Bantuan:Sejarah laman

Setiap laman yang boleh disunting di Wikipedia disertakan sejarah laman yang boleh dilihat dengan mengklik tab "Lihat sejarah" di atas laman. Sejarah laman mengandungi senarai semakan-semakan terdahulu bagi laman itu, termasuk tarikh dan waktu setiap suntingan, nama pengguna atau alamat IP pengguna yang melakukannya, dan ringkasan penyuntingannya.

Penggunaan

sunting

Pada laman sejarah:

  • Semua perubahan lalu pada laman berkenaan disenaraikan dalam turutan kronologi songsang.
  • Untuk melihat versi tertentu, klik satu tarikh.
  • Untuk membandingkan versi lama dengan versi semasa, klik kini.
  • Untuk membandingkan satu versi dengan versi yang sebelumnya, klik akhir.
  • Untuk membandingkan dua versi tertentu, tandai butang radio lajur kiri dekat versi lama dan butang radio lajur kanan dekat versi baru, kemudian klik butang "Bandingkan versi-versi yang dipilih".
  • Suntingan kecil ditandai k.

Berikut ialah contoh terperinci mengenai sejarah laman dengan menggunakan kulit yang tersedia ini:

  Suntingan ditunjukkan dari yang terbaru hingga ke terlama. Setiap suntingan mengisi satu baris yang menunjukkan waktu dan tarikh, nama atau IP penyumbang dan ringkasan penyuntingan, dan juga maklumat diagnostik yang lain. Mari kita tengok beberapa fungsi laman ini:

  1. Tab "Lihat sejarah" diserlahkan, dan "Sejarah semakan bagi" dibubuh pada tajuk laman. Perhatikan bahawa anda tidak boleh membuat pautan wiki ke nama laman lanjutan ini – untuk berbuat demikian, salin URL dari bar alamat pelayar apabila laman sejarah dipaparkan, dan tampalkannya di antara tanda kurungan petak tunggal (format pautan luar) untuk membuat pautannya.
  2. Pautan ini membawa anda ke suntingan yang terbaru (Terkini), yang terlama (Terawal) ataupun mukasurat suntingan yang berikutnya atau sebelumnya (n berikutnya/n sebelumnya). Perhatikan bahawa teks hitam dalam kurungan akan menjadi pautan jika sesuai.
  3. Nombor-nombor biru menyenaraikan bilangan suntingan yang dipaparkan pada satu mukasurat - 20, 50, 100, 250 atau 500. Lebih besar nombornya, makin panjang mukasurat itu tetapi makin kuranglah bilangan mukasurat yang ada. Nombor yang anda pilih menggantikan n dalam pautan ke mukasurat yang seterusnya atau sebelumnya, cth. (100 berikutnya / 100 sebelumnya).
  4. (kini) membawa anda ke laman Perbezaan antara semakan yang menunjukkan perubahan antara suntingan itu dan versi terkini. Versi terkini terpapar di bawah maklumat perubahan itu, supaya anda boleh melihat bagaimana laman itu dipaparkan sekarang.
  5. (akhir) membawa anda ke laman perbezaan antara semakan yang menunjukkan perubahan antara suntingan itu dan versi sebelumnya. Versi yang lebih baru itu (iaitu yang di baris yang sama dengan "akhir" yang anda klik) terpapar di bawah maklumat perubahan, supaya anda boleh melihat bagaimana laman itu dipaparkan ketika itu.
  6. Dua lajur butang radio boleh digunakan untuk memilih mana-mana dua versi pada laman sejarah. Versi-versi yang dipilih ditandai warna latar yang istimewa. Dua versi yang paling terkini tersedia dipilih apabila anda baru membuka laman sejarah (inilah sebabnya ia kelihatan berbingkai dan latarnya berlainan). Katakanlah, anda hendak membandingkan versi-versi yang ditandai nombor 10 & 11 pada gambar. Mula-mula, klik butang radio yang kiri dekat nombor 11 supaya lajur butang kanan terserlah hingga nombor 11. Kemudian, klik butang radio yang kanan dekat nombor 10. Akhirnya, klik Bandingkan versi-versi yang dipilih. Anda akan dibawa ke laman perbezaan antara semakan yang menunjukkan perubahan antara kedua-dua versi itu. Versi terkini (iaitu nombor 10) muncul di bawah perubahan, supaya anda boleh melihat bagaimana laman itu dipaparkan ketika itu.
  7. Inilah waktu dan tarikh suntingan dibuat yang dinyatakan dalam waktu tempatan mengikut tetapan keutamaan pengguna. Waktu dan tarikh ini berpaut dengan versi yang dibuat pada detik itu. Oleh itu, baris pertama berpaut dengan versi yang semasa sejarah semakan ini dimuatkan, oleh itu hasilnya mungkin berbeza dengan yang mengikut pautan pada jidar laman ke versi terkini. Biarpun laman itu belum berubah sementara itu, pesanan dengan id 'Revision-info' (bincang) tetap muncul.
  8. Nama pengguna atau IP penyumbang muncul di sini.
  9. Ini ialah ringkasan penyuntingan, iaitu teks yang ditulis oleh penulis dalam ruangan ringkasan peyuntingan (di bawah ruangan penyuntingan).
  10. Ringkasan penyuntingan bermula dengan pautan panah dan teks kelabu. Ertinya, pengguna itu hanya menyunting sebahagian laman (yang namanya tersiar dalam teks kelabu). Teks ini dibubuh secara automatik apabila anda menyunting mana-mana bahagian. Pengguna boleh membubuh ringkasan suntingannya sendiri, tetapi yang ini muncul dalam teks hitam.
  11. k bererti suntingan kecil.

Anda boleh memulihkan versi lama sesebuah laman dengan mengikuti pautan ke versi itu, kemudian klik "sunting" dan simpan, tapi anda harus berhati-hati kerana ini akan menghapuskan segala perubahan yang dilakukan pada laman itu sejak ketika versi itu dibuat.

Laman yang dipindahkan atau dihapuskan

sunting

Apabila laman dipindahkan (ditukar nama), seluruh sejarah suntingan rencana itu masih ditunjukkan, baik sebelum mahupun selepas dipindahkan. Tajuk lama menjadi lencongan dan kehilangan sejarah penyuntingannya.

Jika seluruh kandungan dipotong dan ditampal ke dalam rencana gantian yang baru (bukan dipindahkan seperti yang dinyatakan di atas), sejarah laman itu terpecah untuk dua rencana, tetapi masih boleh digabungkan.

Apabila dua laman digabungkan, biasanya salah satunya menjadi lencongan. Untuk ini, sejarah semakan laman lencongan dikekalkan.

Apabila sesebuah laman dihapuskan, sejarah semakannya kekal dalam pangkalan data dan boleh didapatkan kembali oleh pentadbir yang juga boleh menyahhapuskan laman itu.

Pentadbir juga boleh menggugurkan semakan-semakan tertentu dari sejarah laman atas sebab-sebab yang munasabah, misalnya jika ia mengandungi kata-kata kesat.