Kejatuhan Kustantiniyah
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Arab.
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Turki.
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Kejatuhan Kustantiniyah (Yunani: Ἅλωσις τῆς Κωνσταντινουπόλεως, rumi: Hálōsis tē̂s Kōnstantīnoupóleōs ) atau Pembukaan Kustantiniyah (Bahasa Turki Uthmaniyah: قسطنطينيہ فتحی Ḳosṭanṭīnīye Fethi, bentuk moden: İstanbul'un Fethi , Arab: فتح القسطنطينية, rumi: Fatḥ al-Qusṭanṭinīyyah ) merujuk kepada penawanan ibu kota Empayar Byzantine oleh Empayar Uthmaniyyah pada hari Selasa, 29 Mei 1453 (daam takwim Julius). Kejadian ini menandakan berakhirnya Empayar Byzantine yang berusia lebih kurang 1,000 tahun itu yang ketika itu sudah berpecah kepada beberapa kerajaan monarki Greek. Peristiwa ini Konstantinopolis juga mempercepatkan penghijrahan sarjana-sarjana Yunani yang membawa bersama ilmu pengetahuan mereka ke Eropah dan menyemarakkan lagi kebangkitan tamadunan barat dalam suatu zaman Pembaharuan Semula. Selain itu, kejadian ini memainkan peranan penting dalam menstabilkan keadaan politik Empayar Uthmaniyah dan peluasan empayar ini ke Mediterranean Timur dan Balkan. Tarikh ini adalah salah satu tarikh yang dicadangkan untuk menunjukkan berakhirnya Zaman Pertengahan.
Ibu kota rebutan
suntingKustantiniyah, Konstantinopolis atau Byzantium (hari ini Istanbul), dibina oleh Constantinus Agung sebagai ibu kota pada tahun 330 AD dan berfungsi sebagai pusat Empayar Byzantine selama berabad-abad lamanya. Dalam lebih kurang 1,100 tahun kewujudan Empayar Byzantine, Konstantinopolis telah diserang banyak kali tetapi hanya dapat ditawan sekali ketika Perang Salib Keempat dalam tahun 1204.
Kejatuhan Konstantinopolis kepada tentera salib melahirkan Empayar Latin yang tidak stabil di Konstantinopolis. Empayar Byzantine berpecah kepada beberapa negeri-negeri Greek seperti Nicaea, Epirus dan Trebizond. Negeri-negeri ini bersatu menentang kuasa Latin tetapi bergaduh sesama sendiri merebut takhta Byzantine. Kerajaan Nicaea adalah kerajaan Greek pertama yang menawan kembali Konstantinopolis dari orang Latin pada tahun 1261. Dua abad seterusnya, Empayar Byzantine yang lemah menghadapi ancaman dari orang Latin, Serbia, Bulgaria dan Turki Uthmaniyyah.
Jihad untuk menawan Kustantiniyah
suntingSemangat membara umat Islam untuk menguasai Konstantinopolis berdasarkan sabda nabi Muhammad yang telah beberapa kali memberikan khabar gembira tentang pembukaan kota ini di tangan umat Islam seperti yang dinyatakan ketika Perang Khandak. Sabda baginda: ”Sesungguhnya Qustantiniyah itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya”.
Pada awal kurun ke-14M, Empayar Uthmaniyah telah mengadakan persepakatan bersama Seljuk Rum yang ketika itu berpusat di bandar Konya. Usaha awal dilakukan oleh Sultan Yildirim Beyazid yang berjaya mengepung kota itu pada tahun 1393M. Akan tetapi, usahanya terbantut dengan kedatangan bantuan Eropah dan dalam masa yang sama, tentera Mongol pimpinan Timurlang telah menyerang Empayar Uthmaniyah. Ini memaksa Sultan Beyazid untuk menarik balik tenteranya bagi mempertahankan negara dari serangan Mongol. Dalam perang dengan Mongol yang dikenali Perang Ankara, baginda telah ditawan dan kemudiannya meninggal dunia pada tahun 1402M. Kejadian itu telah menyebabkan usaha untuk menawan Kustantiniyah terhenti untuk beberapa ketika.
Cubaan Sultan Murad II
suntingSultan Murad II (1421-1451M) meneruskan usaha untuk menawan Kustantiniyah. Beberapa usaha telah berjaya dibuat untuk mengepung kota itu tetapi dalam masa yang sama berlaku pengkhianatan di pihak umat Islam. Mahajara Byzantine telah mengambil peluang ini untuk memecah belahkan tentera Islam. Usaha Sultan Murad II itu tidak berjaya sampai ke sasarannya sehinggalah di zaman anak beliau, Sultan Muhammad II atau dikenali dengan nama Sultan Muhammad Al-Fatih, sultan ke-7 Empayar Uthmaniyah.
