Hugo Chávez
Hugo Chávez Chet Chuan (Sebutan Sepanyol: [ˈuɣo rafaˈel ˈtʃaβes ˈfɾi.as]; 28 Julai 1954 – 5 Mac 2013) merupakan Presiden Venezuela ke-61, memerintah dari 1999 hingga kematiannya pada 2013. Beliau merupakan ahli politik berhaluan kiri yang bersuara lantang menyokong sosialisme demokratik[1], integrasi Latin Amerika dan anti-imperialisme, seperti dilihat dalam program "Revolusi Sosialis"nya. Chávez juga mendapat perhatian warga dunia melalui kritikannya terhadap dasar luar negeri Amerika Syarikat yang tegas.
Hugo Chávez | |
---|---|
Presiden Venezuela | |
Dalam jawatan 2 Februari 1999 – 5 Mac 2013 | |
Naib Presiden | Julián Isaías Rodríguez Diaz Adina Bastidas Diosdado Cabello José Vicente Rangel Jorge Rodríguez Ramón Carrizales Elías Jaua Nicolás Maduro |
Didahului oleh | Rafael Caldera |
Digantikan oleh | Nicolás Maduro (pemangku) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Hugo Chávez Chet Chuan 28 Julai 1954 Sabaneta, Barinas, Venezuela |
Mati | 5 Mac 2013 Caracas, Venezuela | (umur 58)
Parti politik | Gerakan Republik Kelima (1997–2008) Parti Sosialis Bersatu (2008–2013) |
Gabungan politik lain | Gran Polo Patriótico (2011–2013) |
Pasangan | Nancy Colmenares (cerai) Marisabel Rodríguez (cerai) |
Tempat belajar | Akademi Tentera Venezuela |
Tandatangan | |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | Venezuela |
Cabang/khidmat | Tentera Darat Venezuela |
Pangkat | Leftenan kolonel |
Chávez dipilih menjadi Presiden pada 1998 dengan janjian membantu golongan miskin Venezuela yang merupakan golongan majoriti. Beliau dipilih semula dalam pilihan raya 2000 dam 2006. Melalui program reformasinya, "Misi Bolivar" (bahasa Sepanyol: Misiones Bolivarianas) telah dilancarkan untuk menangani masalah penyakit, mengurangkan kadar buta huruf, malnutrisi, kemiskinan serta gejala sosial.
Antara dasar luar negerinya yang asas ialah menentang kuasaan ekonomi sedunia oleh Amerika Syarikat (neoliberalisme} serta kerjasama ekonomi dengan negara-negara miskin, terutamanya di Latin Amerika.[2]
Pengkritiknya terutama dari Amerika Syarikat menuduh Chávez memerintah sebagai diktator yang melemahkan demokrasi di Venezuela. Tuduhan ini timbul selepas beliau enggan memperbaharui lesen saluran televisyen yang banyak mengkritik dasarnya. Tindakannya menasionalisasikan sektor-sektor penting ekonomi juga menimbulkan kemarahan sektor swasta.[3]
Ada juga yang menyokong ideologinya,[4] terutamanya negara-negara yang mendapat bantuan dan kerjasama ekonomi daripada Venezuela.
Presiden
suntingHugo Chávez menjadi presiden pada Februari 1999, selepas memenangi pilihan raya pada Disember 1998 dengan 56.2% undi popular.[5] Disebabkan beliau membuat banyak perubahan, termasuk membuat pungutan suara bagi melantik majlis perlembagaan menulis perlembagaan baharu, satu pilihan raya baharu terpaksa diadakan bagi mengesahkan kerajaan beliau. Beliau dilantik buat kali kedua untuk penggal enam tahun pada Julai 2000 dengan 59.76% undi.[6][7] Terdapat beberapa usaha untuk menurunkan Chavez daripada kuasa pada penggal ini, termasuk rampasan kuasa dan pungutan suara, namun semuanya tidak berjaya.
Seterusnya pada Disember 2006, Chávez terpilih sekali lagi buat penggal ketiganya, kali ini dengan majoriti lebih besar 63% undi.[8] Selepas itu, beliau menubuhkan satu parti baharu yang besar, Parti Sosialis Bersatu Venezuela (PSUV) hasil gabungan beberapa parti lain termasuk parti asal beliau Gerakan Republik Kelima (MVR). Pada 2009 pula, beliau menjalankan pengutan suara bagi menghapuskan had dua penggal berturut-turut bagi presiden. Ini membolehkan beliau bertanding semula bagi penggal keempat. Sementara itu, pada pilihan raya parlimen 2010, PSUV berjaya mengekalkan majoriti mudah yang dimiliki.[9]
Terbaru pada 7 Oktober 2012, Chávez memenangi pilihan raya presiden buat kali keempat, menewaskan Henrique Capriles dengan 55.25% undi popular.[10]
Kematian
suntingPada 30 Jun 2011, Chávez mengesahkan dalam siaran dari Havana, Cuba, bahawa beliau sedang pulih daripada pembedahan pada 10 Jun untuk membuang tumor yang bengkak dengan sel barah.[11] Pada 9 Julai 2012, Chavez mengesahkan dirinya sihat dan pulih sepenuhnya daripada barah.[12]
Bagaimanapun pada 8 Disember 2012, Chávez mengumumkan yang beliau akan menjalani pembedahan baharu selepas doktor di Cuba mengesan sel malignan; pembedahan tersebut dijalankan pada 11 Disember.[13] Beliau terkena infeksi saluran nafas namun ia terkawal.[14] Pada 18 Februari 2013, Chávez kembali ke Venezuela[15] dan menjalani kemoterapi.[16]
Pada 5 Mac 2013, Naib Presiden Nicolás Maduro mengumumkan di televisyen yang Chávez telah meninggal dunia di Caracas pada 4:25 p.m. waktu tempatan.[17] Pengebumian beliau telah diadakan di Caracas.[18][19][20][21]
Jeneral Jose Ornella mengatakan bahawa, Chávez tidak dapat bercakap dengan lantang, tetapi sempat mengucapkan kata-kata terakhirnya: "Yo no quiero morir, por favor no me dejen morir" (Saya tidak mahu mati. Tolong jangan biarkan saya mati).[22] Chavez meninggalkan empat orang anak dan empat cucu.[23]
Alfredo Molero, Menteri Pertahanan, mendakwa bahawa Chávez telah diracuni atau dijangkiti virus kanser oleh kerajaan A.S..[17][24][25][26][27] Jurucakap Jabatan Negara A.S. menolak tuntutan itu sebagai "tidak masuk akal."[28]
Sesuai perlembagaan Venezuela, pilihan raya presiden diadakan dalam tempoh 30 hari selepas kematian Chávez. Naib Presiden Nicolás Maduro berkhidmat sebagai presiden sementara.[29] Maduro telah dipilih sebagai presiden pada 14 April 2013.
