Selum
Pokok selom (Oenanthe javanica) merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia Timur. Taburan aslinya meluas di kawasan-kawasan Asia yang beriklim sederhana dan tropika, malah ia juga asli di Queensland, Australia.[2]
Selum | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Eudikot |
Klad: | Asterid |
Order: | Apiales |
Keluarga: | Apiaceae |
Genus: | Oenanthe |
Spesies: | O. javanica
|
Nama binomial | |
Oenanthe javanica | |
Sinonim[1] | |
|
Huraian
suntingPokok selom merupakan pokok saka herba yang mampu mencapai ketinggian satu meter. Akarnya berserat dan tumbuh dari semua buku. Bunganya berkelopak lima dengan lima stamen. Daunnya wangi dan glabrus (licin tidak berbulu) dengan tangkai berupih. Anak daunnya berbentuk cuping-cuping kedut.[3] Pokok ini tumbuh liar di kawasan lembap di sepanjang alur dan tepi kolam.
Tumbuhan ini mengandungi bahan-bahan persikarin dan isorhamnetin.[4]
Kegunaan masakan
suntingSungguhpun kebanyakan ahli Oenanthe beracun, namun Oenanthe javanica boleh dimakan, malah dijadikan tanaman di negara-negara China, India, Jepun, Korea, Indonesia, Malaysia, Thailand, Taiwan, dan Vietnam, dan juga di Itali, di mana ia dipupuk pada musim bunga sebagai sayur.
Nusantara
suntingKerabu daun selom antara hidangan berulam yang mudah dimasak dalam masakan Melayu. Ia terdiri daripada ulam yang diperbuat daripada daun selom, dengan sayur-sayuran lain seperti kacang botol, daun cekur, kacang panjang, bunga kantan, bawang kecil, dan tauge, dilengkapi dengan sambal yang diperbuat daripada kelapa parut, cili, bawang merah, udang kering dan lain-lain.[5]
Jepun
suntingPokok selom dikenali di Jepun sebagai seri (セリ ) dan merupakan salah satu ramuan bagi hidangan simbolik perayaan musim bunga Jepun, Nanakusa-no-sekku.
Korea
suntingDi Korea, pokok ini dipanggil minari (미나리 ) dan dimakan sebagai sayur namul.[6]
Rujukan
sunting- ^ The Plant List: A Working List of All Plant Species, dicapai pada 12 May 2016
- ^ "Oenanthe javanica". Rangkaian Maklumat Sumber Germplasma (GRIN). Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. Dicapai pada 2 August 2015.
- ^ Tanaka, Yoshitaka; Van Ke, Nguyen (2007). Edible Wild Plants of Vietnam: The Bountiful Garden. Thailand: Orchid Press. m/s. 26. ISBN 978-9745240896.
- ^ Anticoagulant activities of persicarin and isorhamnetin. Ku SK, Kim TH and Bae JS, Vascul Pharmacol., April 2013, volume 58, issue 4, pages 272-279, doi:10.1016/j.vph.2013.01.005
- ^ "Resepi Kerabu Daun Selom Paling Sedap". MD Hairul Hissam. Dicapai pada 1 April 2021.
- ^ Journal of Plant Biology - Volumes 45-46 2002- Page 83 "The cultivated type , “ Minari ” , is a major vegetable crop . These two types are not easily distinguishable ; even quantitative characters such as leaf and petiole size cannot be used as criteria for their classification . "