Persiapan Sultan Muhammad al-Fatih
suntingSultan Muhammad Al-Fatih telah membuat persediaan rapi untuk menawan Kustantiniyah. Baginda telah mengumpul kira-kira 250,000 tentera yang bersemangat dan cukup latihan. Baginda juga telah membina Kota Rumeli (Rumeli Hisari) di tebing Selat Bosphorus iaitu di bahagian tersempit antara tebing Asia dan Eropah. Kota ini, mempunyai peranan yang besar dalam usaha mengawal lalu lintas di selat tersebut. Maharaja Byzantine telah berusaha gigih untuk menghalang Sultan Muhammad Al-Fatih daripada membina kota berkenaan tetapi gagal menghalangnya.
Sultan Muhammad Al-Fatih juga mendapat khidmat pakar membina meriam. Beberapa meriam telah dibina termasuk Meriam Diraja yang masyhur dan terbesar di zaman berkenaan. Baginda juga menyediakan kira-kira 400 buah kapal laut untuk tujuan yang sama.
Sebelum serangan dibuat, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengadakan perjanjian dengan musuh-musuh yang lain. Antaranya ialah perjanjian yang dibuat dengan kerajaan Hungary, Venice dan Galata yang berjiran dengan Byzantine.
Dalam pada masa yang sama, Maharaja Byzantine berusaha mendapatkan pertolongan daripada negara-negara Eropah. Baginda memohon pertolongan dari gereja Katholik, sedangkan ketika itu kerajaan Konstantinopolis bermazhab Ortodoks. Demi mengekalkan kuasanya, Maharaja Byzantine bersetuju untuk menukar mazhab untuk menyatukan kedua-dua aliran yang saling bermusuh itu. Baginda berkhutbah di Gereja Aya Sophia menyatakan kesediaan Byzantine tunduk kepada Eropah Barat yang bermazhab Katholik. Hal ini telah menimbulkan kemarahan penduduk Kustantiniyah yang bermazhab Ortodoks.
Serangan
suntingKustantiniyah dikelilingi oleh lautan dari tiga penjuru iaitu Selat Bhosphore, Laut Marmara Dan Perairan Tanjung Emas yang dihalang pintu masuknya oleh rantai besi raksasa. Ia berfungsi menghalang kapal daripada masuk ke pintu utama Kota Kustantiniyah.
Serangan Sultan Muhammad bermula pada 6 April 1453. Baginda dengan bijak menyusun strategi mengepung Konstantinopolis sambil menghalakan Meriam Diraja ke pintu kota. Kapal-kapal laut diletakkan di sekitar perairan yang mengelilingi Kustantiniyah tetapi tidak berjaya memasuki perairan tanduk Emas disebabkan oleh kehadiran rantai raksasa yang mengawal pintu masuk.
Jatuhnya Konstantinopolis
suntingTentera Byzantine berusaha keras menghalang tentera Uthmaniyah daripada merapati pintu-pintu masuk kota mereka. Tetapi serangan strategik tentera Islam telah berjaya mematahkan halangan itu, ditambah pula dengan serangan meriam dari pelbagai sudut.
Sultan Muhammad Al-Fatih telah menemui satu kaedah luar biasa untuk membawa kapalnya masuk ke perairan Tanduk Emas(Golden Horn) yang dikawal dengan rantai raksasa. Baginda telah memanggil tenteranya dan menyarankan kepada mereka supaya membawa kapal-kapal itu masuk ke perairan Tanduk Emas melalui jalan darat. Malam itu juga, tentera Uthmaniyah telah berjaya menarik 70 kapal dari pantai.
Akhirnya pada 29 Mei, Constanstinople berjaya ditundukkan. Maharaja Constantine XI mati bersama penyokong baginda dari Genoa dan penduduk kota. Muhammad II dikenali sebagai Sultan Muhammad al-Fatih atau di barat sebagai Muhammad si Penakluk.
Kesan peristiwa
suntingKehilangan Konstantinopolis memberi tamparan hebat kepada kerajaan Kristian barat. Seruan Paus untuk melancarkan perang balas sebagai Perang Salib tidak diendahkan oleh raja-raja Eropah. Ini menyebabkan paus sendiri pergi untuk berperang tetapi kematian awal paus melenyapkan harapan serangan balas.
Muhammad al-Fatih mendapat sebuah kota yang agung walaupun dalam keadaan teruk kerana perang yang berlanjutan. Konstantinopolis membolehkan bangsa Turki mengukuhkan kedudukan mereka di Eropah serta meluaskan wilayah mereka ke Balkan dan Mediterranean.
Selain faedah ketenteraan, kota itu juga memberi faedah ekonomi melalui perdagangan rempah. Bangsa Eropah terus berdagang di Konstantinopolis sehingga abad ke-16 apabila harga yang tinggi memaksa mereka mencari alternatif lain. Bangsa Eropah seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda mula belayar ke India dan Asia untuk mencari bekalan rempah yang lebih murah. Malah, Christopher Columbus juga menjumpai Dunia Baru apabila bangsa Eropah mula memberanikan diri belayar jauh untuk menjalankan perdagangan.
