Perjanjian Locarno

Perjanjian Locarno merupakan tujuh persetujuan yang dirunding di Locarno, Switzerland, pada 5 ke 16 Oktober 1925 dan ditandatangani secara rasmi di London pada 1 Disember 1925. Menerusi perjanjian ini, negara-negara sekutu Eropah Barat dan negara-negara baharu di Eropah Tengah dan Eropah Timur berusaha untuk menyelesaikan pertikaian wilayah dan memulihkan hubungan dengan Jerman (Republik Weimar). Ia juga menyatakan bahawa Jerman tidak akan berperang dengan negara lain. Perjanjian ini membahagikan sempadan Eropah kepada dua bahagian iaitu: barat yang dijamin oleh Perjanjian Locarno; dan sempadan timur Jerman dan Poland yang masih boleh dikaji semula.

Perjanjian Locarno
Dari kiri: Gustav Stresemann, Austen Chamberlain dan Aristide Briand dalam perbincangan berkenaan perjanjian
JenisPerjanjian multilateral
Ditandatangani1 Disember 1925 (1925-12-01) di London, England, UK
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Perancangan perjanjian

sunting

Menteri Luar Jerman, Gustav Stresemann memberi keutamaan dalam memulihkan prestij dan keistimewaan Jerman sebagai negara Eropah utama. Perancis dijadualkan akan melepaskan pendudukannya ke atas Ruhr pada Januari 1925, namun Stresemann merasakan Perancis merasa bimbang dengan keselamatan negara mereka dan gusar akan membatalkan perancangan melepaskan Ruhr. Stresemann menyedari bahawa Perancis terlalu menginginkan jaminan British berkenaan sempadan selepas perang, namun London enggan. Stresemann datang dengan satu rancangan dimana semua pihak mendapat apa yang mereka mahukan melalui satu siri jaminan yang dinyatakan dalam satu siri perjanjian. Hal ini dipersetujui oleh Menteri Luar British, Austen Chamberlain. Perancis pula menyedari pendudukannya ke atas Ruhr telah menyebabkan lebih banyak kerugian terutama kewangan dan diplomatic berbanding menguntungkan. Persidangan Menteri-Menteri Luar yang diadakan di sebuah resort di Locarno, Switzerland pada Oktober 1925 telah bersetuju dengan rancangan Stresemann. Perjanjian pertama adalah paling krtikal: jaminan bersama perbatasan Belgium, Perancis dan Jerman, yang mana dijamin oleh Britain dan Itali. Perjanjian kedua dan ketiga adalah timbangtara di antara Jerman-Belgium, dan Jerman-Perancis, berkaitan pertikaian masa hadapan. Perjanjian keempat dan kelima pula timbangtara antara Jerman-Poland dan Jerman- Czechoslovakia. Poland dan Czechoslovakia, merasa tergugat dengan perjanjian Locarno ini dan perjanjian ini adalah usaha untuk menyakinkan mereka. Perjanjian Locarno telah memberi tempat kepada Jerman dalam Liga Bangsa pada September 1926, dengan satu tempat untuk peguamnya sebagai ahli tetap. [1]

Perjanjian Locarno menandakan perubahan dramatic dalam iklim politik Eropah Barat pada tahun 1924-1930. Mereka mempromosi jangkaan untuk meneruskan penyelesaian pertikaian secara aman, yang digelar "semangat Locarno". Semangat ini telah menyebabkan Jerman menyertai Liga Bangsa pada tahun 1926, dan pengunduran tentera Bersekutu dari Rhineland, Jerman.[2]

Jerman Nazi tidak mengendahkan perjanjian ini. Hitler telah menghantar tentera mereka ke Rhineland pada 7 Mac 1936.

Rujukan

sunting
  1. ^ Norman Rich, Great Power Diplomacy since 1914 (2003) pp 148-49.
  2. ^ Bo Stråth (2016). Europe's Utopias of Peace: 1815, 1919, 1951. Bloomsbury. m/s. 398.

Bacaan tambahan

sunting
  • Cohrs, Patrick O. "The First 'Real' Peace Settlements after the First World War: Britain, the United States and the Accords of London and Locarno, 1923-1925," Contemporary European History, (Feb 2003) 12#1 pp 1–31
  • Jacobson, Jon. Locarno diplomacy: Germany and the west, 1925-1929 (Princeton UP, 2015).
  • Johnson, Gaynor. Locarno Revisited: European Diplomacy 1920-1929 (2004) excerpt and text search
  • Magee, Frank. "Limited Liability"? Britain and the Treaty of Locarno," Twentieth Century British History, (Jan 1995) 6#1 pp 1-22
  • Schuker, Stephen. "The End of Versailles" pages 38–56 from The Origins of the Second World War Reconsidered A.J.P. Taylor And The Historians edited by Gordon Martel, Routledge: London, United Kingdom, 1999, ISBN 0-415-16325-0
  • Steiner, Zara. The Triumph of the Dark: European International History 1933-1939 (2005) 397-418 explains the winners and losers
  • Wright, Jonathan. "Locarno: a democratic peace?" Review of International Studies, (April 2010) 36#2 pp 391–411
  • Wright, Jonathan, and Julian Wright. "One Mind at Locarno? Aristide Briand and Gustav Stresemann." in Steven Casey and Jonathan Wright eds.Mental Maps in the Era of Two World Wars (Palgrave Macmillan UK, 2008P pp. 58-76.

Primary sources

sunting
  • Berber, F.J. ed. Locarno A Collection Of Documents (1936) online; useful English translations, with a biased anti-French introduction by a leading Nazi

Pautan luar

sunting

[[Kategori:Perjanjian Republik Perancis Ketiga]