Fizik
Fizik (Jawi: فيزيك )[a] atau jarangnya ilmu hai'ah (Jawi: علم الهيئة )[1][b] adalah sains semula jadi yang mengkaji jirim[3] dan pergerakannya menerusi ruang dan masa serta semua yang datang daripadanya, sebagai contoh tenaga dan daya.[4] Secara umumnya, fizik adalah suatu analisis tentang bagaimana fenomena alam semula jadi berlaku di dunia dan alam semesta.[5][6]
Fizik ialah salah satu daripada bidang akademik yang berkembang dari zaman kuno, dengan bidang astronomi sebagai cabangnya yang tertua. [7]
Fizik mengkaji tabiat dan interaksi antara jisim dan sinaran. Hukum fizik dinyatakan melalui persamaan matematik. Hukum ini merupakan usaha untuk mewujudkan kaitan antara data uji kaji yang berbeza. Kaedah saintifik digunakan dalam usaha untuk menjelaskan hukum diperolehi dari uji kaji. Terdapat kefahaman yang salah bahawa hukum fizik hanyalah teori mudah yang dapat dipastikan kebenarannya.
Sebagai contoh, di dalam hukum Newton, graviti merupakan hukum (ia melambangkan perhubungan kuantitatif antara data berbeza), tetapi tidak mempunyai penjelasan, jadi ia tidak dianggap teori. Bagaimanapun, teori Einstein mengenai kerelatifan umum adalah teori kerana ia cuba untuk melakukan lebih dari sekadar menyesuaikan data kepada perhubungan.
Fizik berkait rapat dengan sains tulen lain, terutamanya kimia, contohnya mengenai sains molekul dan sebatian kimia yang dihasilkan secara pukal. Kimia merangkumi banyak bidang fizik, terutamanya mekanik kuantum, termodinamik dan keelektromagnetan. Bagaimanapun, fenomena kimia cukup berbeza dan rumit sehinggakan kimia dianggap bidang yang berlainan.
Bidang fizik
suntingTeori fizik
sunting...
Bidang utama dalam fizik
suntingKajian fizik dibahagi kepada beberapa bidang yang mengkaji aspek dunia jirim yang berbeza. Fizik jisim termampat adalah sebagai bidang fizik terbesar, mempelajari sifat benda besar, seperti pepejal dan cecair yang kita temui setiap hari, yang berasal dari sifat dan saling hubungan atom. Bidang fizik atom, molekul, dan optik berhadapan dengan atom dan molekul, dan cara mereka menyerap dan mengeluarkan cahaya. Bidang fizik zarah, juga dikenali sebagai "fizik bertenaga tinggi", mempelajari ciri zarah kecil yang jauh lebih kecil dari atom, termasuk zarah keunsuran yang membentuk benda lain. Akhir sekali ialah bidang astrofizik yang menerapkan hukum fizik untuk menjelaskan fenomena astronomi, berkisar dari matahari dan objek lain dalam sistem suria hingga ke alam semesta secara keseluruhan.
