhnya di platform tersebut setelah lebih kurang 4 tahun bersama dan penontonnya hanya boleh menonton di platform laman web awesometv.com atau MYTV 112 pada tengah malam di hari tersebut. Pada 26 Mei 2024, jam 12.01 tengah malam, Awesome TV secara rasmi digantung sepenuhnya di platform MYTV oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebagai menyalahi undang-undang dan tidak beretika. Perkara ini berlanjutan sehingga diberitahu kelak oleh suruhanjaya itu sendiri.

Rujukan

sunting
  1. ^ Janice Tan (13 May 2020). "Media Prima's Johan Ishak joins Awesome TV as MD". marketing-interactive.com. Dicapai pada 20 January 2022.
  2. ^ https://www.facebook.com/watch/?v=524433424938513
  3. ^ https://www.facebook.com/watch/?v=646835666040952
  4. ^ "Awesome TV Kini Sudah Mula Bersiaran Di Saluran Astro 123 HD". KopiPlanet.com (dalam bahasa Inggeris). 2021-01-19. Dicapai pada 2023-08-29.
  5. ^ a b "Awesome TV digugurkan daripada acara perarakan Hari Kebangsaan". MalaysiaNow (dalam bahasa Burma). 2023-08-24. Dicapai pada 2023-08-29.
  6. ^ fmtoday (2023-08-26). "Masa terhad, Fahmi perjelas pengguguran Awesome TV". Head Topics (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-29.
  7. ^ MALEK, MOHAMAD AMREEL IMAN ABD (2023-05-24). "Awesome TV didenda RM250,000". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-08-29.

Pautan luar

sunting