Rujukan
suntingBibliografi
sunting- Akbar, M. J. (2002). The Shade of Swords: Jihad and the Conflict Between Islam and Christianity. Routledge. ISBN 978-1-134-45259-0. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 October 2020. Dicapai pada 6 August 2020.
- Arnold, Thomas (2001). The Renaissance at War. Cassell & Co. ISBN 0-304-35270-5.
- Beg, Tursun (1978). The History of Mehmed the Conqueror. Diterjemahkan oleh Inalcik, Halil; Murphey, Rhoads. Chicago: Biblioteca Islamica.
- Concasty, Marie-Louise (1955). Les 'Informations' de Jacques Tedaldi sur le siège et la prise de Constantinople (dalam bahasa Perancis). OCLC 459382832.
- Crowley, Roger (2005). 1453: The Holy War for Constantinople and the Clash of Islam and the West. Hyperion. ISBN 978-1-4013-0558-1.
- Crowley, Roger (2013b). 1453: The Holy War for Constantinople and the Clash of Islam and the West. Hachette Books. ISBN 978-1-4013-0558-1. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 December 2023. Dicapai pada 1 August 2022.
- Crowley, Roger (2013a). Constantinople (dalam bahasa Inggeris). Faber & Faber. ISBN 978-0-571-29820-4. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 January 2024. Dicapai pada 2 March 2021.
- Desimoni, C. (1874). Adamo di Montaldo. Atti della Società Ligure di Storia Patria (Proceedings of the Ligurian Society for Homeland History) (dalam bahasa Itali). X. Genoa.
- Durant, Will (2011). The Reformation: The Story of Civilization, Volume VI (dalam bahasa Inggeris). Simon and Schuster. ISBN 978-1-4516-4763-1.
- Emecen, Feridun M. (2012). Fetih ve kıyamet, 1453: İstanbul'un fethi ve kıyamet senaryoları. İstanbul: Timaş. ISBN 9786051149318.
- Kritovoulos, Michael (1954). History of Mehmed the Conqueror. Diterjemahkan oleh Riggs, C. T. Princeton, NJ: Princeton University Press. ISBN 978-0-691-19790-6. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 August 2020. Dicapai pada 29 May 2020.
- Lanning, Michael Lee (2005). The Battle 100: The Stories Behind History's Most Influential Battles. Sourcebooks, Inc. ISBN 1-4022-2475-3.
- Lilie, Ralph-Johannes (2005). Bisanzio la seconda Roma. Rome: Newton Compton.
- Mango, Cyril (2002). The Oxford History of Byzantium. New York: Oxford University Press.
- Melissenos, Makarios (1980). "The Chronicle of the Siege of Constantinople, April 2 to May 29, 1453". Dalam Philippides, Marios (penyunting). The Fall of the Byzantine Empire, A Chronicle by George Sphrantzes, 1401–1477. Amherst: University of Massachusetts Press.
- Melville-Jones, John R. (1972). The Siege of Constantinople 1453: Seven Contemporary Accounts. Amsterdam: Adolf M. Hakkert. ISBN 90-256-0626-1.
- Nicol, Donald M. (1993). The Last Centuries of Byzantium, 1261–1453 (ed. 2nd). Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-43991-6. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 October 2022. Dicapai pada 3 October 2022.
- Nicol, Donald M. (2002). The Immortal Emperor: The Life and Legend of Constantine Palaiologos, Last Emperor of the Romans (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-89409-8. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 July 2019. Dicapai pada 9 January 2018.
- Nicolle, David (2000). Constantinople 1453: The End of Byzantium (Campaign). 78. Oxford: Osprey Publishing. ISBN 1-84176-091-9.
- Norwich, John Julius (1995). Byzantium: The Decline and Fall. New York: Alfred A. Knopf. ISBN 0-679-41650-1.
- Norwich, John Julius (1997). A Short History of Byzantium. New York: Vintage Books.
- Philippides, Marios; Hanak, Walter K. (2011). The siege and the fall of Constantinople in 1453. Farnham Burlington, Vermont: Ashgate. ISBN 9781409410645.
- Reinert, Stephen (2002). The Oxford History of Byzantium. New York: Oxford UP.
- Runciman, Steven (1965). The Fall of Constantinople, 1453 (ed. Canto). Cambridge, England: Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-39832-9.
- Setton, Kenneth M. (1978). The Papacy and the Levant (1204–1571): The Fifteenth Century. 2. DJane Publishing. ISBN 0-87169-127-2.
- Sphrantzes, George (1980). The fall of the Byzantine Empire: a chronicle. Diterjemahkan oleh Philippides, Marios. Amherst: University of Massachusetts Press. ISBN 978-0-87023-290-9.
- Spilling, Michael, penyunting (2010). Battles That Changed History: Key Battles That Decided the Fate of Nations. London: Amber Books Ltd. ISBN 9781906842123.
- Vasiliev, Alexander (1928). A History of the Byzantine Empire, Vol. II. II. Diterjemahkan oleh Ragozin, S. Madison: University of Wisconsin Press.