Francis Bacon, 1st Viscount St. Alban,[1] PC KCPC KC (/ˈbkən/;[2] 22 Januari 1561 – 9 April 1626) ialah seorang filsuf, negarawan, ilmuwan, juri, pemidato dan penulis dari England. Beliau berkhidmat sebagai Peguam Negara dan Tuan Canselor England. Beliau masih begitu berpengaruh meskipun selepas kematiannya terutama sebagai pendokong falsafah dan pengamal kaedah saintifik sewaktu revolusi ilmu pengetahuan.

Francis Bacon
Portret Bacon dilukis Frans Pourbus
di Warsaw, 1617
Lahir22 Januari 1561
Strand, London, England
Meninggal dunia9 April 1626 (usia 65)
Highgate, Middlesex, England
WarganegaraEngland
Zaman Pembaharuan Inggeris, Revolusi Saintifik
AliranFalsafah Renaissance, Empirisisme
Minat utamaFalsafah semulajadi
Logik falsafah
Alma materTrinity College, Cambridge
Universiti Poitiers
Tandatangan

Bacon telah dipanggil bapa empirisisme.[3] Karya-karyanya menghujahkan kemungkinan saintifik pengetahuan berdasarkan pemikiran induktif semata-mata dan pemerhatian teliti kejadian alam. Yang paling penting, beliau memperdebatkan bahawa pemikiran ini dapat dicapai dengan menggunakan pendekatan yang skeptikal dan teratur dengannya saintis berazam mengelakkan daripada mengelirukan diri mereka sendiri. Walaupun pengaruh yang dibawa idea praktikal kaedah berikut - kaedah Bacon - tidak bertahan lama, fahaman umum mengenai kepentingan dan kemungkinan metodologi skeptikal ini menjadikan Bacon bapa kaedah saintifik. Perkara ini menandakan jalan baru dalam rangka retorik dan teorikal untuk tujuan sains, di mana butiran amalinya masih penting dalam perdebatan tentang sains dan metodologi pada hari ini.

Bacon umumnya tidak diendahkan sewaktu pemerintahan Ratu Elizabeth, namun selepas kenaikan takhta Raja James I pada 1603, beliau diberikan gelaran kehormatan oleh raja tersebut. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Baron Verulam di 1618[4] dan Viscount St. Alban di 1621.[4][a] Kerana beliau tidak berwaris, kedua-dua gelaran ini terhapus saat kematiannya pada 1626, berusia 65 tahun. Bacon meninggal kerana paru-paru berair, dengan satu catatan John Aubrey menyatakan bahawa beliau dijangkiti penyakit tersebut ketika mempelajari kesan proses pembekuan pada penyimpanan daging. Beliau disemadikan di Gereja Santo Michael, Gereja, St Albans, Hertfordshire.[5]

Bibliografi

sunting

Antara karya-karya Bacon yang lebih terkemuka adalah:

  • Essays (edisi pertama, 1597)
  • The Advancement and Proficience of Learning Divine and Human (1605)
  • Essays (edisi kedua – 38 buah karangan, 1612)
  • Novum Organum Scientiarum ('New Method', 1620)
  • Essays, or Counsels Civil and Moral (edisi ketiga/terakhir – 58 buah karangan, 1625)
  • New Atlantis (1627)
  1. ^ ejaan kontemporari yang digunakan Bacon sendiri dalam surat menjunjung kasih kepada Raja James I atas pemberian kehormatan ke atasnya.
  1. ^
  2. ^ "Bacon" entry in Collins English Dictionary, HarperCollins Publishers, 1998.
  3. ^ "Empiricism: The influence of Francis Bacon, John Locke, and David Hume". Sweet Briar College. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Ogos 2013. Dicapai pada 21 Oktober 2013.
  4. ^ a b [[#CITEREF|]].
  5. ^ Wilson, Scott.

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "FOOTNOTEFowler1885346" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "FOOTNOTEAdamsonMitchell1911135" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "FOOTNOTEPeltonen2007" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "FOOTNOTEAdamson1878200" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Ralat petik: Tag <ref> dalam <references> mempunyai atribut kumpulan yang bercanggah, "lower-alpha".