Pemberontakan Taiping
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Cina. (Jun 2023)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Pemberontakan Taiping dinamakan untuk satu pemberontakan besar-besaran dalam tahun-tahun 1850 hingga 1864. Pemberontakan Taiping dilancarkan oleh rakyat-rakyat miskin China untuk menggulingkan kerajaan Manchu yang berkuasa melalui Dinasti Qing.
Latar belakang
suntingRakyat-rakyat miskin China hidup dalam keadaan amat tertekan. Pemerintah Dinasti Ching (berbangsa Manchu dari keturunan Mongol) tidak memahami masalah rakyat China yang menanggung derita. Dalam tahun-tahun 1840-an, China dilanda banjir dan kahat akibat malapetaka dan bencana yang lain. Pemberontakan dipimpin oleh Hong Xiuquan untuk membebaskan negeri China dari pemerintahan Manchu. [[[Hong Xiuquan]] menyebarkan ajaran persaudaraan sesama insan, dan harta perkongsian bersama.
Pengikut-pengikut yang berkepercayaan kuat terhadap ajaran-ajaran [[[Hong Xiuquan]] mengumpulkan satu bala tentera yang cukup berdisiplin berjumlah lebih 1 juta orang lelaki dan wanita. (Ajaran Taiping memberikan layanan setaraf antara lelaki dan wanita).
Kejayaan awal
suntingDalam tahun 1863, pemberontak Taiping berjaya menawan Nanjing, dan menamakan bandar it sebagai Tianjing (Ibu Negara Umpama Syurga) tetapi usaha untuk menawan Beijing membawa kepada kebuntuan. Namun demikian, pergerakan pemberontak menyusuri Sungai Yangtze (Chang Jiang) mencapai kejayaan cemerlang.
Fahaman Kristian yang pelik dibawa oleh Hung Hsiu-ch'üan menyebabkan beliau dipulau dan dicemuh oleh mubaligh-mubaligh Barat dan juga oleh para sarjana kelas bangsawan. Tanpa sokongan kelas bangsawan, pemberontak Taiping tidak dapat mentadbir wilayah yang ditawan mereka ataupun membuat pembekalan bandar dan kota di bawah penguasaan mereka.
Kepimpinan Taiping juga mula lupa diri dan meninggalkan pegangan asal mereka semasa memulakan perjuangan mereka, dan mula mementingkan kebendaan. Perbalahan merebut kuasa menjadi lumrah di kalangan pemimpin Taiping. Hung Hsiu-ch'üan kini tidak mempunyai kepemimpinan yang cekap dan berwibawa.
Campur tangan negara Barat dan permulaan kejatuhan pemberontak Taiping
suntingNegara-negara Barat memahami bahawa sekiranya kerajaan China digulingkan, perdagangan mereka dengan China akan terhenti, maka mereka memberikan bantuan. Dalam tahun 1860, percubaan untuk menawan Shanghai ditewaskan oleh pasukan tentera yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan Britain. Shanghai ketika itu adalah pelabuhan besar dan mempunyai kontinjen tentera pelbagai negara termasuk Jerman, Britain, Amerika Syarikat dan Perancis.
Dalam tahun 1862, Nanjing dikepung oleh pasukan tentera China di bawah pimpinan Zeng Guofan. Setelah kepungan selama dua tahun, semasa Pertempuran Nanjing Ketiga dalam tahun 1864, lebih dari 100,000 orang pengikut pemberontakan Taiping memilih jalan untuk mati daripada menjadi tawanan perang. Penentangan kecil-kecilan berterusan sehingga tahun 1868.
Hung Hsiu-ch'üan membuat ikrar bahawa Tuhan akan mempertahankan Tianjing. Tetapi apabila pasukan Tentera Imperial menghampiri Tianjing dalam bulan Jun, Hung Hsiu-ch'üan memakan racun. Mayatnya dijumpai dalam sebuah pembetung. Ananknya Hong Tianguifu menggantikannya, tetapi Hong Tianguifu tidak menunjukkan kesungguhan untuk menegakkan semula kerajaan Taiping dan akhirnya ditewaskan oleh Tentera Imperial.
Kesan
suntingPemberontakan Taiping membawa kemusnahan dan kesengsaraan kepada 17 wilayah China dan mengorbankan 20 juta jiwa. Kerajaan Ching mengalami kerugian besar dan tidak lagi berupaya menguasai negeri China dengan berkesan.
Rujukan
sunting- Jonathan Spence, God's Chinese Son: The Taiping Heavenly Kingdom of Hong Xiuquan (1996) ISBN 0393038440
- Thomas H. Reilly, The Taiping Heavenly Kingdom: Rebellion and the Blasphemy of Empire (2004) ISBN 0295984309
- Lindley, Augustus, "Ti-ping Tien-Kwoh: The History of the Ti-Ping Revolution" (1866, reprinted 1970) ASIN: B0006CPGM4
- Hsiu-ch°êng Li, translator, "The Autobiography of the Chung-Wang (Confession of the Loyal Prince)" (reprinted 1970) ASIN: B0006C09XA
- Carr, Caleb, "The Devil Soldier : The American Soldier of Fortune Who Became a God in China" (1994) ISBN 0679761284