Perdagangan elektronik
(Dilencongkan daripada E-dagang)
Perdagangan elektronik atau e-dagang (bahasa Inggeris: E-commerce ) merujuk kepada perniagaan atau perdagangan yang menggunakan peralatan dan infrastruktur teknologi komunikasi dan maklumat sebagai medium untuk tujuan komunikasi dan juga transaksi.
Melalui konsep e-dagang ini, masa kerja dan urusniaga menjadi lebih fleksibel, boleh memiliki pertubuhan/pejabat maya atau hanya beroperasi di rumah, pasaran perniagaannya adalah lebih meluas iaitu serata dunia dan ia berjalan 24 jam tanpa henti.
Selain itu, kaedah pembayaran di dalam bentuk baru ini (secara dalam talian) ternyata amat murah dan mudah dibandingkan dengan kaedah pembayaran yang dibuat secara konvensional dan sekaligus mengurangkan keperluan kepada pengaliran wang tunai.
Pautan luar
sunting- E-Dagang Menurut Persepektif Islam Diarkibkan 2008-09-07 di Wayback Machine
- Perdagangan dan e-Dagang Diarkibkan 2008-12-26 di Wayback Machine
- eCommerce Web Design
- Bab 2, RMK9 (PDF)
- Pertanyaan E-Commerce Diarkibkan 2008-05-09 di Wayback Machine
- Artikel K-Ekonomi