Hijaz
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Arab. (Mei 2024)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Hijaz (Arab: ٱلْحِجَاز, rumi: al-Ḥijāz "tembok"; diinggeriskan kepada Hejaz) adalah sebuah wilayah di sebelah barat Arab Saudi[1] ditakrifkan terutamanya sebagai kawasan pergunungan yang membahagi atau memisahkan (justeru terbitan kata kerja حَجَزَ ḥajaza "mengasingkan"[2]) kawasan pesisiran di Laut Merah yakni Tihamah di belah barat dan Najd di belah timurnya[3] menjangkau dari Haql di Teluk Aqaba sehingga ke Jazan.
Wilayah Hijaz menempatkan kota-kota Mekah dan Madinah sekaligus memiliki kepentingan sejarah dan politik kepada umat Islam terutamanya penganut dalam kalangan bangsa Arab.
Sejarah
suntingKetika di bawah kekuasaan kerajaan Empayar Uthmaniyyah hampir sepanjang sejarahnya, wilayah Hijaz akhir berjaya memisahkan kawasannya pada awal abad ke-20.
Wilayah Hijaz adalah salah satu wilayah kerajaan Empayar Uthmaniyyah yang ditadbir hingga muncul pemberontakan oleh T. E. Lawrence (alias "Lawrence of Arabia") dari British pada masa Perang Dunia I. Pada 1916 kemerdekaannya diisytiharkan oleh Sharif Hussein ibnu Ali, gabenor Makkah. Pada 1924, kekuasaan ibnu Ali dirampas ibnu Saud dari negara tetangganya, Nejd. Perebutan ini membawa titik penting bagi terbentuknya negara Kerajaan Hijaz dan Nejd dan kemudian Arab Saudi.
Kota
suntingLihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Umar Ridha Kahhalah (1945). جغرافية شبه جزيرة العرب [Geografi Jazirah Arab] (dalam bahasa Arab). Mekah: مكتبة النهضة الحديثة. m/s. 129.
- ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 90. ISBN 967-65-7321-3.
- ^ Rutter, Eldon (February 1931). "The Hejaz". The Geographical Journal. 77 (2): 97–108. Bibcode:1931GeogJ..77...97R. doi:10.2307/1784385. JSTOR 1784385.