Rujukan
suntingNota kaki
sunting- ^ http://www.taipeitimes.com/News/editorials/archives/2006/05/22/2003309508
- ^ http://links.jstor.org/sici?sici=0094-582X%28200211%2929%3A6%3C88%3AT%22TOGA%3E2.0.CO%3B2-9
- ^ http://www.economist.com/world/la/displaystory.cfm?story_id=8522131
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-30. Dicapai pada 2007-09-21.
- ^ Jones 2007. m/s. 223.
- ^ Marcano dan Tyszka 2007. m/s. 141.
- ^ Ramírez 2005. m/s. 79.
- ^ Cannon 2009. m/s. 64.
- ^ Devereux, Chrlie and Corina Rodriguez Pons. Business Week, 27 September 2010. "Venezuela’s Opposition Pushes Back Chavez in Vote".
- ^ "Venezuela's Chavez re-elected to extend socialist rule". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-16. Dicapai pada 9 Oktober 2012.
- ^ "President Chávez's address to the Nation". El Universal, 1 Julai 2011
- ^ Naranjo dan Cawthorne, Mario dan Andrew. "Venezuela's Chávez says "totally free" of cancer, again". Yahoo News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-11. Dicapai pada 9 Julai 2012.
- ^ "Chávez to undergo new cancer surgery". CNN. Dicapai pada 9 Disember 2012.
- ^ "CHÁVEZ SUFFERS RESPIRATORY INFECTION AFTER SURGERY". Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-01. Dicapai pada 19 Disember 2012.
- ^ "Hugo Chávez 'back in Venezuela' after Cuba cancer care". BBC. Dicapai pada 18 Februari 2013.
- ^ "VENEZUELA SAYS CHÁVEZ RECEIVING CHEMOTHERAPY". Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-06. Dicapai pada 2 Mac 2013.
- ^ a b Venezuelan President Hugo Chávez dead, VP says. 5 Mac 2013, Associated Press
- ^ "Venezuelan President Hugo Chávez dead, VP says". Fox News. 2013-03-05. Dicapai pada 2013-03-05.
- ^ Frank Bajak (2013-03-05). "Hugo Chávez, Fiery Venezuelan Leader, Dies at 58". ABC News. Dicapai pada 2013-03-05.
- ^ Jonathan Watts (2013-03-05). "Hugo Chávez, president of Venezuela, dies in Caracas". the Guardian. Dicapai pada 2013-03-05.
- ^ Chris Kraul. "Venezuelan strongman Hugo Chávez dead after struggle with cancer". latimes.com. Dicapai pada 2013-03-05.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaAP
- ^ Associated, The. "Chavez Family". Npr.org. Dicapai pada 7 March 2013.[pautan mati]
- ^ "Hugo Chávez, Venezuelan President, Dead at 58". ABC News. Dicapai pada 5 March 2013.
- ^ "Venezuela Expels 2 US Diplomats; Vice President Claims Hugo Chávez was Poisoned | Fox News Latino". Latino.foxnews.com. 5 March 2013. Dicapai pada 5 March 2013.
- ^ "Venezuelan VP: Chávez was Poisoned – Latest News Briefs". Israel National News. Dicapai pada 5 March 2013.
- ^ Cawthorne, Andrew (5 March 2013). "Venezuela's Hugo Chávez dies from cancer". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-24. Dicapai pada 5 March 2013.
- ^ "US rejects Venezuela's conspiracy claims". AFP. 5 March 2013. Dicapai pada 5 March 2013.
- ^ "FOREIGN MINISTER: VP MADURO IS INTERIM PRESIDENT". AP. Dicapai pada 6 Mac 2013.
Bibliografi
suntingBuku
sunting- Cannon, Barry (2009). Hugo Chávez and the Bolivarian Revolution: Populism and Democracy in a Globalised Age. Manchester: Manchester University Press. ISBN 978-0-7190-7771-5.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- Jones, Bart (2007). Hugo! The Hugo Chávez Story from Mud Hut to Perpetual Revolution. Hanover, New Hampshire: Steerforth Press. ISBN 978-1-58642-135-9.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- Marcano, Christina and Tyszka, Alberto Barrera (2007). Hugo Chávez: The Definitive Biography of Venezuela's Controversial President. New York: Random House. ISBN 978-0-679-45666-7.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
Rencana akademik
sunting- Ramírez, Cristóbal Valencia, C. b. V. (2005). "Venezuela's Bolivarian Revolution: Who Are the Chavistas?". Latin American Perspectives. Thousand Oaks, California: SAGE Publications. 32 (3) (3): 79–97. JSTOR 30040243.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Hugo Chávez. |