Nira (Jawi: نيرا serapan Sanskrit: नीर, rumi: nīra "air"[1]) atau lahang (Jawi: لاهڠ‎) adalah cairan yang manis yang diperoleh dari batang tanaman seperti tebu, bit, betari, mapel, atau getah tandan bunga (mayang) dari keluarga palma seperti enau, kelapa, kurma, nipah, sagu, tal dan sebagainya.[2][3]

Proses penyadapan tradisional nira enau

Nira mengandung gula antara 10-15%. Cairan ini dapat diminum terus, ditapai menjadi tuak nira atau diolah lebih lanjut menjadi sirap, gula dan sebagainya.[4]

Pemerolehan

sunting

Nira diperolehi dalam suatu kaedah disebutkan sebagai "penyadapan". Pokok yang ingin diambil niranya pada usia yang sesuai dilenturkan mayangnya sedikit demi sedikit dengan membalutnya pada daun kelapa muda. Proses ini berterusan sehingga seminggu bagi mengelakkan tangkai mayang itu patah. Mayang yang dilentur ini dibuang seludangnya dan dihiris sedikit demi sedikit menggunakan pisau penyadap ini, air nira yang terkeluar ditakung ke dalam buluh yang sepanjang kurang sekaki atau 2 liter.[5]

Isipadu air nira yang tertiris boleh bergantung kepada cuaca persekitaran. Di Filipina misalnya, petani nipah boleh mengagak ketibaan taufan yang biasa berlaku di rantau tersebut beberapa hari kemudian apabila isipadu nira sadapan harian menjadi sikit bahkan boleh terhenti cepat.[5]

Petani nira biasanya menambah bahan tambahan ke dalam nira yang ditakung untuk mengelakkan penapaian semula jadi, sama ada menggunakan natrium benzoat (antara 0.05–0.2%) atau kapur (antara 0.7– 1.2%)[6] sehingga pH nira menjadi relatif tinggi lebih dari 7. Nira yang sudah mengalami penapaian dengan kadar pH kurang dari 5.5 atau kadar gula berkurangan lebih dari 8% tidak dapat digunakan untuk membuat gula melaka.

Kandungan

sunting
 
Segelas air nira yang segar.

Gula utama yang terkandung dalam nira adalah sukrosa. Nira juga mengandung glukosa dan fruktosa dalam jumlah yang kecil saat nira baru disadap. Nira dari bunga sebenarnya steril, namun segera setelah disadap sering kali terkontaminasi oleh mikrob yang dapat menhidrolisis sukrosa menjadi glukosa dan fruktosa. Proses hidrolisis akan merugikan dari segi jumlah rendemen gula merah, bahkan sering kali gula merah tidak terbentuk (tetap berbentuk cairan kental).

Rujukan

sunting
  1. ^ Hoogervorst, Tom G. (2023). "Lexical Influence from South Asia". Dalam Klamer, Marian; Moro, Francesca (penyunting). Traces of Contact in the Lexicon. Brill. m/s. 38. ISBN 978-90-04-52893-2.
  2. ^ M. Muin Baharuddin; H. Bandaso. "Pemanfaatan nira aren (Arenga pinnata Merr.) sebagai bahan pembuatan gula putih kristal". Jurnal Perennial. 3 (2): 40-43.
  3. ^ Muhafandi Muhamad (27 April 2021). "Ramadan 2021: Air nira kurma laris 10 kali ganda". Astro Awani. Dicapai pada 28 November 2021.
  4. ^ "Nira" (PDF). Warintek. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 Ogos 2014.
  5. ^ a b Gibbs, H. D. (Apr 1911). "The Alcohol Industry of the Philippine Islands". The Philippine Journal of Science. The Bureau of Science of the Government of The Philippine Islands. IV (2): 115–8.
  6. ^ "Apa itu Nira Kelapa?".