Rohaizah Nordin atau lebih dikenali sebagai Haiza (lahir 2 Februari 1980) ialah seorang penyanyi yang membawakan konsep dangdut di Malaysia.

Haiza
Kelahiran
Rohaizah binti Nordin

(1980-02-02) 2 Februari 1980 (umur 44)
Nama lainHaiza
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • Pelakon
  • Pengacara
  • Penyampai radio
Tahun aktif1993–kini
Majikan
Pasangan
Norhanapfe Omar (k. 2007)
Anak-anak1
Ibu bapa
  • Nordin bin Daud (bapa)
  • Zainab binti Ebar (ibu)
Kerjaya muzik
GenreDangdut
Tahun aktif1995–kini
Syarikat rakaman
PolyGram

Kehidupan awal dan kerjaya

sunting

Penyanyi ini berasal dari Benut, Pontian, Johor Darul Takzim. Haiza berketurunan Bugis ini dibesarkan di Kampung Lama Benut, Pontian Johor. Bapa haiza iaitu Tuan Hj. Nordin bin Hj. Daud merupakan bekas seorang guru dan ibunya Zainab binti Ebar merupakan seorang pengusaha restoran. Selain menjadi penyanyi haiza juga seorang pengacara, pelakon dan penyampai radio di Stesen Radio Malaysia KL FM untuk Segmen Rentak Pagi K.L bersama Dj Sonic dan Dj Nazrie bermula jam 6 hingga 10 pagi setiap hari khamis dan jumaat sejak november 2012 bersama penerbit Mamu Hezri (Hezri Hashim). Pada tahun 2015, Haiza telah berhijrah ke stesen radio Best FM yang dulunya dikenali sebagai Best 104 mengendalikan segmen Best Pagi bermula jam 6 hingga 10 pagi bersama Zairi Ibrahim atau (Aizairi). Bermula Mac 2016 Haiza bertugas di Kool 101 sehingga sekarang.

Haiza telah dilantik menjadi duta biskut Julie's selama setahun. Selain itu juga Haiza dilantik pengguna dan testimonial produk set bersalin Ibu Halimah, Jamu Mak Dara. Terkini Haiza di bawah Syarikat HDeen Resources telah mengeluarkan Produk Jus Kesihatan untuk wanita wanita yang diberi nama H.A.I.Z.A JUS CURCUMAE VIT-PLUS. Haiza juga pengasas produk Minyak Wangi My Haiza. Haiza juga mempunyai syarikat pengurusn sendiri My Own Entertainment Management.

Kehidupan peribadi

sunting

Rohaizah Nordin berkahwin dengan suaminya Norhanaphe Omar pada 2007. Beliau selamat melahirkan bayi lelaki di Pusat Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia UKM Cheras 9 September 2012 malam Ahad. Bayi seberat 3.07 kilogram itu lahir secara normal kira kira pukul 8:37 malam.[1]

Diskografi

sunting

Album Studio

sunting
  • Dag Dig Dug...Mana Tahan (1995)
  • Yang Nombor Satu (1996)
  • Tunggu Dulu Sabar Dulu (1998)
  • Akustika (2000)
  • Haiza 2009 (2009)
  • Semalam (2012)
  • Kerana (2014)

Album Kerjasama

sunting
  • Semarak Dangdut (Various Artiste) (2005)
  • Dang Dang Dut 3 (Various Artiste) (2005)

Album Kompilasi

sunting
  • Wajah Wajah Haiza (1997)

Single

sunting
Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
1995 "Dag Dig Dug" separuh akhir muzik muzik Dag Dig Dug...Mana Tahan
"Mana Tahan"
"Tunggu Dulu"
1996 "Sampaikan Salam Cintaku"
"Yang Nombor Satu" Yang Nombor Satu
"Yo! Berdansa"
"Cinta Berat"
1997 "Jeling Menjeling" Wajah Wajah Haiza
1998 "Tunggu Dulu Sabar Dulu" Tunggu Dulu Sabar Dulu
"Yang...Dalam Cinta"
"Cinta Si Bola Ping Pong"
2000 "Bebaskan Dirimu" Akustika
"Andaian Cinta"
"Tamu Cinta"
2005 "Gara Gara Malam Minggu" duet bersama Syikin Dang Dang Dut 3
"Terlena"
"Semarak Dangdut" bersama Iwan Syahman, Sheeda dan Syikin Semarak Dangdut
2009 "Dua Kutub Magnet" Haiza 2009
"Semarak Hati"
2012 "Semalam" Semalam
"Marilah Padaku"
2014 "Kerana" menampilkan Filsuf Daly Kerana

Gegar Vaganza 2015

sunting

Haiza merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim 2015.

Minggu 1: Dag Dig Dug (Lagu sendiri)

Minggu 2: Kelmarin (nyanyian asal Zur Eda)

Minggu 3: Istilah Bercinta (nyanyian asal Ramli Sarip)

Minggu 4: Bintang Kehidupan - duet bersama Ronnie (lagu asal Yanti & Ronnie)

Minggu 5: Rela (nyanyian asal Tila)

Minggu 6: Patahnya Sayap Malam (nyanyian asal Massa)

Minggu 7 (suku akhir): Kopi Dang Dut (nyanyian asal Fahmy Shahab)

Minggu 8 (separuh akhir): Flora Cinta (nyanyian asal Min Malik)

Minggu 9 (akhir): Tugasan Pertama - Puisi Cinta (nyanyian asal Ilusi)

Tugasan Kedua (battle vs Ezad Lazim) - Apa Khabar (nyanyian asal Joe Flizzow & SonaOne)

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
2004 Pontianak Harum Sundal Malam Zai Filem pertama
2005 Pontianak Harum Sundal Malam II
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Anak Betong TV3 Drama pertama

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2003 Cinta KLCC Shereen VCD Pelakon undangan
Tiga Dara Pingitan Noi

Televisyen

sunting

Radiografi

sunting
Tahun Tajuk Stesen
2012-2015 Rentak Pagi K. L KL FM
2015-2016 Best Pagi Best FM
3 Mac 2016 - 3 Januari 2020 Pagi Hari Di Kool Kool FM
6 Januari 2020 - 29 Julai 2021 Kool FM AG, Haiza & Muaz
2 Ogos 2021 - 30 Jun 2022 Santai Siang Buletin FM
1 Julai 2022 - 30 Jun 2023 Bicara Petang
3 Julai 2023 - kini Pagi On Point Kool 101

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Artis Versatil Popular Tercalon
Penyampai Radio Popular Tercalon
Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyampai Radio Popular Tercalon

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting