John Adams ialah seorang ahli politik dan Bapa Pengasas (Founding Father) Amerika Syarikat. Beliau ialah Naib Presiden Amerika Syarikat pertama (17891797) dan Presiden Amerika Syarikat kedua dengan masa jawatan satu penggal dari tahun 1797 hingga 1801.

John Adams
Presiden Amerika Syarikat ke-2
Dalam jawatan
4 Mac 1797 – 4 Mac 1801
Naib PresidenThomas Jefferson
Didahului olehGeorge Washington
Digantikan olehThomas Jefferson
Naib Presiden Amerika Syarikat ke-1
Dalam jawatan
21 April 1789 – 4 Mac 1797
Didahului olehpejabat diasaskan
Digantikan olehThomas Jefferson
Maklumat peribadi
Lahir30 Oktober 1735
Braintree, Massachusetts
Mati4 Julai 1826
Quincy,Massachusetts
KewarganegaraanAmerika Syarikat
Parti politikParti Federalis
PasanganAbigail Adams
TandatanganTandatangan

Awal hidup

sunting

John Adams dilahirkan pada 30 Oktober 1735 (19 Oktober 1735 mengikut takwim Julius) di Braintree, Massachussetts. Keluarga sebelah ibunya, Susanna Boylston (1708–1797), merupakan pengamal perubatan yang terkenal di bandar Brookline di negeri yang sama.[1] Ayahnya, John Adams Sr. pula merupakan seorang petani, diakon Gereja Jemaah (Congregational Church) serta seorang leftenan dalam Pengawal Negara Massachusetts (Massachusetts National Guard).

Kerjaya politik

sunting

Beliau menjadi salah seorang pemimpin gerakan kemerdekaan untuk membebaskan Amerika Syarikat dari United Kingdom.

Beliau turut menandatangani Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat yang diumumkan pada 4 Julai 1776. Dalam perang kemerdekaan beliau bertugas di Perancis dan Belanda sebagai diplomat dan turut merundingkan perdamaian. Pada tahun 1788 hingga 1796, beliau menjadi Duta Amerika yang pertama ke England. Beliau juga menjawat sebagai naib presiden yang pertama dari tahun 1789 hingga 1797.

Beliau mengahwini Abigail Adams (1744–1818), sepupu ketiganya pada 25 Oktober 1764. Pernikahannya ini menghasilkan 6 orang anak di mana salah seorangnya meninggal sewaktu dilahirkan.[2] Anak kedua John iaitu John Quincy Adams merupakan Presiden Amerika Syarikat ke-6.

Pada tahun 1796, Adams memenangi pemilihan presiden yang kedua mengalahkan Thomas Jefferson, yang pada asalnya tidak mahu dicalonkan menjadi presiden tetapi kemudiannya berubah fikiran. Jefferson kemudiannya menjadi naib presiden beliau. Pada saat beliau menjawat sebagai presiden, perang antara Perancis dan United Kingdom menimbulkan banyak kesulitan kepada Amerika Syarikat di lautan antarabangsa, oleh itu ramai dalam kalangan rakyat Amerika Syarikat berhasrat mahu negara tersebut terlibat dalan peperangan ini. Adams tidak ingin mengisytiharkan perang terhadap Perancis, namun beliau memerintahkan agar Tentera Laut Amerika Syarikat bersiap dalam keadaan tempur.

Pada mulanya, perkapalan Amerika tidak berdaya menghadapi kapal-kapal Perancis yang menyerang, tetapi pada tahun 1800 kapal-kapal dagang yang bersenjata dan kapal-kapal perang Amerika berjaya menjamin keamanan jalan-jalan laut. Ketika John Adams mendengar bahawa Perancis juga tidak ingin berperang, beliau mengirim sebuah misi perdamaian ke Perancis untuk mengakhiri perang separa rasmi itu.

Misi perdamaian ini menimbulkan kemarahan di dalam partinya kerana misi perdamaian ini pernah dikirim sebanyak 3 kali sebelum ini, dan setiap kalinya pula misi tersebut ditolak oleh pihak Perancis. Rakyat Amerika Syarikat tidak habis berfikir, mengapa misi perdamaian harus dikirim kembali dalam keadaan Amerika di atas angin.

Pada ketika ini Amerika Syarikat memiliki dua parti politik yang utama iaitu Parti Republik dan Parti Federalis. Perselisihan fahan dalam parti kedua ini meyebabkan parti tersebut berpecah besar menjadi dua puak, seterusnya menyebabkan Adams kalah dalam pemilihan presiden berikutnya.

Fail:GedungPutih.jpg
Rumah Putih tahun 1812

John Adams merupakan presiden pertama yang mendiami Rumah Putih yang pada ketika itu belum selesai dibina. Pada hari kedua beliau mendiami Rumah Putih yang lembab dan berantakan, beliau menulis surat kepada isterinya yang berbunyi,

Saya berdoa kepada Tuhan agar melimpahkan kurnianya kepada Rumah ini dan semua orang yang akan menempatinya. Semoga hanya orang-orang yang jujur dan bijaksanalah yang akan memerintah di Rumah ini.

Presiden Franklin Roosevelt kemudian mengukirkan kata-kata ini di atas tempat perapian dewan makan negara Rumah Putih.

Persaraan

sunting

John Adams meninggalkan Rumah Putih pada tahun 1801. Beliau sempat menyaksikan anaknya John Quincy dilantik menjadi Presiden Amerika yang ke-6 pada tahun 1824.

Beliau meninggal dunia pada 4 Julai 1826 di kediamannya di Quincy, Massachusetts.[3]

Peristiwa pada masa presiden

sunting
  • 1797: Terjadinya XYZ Affair : di mana tiga suruhanjaya dikirim ke Perancis untuk berunding perdagangan dan perjanjian damai.
Pada 3 April 1798 Adams akhirnya membuka pada kongres perihal penolakan pihak urusan luar negeri Perancis, Talleyrand, yang hanya akan menerima pesuruhjaya yang dikirim Amerika apabila permintaan hutang diberi dan pulangan dibayar.
  • 1798 Eleventh Amendment (Pindaan Sebelas) melarang negeri-negeri dituntut secara individu, tanpa persetujuan negeri tersebut; Alien and Sedition Act (akta warga negara asing dan hasutan) ; Naturalization Act (18 Jun); Alien Act (6 Julai); Alien Enemies Act (undang-undang yang menjelaskan ancaman pihak luar); dan Sedition Act (14 Julai). Pindaan ini menegaskan kekuatan undang-undang ke atas warga negara asing, dan membatasi seorang individu menuntut sebuah negeri. Banyak bahagian daripada undang-undang ini bersifat pemaksaan dan pembatasan yang ketat kepada pihak-pihak asing. Negeri Kentucky (16 November 1798; 22 November 1799) dan Virginia (24 Disember 1798) melayangkan protes secara rasmi atas berlakunya Alien and Sedition Act dengan dakwaan sebagai tidak berperlembagaan dan meminta agar diberikan hak istimewa dalam menentukan undang-undang yang mana akan diterapkan di negeri tersebut.
  • 1798 Naval War (Perang Laut) antara Amerika dan Perancis bermula, walaupun tidak diumumkan secara rasmi, dikenal juga sebagai "Quasi War". Hal ini bermula ketika Perancis menahan kapal-kapal dagang Amerika.
  • 1799 Pada 30 Januari Logan Act (Akta Logan) yang melarang surat menyurat antara musuh negara-negara asing.
Pemberontakan Fries akibat pertikaian bersenjata oleh petani-petani dari Pensilvania dipimpin oleh John Fries untuk memprotes pajakan persekutuan ke atas tanah dan rumah, pemberontakan ini dipadamkan oleh tentara persekutuan .
  • 1800 Populasi Amerika : 5,308,483 orang.
10 Mei Harrison Land Act (Akta Tanah Harrison) dibuat untuk membantu pembelian tanah oleh perseorangan.
1 Oktober, perjanjian rahsia Treaty of San Ildefonso menyerahkan daerah Louisiana kepada Perancis. Perdamaian dengan Perancis disimpulkan dengan perjanjian Conventon of 1800.
1 November Adams pindah ke Rumah Putih yang masih belum selesai.
17 November Kongres bersidang di Washington DC untuk pertama kalinya.
31 Januari John Marshall menjadi Jaksa Agung Makamah Agung
DPR memilih Thomas Jefferson untuk menjadi presiden, mengalahkan Aaron Burr, badan perwakilan pemilih pada tahun 1800 memperlihatkan hasil yang imbang.

Rujukan

sunting
  1. ^ Ferling, ch. 1.
  2. ^ McCullough 2001, m/s. 171–72.
  3. ^ McCullough 2001, m/s. 622.
  • Buku Presiden-Presiden Amerika Serikat, diterbitkan oleh Dinas Penerangan dan Kebudayaan Amerika Serikat, Jakarta (2003)
  • The Presidents, A Reference History. Editor. Henry F. Graff. Edisi kedua. Penerbit Scribners 1996.

Pautan Luar

sunting
Didahului oleh:
George Washington
Presiden Amerika Syarikat
1797 - 1801
Digantikan oleh:
Thomas Jefferson
Didahului oleh:
tidak ada
Naib Presiden Amerika Syarikat
1789 - 1797
Digantikan oleh:
Thomas Jefferson