Mohamed Said bin Mohamed

Tan Sri Dato' Setia Perkasa[1] Dr. Mohamed Said bin Mohamed ialah Menteri Besar Negeri Sembilan yang ketiga. Beliau ialah Menteri Besar Negeri Sembilan pertama yang dipilih menerusi pilihan raya selepas pilihan raya umum Tanah Melayu 1959.

Tan Sri Dato' Setia Perkasa Dr.
Mohamed Said Mohamed
P.M.N., Dato' Setia Perkasa (N.S.), P.P.M. (Emas)
Menteri Besar Negeri Sembilan
Dalam jawatan
24 Jun 1959 – 1969
TimbalanAbdul Samad Idris (1964-1969)
Didahului olehShamsudin Nain
Digantikan olehMansor Othman

Beliau dipilih selepas menang di DUN Linggi dalam pilihan raya negeri Negeri Sembilan 1959[2], bagi menggantikan penyandang sebelumnya, Dato' Shamsudin bin Nain.

Anugerah dan pengiktirafan

sunting
  •   Malaysia
    • Pingat Peringatan Malaysia (Emas) (P.P.M.) - 1965
    • Panglima Mangku Negara (P.M.N.) - Tan Sri (1967)
  •   Negeri Sembilan
    • Dato' Setia Perkasa - 1962

Rujukan

sunting
  1. ^ "Gelaran Dato Setia Perkasa kpd MB N. Sembilan". Berita Harian. 30 Mac 1962. Dicapai pada 14 Februari 2022 – melalui NewspaperSG.
  2. ^ "First Negri elected Mentri is installed". The Straits Times. 24 Jun 1959. Dicapai pada 14 Februari 2022 – melalui NewspaperSG.


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Negeri Sembilan
1959 – 1969
Penyandang Kemudian
Shamsudin Nain Mansor Othman