Falsafah
suntingDalam banyak aspek, fizik telah berkembang daripada falsafah Yunani purba. Daripada usaha awal Thales untuk menyifatkan jirim, sehinggalah deduksi Democritus bahawa jirim harus diturunkan kepada keadaan tak varian, astronomi Ptolemy berkaitan cakerawala berhablur, dan kitab Aristotle, Physics (kitab awal tentang fizik, yang cuba untuk menganalisis dan mentakrifkan gerakan dari kaca mata falsafah), ramai ahli falsafah Yunani yang mengembangkan teori mereka sendiri berkaitan alam. Fizik dahulu dikenali sebagai falsafah alamiah sehingga akhir kurun ke-18.[c]
Sehingga abad ke-19, fizik dianggap sebagai sebuah bidang yang berbeza daripada falsafah dan sains-sains lain. Fizik, seperti keseluruhan sains, bergantung kepada falsafah sains dan "kaedah sains"-nya untuk mengembangkan ilmu pengetahuan tentang alam fizikal.[9] Kaedah sains memanfaatkan penaakulan a priori dan penaakulan a posteriori serta penggunaan taabiran Bayes untuk mengukur keabsahan sesebuah teori.[10]
Perkembangan fizik telah berjaya menjawab pelbagai persoalan ahli-ahli falsafah awal, namun ia juga menimbulkan banyak persoalan baharu. Kajian tentang isu-isu falsafah berkaitan fizik, iaitu falsafah fizik, melibatkan isu seperti sifat ruang dan masa, determinisme, dan pandangan-pandangan metafizik seperti empirisisme, naturalisme, dan realisme.[11]
Ramai ahli fizik telah menulis berkaitan implikasi falsafah hasil kerja mereka, contohnya Laplace, yang mendokong determinisme bersebab,[12] dan Schrödinger, yang menulis tentang mekanik kuantum.[13][14] Ahli fizik matematik Roger Penrose telah digelar seorang Platonis oleh Stephen Hawking,[15] satu pandangan yang dibincangkan oleh Penrose di dalam bukunya, The Road to Reality.[16] Hawking menggelar dirinya sebagai seorang "reduksionis tanpa segan silu" dan menentang pandangan Penrose.[17]
Lihat juga
suntingNota
suntingRujukan
sunting- ^ Haji Awan Din bin Mat Hassan (1969). Muqaddimatul-Hai'ah (ed. cetakan semula 2023). Jala: Matba'ah Sahabat Faris (asal), Khazanah Fathaniyah (semula).
- ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 406. ISBN 967-65-7321-3.
- ^ R. P. Feynman, R. B. Leighton, M. Sands (1963), The Feynman Lectures on Physics (edisi kulit keras), ISBN 0-201-02116-1. m/s. 1-1 Feynman begins with the hipotesis atom, as his most compact statement of all scientific knowledge: "If, in some cataclysm, all of scientific knowledge were to be destroyed, and only one sentence passed on to the next generations ..., what statement would contain the most information in the fewest words? I believe it is ... that all things are made up of atoms – little particles that move around in perpetual motion, attracting each other when they are a little distance apart, but repelling upon being squeezed into one another. ..." vol. I p. I–2
- ^ James Clerk Maxwell (1878), Matter and Motion. New York: D. Van Nostrand. p.1: "Nature of Physical Science – Physical science is that department of knowledge which relates to the order of nature." | accessdate=2008-11-04
- ^ H.D. Young & R.A. Freedman, University Physics with Modern Physics: 11th Edition: International Edition (2004), Addison Wesley. Chapter 1, section 1.1, page 2 has this to say: "Physics is an experimental science. Physicists observe the phenomena of nature and try to find patterns and principles that relate these phenomena. These patterns are called physical theories or, when they are very well established and of broad use, physical laws or principles."
Steve Holzner, Physics for Dummies (2006), Wiley. Chapter 1, page 7 says: "Physics is the study of your world and the world and universe around you." See Amazon Online Reader: Physics For Dummies (For Dummies(Math & Science)), retrieved 24 Nov 2006 - ^ Note: The term 'universe' is defined as everything that physically exists: the entirety of space and time, all forms of matter, energy and momentum, and the physical laws and constants that govern them. However, the term 'universe' may also be used in slightly different contextual senses, denoting concepts such as the cosmos or the philosophical world.
- ^ Evidence exists that the earliest civilizations dating back to beyond 3000BC, such as the Sumerians, Ancient Egyptians, and the Indus Valley Civilization, all had a predictive knowledge and a very basic understanding of the motions of the Sun, Moon, and stars.
- ^ Noll, Walter (23 June 2006). "On the Past and Future of Natural Philosophy" (PDF). Journal of Elasticity. 84 (1): 1–11. doi:10.1007/s10659-006-9068-y. S2CID 121957320. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 18 April 2016.
- ^ Rosenberg 2006, Chapter 1
- ^ Godfrey-Smith 2003, Chapter 14: "Bayesianism and Modern Theories of Evidence"
- ^ Godfrey-Smith 2003, Chapter 15: "Empiricism, Naturalism, and Scientific Realism?"
- ^ Laplace 1951
- ^ Schrödinger 1983
- ^ Schrödinger 1995
- ^ Hawking & Penrose 1996, halaman 4 "I think that Roger is a Platonist at heart but he must answer for himself."
- ^ Penrose 2004
- ^ Penrose et al. 1997