Norshahrul Idlan Talaha
Norshahrul Idlan bin Talaha (lahir pada 8 Jun 1986) adalah pemain bola sepak profesional Malaysia yang bermain sebagai penyerang untuk kelab Sarawak United di Liga Perdana Malaysia dan pasukan kebangsaan Malaysia.
Maklumat peribadi | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama penuh | Norshahrul Idlan bin Talaha | ||||||||||||
Tarikh lahir | 8 Jun 1986 | ||||||||||||
Tempat lahir | Terengganu, Malaysia | ||||||||||||
Ketinggian | 1.81 m (5 ka 11 in) | ||||||||||||
Posisi permainan | Penyerang | ||||||||||||
Maklumat kelab | |||||||||||||
Kelab terkini | Sarawak United | ||||||||||||
Nombor | 99 | ||||||||||||
Kerjaya remaja | |||||||||||||
1998–2002 | Piala Presiden Perak | ||||||||||||
Kerjaya Senior* | |||||||||||||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) | ||||||||||
2003–2005 | Perak | 34 | (29) | ||||||||||
2006 | Negeri Sembilan | 22 | (31) | ||||||||||
2007–2009 | UPB-MyTeam | 75 | (78) | ||||||||||
2010–2012 | Kelantan | 70 | (88) | ||||||||||
2013–2014 | Johor Darul Ta'zim | 35 | (23) | ||||||||||
2015–2015 | ATM | 21 | (25) | ||||||||||
2015–2016 | Terengganu | 30 | (20) | ||||||||||
2017 | Felda United | 19 | (14) | ||||||||||
2018-2019 | Pahang | 30 | (27) | ||||||||||
2020– | BG Pathum United | 6 | (7) | ||||||||||
2021– | Sarawak United | 4 | (4) | ||||||||||
Pasukan kebangsaan‡ | |||||||||||||
2003–2004 | Malaysia B-21 | 10 | (8) | ||||||||||
2006– | Malaysia B-23 | 14 | (5) | ||||||||||
2007– | Malaysia | 80[1] | (72) | ||||||||||
Pengalaman
| |||||||||||||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21 Jun 2021 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 21 Jun 2021 |
Kerjaya
suntingPerak FA
suntingWalaupun Norshahrul dilahirkan di Besut, Terengganu tetapi beliau telah berpindah ke negeri Perak semasa beliau berusia 3 tahun. Beliau menyertai sekolah tempatan dan mula bermain bagi pasukan Piala Presiden Perak semasa berusia 14 tahun. Kemudian, beliau dinaikkan taraf untuk bermain bagi pasukan senior Perak pada tahun 2003. Kebanyakannya beliau adalah pemain gantian bagi Perak dan kadangkala bermain bagi pasukan simpanan. Selepas itu, beliau ditawarkan untuk bermain bagi pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bawah 20 tahun di Kejohanan Belia AFC 2004 yang telah diadakan di Malaysia. Beliau telah menghasilkan tendangan jauh dan menjaringkan satu gol bagi Malaysia. Kemudiannya Malaysia hanya layak ke suku akhir. Selepas kejohanan ini, beliau menjadi penyerang biasa bagi Perak.
Negeri Sembilan FA
suntingNorshahrul menyertai Negeri Sembilan FA pada 2006 hanya untuk bermain selama setahun.
UPB-MyTeam FC
suntingKemudian beliau ditawarkan untuk menyertai kelab yang baru dibentuk, UPB-MyTeam FC. Beliau adalah salah seorang daripada pemain utama dan menjadi penjaring terbanyak sebanyak 14 gol.[perlu rujukan]
Kelantan FA
suntingSelepas UPB-MyTeam FC ditamatkan perkhidmatannya, beliau menyertai Kelantan FA. Beliau menjadi penjaring terbanyak semasa musim pertamanya di Kelantan FA. Semasa ketiga-tiga musim dengan Kelantan FA, beliau mencapai banyak kejayaan bersama-sama dengan pasukan khususnya pada musim 2012 selepas membantu pasukannya menyempurnakan treble dengan memenangi Piala Malaysia 2012. Beliau juga telah memenangi banyak anugerah individu seperti Anugerah Bolasepak Kebangsaan sebagai Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Bernilai.
Johor Darul Takzim FC
suntingSelepas tiga musim di kelab terbaik Malaysia, Norshahrul meninggalkan Kelantan FA untuk menyertai Johor Darul Takzim FC dengan yuran perpindahan yang tidak dinyatakan, dipercayai sekitar RM1 juta (Masih belum dipastikan kerana masih lagi di dalam peringkat rundingan). [2] persembahan yang hambar sepanjang berada di johor membuatkan beliau berpindah ke pasukan ATM FA.
Kerjaya antarabangsa
suntingNorshahrul mewakili pasukan Malaysia sejak dari peringkat remaja lagi. Dia pernah bermain di kejohanan Belia Asia 2004. Dia juga salah seorang anggota pasukan yang memenangi Pestabola Merdeka 2007.
Norshahrul mendapat kaps pertama dalam perlawanan antarabangsa 'A' ketika menentang Bahrain pada 28 Oktober 2007 ketika menggantikan Sumardi Hajalan.
Gol antarabangsa
sunting# | Tarikh | Tempat | Lawan | Keputusan | Perlawanan |
---|---|---|---|---|---|
1. | 2 Disember, 2009 | Vientiane, Laos | Timor-Leste | 11-0 (M) | Sukan Asia Tenggara 2009 |
Pencapaian
suntingTahun | Pertandingan | Pasukan | Catatan |
---|---|---|---|
2010 | Liga Super Malaysia | Kelantan FA | Naib Juara (Format Liga) |
Piala Malaysia | Kelantan FA | Juara | |
2011 | Piala Sumbangsih | Kelantan FA | Juara |
Piala FA | Kelantan FA | Naib Juara | |
Liga Super Malaysia | Kelantan FA | Juara (Format Liga) | |
2012 | Piala Sumbangsih | Kelantan FA | Naib Juara |
Piala FA | Kelantan FA | Juara | |
Liga Super Malaysia | Kelantan FA | Juara (Format Liga) | |
Piala Malaysia | Kelantan FA | Juara | |
2013 | Liga Super Malaysia | Darul Takzim FC | Tempat ketiga (Format Liga) |
Piala FA Malaysia | Darul Takzim FC | Naib Juara | |
2014 | Liga Super Malaysia | Johor Darul Ta'zim FC | Juara (Format Liga) |
Piala Malaysia | Johor Darul Ta'zim FC | Naib Juara |
Anugerah
suntingNorshahrul menerima Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 42.
Anugerah Bola Sepak Kebangsaan
suntingMusim | Kategori |
---|---|
2012 | Pemain Paling Bernilai Supermokh[3] |
2012 | Penyerang Terbaik[3] |
2011 | Pemain Paling Bernilai Supermokh[4] |
2011 | Penyerang Terbaik[4] |
2010 | Pemain Paling Bernilai[4] |
2010 | Penyerang Terbaik[4] |
Rujukan
sunting- ^ Malaysia World/Asian Cup qualifier squad international caps and goals
- ^ RM1 juta berbaloi untuk dapatkan Mat Yo, Utusan Online, 4 November 2012
- ^ a b Syed Riduan Ahmad (09-10-13). "Kelantan kuasai anugerah bola sepak". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-03. Dicapai pada 1 November 2013. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ a b c d Nor Aziran Yunus. "Norshahrul terbaik". Kosmo! Online. Dicapai pada 1 November 2013.